Anda di halaman 1dari 1

Bahagian C

( Masa dicadangkan : 20 minit ) ( 20 markah )


Tulis lima nilai murni/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Petang ini, Aswad akan menjalani latihan bola sepak di


padang
sekolahnya. Aswad bertolak awal ke sekolah kerana hari ini diadakan pemilihan
pemain yang akan mewakili sekolahnya. Di pertengahan jalan, Aswad terserempak
dengan seorang lelaki tua yang terjatuh daripada basikalnya. Aswad segera
membantu lelaki tua itu. Dia memimpin lelaki tua itu ke tepi jalan. Dia segera
menahan kereta yang lalu di situ dan meminta pemandunya menghantar lelaki tua itu
ke hospital. Sesampai di sekolah, Aswad telah terlewat. Dia memohon maaf daripada
guru pembimbing dan menceritakan apa yang telah berlaku. Gurunya bersimpati dan
memuji-muji tindakan Aswad itu. Berkat kesungguhannya, Aswad telah berjaya
terpilih sebagai pemain bola sepak sekolahnya. Dia bersyukur dan berjanji akan
bermain bersungguh-sungguh bagi mengharumkan nama sekolahnya.
Bahagian C
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..

20

Anda mungkin juga menyukai