Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya akan menyampaikan pidato yang bertajuk Bukan salah anak-anak sekiranya terjadi sesuatu perkara buruk tetapi salah ibu bapa . Ibu bapa adalah pencorak kepada kehidupan anak-anak. Anak-anak yang sedang membesar iaitu ketika remaja, memerlukan lebih perhatian daripada ibu bapa. Kata-kata orang kampung yang menyatakan bahawa anak-anak pada peringkat remaja dan dewasa tidak memerlukan lebih perhatian sebenarnya adalah salah.Terutamanya, persekitaran sekarang yang terdedah kepada perkembangan globalisasi yang kian mencabar memerlukan perhatian daripada kedua ibu bapa untuk membantu mereka mencari identitinya. Saudara saudari yang dihormati sekalian, Indikator saya yang pertama adalah mengatakan bahawa ibu bapa pada hari ini lebih mementingkan keperluan profesional daripada anak-anak. Terutamanya ibu bapa yang bekerjaya besar seperti ahli perniagaan dan berjawatan besar, mereka mempunyai masa yang terhad untuk bersama anak-anak. Terdapat juga sesetengah ibu bapa hanya melepaskan tanggungjawabnya kepada pembantu rumah ataupun dikenali sebagai bibik. Walaupun anak-anak dikurung dalam rumah belum pasti anak-anak berada dalam keadaan selamat. Pada zaman globalisasi ini, kemewahan yang dibekalkan oleh ibu bapa seperti telefon mudah alih, jaringan sesawang dan sebagainya sudah memadai untuk anak-anak melakukan sesuatu perkara yang berunsurkan negatif. Hadirin sekalian, Hujah saya yang kedua ialah, ibu bapa kurang memberikan perhatian kepada anak-anak. Pihak ibu bapa haruslah cakna terhadap perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa. Terutamanya apabila anak-anak meningkat remaja dan dewasa. Di alam remaja, anak-anak mudah terpengaruh dengan persekitaran untuk mencari identiti yang sesuai dengan dirinya. Sebagai kesannya, mereka mudah untuk mempengaruhi idea-idea yang dibawa oleh barat. Terutamanya identiti yang dibawa oleh rakan-rakan mereka sendiri. Ibu bapa yang mempunyai sikap lepas tanggan ini akan membuatkan anak-anak bebas untuk memilih gaya hidupnya tersendiri walaupun bertetangan dengan gaya hidup yang tekankan oleh agama. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Kesimpulannya, kepedulian kedua orang tua tidak hanya terbatas memberikan pengajaran kepada anak-anak. Akan tetapi, mereka harus dibimbing dan dibantu dalam mempraktikkan bagaimana cara berbakti kepada kedua orang tuanya, tentu dengan cara dan perlakuan yang terbaik. Akan tetapi, jika orang tua tidak peduli akan pendidikan akhlak mereka maka si anak akan menjadi duri bagi kedua orang tuanya, karana berbakti kepada kedua orang tua merupakan sifat yang tidak akan muncul begitu saja tanpa melalui pengajaran. Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai