Anda di halaman 1dari 1

Latihan 1 Pilih penanda wacana yang sesuai

1.

Tiket bas untuk pulang ke kampung telah habis dijual. _______, Azam tetap berusaha untuk pulang dengan mendapatkan tiket kereta api pula. A Namun begitu B Selain itu C Tambahan pula D Lantaran itu 2. Karnival membeli-belah 2004 sudah bermula di seluruh negara. _______, suri rumah dinasihati supaya bersikap bijak semasa berbelanja. A Bahkan juga B Namun begitu C Tambahan pula D Lantaran itu 3. Ain sangat disayangi datuk dan neneknya. ______ dia merupakan cucu tunggal. A Oleh yang demikian B Di samping C Lebih-lebih lagi D Dengan itu 4. Peperiksaan UPSR semakin hampir. _______, Nazrul membuat latihan ulang kaji dengan lebih intensif. A Bukan sahaja B Oleh sebab itu C Kalau begitu D Namun begitu 5. Rahayu petah bercakap dan bijak pula. _______, dia telah terpilih mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat Daerah Perak Tengah. A Oleh sebab itu B Padahal C Di samping itu D Lebih-lebih lagi

Anda mungkin juga menyukai