Anda di halaman 1dari 12

1 Pak Saat dan anaknya sedang _______

A. menebas
B. menetak
C. Menebang
( Aras Pengetahuan)
2 Penduduk Taman Seri Bayan _______ untuk membersihkan kawasan tanaman
mereka.

A. berulang alik
B. bergotong royong
C. berlintang pukang
D. berolang - aling
( Aras Pengetahuan)

3 Encik Iskandar _______ terima kasih kepada orang kampung yang menolong
keluarganya semasa kebakaran.

A. ucapan
B. berucap
C. mengucapkan
D. diucapkan
( Aras Pengetahuan)

4 Anuar sedang _______ kaki datuknya yang sakit itu.

A. memicit
B. merawat
C. menekat
D. mengetuk
( Aras Pengetahuan)





5 Seseorang _______ telah menghadiahkan tiga buah basikal kepada murid murid
cemerlang itu

A. sukarelawan
B. wartawan
C. hartawan
( Aras Pengetahuan)

6 Baju yang baru dibeli oleh Nabila ada _______ kakaknya.

A. pada
B. akan
C. dengan
( Aras Pengetahuan)

7 Guru besar Sekolah Kebangsaan Bukir Berangan baik hati orangnya, _______ sangan
dihormati oleh guru guru dan murid murid.

A. Beliau
B. Saya
C. Anda
D. Kalian
( Aras Pengetahuan)

8 Perusahaan _______ batik telah dijalankan oleh Pak Long sejak dua puluh tahun
dahulu.

A. mengecop
B. menerap
C. mengecap
( Aras Pengetahuan)



9 ________ bungkus baju itu dengan pembalut hadiah, kata puan Hasni kepada
jurujual itu.

A. Sila
B. Harap
C. Tolong
D. Jemput
( Aras Pengetahuan)

10 Ahli ahli pasukan silat itu menerima ucapan tahniah _______ Guru Besar kerana
menjadi johan dalam pertandingan silat itu.

A. oleh
B. daripada
C. dari
D. Dengan
( Aras Pengetahuan)

11 Murid itu _______ apabila kakinya tersepak batu di tengah padang bola itu.

A. terperosok
B. tersungkur
C. terjunam
D. Terduduk
( Aras Pengetahuan)

12 _______ kamu mengurangkan makanan berlemak, kamu boleh menurunkan berat
badan , kata Arisya kepada adiknya.

A. Sementara
B. Sekiranya
C. Manakala
D. Kemudian
( Aras Pengetahuan)

13 Murid itu adalah ______ pemain pasukan hoki sekolah kita yang bagus.

A. seperti
B. untuk
C. dengan
D. antara
( Aras Pengetahuan)

14 Walaupun persatuan pengguna sudah _______ ditubuhkan tetapi tidak banyak orang
menyedarinya.

A. sentiasa
B. awal
C. lama
D. Kerap
( Aras Pengetahuan)

15 Kumar dan David sedang melihat _______ bola sepak itu.

A. jadual perlawanan
B. jadual permulaan
C. jadual perjalanan
( Aras Pengetahuan)

16 Majlis meraikan kemenangan pasukan bola sepak itu _______ dengan ucapan
Pengerusi Majlis.

A. disertai
B. diulangi
C. diikuti
D. Didahului
( Aras Pengetahuan)


17 Shahrul tidak berasa _______ walaupun ahli ahli pasukan bola keranjang memilih
Hassan sebagai ketua.

A. kepala angin
B. jalan buntu
C. hidung tinggi
D. iri hati
( Aras Pengetahuan)

18 _______ kasut kulit itu mahal _______ kualitinya bagus.

A. Walaupun .....tetapi
B. Sungguhpun ..... jika
C. Bukan sahaja ..... bahkan juga
D. Jangankan .....pun
( Aras Pengetahuan)

19 Kamu _______ membaca sajak itu dengan teliti jika _______ memahami
maknanya , kata Cikgu Borhan kepada Farid.

A. mesti.....mahupun
B. perlu ..... dapat
C. harus ..... boleh
D. sudah .....hendak
( Aras Pengetahuan)

20 Abang Yamin menanam cili menggunakan kaedah tradisional.
Perkataan seerti bagi kaedah ialah

A. punca
B. cara
C. Dasar
D. Tabiat
( Aras Kefahaman)

21 Gaya bahasa kuno dalam karya sastera lama itu susah untuk difahami.
Perkataan seerti bagi kuno ialah

A. kukuh
B. asli
C. resam
D. moden
( Aras Kefahaman)

22 Mereka bersiar siar ditepi pantai yang indah itu.

A. Bilakah mereka bersiar siar di tepi pantai yang indah itu?
B. Mengapakah mereka bersiar siar di pantai yang indah itu?
C. Bagaimanakah keadaan di tepi pantai itu?
D. Di manakah mereka bersiar siar?
( Aras Kefahaman)

23 Jangan hina orang yang kurang upaya itu, kata ayah kepada adik.

A. Ayah meminta adik menghina orang yang kurang upaya itu.
B. Ayah mengingati adk supaya menghina orang yang kurang upaya itu.
C. Ayah dan adik tidak menghina orang yang kurang upaya itu.
D. Ayah memarahi adik kerana menghina orang yang kurang upaya itu
( Aras Kefahaman)

24 Ibu tidak suka akan perbualan abang yang suka menghabiskan masanya dengan
menonton televisyen sehingga larut malam.

A. Abang tidak disukai ibu yang suka menonton televisyen sehingga larut malam
B. Sikap abang yang suka menonton televisyen tidak disenangi oleh ibu.
C. Perbuatan abang yang suka menonton televisyen sehingga larut malam tidak
disenangi oleh ibu.
( Aras Kefahaman)


Pilih ayat ayat dengan menggunakan perkataan bergaris dengan betul
25 I Johan sedang baik motosikal.
II Suhaila budak yang baik.
III Baik kamu pergi ke rumah Hassan sekarang.
IV Dia bernasib baik kerana terselamat dalam kemalangan itu.

A. II dan III sahaja
B. I , II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. I, II, III dan IV sahaja
( Aras Aplikasi)

26 I Mata Tok Esah masih terang
II Mata pisau toreh itu sungguh tajam
III Murid itu mendapat mata yang tinggi dalam pertandingan kuiz.
IV Kami tidak lepas mata menyaksikan perlawanan akhir itu.

A. I dan II sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. I, III dan IV sahaja
( Aras Aplikasi)

27 I Tepung gandum itu tahan untuk tiga bulan.
II Almari itu tahan lama jika dijaga dengan baik.
III Zaki tahan kakinya yang sakit.
IV Dia tahan dimarahi oleh orang itu kerana dia tidak bersalah.

A. I dan II sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, II dan IV sahaja
D. I, III dan IV sahaja
( Aras Aplikasi)



Pilih ayat yang betul.
28 A Sayur kacang panjang itu Malik petik.
B Cerpen itu ditulis daripada Sazlan.
C Kulit buku cerita itu berwarna merah kuat.
D Buah duku itu sangat manis.
( Aras Aplikasi)

29 I Bau buah cempedak itu sangat wangi.
II Mariam makan lima biji buah durian.
III Nah, besarnya buah tembikai itu!
IV Sayur peria itu paling pahit sekali.

A. I sahaja
B. I dan II sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I, II dan IV sahaja
( Aras Aplikasi)

30 I Pokok kelapa itu condong.
II Isi buah naga itu berwarna merah.
III Buah mangga muda itu dijeruk oleh nenek.
IV Pesta Buah buahan Tempatan berlangsung pada Dataran Merdeka.

A. II dan IV sahaja
B. I dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II, III dan IV sahaja
( Aras Aplikasi)





Baca petikan dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.
Haikal, John dan Leong bersahabat baik semenjak kecil lagi. Mereka hidup
sekampung dan bersekolah di sekolah yang sama. Ketiga tiga murid tahun lima. Mereka
sentiasa berlumba lumba dalam pelajaran. Masing masing ingin menduduki tempat teratas
dalam kelas.

Dalam Peperiksaan Bulan April, ketiga tiganya mendapat 4A di dalam kelas mereka.
John muncul pelajar terbaik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, manakala Leong mendapat
markah tertinggi bagi Bahasa Inggeris. Haikal pula mendapat 100 peratus dalam Matematik.
Guru kelas mereka sungguh bangga dengan pencapaian ketiga tiga muridnya yang juga
menjadi anak emas sekolah mereka itu.

Walaupun mereka saling berlumba dalam pelajaran, mereka tidak bermusuhan
antara satu sama lain. Malah, mereka saling membantu dalam menghadapi apa juga keadaan.
Mereka belajar bersama sama, bermain bersama sama dan jika timbul masalah, mereka
akan cuba menyelesaikan secar muafakat.

Di kampung, mereka terkenal sebagai budak budak yang ringan tulang. Orang
kampung juga sangat suka kepada mereka kerana mereka juga ringan mulut. Mereka rajin
menolong ibu bapa dan juga sentiasa bersedia membantu orang kampung. Apabila berselisih
dengan orang lain, mereka tidak pernah masam muka, sebaliknya menegur orang itu dengan
ramah.


31 Perkataan berlumba lumba dalam petikan di atas maksud

A. berlawan
B. bersaing
C. berkejar kejaran
D. beriringan
( Aras Aplikasi)




32 Antara berikut, manakah pernyataan yang salah?

A. Haikal mendapat markah penuh dalam Matematik
B. John mendapat markah tertinggi dalam Bahasa Melayu
C. Leong mendapat markah penuh dalam Bahasa Inggeris
D. Haikal, John dan Leong mendapat 5A dalam Peperiksaan Bulan April sekolah mereka.
( Aras Aplikasi)

33 Semua perkara dibawah dilakukan oleh tiga sahabat itu bersama sama kecuali

A. bermain
B. belajar
C. menolong ibu bapa
D. menyelesaikan masalah
( Aras Aplikasi)

34 Semua simpulan bahasa yang terdapat dalam petikan di atas membawa maksud yang
baik, kecuali

A. anak emas
B. ringan tulang
C. ringan mulut
D. masam muka
( Aras Aplikasi)

35 Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan tersebut?

A. Bakal Pelajar Terbaik UPSR
B. Sikap Yang Harus Diteladani
C. Ringan Mulut
D. Pelajar Pintar Sentiasa Berlumba - lumba
( Aras Aplikasi)



Soalan 36 40
Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan soalan yang berikutnya.
Matahari terlindung cuaca redup,
Budak bermain senangnya hati,
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga ke mati.

Gembiranya sungguh d hari raya,
Tetamu datang tiada henti,
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.

Pak Lebai memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu,
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.

Hati gembira apabila bertemu,
Setalah lama asyik berjauhan,
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin betanya luas pengalaman.

36 Apakah maksud baris Ilmu itu pelita hidup?

A. Ilmu dapat mencerahkan kehidupan manusia
B. Pelita hingga ke mati
C. Ilmu itu dapat menghidupkan pelita yang diperlukan semasa mencari ilmu.
D. Ilmu akan dibawa sepanjang hidup
( Aras Aplikasi)
37 Perkataan payah dalam rangkap ketiga sama ertinya dengan

A. rahsia
B. seksa
C. Sukar
( Aras Aplikasi)

38 Menurut puisi di atas, sikap suka bertanya boleh

A. menjadikan seseorang itu kaya denga ilmu
B. membantu seseorang semasa membaca untuk mencari ilmu
C. menambahkan pengetahuan orang yang bertanya itu
D. menjadi jambatan ilmu kepada orang yang rajin membaca
( Aras Aplikasi)

39 Semua pernyataan di atas adalah benar, kecuali

A. kita jangan berasa bosan dalam mencari ilmu
B. kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu
C. membaca merupakan salah satu cara mendapatkan ilmu
D. ilmu baik dan ilmu jahat boleh diamalkan dan dijauhi
( Aras Aplikasi)

40 Tajuk yang paling sesuai bagi puisi di atas ialah

A. Mari Berpuisi
B. Faedah Ilmu
C. Pantun Ilmu
D. Ilmu Dalam Pantun
E. ( Aras Aplikasi)

Anda mungkin juga menyukai