Anda di halaman 1dari 7

REFLEKSI Refleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada tarikh 26 April 2012

bersamaan hari Khamis. Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas tahun 2 Fokus seramai 35 orang. Murid-murid Tahun 2 Fokus adalah kelas yang boleh dikatakan dalam kategori sederhana. Berlatarbelakang dari kawasan penempatan semula penduduk dari kawasan setinggan, murid-murid di sekolah ini kebanyakkannya adalah dari kalangan keluarga yang sederhana dari segi ekonomi dan pendidikan. Oleh sebab itulah kebanyakkan murid-murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dari segi penguasaan pembelajaran mereka. Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya adalah Nombor dan Operasi. Yang mana ianya termasuk dalam tajuk Operasi tolak dalam lingkungan 1000 yang melibatkan standard pembelajaran menolak sebarang dua nombor hingga tiga digit tanpa mengumpul semula. Semasa menjalankan set induksi, saya dapati murid-murid seronok dan memberi penumpuan serta aktif dengan memberi respon di mana mereka bersama-sama mengira bola yang ditunjukkan dalam sesi ini. Bola yang berwarna-warni saya gunakan adalah untuk menarik perhatian murid di samping dapat digunakan untuk mengaitkan dengan operasi tolak yang akan saya sampaikan dalam pengajaran saya. Saya telah menggunakan pendekatan atau kaedah penerangan bagi aktiviti perkembangan isi pelajaran langkah pertama yang mana penggunaan contoh-contoh dengan penerangan adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran terutama pelajaran matematik yang melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Ini adalah kerana ianya akan dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan lebih berkesan. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang baru dan susah, lebih mudah difahami apabila

menggunakan contoh-contoh yang mudah kepada yang lebih konkrit. Misalnya dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, bentuk metafora dan sebagainya. Contoh-contoh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain. Sebenarnya pelbagai masalah telah saya lalui dalam usaha untuk menjalankan proses rakaman pengajaran dan pembelajaran ini, yang mana pada mulanya saya telah merancang untuk menggunakan peralatan ICT di dalam bilik makmal computer dalam bentuk microsoft power point semasa penyampaian pengajaran saya. Malangnya pada hari tersebut, makmal computer digunakan untuk aktiviti sekolah dan peralatan ICT yang terdapat di dalam kelas 2 Fokus pula sememangnya telah rosak. Keadaan ini

menyebabkan saya mengubah perancangan kepada pendekatan penerangan menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan papan putih dan kad-kad manila sebagai bahan bantu mengajar (BBM) Saya dapati murid-murid dalam kelas ini, dapat memerima penerangan dengan baik dan mudah memahami penerangan yang diberikan. Murid-murid memberi respon dengan menjawab soalan-soalan secara lisan yang ringkas yang diutarakan sebagai menguji pemahaman mereka terhadap penerangan yang disampaikan. Walaupun saya dapati ada beberapa orang murid yang kelihatan tidak memberi perhatian semasa sesi pengajaran, saya faham kerana ketika cuaca panas dan kurang selesa. Apa yang saya dapat lakukan adalah dengan memberi teguran dan memanggil mereka supaya memberi perhatian.

Bagi aktiviti kumpulan pula, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan pelbagai kecerdasan yang mana murid-murid terdiri dari murid-murid yang sederhana dan lambat bagi kelas tersebut. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti pembelajaran yang memerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi murid-murid yang kurang cerdas. Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid yang cerdas dapat dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam kumpulan jenis ini. Semasa aktiviti menjawab soalan matematik secara kumpulan, saya dapati ada yang suka untuk menulis dan ada yang berusaha mengira menggunakan jari untuk mencari jawapan. Setelah mereka selesai menjawab soalan yang diberi dalam kumpulan, saya paparkan hasil kerja mereka di papan tulis dan semak bersama-sama jawapan yang telah diberi mengikut kumpulan masing-masing. Dari jawapan yang diberi, saya dapati mereka faham dan tahu untuk menjawab soalan matematik yang diberi dalam bentuk ayat kepada bentuk lazim semasa menjawab. Walaupun saya dapati ada sedikit kelemahan dalam penyediaan ruangan bentuk lazim yang mana ada murid yang keliru dalam penyalinan semula soalan di ruangan yang sepatutnya. Namun ini dapat disedari sendiri oleh murid kekeliruan yang telah dilakukan dan dapat diatasi dengan membuat sedikit pembetulan walaupun kelihatan sedikit kotor pada ruangan jawapan mereka. Kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan adalah bahan bantu mengajar iaitu kad yang mengandungi soalan latihan dalam kumpulan kurang menarik dan kurang kandungan dari segi bilangan soalan. Bilangan soalan untuk kerja kumpulan sepatutnya diberi lebih kerana mereka akan menyelesaikan soalan secara kumpulan tetapi saya beri hanya satu soalan kerana pengisian pengajaran yang dibuat hanya untuk tempuh tiga puluh minit. Tulisan kurang menarik dan sepatutnya saya gunakan tulisan yang ditaip supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. Dari segi

penggunaan ruang menjawab dalam bentuk lazim ada kekeliruan penggunaan ruang oleh murid dan mereka menyedarinya kerana tidak membuat tinjauan menyeluruh dahulu sebelum menulis dalam bentuk lazim. Suasana kelas kedengaran sedikit bising kerana penglibatan murid yang aktif dan ada pula

beberapa orang yang kelihatan sedikit bosan kerana cuaca yang panas ketika itu mempengaruhi tumpuan mereka pada pembelajaran. Namun begitu, melalui penilaian yang dibuat semasa

pembentangan hasil kerja kumpulan saya dapati murid-murid dapat mencapai objektif yang diharapkan kerana semua soalan yang diberi dapat dijawab dengan betul. Hal ini disokong pula dengan hasil kerja latihan bertulis secara individu yang telah diberi. Setelah saya semak hasil kerja mereka saya dapati semua orang dapat menjawab dengan betul sekurang-kurangnya tiga dari lima soalan yang diberi.

Latihan secara latih-tubi boleh diberikan kepada murid-murid ini sebagai kerja rumah bagi membantu mereka dalam mempertingkatkan kemahiran menolak. Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktif semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Saya harapkan di masa akan datang, saya akan dapat mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-murid akan dapat memahami sesuatu topik yang

Daripada pemerhatian yang dilihat, guru lebih ke arah membimbing murid-murid. Didapati, mana-mana murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru bertindak

membimbing secara individu murid untuk memudahkan pemahaman mereka dalam menyelesaikan masalah dalam sesuatu soalan yang diberikan. Begitu juga dengan penggunaan alat bantu mengajar juga sesuai. Guru telah menyediakan kad gambar bentuk, penyediaan soalan perbincangan di dalam kertas majong, marker, papan tulis dan menyediakan lembaran kerja kepada murid-murid. Penyediaan lembaran kerja seperti ini memang baik, kerana ia sangat menarik kelihatan kemas berbanding daripada kita menyuruh murid-murid menyalin sendiri soalan di papan tulis. Ketika melaksanakan pengajaran, memang guru bergerak aktif cuba sedaya upaya untuk membantu murid-murid memahami apa yang diajar. Didapati guru telah bergerak dari meja ke meja semasa murid sedang dalam perbincangan dan juga semasa murid membuat latihan kendiri.

2. Kekurangan pengajaran Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan. Antaranya ialah tahap kelancaran atau kepetahan guru berkomunikasi tidak begitu lancar. Ada kalanya, seolah-olah guru tercari-cari apa yang hendak dikatakan. Di samping itu, suara ada kalanya tidak begitu begitu jelas. Satu kelemahan yang paling ketara ialah ketika melakukan penyemakan jawapan. Tanpa guru sedar tentang jawapan yang ditulis murid adalah salah tetapi guru tetap menandakan jawapan tersebut betul. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku yang boleh menimbulkan keraguan murid. Di sini, murid-murid lain yang menydari kesilapan tersebut pun tidak bertindak memberitahu guru untuk membetulkan apa kesilapan tersebut. Dari segi penggunaan papan tulis, guru dari peringkat awal sudah menunjukkan ketidaksesuaian. Ini kerana kad gambar bentuk yang dilekat secara berturutan memang dan menulis nama bentuk di sebelah kanan kelihatan membzair ruang. Begitu juga dengan kertas majong yang dilekatkan di papan tulis, apa yang sudah ditulis di hadapan tidak dipadam terlebih dahulu sebelum sebelum melekatkan hasil perbincangan. Walaupun penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari segi teknik penyoalan murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada kalanya murid kelihatan pasif mungkin kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu apabila disoal sama ada memang faham atau tidak tentang apa yang diajar.

Penggunaan masa juga ada kelemahan kerana didapati peruntukan masa dalam pengajaran tersebut ialah 30 minit tetapi guru menggunakan masa 29 minit 40 saat untuk menyelesaikan sesi pengajarannya. Semasa melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan, struktur susunan meja tersebut menyukarkan pergerakkan murid hingga menyebabkan mereka terpaksa berdiri ketika melakukan perbincangan.

3. Langkah mengatasi Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu. Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan berkesan atau tidak, maka dapatlah kita bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang dapat dikesan untuk keberkesanan pengajaran seterusnya. Kesilapan menyemak jawapan di hadapan perlu diambil perhatian, sepatutnya kita sudah bersedia dengan jawapannya di mana kita perlu mencatatkan apakah jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan terutamanya untuk bahagian perbincangan seperti yang telah dibuat. Sepatutnya, apabila kita menyedari kesilapan jawapan tersebut, kita perlu maklumkan sekali algi kepada murid tentang jawapan yang diberikan tersebut kurang tetap sebagai pengetahuan semua murid. Ketidakpetahan atau tidak lancar berkomunikasi masih boleh diperbaiki. Di sini, kita dari semasa ke semasa boleh melatih diri untuk berkomunikasi dengan lancar dan berkesan. Persediaan untuk menyampaikan isi pelajaran itu amat penting supaya apa yang diajar kepada murid dapat diterima dengan baik. Begitu juga dengan penggunaan papan tulis sepatutnya dirancang dengan baik untuk penggunaan ruang. Misalanya, kad gambar bentuk yang dilekatkan di depan mesti disusun dengan tersusun dan di bawahnya ditulis nama bentuk tersebut. Seterusnya, sebelum melekatkan hasil kerja murid, sepatutnya diarah murid yang bertugas untuk membersihkan papan tulis tersebut. Jika ia terancang, ia kelihat kemas dan tersusun menyenangkan mata memandang. Dari segi tulisan di papan yang kurang kemas masih boleh diperbaiki. Untuk mengelakkan murid daripada dibelenggu rasa takut dengan guru, maka kita hendaklah menunjukkan perwatakkan yang ceria di dalam kelas dan jangan kita terlalu menekan minda murid untuk memahami sesuatu yang disampai, biarlah mereka sendiri

meneroka ilmu itu sendiri di samping guru berperanan sebagai pembimbing yang baik kepada murid-murid. Penggunaan masa ketika melaksanakan sesuatu pengajaran boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Ini bergantung bagaimana seseorang mengendalikan masa ketika melaksanakan pengajaran, kebijaksanaan guru perlu ada. Ini kerana kepelbagaian aras kebolehan murid menyumbang kepada terjejasnya masa pengajaran kita. Oleh itu, pengalaman yang lepas-lepas penting untuk membantu kita mengatasi masalah penggunaan masa denganberkesan. Susunan meja ketika pembelajaran memang sesuai dengan bilangan murid yang sedikit. Semasa melakukan aktiviti perbincangan, kita boleh mengarahkan murid untuk bergerak menyusun semula meja mengikut keselesaan mereka. Ini memudahkan mereka bertindak. Kekuatan dan kekurangan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan memang sudah menjadi kebiasaaan dalam dunia pengajaran. Dengan adanya pengesanan kekurang melalui aktiviti refleksi ekndiri sudah pasti sedikit sebanyak membantu kita sebagai guru bertindak untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya kita dapat melaksanakan pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang. Kita dapat merancang pengajaran yang dengan lebih baik

berdasarkan tahap kebolehan murid yang ada di dalam kelas tersebut untuk memboleh muridmurid kita memahami apa yang diajar dengan lebih mudah.

KEKUATAN PENGAJARAN 1. Suara guru kuat dan jelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru mempunyai suara yang kuat dan jelas. Dengan menggunakan suara yang kuat dan jelas semasa penyampaian pengajaran murid dapat mendengar setiap arahan dan penyampaian guru tanpa gangguan. Sekiranya suara guru tidak kuat, murid tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas dan akan hilang tumpuan terhadap pengajaran guru pada hari tersebut dan akan menerima gangguan sama ada daripada rakan-rakan di dalam kelas mahupun di luar kelas. Guru juga tidak perlu mengulang arahan yang diberikan berulang kali kerana murid boleh mendengar suara guru dengan jelas.

2. Teknik penyoalan digunakan semasa mengajar. Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Saya menggunakan teknik penyoalan semasa mengajar dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang

tidak memerlukan poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif

aras tinggi.

Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan. Saya memberikan soalan bentuk pendek, padat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid. Saya mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil nama murid yang hendak disoal.

Contohnya : Apakah nama bentuk ini? Murid dapat faham soalan tersebut dengan mudah dan menyebut nama bentuk yang ditunjukkan seperti segiempat sama, segitiga, segiempat tepat dan bulatan. 2. Sebutkan benda- benda yang berbentuk bulat? Murid menyebut objek-objek yang berbentuk bulat seperti muka jam, duit syailing dan sebagainya. Ulang soalan kepada bentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga. 3. Lekatkan gambar ini dengan bentuk yang sama di papan putih. Beberapa orang murid akan dipanggil untuk memadankan gambar objek dengan bentuk dua matra yang betul di papan putih.

1.

3. Peneguhan dan pujian kepada murid Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis syabas dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan

perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti itu salah atau jawapan kamu tidak tepat. Murid akan lebih bersemangat sekiranya mendapat pujian. Ini adalah kerana mereka akan

merasakan diri mereka dihargai oleh guru dan rakan-rakan meraka. Bidang utama dalam peneguhan ialah:

1. Peneguhan lisan. Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti baik, ia, betul, itu jawapan yang tepat, bijak, pandai, bagus, kerja kamu sempurna, itu adalah cadangan yang baik, dan lain-lain peneguahn yang positif. Saya telah

menggunakan peneguhan dalam pengajaran saya seperti memberikan kata pujian kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan perkataan bagus dan meminta semua murid memberikan tepukan kepada murid yang dapat menjawab soalan yang diberikan dengan tepat.

2. Peneguhan gerakgeri Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya. Saya menggunakan peneguhan gerakgeri ini dalam melaksanakan pengajaran saya dimana saya meemberikan senyuman dan

menganggukkan kepala kepada murid yang dapat menjawab soalan dan dapat memadankan gambar dengan bentuk dua matra dengan betul.

KELEMAHAN PENGAJARAN 1. Tidak menunjukkan objek konkrit kepada murid sebelum memperkenalkan bentuk dua matra. 2. Bentuk dua matra yang ditunjukkan kepada murid kurang menarik kerana mempunyai warna yang sama. 3. Tidak meminta murid untuk memadankan kad perkataan dengan bentuk dua matra. 4. Tidak memberi memberi hadiah kepada murid yang berjaya menjawab soalan daripada guru. PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN 1. Bahan bantu belajar (BBB) yang konkrit .

Anda mungkin juga menyukai