Anda di halaman 1dari 3

Mata pelajaran Kelas Masa Tema Tajuk Objektif Pembelajaran Hasil Pembelajaran

: : : : : : :

Sains Tingkatan 2 70 minit Jirim Dalam Alam Air Dan Larutan Sistem Bekalan Air Pada akhir proses pembelajaran murid dapat : Memerihalkan bagaimana sistem bekalan air berfungsi

Pengetahuan Sedia Ada :

- Memerihalkan pelbagai jenis kaedah pembersihan air - Didedahkan dengan peta pemikiran i-Think - Mengetahui sebab pembersihan air

Kemahiran Saintifik Kemahiran Berfikir

: :

sistematik, berkomunikasi membuat urutan

Sikap Saintifik dan Nilai Murni: minat dan bersifat ingin tahu, bekerjasama dan peka terhadap persekitaran Bahan Bantu Mengajar : Pendekatan Fasa / Masa Orientasi (5 minit) : Lembaran kerja, slaid power point, klip video Peta Pemikiran Komunikasi KBAT / Catatan Klip video menunjukkan sistem bekalan air. i) Berdasarkan kepada video, bolehkan kamu kelaskan sistem bekalan air ini kepada peringkat-peringkat tertentu ? ii) Bagaimanakah anda membuat pengelasan tersebut ? iii) Peringkat manakah yang anda pernah pelajari sebelumnya ? Jangkaan jawapan : i) Tangki penapisan, Tangki pengudaraan, Tangki penggumpalan, Tangki pengenapan, Tangki penurasan, Tangki pengklorinan dan pembersihan. ii) Berdasarkan tangki-tangki yang berbeza fungsi. iii) Tangki penurasan, Tangki pengklorinan. Pencetusan Idea (10 minit) 1. Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan

Aktiviti Pembelajaran 1. Murid ditunjukkan klip video tentang sistem bekalan air. 2. Guru bertanya soalan kepada murid.

berbincang tentang urutan peringkat sistem pembersihan air yang telah dibuat dengan menggunakan Peta Alir. 2. Murid-murid membuat pembentangan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Penstrukturan Semula Idea (35 minit) 1.Guru menokok tambah isi-isi penting tentang setiap peringkat dengan bantuan klip video dan slaid power point. 2. Pelajar-pelajar mencatat isiisi penting dalam peta alir mereka. 1. Apakah tujuan setiap peringkat dilakukan ? Jangkaan jawapan : i) Tangki penapisan : menyingkirkan objek bersaiz besar. ii) Tangki pengudaraan : menyingkirkan rasa air yang tidak menyenangkan. iii) Tangki pengumpalan : mengumpalkan zarah-zarah kecil bahan terampai menjadi gumpalan besar yang mudah mendap. iv) Tangki pengenapan : bahan terampai bersaiz besar mendap di dasar tangki dan disingkirkan. v) Tangki penurasan : bahan terampai yang tertinggal disingkirkan. vi) Tangki pengklorinan dan pemfluoridaan : klorin membunuh mikroorganisma berbahaya, sebatian fluorida menghalang kerosakan gigi. i) Mengapa alum ditambah di dalam air dalam sistem pembersihan air ? ii) Apakah kesan penambahan kapur di dalam air dalam sistem pembersihan air? iii) Bagaimanakah sebatian fluorida di dalam air membantu kanak-kanak dari segi kebersihan gigi ? iv) Mengapakah sistem bekalan air dibina di tanah tinggi seperti di atas bukit ? v) Mengapakah kita perlu menjimat air ? Jangkaan jawapan : i) untuk mempercepatkan bahan terampai mendap dan disingkirkan. ii) mengurangkan keasidan air. iii) sebatian fluorida menghalang kerosakan gigi. iv) membolehkan air mengalir keluar dengan mudah. v) mengurangkan kos pembersihan air (sebarang jawapan yang munasabah) Refleksi (10 minit) 1. Murid dibimbing oleh guru untuk membuat kesimpulan aktiviti yang dilaksanakan. 2. Murid menulis rumusan ringkas berdasarkan kefahaman sendiri atas

Aplikasi Idea(10 minit)

Guru bertanya soalan kepada pelajar.

pembelajaran dan diserahkan kepada guru untuk disemak.

Anda mungkin juga menyukai