Anda di halaman 1dari 9

ISU DAN MASALAH YANG DIHADAPI

DALAM PENTAKSIRAN FORMAL

Setiap mata pelajaran yang diajar di


sekolah harus diuji atau dinilai sama
ada dalam bentuk formal atau tidak
formal. Disebabkan itu Pendidikan
Moral amat menitikberatkan domain
afektif iaitu berhubung dengan
pembentukan sikap, nilai, dan emosi
maka penilaian terhadapnya sering
menghadapi masalah

Pemahaman guru tentang Pendidikan Moral

Masalah strategi mengajar yang tidak betul.


- Didapati bahawa tidak semua guru dilengkapkan dengan
pengetahuan tentang strategi pengajaran pendidikan moral.
Guru-guru yang mengajar Pendidikan Moral tidak berupaya dalam
melaksanakan pendekatan pengajaran yang betul dalam
pengajaran.
- Kesannya,ramai murid bosan dalam pembelajaran mata pelajaran
tersebut.
Kefahaman guru tentang konsep-konsep asas dalam mata
pelajaran Pendidikan Moral adalah tidak sama tentang kemoralan
dan Pendidikan Moral.

Proses pentaksiran memerlukan masa


yang panjang
Penilaian moral dilakukan melalui
penilaian formal seperti mengadakan
ujian aneka pilihan, jawapan pendek,
melengkapkan cerita dan memadan
gambar dan kenyataan.
Penilaian kendalian sekolah ditekankan di
sekolah tetapi jarang dipraktikkan atau
kurang efektif pelaksanaan kesuntukan
masa dan kurang kepakaran guru.

Pentaksiran Pendidikan Moral


adalah subjektif
Kertas peperiksaan dengan skema
pemarkahan yang terlalu rigid serta
bersifat akademik dengan soalan-soalan
yang lebih berbentuk situasi yang jarang
dialami oleh murid
- pelajar yang tidak mengalami situasi
tersebut tidak dapat membuat keputusan
moral.
- banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai
atau penguji.

Domain afektif yang meliputi sikap,


nilai, minat dan perasaan merupakan
domain yang amat sukar dinilai.
Walaupun aspek penaakulan moral
boleh dinilai, namun aspek ini tidak
mengukur kebolehan pelajar dalam
menangani sesuatu masalah dan
situasi

Penekanan pengajaran untuk lulus


peperiksaan
peperiksaan sentiasa ditekankan hingga
mewujudkan keadaaan bahawa mengajar
dan belajar adalah untuk peperiksaan
semata-mata.
Pengajaran secara latih tubi dan
penghafalan nilai menjadi kewajipan
pengajaran.
Cara ini sebenarnya tidak membenarkan
perkembangan keupayaan dan kekreatifan
murid-murid untuk berfikir.

Kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran


masalah dalam mencari sumber atau alatan
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Moral.
Sumber yang kurang menyebabkan murid-murid
berasa bosan bila belajar kerana guru menggunakan
kaedah yang sama sahaja sepanjang tahun.
Pihak sekolah lebih menitik beratkan sumber/alatan
bagi matapelajaran teras sahaja.
Pendidikan Moral hanya dipandang sepi sahaja
kerana berpendapat ia lebih menekankan
kemoralan murid sahaja.

Anda mungkin juga menyukai