Anda di halaman 1dari 1

MINIT CURAI TAKLIMAT PEKELILING KP.SULIT(TT)0163/23/Jld.

3(12)
Tarikh Tempat Penyampai : : : 03 Oktober 2012

1. Penubuhan Fail SULIT - Penekanan kepada aspek guru dan anggota kakitangan sokongan( AKS ) tentang perkara i. Keberadaan Guru dan AKS di sekolah ii. Keberadaan Guru di dalam bilik kelas iii. - Merujuk kepada Pekeliling KP.SULIT (TT)0163/23/Jld.3(12) , ia adalah sebagai rujukan dan panduan kepada pihak sekolah. - Antara intipati Pekeliling tersebut adalah, i. Mengingatkan pegawai di bawah seliaannya agar mematuhi waktu bertugas yang ditetapkan; ii. Menguatkuasakan peraturan mengenai pematuhan waktu masuk dan balik bekerja; iii. Memastikan pegawai yang meninggalkan pejabat untuk sebarang urusan peribadi dalam waktu bekerja mendapat kebenaran Ketua Jabatan terlebih dahulu ; dan iv. Membuat pemantauan secara berterusan terhadap pergerakan keluar masuk pegawai. - Pihak PPD dan JPN mengharapkan agar Guru Besar menekankan kehadiran guru dan AKS di sekolah. - Sekiranya Guru Besar tidak mengambil berat tentang perkara ini, pihak Guru besar boleh diambil tindakan kerana tidak menekankan perkara ini. - Di peringkat sekolah ini, pihak Guru Besar sering kali menengahkan perkara ini dan sentiasa mengingatkan guru dan AKS agar mematuhi perkara di atas. - Sekiranya terdapat pihak yang didapati melanggar Pekeliling ini, pihak berkenaan akan mendapat tindakan dari aspek kenaikan pangkat dan pergerakan gaji tahunan. - Setakat di Negeri Sabah,terdapat seramai 60 orang pegawai telah diambil tindakan kerana pelanggaran Pekeliling tersebut. - Bagi penubuhan Fail SULIT ini, pihak pentadbiran sekolah sentiasa menyokong perkara ini. Fail ini adalah SULIT, cuma Guru Besar sahaja yang mempunyai kuasa ke atas fail tersebut. - Di peringkat sekolah pada masa ini, tidak ada masalah , cuma terdapat beberapa perkara yang akan diperhalusi demi menangani apa apa permasalahan . Pihak pentadbiran akan berbincang dengan pihak berkenaan dengan pemikiran terbuka.

Anda mungkin juga menyukai