Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM PENTAKSIRAN KERJA KURSUS PROJEK ( Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan

n dan Rubrik Pemarkahan )

Kursus :

EDU 3109 - Guru dan Cabaran Semasa

Tempoh: 4 Minggu

Tarikh Mula

: 29 JULAI 2013

Tarikh Serahan :23 OGOS 2013 Program : PISMP Tahun /Semester: 2013 /2

Disediakan oleh :

Ainee binti Haji Ahmad

Disahkan oleh :

Penyelaras Kursus:

Ketua Jabatan:

Nama & Tandatangan:

Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM PENTAKSIRAN KERJA KURSUS PROJEK ( Jadual Spesifikasi Tugasan-JPT) Jabatan Mata pelajaran Kumpulan Semester : Ilmu Pendidikan : Guru dan Cabaran Semasa- EDU3109 : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan - PISMP : Dua (Jun Nov 2013 )

Tarikh Mula

29 JULAI 2013 ( ISNIN)

Tarikh Hantar

23 OGOS 2013 ( JUMAAT)

Hasil Pembelajaran Kursus : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mengenal pasti isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu dan cabaran semasa. Mengenal pasti tanda-tanda awal gangguan emosi murid serta langkah menanganinya. Mengenal pasti tekanan emosi guru serta langkah menanganinya. Menyesuai dan menyediakan diri dengan perubahan dalam bidang pendidikan. Menyediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan.

Kerja kursus ini bertujuan menilai hasil pembelajaran 2,3,4, dan 5 Objektif Projek : Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut : 1. Menyediakan satu laporan lengkap berdasarkan hasil temubual dan pemerhatian terhadap satu isu dalam pendidikan. 2. Membincangkan punca-punca isu tersebut berlaku, tahap keseriusan/kebimbangan isu tersebut dan langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani isu tersebut. 3. Memberikan cadangan dan langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut yang lebih baik pada masa hadapan. 4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan ini dari aspek pengalaman yang dilalui .

SPESIFIKASI TUGASAN TAJUK

TUGASAN A. Pemerolehan Data Melakukan temubual dan pemerhatian berdasarkan satu isu dalam pendidikan. B. Penulisan Akademik Kerja Kumpulan Menyediakan satu laporan lengkap berdasarkan hasil temubual dan pemerhatian terhadap isu yang dipilih dan memberikan cadangan usaha penambahbaikan agar aspirasi pendidikan tercapai. C. Penulisan Reflektif- Kerja Individu Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan ini dari aspek pengalaman yang dilalui . Pengetahuan baharu yang diperolehi hasil daripada penganalisaan pengalaman yang dilalui.

WAJARAN 30 %

CATATAN Kriteria penilaian keseluruhan: 1. Pengumpulan Data Soalan yang dikemukan sesuai Responden yang dipilih sesuai Rakaman yang dilakukan jelas Penulisan Borang anekdot jelas 2. Penguasaan kandungan Ketetapan isi Kesesuaian penggunaan konsep/teori Mencerakin isi dengan jelas Liputan skop yang menyeluruh Menunjukkan penguasaan prosedur 3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menjana pengetahuan dan ilmu sokongan hujah dengan bukti dan rujukan dapat menganalisis situasi dapat memberi cadangan penyelesaian menimbulkan sesuatu pandangan kendiri 4. Nilai Keguruan Memiliki ciri kepimpinan. Menunjukkan kemahiran pemikiran yang kreatif dan analitikal. Kebolehan mendapatkan dan menilai maklumat dari pelbagai punca mengendalikan pembelajaran kendiri Bersedia menerima pandangan orang lain

1. Isu Dan Cabaran Pendidikan Semasa 2. Guru Dan Perundangan 3. Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid 4. Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru 5. Inovasi Dan Perubahan Dalam Pendidikan 6. Pengurusan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

50 %

20%

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN- PISMP ( Ambilan Dis 2011 ) ( TUGASAN PROJEK)

Program: PISMP

Nama Guru Pelatih : 1. 2. 3. 4. Semester : 2( Ambilan Dis 2011)

Tajuk Kursus : Guru dan Cabaran Semasa Kod Kursus : EDU3109 Tarikh Mula :29 JULAI 2013(ISNIN)

Tarikh Hantar : 23 OGOS 2013 (JUMAAT)

I. Hasil Pembelajaran Kursus : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mengenal pasti isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu dan cabaran semasa. Mengenal pasti tanda-tanda awal gangguan emosi murid serta langkah menanganinya. Mengenal pasti tekanan emosi guru serta langkah menanganinya. Menyesuai dan menyediakan diri dengan perubahan dalam bidang pendidikan. Menyediakan pelan tindakan untuk mengurus perubahan.

Kerja kursus ini bertujuan menilai hasil pembelajaran 2, 3, 4, dan 5

II. Objektif Projek: 1. Menyediakan satu laporan lengkap berdasarkan hasil temubual dan pemerhatian terhadap satu isu dalam pendidikan. 2. Membincangkan punca-punca isu tersebut berlaku, tahap keseriusan/kebimbangan isu tersebut dan langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani isu tersebut. 3. Memberikan cadangan dan langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut yang lebih baik pada masa hadapan. 4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan ini dari aspek pengalaman yang dilalui .

III. Tugasan Projek (100%) Dunia pendidikan pada hari memegang tanggungjawab yang sangat besar bagi mencapai aspirasi negara ini. Namun begitu terlalu banyak cabaran yang perlu ditangani oleh guru. Sehubungan dengan itu para guru perlu bersedia dalam menangani cabaran ini. Antara cabaran/isu yang guru-guru bakal hadapi ialah: a. tekanan emosi dalam kalangan murid b. tekanan emosi dalam kalangan guru c. kepelbagaian budaya d. integrasi nasional e. inovasi dalam pendidikan f. gejala sosial A. Pengumpulan Data ( 30 %) Secara berkumpulan (3-4 pelajar) anda dikehendaki mendapatkan maklumat mengenai salah satu cabaran/isu yang dinyatakan di atas. 1. Anda perlu menjalankan temubual kepada sekumpulan responden untuk melihat : i. ii. iii. Punca isu itu wujud Tahap keseriusan/kebimbangan isu yang dipilih Langkah-langkah yang telah diambil

(Temubual yang dijalankan hendaklah dirakam dan anda perlu membuat transkripsi. Bahan tersebut dihantar bersama penulisan akademik anda) 2. Selain temubual anda juga di minta menjalankan pemerhatian di sekolah berkaitan isu yang anda pilih, agar data yang anda perolehi mempunyai bukti yang lebih kukuh. Nyatakan pemerhatian anda dalam laporan anekdot. B. Penulisan Akademik ( 50 %) Berdasarkan data yang dikumpul di atas (A), bincangkan perkara-perkara berikut: i. Latarbelakang isu, pernyataan masalah, objektif penulisan dan persoalan kajian. ii. Penganalisisan data yang diperolehi termasuk menjelaskan tahap keseriusan/kebimbangan isu tersebut. iii. Implikasi isu yang anda pilih itu terhadap sistem pendidikan hari ini. iv. Cadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilakukan agar aspirasi pendidikan di Malaysia tercapai. C. Penulisan Reflektif- Kerja Individu ( 20%) Berdasarkan pengalaman anda semasa melaksanakan tugasan A dan B di atas, anda dikehendaki membuat satu penulisan refleksi yang merangkumi aspek-aspek berikut: i. Pengalaman anda semasa melaksanakan tugasan ini ( proses temubual, mencari maklumat, pemerhatian dan sebagainya) ii. Cabaran-cabaran yang dihadapi dan tindakan yang anda ambil bagi mengatasinya. iii. Huraikan bagaimana pengalaman dalam tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman terhadap tugas yang bakal anda laksanakan pada masa hadapan.

D. Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan ini adalah dilaksanakan secara kumpulan ( A & B ) dan individu ( C). 2. Anda digalakkan bergerak secara kolabotratif untuk mengumpul dan menganalisis data dan maklumat bagi tugasan A . 3. Format penyediaan tugasan adalah seperti berikut : i. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 11 Arial dan langkau baris 1.5. ii. Rujukan mengikut format American Psychological Association (APA) iii. Semua lampiran perlu disertakan antaranya: soalan temu bual, borang pemerhatian, hasil temubual , dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan tugasan anda. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. 5. Panjang tugasan keseluruhan ( A,B dan C) lebih kurang 15 muka surat ( tidak termasuk lampiran dan rujukan) 6. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

E. Tugasan yang baik harus menunjukan kriteria-kriteria berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Penguasaan kandungan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pemindahan Pembelajaran Pengelolaan Nilai Keguruan

F. Kriteria Pentaksiran Tugasan ini akan disemak berdasarkan rubrik analitik pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh :

Disemak oleh:

(AINEE BINTI HAJI AHMAD) Penyelaras Kerja Kursus Projek. Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKTI

( Pakar Bidang (SME) Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKTI

Disahkan oleh :

(SALINA BINTI OMAR) Ketua Jabatan Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKTI.

Anda mungkin juga menyukai