Anda di halaman 1dari 25

R.ANNALECTHUMY S. THARANI V.

UMAVATHY

Soalan
Pilih satu permainan tradisional, demonstrasi, cara bermain dan bincangkan kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.

Kategori Main

Permainan Sosial
Bermaksud permainan yang dimainkan secara kumpulan Berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak ke arah mencapai kematangan bermasyarakat Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut:

Kategori Main Sosial


Perlakuan tidak menentu (unoccupied behaviour)
tidak bermain dengan apa-apa alatan tetapi hanya berada dalam kawasan permainan

Main sendirian (solitary play)


kanak-kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya atau keadaan sekeliling

Main pemerhatian (onlooker play)


kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan

Main selari (parallel play)


bermain sendirian,menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan serta tanpa berbincang, kongsi alat main sendiri

Main asosiatif (associative play)


bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan

Main koperatif (cooperative play)


kanak-kanak ini bermain dalam kumpulan dan bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan

Permainan Kognitif
Piaget (1962) telah mengemukakan 3 peringkat dan kategori main iaitu:
Main latihan (practice play) melibatkan deria motor dan penerokaan berasaskan aktiviti sosial (6 bulan 2 tahun) Main simbolik (symbolic play) termasuk fantasi, sosiodrama, main olok-olok yang melibatkan penggunaan perwakilan mental (2 6 tahun) Main yang melibatkan aplikasi peraturan (7 tahun dan seterusnya)

Jenis Permainan Kognitif


Main simbolik
menggunakan imaginasi dan main peranan gunakan objek atau peranan yang mewakili objek atau peranan sebenar belajar tentang peranan masa depan, menyelesaikan masalah, menghayati nilai moral dan budaya

Main berfungsi
melibatkan gerak balas aktiviti otot spt. membaling, melontar, mengetuk menggunakan alat spt. Kotak, kayu, bolamempunyai ciri pengulangan, manipulasi, peniruan, penerokaan

Main konstruktif
melibatkan pembinaan pengetahuan dan mengenali dunia guna bahan untuk hasilkan ciptaan atau kreativiti alat yang digunakan bukan dalam keadaan asli tetapi untuk membina sesuatu yang lain

Main berperaturan
permainan formal yang melibatkan peraturan yang ditetapkan peraturan juga boleh dicipta sendiri secara bersama peraturan boleh diubahsuai mengikut lokasi atau daerah memperkembangkan kanak-kanak dari aspek sosial dan emosi seperti mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghormati rakan, berkomunikasi, dan sebagainya.

Permainan Tradisional Tuju Selipar

Peralatan Tuju Selipar


1) 3 atau 4 selipar disusun dalam bentuk piramid 2) 1 selipar dijadikan sebagai alat untuk menjatuhkan selipar dan membaling pihak lawan

Cara Bermain
1) 3 selipar hendaklah disusun dengan keadaan berdiri. 2) Kumpulan A perlu menjatuhkan susunan selipar itu dengan melontar selipar yang dipegang ke susunan selipar itu. 3) Jika orang pertama gagal untuk menjatuhkan susunan selipar itu, orang kedua hingga orang terakhir dalam kumpulan A boleh cuba untuk menjatuhkan selipar itu.

4. Seorang pembaling hanya diberi peluang untuk membuat 3 balingan saja. Jika tidak berjaya menjatuhkan selipar dalam 3 balingan tersebut, maka orang itu akan dikira mati. 5. Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, kumpulan B dikehendaki membuat balingan ke anggota badan kumpulan A dengan menggunakan selipar yang disediakan. 6) Misi kumpulan A adalah untuk menyusun semula susunan selipar tersebut untuk berkedudukan berdiri semula.

6) Jika kesemua ahli kumpulan A telah dimatikan sebelum selipar disusun, giliran kumpulan B untuk menyerang. Tiada mata akan diberikan kepada mana-mana pasukan dalam keadaan ini. 7) Mata akan diberikan jika kumpulan A berjaya menyusun selipar sebelum kesemua ahli kumpulan A dimatikan

Cara bermain tuju selipar secara bergambar :

Peraturan permainan secara umum :


15 minit untuk 1 perlawanan Bilangan kumpulan adalah bilangan minimum ahli yang ada pada kedua-dua kumpulan. Permainan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. 1 kumpulan menyerang (A) dan 1 kumpulan bertahan (B).

Peraturan Permainan
i. Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan dan mereka bermain bersamasama. ii. Peralatan yang diperlukan adalah 3/4 belah selipar dan 1 selipar untuk membaling sasaran. iii. Pemain pertama daripada kumpulan utama memulakan permainan dengan cara ,membaling atau melempar selipar ke arah selipar yang telah disusun. iv. Setiap pemain dibenarkan membuat 3 kali lontaran untuk menjatuhkan ke semua selipar.

v. Pemain kedua dari kumpulan utama boleh menyambung permainan dengan melempar selipar bagi menjatuhkan baki selipar yang ada. vi. Jika ke semua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya dengan membuat balingan selipar dan disasarkan ke arah anggota badan kumpulan utama. vii. Satu mata diberikan jika pemain kumpulan utama berjaya menyusun semula ke semua selipar tersebut dan dianggap memenangi permainan tersebut.

Kepentingan Permainan
Perkembangan Intelek
Mereka akan terlatih untuk berfikir secara teratur Merangsang berfikir secara kreatif dan kritis dalam merancang strategi semasa hendak menyusun selipar dalam pada masa yang sama mengelak daripada serangan pihak lawan. Belajar tentang kepentingan keselamatan melalui aktiviti mengelak serangan pihak lawan.


i.

Perkembangan Sosioemosi

Mereka akan berkomunikasi dan masing-masing akan mematuhi peraturan permainan. ii. Membantu mewujudkan perhubungan yang baik antara mereka. iii. Wujudnya suasana kerjasama antara ahli dalam kumpulan. iv. Membentuk nilai murni seperti sabar, tidak mudah berputus asa dan berani.

Perkembangan Fizikal
i. Permainan ini melibatkan pergerakan fizikal atau aktiviti fizikal yang banyak. Ini akan membantu dalam perkembangan fizikal kanak-kanak. ii. Meningkatkan kemahiran fizikal seperti berlari pantas secara tidak langsung meningkatkan stamina kanak-kanak. iii. Meningkatkan kemahiran mengelak, mengacah dan melompat melalui permainan.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai