Anda di halaman 1dari 3

Bahan bantu belajar yang konkrit sepatutnya digunakan terlebih dahulu untuk memperkenalkan bentuk dua matra kepada

murid. Sebagai contoh jam berbentuk bulatan, biskut cream craker, sampul surat dan pembaris segitiga. Guru akan memperkenalkan bentuk-bentuk dua matra yang dapat dilihat daripada benda-benda yang ditunjukkan kepada murid seperti bentuk bulatan pada muka jam dan sebagainya. Guru juga boleh meminta murid memakai jam tangan kesekolah, membawa biskut dan sebagainya yang mempunyai persamaan dengan bentuk dua matra. Bahan bantu belajar yang berbentuk konkrit akan lebih menarik dan murid akan lebih menghargai bahan tersebut sekiranya bahan bantu belajar tersebut dibawa sendiri oleh mereka. Disamping itu juga murid dapat menyentuh bentuk dua matra yang dibawa seperti muka jam tangan yang berbentuk bulatan, sampul surat yang berbentuk segiempat tepat dan sebagainya. Guru juga akan menyebut objek-objek dipersekitaran murid yang manyerupai bentuk dua matra seperti jam dinding, tayar, papan tanda jalan raya, kad hari raya dan sebagainya.

2. Bahan bantu belajar (BBB) yang menarik. Saya akan menggunakan warna yang berlainan pada bentuk dua matra supaya murid lebih tertarik melihat bentuk tersebut. Warna yang ceria akan dapat menarik perhatian murid, murid sungguh seronok dan memberi respon dengan menjawab soalan-soalan daripada guru.

3. Murid memadankan kad perkataan dengan bentuk dua matra. Semasa sesi pengajaran saya, saya tidak meminta murid untuk memadankan kad perkataan dengan bentuk dua matra yang ditanpal di papan putih. Sebaliknya saya sendiri yang meletakkan kad perkataan tersebut. Dalam penambahbaikan proses pengajaran saya ini, saya akan memanggil beberapa nama murid secara bergilir-gilir untuk memadankan kad perkataan dengan bentuk dua matra yang betul. Murid akan rasa lebih seronok dapat melakukan aktiviti bersama guru.

4. Memberi ganjaran kepada murid. Saya akan memberikan ganjaran kepada semua murid yang dapat menjawab soalan yang diberikan. Ganjaran tersebut berbentuk hadiah seperti gula-gula sebagai penghargaan kepada murid yang berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Murid akan rasa lebih dihargai oleh guru dan akan menambah minat murid untuk menyertai setiap aktiviti

yang dilakukan di dalam kelas. Pembarian ganjaran akan membuatkan murid merasa lebih seronok dan bersemangat untuk menyertai setiap aktiviti. Penutup Setelah menyenaraikan kelemahan dan kekuatan pengajaran saya, saya dapati perancangan yang sempurna dan masa yang sesuai akan dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, bersemangat dan menyeronokkan. Saya akan mengambil langkah penambahbaikan yang sewajarnya bagi memastikan proses pengajaran dan penbelajaran saya akan menjadi lebih menyeronokkan seterusnya mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan.

Refleksi

Pengajaran

1.

Isu

Perkara

yang

difokus:

Pencapaian

murid

menguasai

hasil

pembelajaran.

2.

Analisis

isu

perkara

yang

difokus:

2.1

Kekuatan:

Sesi pengajaran saya hari ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan murid dapat mengikuti aktiviti pengajaran dengan penuh disiplin. Penyediaan aktiviti kumpulan telah menarik minat murid untuk mengikuti pelajaran seterusnya.

2.2

Kelemahan:

Daripada pengajaran hari ini saya dapati masih terdapat beberapa orang murid yang belum menguasai kemahiran bahagi dengan baik. Hal ini telah dikenalpasti melalui lembaran kerja murid yang telah saya semak. Kemungkinan murid dari kumpulan lemah ini masih belum dapat mengikuti aktiviti pengajaran hari ini bersama dengan murid lain. Saya mula berfikir bahawa sepatutnya saya lebihkan tumpuan kepada murid yang lemah berbanding dengan murid dari kumpulan yang dikategorikan murid yang pandai.

3.

Cadangan

penambahbaikan:

Pada pengajaran yang akan datang saya akan menyediakan aktiviti khas untuk murid yang lemah ini misalnya guru mengulangi penyampaian pengajaran secara individu dengan murid yang berkaitan sehinggalah murid benar-benar telah menguasai konsep yang diajar.

Anda mungkin juga menyukai