Anda di halaman 1dari 11

BIODATA

Nama : Syarifah Nazatul Shima Bte Syed Mohd No Kad Pengenalan : 910614-10- 5994 No Matrik : IPGM: S15A 0907 3498 Alamat : No.1,Kampung Tahan, Sauk 33500,Kuala Kangsar.Perak Darul Ridzuan. No.Telefon : 014-5327100 Tarikh Lahir : 14 Jun 1991 Tempat Lahir : Klang Nama Bapa : Syed Mohd Bin Syed Baharuddin Nama Ibu : Roziah bt Said Sekolah Terdahulu: Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian.Perak. Bil.adik-beradik : 5 orang

Isi Kandungan

Tajuk Biodata Isi Kandungan Penghargaan Pendahuluan Rancangan Pengajaran Harian (Jawi Tahun 3) Rumusan Refleksi Lampiran

Muka Surat 1 2 3 3 5-7

8 9-10 11

PENGHARGAAN

Assalamualaikum.. Alhamdulillah,bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan.Hal ini kerana,tanpa izinNya saya tidak berdaya untuk melakukan tugasan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada Encik Saiful Kadri selaku pensyarah pembimbing mata pelajaran Teknologi Dalam Pendidikan yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Selain itu,jutaan terima kasih saya berikan kepada bonda dan ayahanda tercinta yang telah banyak membantu saya dari segi kewangan dan sokongan moral.

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang turut serta membantu saya untuk menyelesaikan kerja kursus ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian.

Pendahuluan

Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab dalam memikul amanah untuk mendidik anak bangsa, seseorang guru tersebut haruslah menitik beratkan pelbagai aspek dan faktor dalam menentukan kecemerlangan pelajar dalam pembelajaran. Kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar merupakan matlamat semua ibu bapa terhadap anak-anaknya supaya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. Sehubungan itu, sebagai pendidik kita hendaklah membekalkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Menjadi lebih maju dan berpengetahuan tinggi berbanding murid adalah perkara utama dalam menjadi role model terhadap murid di sekolah. Justeru dengan tugasan yang telah diberikan, saya banyak mempelajari pelbagai teknik dan cara dalam membina persembahan elektronik ini.

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam Kelas : 3 Bukhari

Tarikh : 4 /9/ 2012 Masa : 7.45 pagi 8.15 pagi Bilangan Murid : 25 orang Bidang : Jawi Tajuk : Imbuhan dan Ayat Pendek Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari perkataan pinjaman Hasil Pembelajaran : Aras 1 : Mengeja perkataan-perkataan berimbuhan Aras 2 : Membaca ayat pendek. Aras 3: Menulis ayat pendek. Kemahiran Berfikir : Menjana minda, menyenaraikan dan mengelaskan, Penerapan Nilai : Kerjasama Gabung Jalin : Akhlak Penyerapan Ilmu : Teknologi Bahan Bantu Mengajar : Laptop, skrin layar, LCD projektor.

Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti

Pengajaran

dan Catatan

Pembelajaran Pendahuluan (2 Minit) Bacaan sebelum belajar doa Guru meminta doa murid Guru secara memperbetulkan bacaan doa jika

membaca

beramai-ramai

mempunyai kesalahan. Set Induksi (3 Minit) Guru kepada pernahkah mendengar perkataan imbuhan. bertanya 1.Guru memulakan sesi murid soal jawab bersama murid tentang imbuhan. 2.Guru meminta murid jawapan perkataan

memberikan

berdasarkan pengetahuan sedia ada. 3.Guru mengaitkan sesi soal jawab tersebut dengan pengajaran hari ini. Langkah 1 (10 Minit) 1. Imbuhan Awalan 2. Imbuhan Akhiran 3. Imbuhan Apitan 1.Guru penjelasan memberi BBM : Laptop,LCD tentang projektor,skrin

imbuhan awalan, imbuhan layar. akhiran, apitan. 2.Guru mengeja meminta murid dan imbuhan

perkataan

imbuhan tersebut dengan jelas mengikut gambar

yang dipaparkan di skrin layar. 3. Guru meminta murid melakar imbuhan udara. 6 perkataan tersebut di

Langkah 2 (7 Minit)

Membina pendek menggunakan perkataan berimbuhan

ayat 1.Guru beberapa

menayangkan perkataan

berimbuhan di skrin layar. 2.Murid membina dikehendaki ayat pendek

secara latih tubi secara individu,kumpulan kelas. 3. Guru membimbing proses dan

murid

ketika

membina ayat.

Langkah 3 (5 Minit)

Penilaian pemulihan

dan 1.Guru perkataan skrin layar. 2.Murid pendek

menayangkan BBM: imbuhan di Mobail belajar suku kata ayat

membina

dengan perkataan

menggunakan

imbuhan secara latih tubi secara kelas sambil guru membetulkan mana-mana kesalahan. 3.Guru lembaran murid. 4.Guru membincangkan memberikan kerja kepada

soalan tersebut bersama murid. Penutup (3 Minit) Pengukuhan, ulang Guru memberi rumusan mengenai tajuk dan isi pelajaran.

kaji tajuk pelajaran

Rumusan

Secara keseluruhannnya, saya dapat melihat bahawa tugas seorang guru sebenarnya mempunyai pelbagai cabaran dalam mendidik anak bangsa. Dalam merealiasasikan hasrat negara untuk maju dalam pendidikan, seorang guru yang berilmu mestilah menjadi tunjang utama.

Justeru, mungkin sebab itulah mengapa mata pelajaran Teknologi Dalam Pendidikan ini telah diperkenalkan kepada para guru pelatih agar apabila mereka pergi ke sekolah nanti untuk menjadi seorang pendidik, mereka tidak akan kekok apabila berdepan dengan pelbagai ragam pelajar. Pelbagai ilmu teknologi masa kini dan lampau telah diperkenalkan agar dapat diaplikasikan di sekolah kelak.

Kegagalan dalam mendidik murid di peringkat sekolah tidak seharusnya dituding kepada orang lain. Sebagai seorang guru, kita hendaklah mencari sebab dan mengkaji apakah faktor yang menyebabkan proses pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Malah, jalan penyelesaian harus difikirkan serta melakukan penambahbaikan.

Justeru, dengan adanya pelbagai teknologi yang wujud pada zaman sekarang, sebagai seorang guru, kita hendaklah mengikuti setiap perkembangan semasa agar tidak dikategorikan ketinggalan zaman. Malah, sistem pengajaran dan pembelajaran juga dapat diberi penambah baikan dari semasa ke semasa.

Refleksi

Alhamdulillah,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini walaupun mengalami pelbagai cabaran dan masalah.Namun,dengan berkat dan kerjasama semua pihak yang terlibat dapat juga saya menyiapkan tugasan ini akhirnya.

Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Teknologi Dalam Pendidikan ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang perkembangan teknologi yang wujud sejak dari awal kejadian manusia secara terperinci lagi.

Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikkan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para pelajar nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar.

Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.

Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara

saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

10

LAMPIRAN

11

Anda mungkin juga menyukai