Anda di halaman 1dari 5

AKTIVITI PCK 1 BUMI DAN ALAM SEMESTA

Tujuan Hipotesis

Untuk mengkaji hubungan antara angin dan saiz ombak Semakin tinggi kelajuan angin, semakin besar saiz gelombang ombak terbentuk.

Bahan

Kipas elektrik Basin Air Pasir dan batu kecil/ guli

Cara Kerja (Prosedur)

1. Pantai dibentuk di dalam basin dengan menggunakan pasir dan guli. Basin diisi dengan air yang mempunyai kedalaman 3sm 2. Kipas diletakkan bertentangan dengan basin. Kipas diturunkan mengikut kesesuaian supaya ia dapat mengenakan pada air sekurangnya 45 3. Kipas dibuka selama 3 minit dengan kelajuan yang paling rendah. Pemerhatian telah direkodkan dan air dibiarkan tenang. 4. Kipas dibuka selama 3 minit dengan kelajuan paling laju. Pemerhatian telah direkodkan dan air dibiarkan tenang. 5. Ramalan telah ditulis dengan menyatakan apa yang akan terjadi bila kipas dibuka selama 5 saat dengan kelajuan yang terpantas. 6. Kipas dibuka selama 5 saat dengan kelajuan yang tinggi. Pemerhatian dibuat dan direkodkan. 7. Hubungan antara angin dan saiz ombak dikaitkan dengan pemerhatian yang telah dilihat.

AKTIVITI PCK 1 BUMI DAN ALAM SEMESTA

Rajah 1& 2 Keputusan Kelajuan kipas Masa Kipas ( tutup) Rendah 0 3 minit Pemerhatian Tiada pergerakan air Terhasil ombak yang kecil dan dasar laut tenang (tiada pasir berubah) Ombak perlahan dan rendah serta tiada hakisan Kekerapan ombak rendah Laju 3 minit Ombak yang besar terhasil dan dasar laut bergerak (pasir bergerak) Ombak laju dan tinggi ke pasir pantai serta berlakunya hakisan di persisir pantai. Kekerapan ombak tinggi Ramalan 5 saat Air bergerak ke arah tebing pasir dan menghasilkan riak yang besar. Laju 5 saat Ombak besar, tinggi dan laju terhasil serta

AKTIVITI PCK 1 BUMI DAN ALAM SEMESTA


Hakisan pasir juga berlaku Kekerapan ombak tinggi

Perbincangan

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kebesaran ombak. Faktor utama yang dapat dikesan adalah tahap kelajuan angin. Melalui eksperimen ini, faktor angin yang menyebabkan perubahan saiz ombak dan seiringan dengan itu juga terdapat beberapa perubahan yang berlaku. Ombak yang besar dan mempunyai kekerapan (frekuensi) yang tinggi telah menyebabkan perubahan atau hakisan berlaku di kawasan persisir pantai. Terdapat juga pergerakan yang boleh diperhatikan sepanjang eksperimen di bahagian dasar. Eksperimen dimulakan dengan menggunakan kelajuan angin yang rendah. Hasil pemerhatian mendapati, tidak terdapat hakisan pasir pada kawasan pantai dan tidak berlaku sebarang pergerakan di bahagian dasar. Ombak yang terhasil juga perlahan dan rendah. Maka, kekerapan ombak juga rendah. Bagi ujian akhir iaitu menggunakan kelajuan angin yang tinggi dalam masa 5 saat, perubahan drastik yang dapat diperhatikan adalah kadar ombak yang terhasil adalah lebih tinggi dan kerap. Hakisan juga berlaku dengan pantas pada pasir di bahagian pantai. Dalam mengkaji bagaimana angin memberi kesan kepada gelombang ombak dimana terdapat tiga faktor penting yang perlu diambil kira iaitu kelajuan angin itu sendiri, tempoh masa angin bertiup, dan saiz keluasan sesuatu tempat. Kesimpulan Semakin tinggi kelajuan angin, semakin besar saiz gelombang ombak terbentuk. Ombak yang tinggi telah menyebabkan hakisan pantai berlaku. Hipotesis diterima.

AKTIVITI PCK 1 BUMI DAN ALAM SEMESTA


SOALAN: 1. Ramalan pada KelajuanTinggi untuk 5 saat Ombak besar akan terhasil, ombak juga bakal bergerak dengan laju dan tinggi. Frekuensi atau kekerapan lebih tinggi berbanding pada kelajuan tinggi selama 3 minit yang terdahulu. 2. Pemerhatian pada Kelajuan Tinggi untuk 5 saat Ombak besar, tinggi dan laju terhasil. Hakisan pasir juga berlaku.

AKTIVITI PCK 1 BUMI DAN ALAM SEMESTA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN

SCE311o: bumi dan alam semesta

PCK 1
NAMA KAD PENGENALAN UNIT/AMBILAN PENSYARAH : KU NUR FARHANIM KU IBRAHIM : 920605-02-5772 : 5-PISMP SAINS AMBILAN JAN 2012 : ENCIK ROSDI BIN OMAR

Anda mungkin juga menyukai