Anda di halaman 1dari 20

KEMAHIRAN MENULIS TOPIK 14:

Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar


Ejaan Imlak Karangan

Free Powerpoint Templates

Page 1

Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil kira prinsip- prinsip pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya prinsip-prinsip yang dimaksudkan itu ialah :

Free Powerpoint Templates

Page 2

Ketepatan maklumat kandungan

Ketepatan bahasa dan gaya


Sesuai dengan umur,tahap dan keupayaan pelajar Sesuai dengan masyarakat, agama dan budaya Sesuai dengan objektif pengajaran Sesuai dengan masa pengajaran Mudah diguna dan dikendalikan
Free Powerpoint Templates Page 3

Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan seperti di bawah sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran:
gambar, petikan, rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan, dan sebagainya), rakaman video, filem

Free Powerpoint Templates

Page 4

Ejaan
Tujuan ejaan diajar?
Melatih murid mendengar perkataan dengan baik dan menulisnya dengan tepat
Melatih dan mempertingkatkan pengamatan murid melalui deria telinga

Melatih murid menulis melalui pendengaran bukan peniruan


Melatih murid-murid mengenali dan mempertingkatkan kepekaan mereka terhadap perkataan tertentu dan perkataan baharu.

Free Powerpoint Templates

Page 5

Mempertingkatkan kefahaman murid-murid terhadap makna atau maksud perkataan dan boleh menggunakannya dalam konteks dan situasi yang tertentu. Dapat mempertingkatkan perbendaharaan kata murid

Free Powerpoint Templates

Page 6

Cara- cara mengajar ejaan.


1. Guru harus memilih perkataan-perkataan yang sesuai dengan keupayaan dan kemampuan serta penguasaan bahasa murid-murid. 2. Perkataan-perkataan boleh dipilih dan diambil daripada bahan-bahan bacaan murid-murid dan yang ada dalam lingkungan perbendaharaan kata mereka. 3. Sebaik-baiknya perkataan yang pernah didengar oleh murid
Free Powerpoint Templates

Page 7

4. Bahan-bahan yang digunakan hendaklah berperingkat, iaitu daripada yang mudah kepada sukar. 5. Jumlah perkataan yang dieja tidak terlalu banyak.
6. Menjalankan aktiviti mengeja selepas pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, kerana ini merupakan satu urutan yang baik.

7. Aktiviti dilakukan secara lisan terlebih dahulu kemudian diikuti secara bertulis.

Free Powerpoint Templates

Page 8

8. Guru disarankan memberi pendedahan perkataan-perkataan kepada murid terlebih dahulu sebelum aktiviti mengeja sebenar dijalankan. 9. Menyebut perkataan sebanyak 2 kali dan kemudian meminta murid mengeja dan menuliskannya. 10.Perkataan perkataan yang dieja oleh murid disemak oleh guru atau disemak bersama-sama murid. Bincangkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan, dan betulkan.
Free Powerpoint Templates Page 9

Imlak (rencana)
Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa kata Pastikan tempat hentian bacaan

Petikan perlu dibaca dengan jelas

Free Powerpoint Templates

Page 10

Cara-cara pengajaran Imlak


Berikan petikan teks dan minta murid baca Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulis Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membaca

Free Powerpoint Templates

Page 11

Karangan
sebelum membuat sesuatu karangan, kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :

A. Pengenalan B. Isi-isi dan C. Penutup

Free Powerpoint Templates

Page 12

A. Pengenalan Setiap karangan mestilah mempunyai perenggan pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam kepada pemeriksa.
Free Powerpoint Templates Page 13

B. Isi

Isi hendaklah mengikut kehendak soalan. Dalam UPSR, biasanya setiap karangan memerlukan empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait antara satu dengan lain.

Free Powerpoint Templates

Page 14

Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Murid-murid digalakkan menulis satu isi, satu perenggan. Setiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.
Free Powerpoint Templates Page 15

Jaga isinya supaya tidak terkeluar daripada tajuk yang dikehendaki. Elakkan menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Mengapa pelajar cemerlang mendapat banyak isi ? Ini kerana mereka banyak membaca. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalahmakalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan dari pengalaman sendiri.

Free Powerpoint Templates

Page 16

Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya. Gunakan kata tanya
Apa ( contoh : Apa program yang dijalankan ?) Siapa ( contoh, siapa yang merasmikan program itu ?) Bila ( contoh, bila program itu diadakan ?) Mengapa ( contoh, mengapa program itu diadakan?) Di mana ( contoh, di mana program itu berlangsung?)

Free Powerpoint Templates

Page 17

Penutup
Penutupnya adalah kesimpulan/ rumusan atau akhiran sesuatu karangan. Dalam penutup boleh digambarkan pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu perbincangan atau tajuk. Boleh masukkan perasaan atau harapan.
Free Powerpoint Templates

Page 18

Contoh Semua peserta berasa gembira dan berpuas hati dengan keadaan sekolah setelah tamatnya aktiviti gotong-royong itu. Kami berharap aktiviti seumpama ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
. Free Powerpoint Templates Page 19

Juga boleh dimuatkan nilai-nilai yang sesuai. Contohnya, aku bersyukur kerana kawanku akhirnya selamat. Ibubapanya mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah membantu anak mereka. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan

Free Powerpoint Templates

Page 20

Anda mungkin juga menyukai