Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Pendidikan jasmani pada hakikatnya adalah proses pendidikan yang memanfaatkan aktiviti fizikal untuk menghasilkan perubahan holistik dalam kualiti individu, baik dalam hal fizikal, mental, serta emosi. Pendidikan jasmani memperlakukan kita sebagai sebuah kesatuan utuh, makhluk total, daripada hanya menganggapnya sebagai seseorang yang terpisah kualiti fizikal dan mentalnya.

Pada kenyataannya, pendidikan jasmani adalah suatu bidang kajian yang sungguh luas. Antaranya adalah pergerakan asas. Pakar-pakar dalam pendidikan jasmani(Gallahue, D. L., 1996; Gabbard, C., LeBlanc, B. dan Lowy, S., 1994; Burton, 1997) membahagikan pergerakan asas kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan pergerakan manipulatif.

PERGERAKAN ASAS
LOKOMOTOR

BUKAN LOKOMOTOR

MANIPULATIF

Pergerakan ritma sekata/asas -berjalan /berlari/melomp at/melonjak/ Membongkok/me regang/mengilas/ mengayun/rebah /bangkit/menolak /menarik

Bersifat Rejangan -Mengolek bola/membaling/meny epak/mengyun/memuk ul/mementun/

pergerakan ritma tidak sekata

Menerima/menyerap Menangkap/menyambu t/menahan

PENDIDIKAN PERGERAKAN
PERGERAKAN LOKOMOTOR
Definisi Pergerakan Lokomotor Aktiviti Lokomotor yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah kedudukan dari tempat tersebut. Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang, iaitu pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan pergerakan kreatif digunakan, pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

PERGERAKAN LOKOMOTO KREATIF Pergerakan lokomoto secara kreatif dapat dilakukan dengan menyerapkan empat aspek pergerakan, iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Ruang Ruang ialah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ia terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti aras tinggi, sederhana dan rendah. Bagi arah pula ialah arah hadapan, belakang sisi, atas, dan bawah. Bagi aliran aliran pula adalah seperti awangan, lantai, lurus, berliku-liku dan zig-zag. Bagi ruang ekstensi pula adalah mengecil dan membesar.

Masa Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta-merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaan ruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat. Antara contoh pergerakan adalah pergerakan serta-merta iaitu pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan ini cepat, tegas, spontan dan dinamik. Antara contoh yang lain adalah pergerakan kawal-lambat yang membawa maksud pergerakan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal. Lakuannya lambat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa.

Beban Aspek beban merupakan kualiti pergerakan seperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan ini dapat dihasilkan dengan cara mengawal kekuatan dan keupayan otot semasa melakukan pergerakan. Antara contoh pergerakan ialah halus dan ringan, iaitu dengan melakuan pergerakan yang lembut, halus dan sensitif. Kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat amat diperlukan semasa melakukan pergerakan ini. Contoh lain adalah pergerakan berat dan kuat iaitu dengan melakuan pergerakan yang tegas, kuat, bertenaga dan pantas. Tenaga dan otot-otot yang kuat amat diperlukan semasa melakukan pergerakan ini.

Aliran Aspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusan dan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan aliran terikat.
6

Konsep Pergerakan Lokomotor


Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor. Gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

ARAH Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan

HALUAN Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan sebagainya.

MASA Masa ialah melibatkan corak gerakan yang menghasilkan kelajuan berbeza. Apabila kita memilih kelajuan yang sesuai semasa mengerakkan anggota badan yang berlainan momentumnya apabila digerakkan, masa yang berbeza dapat dicatatkan.

Bentuk Pergerakan Lokomotor

BERJALAN Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti jalan berundur dan kemudian ke hadapan, berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan, berjalan dengan melakonkan gaya gegasi berjalan, berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan, berjalan dengan melakunkan gaya meredah semak, berjalan dengan melakunkan gaya gajah berjalan, berjalan dengan melakunkan gaya anjing cedera di kaki berjalan, berjalan dengan melakunkan gaya patung berjalan dan berjalan naik tangga

BERLARI Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut, berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus, berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggi, berlari pantas dan beransur-ansur pelahan, berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat di berikan dan berlari semula, berlari kehadapan serta berundur kesisi, berlari mengikut seorang ketua, berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan, berlari mengikut arah zig zag dan lari beberapa langkah dan kemudian melompat
8

MELOMPAT Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti melompat seperti rusa melompat pagar, melompat tali atau garisan di atas lantai, melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai, melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan, melompat melakonkan serta meniru cara kanggaru melompat, melompat melakonkan serta meniru cara katak melompat, melompat melakunkan serta meniru cara kanggaru melompat, melompat melakunkan serta meniru cara katak melompat dan melompat sambil mengubah arah lompatan.

MELOMPAT KETINGTING Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat kiraan, melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan, melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan mengikut isyarat dan melompat ketingting meliputi pelbagai jarak

MERANGKAK Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti merangkak melalui pelbagai halangan, merangkak melalui
10

bawah sarang labah-labah, merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat dan merangkak melalui tali

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

Konsep Pergerakan Bukan Lokomotor


Pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik badan seharusnya berada dalam keadaan fleksibel dan seimbang. Gerakan dalam aktiviti ini perlulah di buat dalam keadaan tenang dan kurang tekanan.

11

Bentuk Pergerakan Bukan Lokomotor

DUDUK Di antara aktiviti berjalan yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti duduk dalam keadaan bersila, duduk dalam keadaan melunjur, duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan, duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit, duduk dalam keadaan kaki keatas dengan gaya mengayuh basikal, duduk dengan tangan menyentuh jari kaki, duduk melutut dan duduk mendekam.

BERDIRI Di antara aktiviti berdiri yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut, berdiri lurus, berdiri dengan membongkok ke hadapan, berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan, berdiri dengan memusing pada paras pinggang, berdiri dengan mengilas ke
12

kiri dan ke kanan, berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan seterusnya berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut kiri, berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki, berdiri dengan memusing tangan ke kiri dan ke kanan

MANIPULASI ALATAN
Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil,bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.

Konsep
Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.Kemahiran manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota badan untuk
13

mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan koordinasi angota badan contohnya tangan, mata, kaki, mata dan lain-lain.

Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat


Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah:

MEMBALING DAN MELAMBUNG Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti, melambung sebiji bola keudara dan menyambut semula, melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula, melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula, meleretkan bola kedinding dan menahan semula dan meleretkan bola kesasaran.

MENYAMBUT Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti, melambung pundi kacang keudara dan menyambut semula, melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula, melantunkan bola di dinding dan menangkap semula, menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan dan membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

MEMUKUL Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti memukul alatan dengan tangan, memukul alatan dengan gengaman, memukul alatan kearah pasangan atau sasaran, melambung belon keudara dan kemudian memukul dan menjatuhkan bola kemudian memukul ketika
14

bola itu melantun dengan tangan dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.

Penyesuaian Alat untuk Kemahiran Faktor-faktor Melontar Saiz bola Bentuk bola Berat bola Menangkap Saiz bola Bentuk bola Berat bola Menyepak Saiz bola Bentuk bola Berat bola Memukul bola Saiz objek Bentuk objek untuk dipukul Saiz pemukul Berat pemukul Besar Bulat Besar Ringan Sederhana Sedikit tidak sama Sederhana Sederhana Kecil Tidak sama Kecil Berat Besar Bulat Ringan Sederhana Sedikit tidak sama Sederhana Kecil Tidak sama Berat Besar Bulat Ringan Sederhana Sedikit tidak sama Sederhana Kecil Tidak sama Berat Kecil Bulat Ringan Sederhana Sedikit tidak sama Sederhana Besar Tidak sama Berat Senang Sederhana Susah

15

Penyesuaian Keadaan untuk Kemahiran Manipulatif Faktor-faktor Menangkap Sudut trajektori objek Kelajuan objek Perlahan Sederhana Cepat Mendatar Menegak Menyerong Senang Sederhana Susah

Pergerakan sebelum yang diperlukan Melontar Arah dan ketepatan yang diperlukan

Statik

Bergerak ke hadapan

Bergerak ke belakang / sisi

Ke hadapan, tanpa sasaran

Ke sasaran, pada sebelah yang lebih disukai

Ke sasaran, pada sebelah yang tidak disukai

Kedudukan sasaran

Statik

Bergerak ke arah pelontar

Bergerak menjauhi pelontar

Jarak yang diperlukan

Dekat

Sederhana

Jauh

Kedudukan pelontar Menyepak dan memukul Kedudukan objek

Statik

Bergerak ke arah sasaran

Bergerak menjauhi sasaran

Statik

Bergerak perlahan Bergerak cepat

Sudut trajektori objek

Mendatar

Menegak

Menyilang

Pergerakan sebelum yang diperlukan

Tanpa pergerakan

Sedikit pergerakan

Pergerakan yang besar

16

Ketepatan yang diperlukan

Tanpa sasaran

Sedikit ketepatan

Tepat ke sasaran

Perbezaan lokomotor dengan bukan lokomotor


Pergerakan lokomotor ialah kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan berlari dan sebagainya manakala pergerakan bukan lokomotor pula ialah kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya.

NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.

Kerjasama Kerjasama bermaksud kerja yang dibuat bersama-sama dan dengan tolongmenolong atau gotong-royong. Selain itu ia juga boleh didefinisikan sebagai kerjabersama-sama atau saling membantu antara dua atau beberapa pihak, atau sumbangan pelbagai rupa sama ada bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama. Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk menerapkan nilai kerjasama dikalangan murid-murid.
17

Ini kerana pendidikan pergerakan asas boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Maka dari situ secara tidak lansung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.

Keberanian Merujuk kepada Bahasa Melayu Dewan (1998), keberanian bermaksud kegagahan, keperkasaan, ketabahan, kepahlawanan, keteguhan, keperwiraan, kelakian dan kejantanan. Manakala menurut Kamus Pelajar pula keberanian bermakna mempunyai sifat-sifat berani. Nilai keberanian sememangnya dapat
18

diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas di mana murid-murid diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya dapat mencungkil kebolehan yang ada pada diri masing-masing.

Semangat berpasukan Semangat berpasukan boleh ditakrifkan sebagai kemahuan untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan. Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat berpasukan juga dapat dipupuk dikalangan murid-murid. Semangat bantu-menbantu dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yang dihasilkan.

Berdisiplin Merujuk kepada Kamus Pelajar, berdisiplin bermaksud menurut atau mengikut tatatertib peraturan, undang-undang dan lain-lain atau patuh (taat) pada peraturan dan lain-lain. Dalam melaksanakan aktiviti pergerakan asas murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajari mengikut cara yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin.

Gembira Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran, bukan itu sahaja malah guru juga boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akan menadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih menarik. Oleh yang demikian murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS Mempelajari kemahiran pergerakan adalah suatu yang penting. ia bukan sahaja penting kepada jesmani atau kesihatan seseorang, malah ia juga penting dalam semua perkara dalam membina individu yang seimbang. Antara kepentingan19

kepentingannya ialah dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Selain itu, potensi kreativiti murid dapat ditingkatkan. Perkembang kesedaran dan kefahaman konsepkonsep pergerakan dapat ditingkatkan disamping meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak. Selain itu, pergerakan asas dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak disamping mengembangkan sikap sportif, jujur, disiplin, bertanggungjawab, kerjasama, percaya diri dan demokratis. Apabila kita melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul, postur badan dapat dijaga dengan baik. Kita juga dapat meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan disamping berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan selain dapat mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

20

RUMUSAN Oleh hal yang demikian, pergerakan asas merupakan satu pergerakan yang sangat penting dalam kehidupan manusia khususnya dalam kalangan murid-murid sekolah. Pergerakan asas ini juga merupakan salah satu daripada cabang kepada pendidikan pergerakan yang terdapat dalam Pendidikan Jasmani. Melalui

penyelesaian kerja kursus ini, dapatlah saya mengenali lebih mendalam mengenai pergerakan asas.

Daripada penelitian dan pembacaan saya, pergerakan asas terdiri daripada pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor, dan pergerakan manipulatif. Namun demikian, walaupun pergerakan asas ini dilihat nampak mudah dan agak remeh, hal ini juga boleh mengakibatkan kecederaan sama ada kecederaan ringan atau berat kepada murid-murid. Oleh yang demikian, setiap pergerakan yang hendak dilakukan, mestilah dipantau dan diawasi guru subjek pendidikan jasmani tersebut.

Justifikasinya, pergerakan asas ini banyak memberikan kebaikan kepada semua manusia, terutamanya murid sekolah sama ada sekolah menengah mahupun sekolah rendah.

21

Anda mungkin juga menyukai