Anda di halaman 1dari 8

1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


BAHASA MELAYU
TAHUN 3


MATA PELAJARAN :Bahasa Melayu
TAHUN :3 Jaya
TARIKH :10 Mei 2012
MASA :60 minit
BILANGAN MURID :20 Orang
TEMA :Mari Bertani
TAJUK :Buah-buahan Tempatan

Fokus Utama :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras : 3 (i) Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan :

2

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata,ungkapan, ayat,sebutan,
intonasi dan nada yang sesuai.
Aras : 1 (i) Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan dengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

Kemahiran Bahasa : Kemahiran Mendengar
Kemahiran Bertutur
Kemahiran Membaca

Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
i. menjawab soalan dengan betul tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.
ii. membaca dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul
iii. membezakan buah-buahan....

Sistem Bahasa : Tatabahasa -Morfologi - Kata Kerja
: Sebutan dan Intonansi - Membaca Ayat
: Sistem ejaan Kata dasar / Kata terbitan ( bajak-membajak )

Pengisian Kurikulum
Ilmu : Sains, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.


3

Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir : menjana idea
Belajar Cara Belajar : mendengar dengan teliti , mencatat
Kecerdasan Pelbagai : kontekstual
Nilai : Bersyukur, berdikari

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui tanaman buah-buahan di sekitar rumah / kawasan tampat tinggal

Bahan Sumber P & P : Gambar ( Pokok Kelapa, Pisang) petikan, radio dan cekera padat,Kad Perkataan, Benda maujud (
pisang, daun kelapa )
Penekanan Konsep 5P :
i. Penggabungjalinan : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis
ii. Penyerapan : Sains, Kajian Tempatan, Pendidikan Muzik.
iii. Penilaian : Murid mengeja perkataan dan ayat, menulis ayat dengan tanda baca dan imbuhan yang betul
iv. Pemulihan : Menulis perkataan berimbuhan, menulis ayat tunggal
v. Pengayaan : Membina ayat majmuk yang gramatis





4

LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN
Set Induksi
( 5 minit )

[ video buah-buahan tempatan]

Soalan:
Apakah buah-buahan yang terdapat
dalam video itu?
Apakah buah-buahan kegemaran
kamu?
Guru menayangkan video tentang buah-buahan
tempatan di negara kita.
Guru dan murid menyanyikan lagu bersama-sama.
Guru bersoal jawab tentang lagu tersebut dan
mengaitkan dengan tajuk pelajaran.
Murid bercerita tentang buah-buahan kegemaran
mereka.
ICT
Ilmu : Sains
Teknik bercerita
KP:Verbal
Linguistik ,muzik

Langkah 1
(8 minit)


[gambar dan nama buah-buahan]

betik

duku

jambu


nanas


limau


mangga


pisang


manggis


belimbing

durian

rambutan

tembikai

latihan
Aktiviti 1
Guru menunjukkan gambar buah-buahan tempatan
di dalam slaid.
Guru membaca nama buah-buahan secara
mekanis dengan sebutan yang jelas.
Murid mendengar dengan teliti dan mengikut
bacaan guru.
Aktiviti 2
Guru dan murid bersoal jawab dengan
menggunakan bahasa yang mudah dan
menggalakkan murid bercerita.
Ilmu: Sains
BCB
mendengar
dengan teliti,
bacaan mekanis
Kaedah mengeja
KP: interpersonal

5

Murid bercerita tentang buah-buahan dengan guru
dan rakan-rakan yang lain.
Langkah 2
(12 minit)







Aktiviti 1
Guru membahagikan murid kepada empat
kumpulan.
Guru mengagihkan nama buah kepada setiap
kumpulan.

Aktiviti 2
Murid berbincang di dalam kumpulan mengenai ciri-
ciri buah kumpulan masing-masing.
Guru membimbing murid untuk melahirkan idea
dan pendapat.

Aktiviti 3
Guru meminta seorang wakil dalam setiap
kumpulan untuk menceritakan hasil perbincangan
kumpulan masing-masing.


BCB: bacaan
mentalis,
Teknik bersoal
jawab
KP: Interpersonal
Nilai: berdikari
Sumber P&P:
Petikan

Kumpulan 1
rambutan
Kumpulan 2
mangga
Kumpulan 3
durian
Kumpulan 4
nanas

6

Langkah 3
(15 minit)



Contoh:



Saya rambutan.
Kulit saya berbulu.
Kulit saya berwarna merah.
Isi saya sangat manis.





Aktiviti 1
Guru memanggil wakil setiap kumpulan dan
meminta mereka melakonkan watak buah-buahan
tersebut.
Guru menggantungkan watak buah di leher murid.
Guru meminta mereka bercerita dengan
menggunakan ayat mudah.

Aktiviti 2 (Aktiviti Kumpulan )
Guru meminta setiap kumpulan murid menulis 1
ayat tunggal dan 1 ayat majmuk berpandukan
gambar
Guru membuat ulasan tentang ayat yang
disampaikan dan membuat pembetulan tentang
penggunaan perkataan yang betul dalam ayat

Ilmu: Kajian
Tempatan
KB: Menjana idea
Sumber P&P:
-Gambar
-Kad perkataan

7



Refleksi

Langkah 4
( 15 minit )

Isi - Ayat Majmuk

Lembaran kerja:
Pemulihan
pengayaan
Aktiviti 1 Aktiviti Penulisan
Kumpulan 1 Murid menulis ayat secara terkawal
dengan membubuh perkataan pada tempat kosong .
Kumpulan 2 Murid menulis ayat majmuk dengan
rangkaikata yang disediakan
Kumpulan 3 Murid membina 5 ayat berdasarkan
gambar yang disediakan
Pemulihan menulis perkataan berimbuhan

KBCB: mencatat
KP: interpersonal
Sumber P&P:
Lembaran kerja
Penutup
(5 minit)

Guru membuat rumusan tentang tajuk yang telah
dipelajari
-Apakah kebaikan berkebun sayur ?
- Menyanyi bersama lagu,Buah-buahan
Rumusan isi
pelajaran

Penerapan nilai-
nilai murni.

8

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kata hubung gabungan menyambungkan dua ayat yang sama penting kedudukan. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al: 2004 : 239), kata hubung
gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama
taraf sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini disebut
ayat majmuk gabungan.

Anda mungkin juga menyukai