Anda di halaman 1dari 22

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

November 10, 2013

ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

MUKADIMAH

PENGENALAN

DEFINISI

CIRI-CIRI PANTUN

FUNGSI PANTUN

13

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

15

BIBLIOGRAFI

21

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi yang mengabulkan niat kami untuk
menyiapkan tugasan ini. Kami juga bersyukur kerana di beri kekuatan, ilham, ketekunan dan
istiqamah dalam usaha kami menyiapkan tugasan ini. Terimakasih kami ucapkan kepada tutor
kami yang telah banyak memberi bimbingan.
Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika didasarkan daripada
penggunaan yang paling meluas. Bukan itu sahaja , puisi juga yang paling mendapat perhatian
para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji tempatan mahupun pengkaji luar. Pantun juga
merupakan puisi Melayu yang tidak diragukan sifat keasliannya

Burung merpati burung dara


Terbang menuju angkasa luas
Hati siapa takkan gembira
Karena aku telah naik kelas

Menggambarkan kegembiraan hati anak-anak yang berhasil naik kelas. Penyampaian


pantun itu tentunya dalam suasana yang suka cita. Apabila pantun tersebut dilayangkan, tentu
saja membuat yang mendengar merasa turut bersuka cita. Itulah adalah pantun gembira.
Melalui kerja kursus ini, memberikan saya pengetahuan tentang ilmu pantun dan ungsifungsi pantun yang pelbagai.

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

PENGENALAN
Pantun merupakan puisi melayu yang paling popular jika didasarkan daripada
penggunaan yang paling meluas. Bukan itu sahaja , puisi juga yang paling mendapat perhatian
para pengkaji untuk diteliti, tidak kira pengkaji tempatan mahupun pengkaji luar. Pantun juga
merupakan puisi Melayu yang tidak diragukan sifat keasliannya. Pantun merupakan sastera lisan
yang lahir dan berkembang dalam kalangan masyarakat yang akrab dengan alam, dan diwarisi
dari generasi ke genarasi . Apabila muncul teknologi percetakan pada akhir abad ke-19, koleksi
pantun telah diterbitkan dalam pelbagai dialek Melayu, seperti Betawi, Minangkabau, Peranakan
Jakarta dan Melaka, dan bahasa-bahasa seperti Ambon dan Acheh.
Pada mulanya pantun merupakan senandung atau puisi rakyat yang dinyanyikan (Fang,
1993: 195). Pantun pertama kali muncul dalam Sejarah Melayu dan hikayat-hikayat popular
yang sezaman dan disisipkan dalam syair-syair seperti Syair Ken Tambuhan. Pantun dianggap
sebagai bentuk karma dari kata Jawa Parik yang berarti pari, artinya paribahasa atau peribahasa
dalam bahasa Melayu. Arti ini juga berdekatan dengan umpama atau seloka yang berasal dari
India. Dr. R. Brandstetter mengatakan bahwa kata pantun berasal dari akar kata tun, yang
terdapat dalam berbagai bahasa Nusantara, misalnya dalam bahasa Pampanga, tuntun yang
berarti teratur, dalam bahasa Tagalog ada tonton yang berarti bercakap menurut aturan tertentu;
dalam bahasa Jawa kuno, tuntun yang berarti benang atau atuntun yang berarti teratur dan
matuntun yang berarti memimpin; dalam bahasa Toba pula ada kata pantun yang berarti
kesopanan,kehormatan.
Van Ophuysen dalam Hamidy (1983: 69) menduga pantun itu berasal dari bahasa daundaun, setelah dia melihat ende-ende Mandailing dengan mempergunakan daun-daun untuk
menulis surat-menyurat dalam percintaan. Menurut kebiasaan orang Melayu di Sibolga
dijumpainya kebiasaan seorang suami memberikan ikan belanak kepada istrinya, dengan harapan
agar istrinya itu beranak. Sedangkan R. J. Wilkinson dan R. O. Winsted dalam Hamidy
(1983:69) menyatakan keberatan mengenai asal mula pantun seperti dugaan Ophuysen itu.

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

Dalam bukunya Malay Literature pertama terbit tahun 1907, Wilkinson malah balik bertanya,
tidakkah hal itu harus dianggap sebaliknya?. Jadi bukan pantun yang berasal dari bahasa daundaun,tetapi bahasa daun-daunlah yang berasal dari pantun. Pantun bukan sahaja dijadikan
sebagai hiburan, tetapi dalam hiburan terdapat unsur-unsur seperti nasihat dan peraturanperaturan hidup yang membimbing anggota masyarakat. Antara isi yang terdapat di dalam
pantun ialah ;

Adat Resam

Budaya

Falsafah

Agama

Menurut buku GLOSARI ISTILAH KESUSASTERAAN Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
terbitan1988; PANTUN sejenis puisi tradisi Melayu, iaitu puisi tulen milik orang Melayu
semenjak merekabelum tahu membaca atau menulis (digunapakai: bualan secara lisan dan
hafalan). Pantun padamasa itu, menjadi pengucapan bagi menyampaikan fikiran yang hiba,
sedih, sayu, gembira, rindudendam dan lain-lain, terhadap seseorang atau mengenai sesuatu
perkara.Dari segi bentuk fizikal, pantun terdiri dari dua bahagian; bahagian pertama berfungsi
sebagaipembayang maksud/sampiran, dan bahagian kedua berfungsi sebagai menerangkan
maksud atau isi pantun.

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

DEFINISI
Menurut Kamus Dewan, pantun ialah sejenis puisi lama yang terdiri daripadaempat baris dalam tiap-tiap
rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud.Menurut Kamus Umum Bahasa Indonesia pantun ialah sajak
pendek, tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu biasanya untuk
tumpuansahaja.Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada
mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama ." Ada pendapatmengatakan perkataan pantun
adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan
sastera lisan dalampengucapan pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut. Sehingga hari ini,
pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau penutup bicara
dalam majlis-majlis rasmi.
Harun Mat Piah (1980),telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan
aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman meliputi unsur estetik yang dapat
dilihatberdasarkan dua aspek. Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang
tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandanggan dunia masyarakat
melayu, dan yang kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang dengan
pasangan maksud samada secara konkrit atau abstrak.

Berdasarkan aspek ini (tema dan

persoalan) , pantun biasanya menyentuh hamper keseluruhan kehidupan masyarakat Melayu.


Daripada itu penelitian terhadap isi (tema dan persoalan) juga telah membawa kepada
pengelompokan pantun yang lebih sistematik (Harun Mat Piah, 1989;63), seperti pantun kanakkanak, pantun cinta dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki,
pantun puji-memuji, atau sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan
kepercayaan, pantun adat, pantun peribahasa, pantun naratif atau cerita dan sebagainya.

Pengelasan tersebut dapat pula dipecahkan kepada kelompok-kelompok tema yang lebih
kecil. Misalnya, tema nasihat dan pendidikan dapat dipecahkan kepada tema budi, dan kias barat.
Pantun tentang nasib dan jenaka pula boleh dimasukkan ke dalam golongan pantun telatah dan
cara hidup masyarakat.

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

CIRI-CIRI PANTUN

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris
yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris
ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun
yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian
pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat
kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun
lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

Pembayang atau Sampiran


Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.Pembayang
memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepadamaksud. Pembayang pada
baris pertama hendaklah ada hubung kait denganpembayang pada baris berikutnya dalam setiap
rangkap pantun.
Maksud atau Isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkappantun. Pada
bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikandalam pantun
tersebut(tema).

Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris.Pantun yang
baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
Suku Kata
6

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiapbaris pula
hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantunyang baik mengandungi
jumlah suku kata yang sama banyak.

Rima atau Bunyi


Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap barispantun. Rima
yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.Rima pada baris pertama
pembayang mestilah sama dengan rima baris pertamamaksud dan begitulah seterusnya Rima
pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.
Contoh Pantun yang baik :
Pu/lau/ Pan/dan/ ja/uh/ ke/te/ngah/,
Gu/nung/ Da/ik/ ber/ca/bang/ ti/ga/,
Han/cur/ ba/dan/ di/kan/dung/ ta/nah/,
Bu/di/ yang/ ba/ik/ di/ke/nang/ ju/ga/.
Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/li/- bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya.
7

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi
bahagian maksud.
o Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat
adalah maksud.
o Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud
o Contoh:
o Pantun Empat Kerat
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Pembayang

Gunung Daik bercabang tiga,


Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Maksud

Contoh:
o Pantun Dua Kerat
Gendang gendut tali kecapi,

Pembayang

Kenyang perut suka hati.

Maksud

Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.


o Bagi pantun dua kerat, rima akhir dalam bentuk aa .
o pantun empat kerat, rima akhir dalam bentuk abab
o Contohnya:
Pulau Pandan jauh ke tengah, (a)
Gunung Daik bercabang tiga, (b)
Hancur badan dikandung tanah, (a)
Budi yang baik dikenang juga. (b)

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

Setiap baris dalam pantun mempunyai 4 hingga 5 perkataan.


Contoh:
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Setiap baris dalam pantun mempunyai 8 hingga 12 suku kata
Pantun Dua Kerat
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong, lama-lama mencuri.
Mengata dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
Mentimun bongkok di balik tiang,
Ayam berkokok alamat nak siang.

Pantun mempunyai rima. Bagi pantun 2 kerat rimanya ialah aa, pantun 4 kerat abab,
pantun 6 kerat abcabc, pantun 8 kerat abcdabcd dan begitulah seterusnya. Pantun mempunyai
rangkap-rangkap yang berasingan. Setiap rangkapnya terbina daripada baris-baris yang sejajar
dan berpasangan seperti 2, 4, 6, sehingga 16. Rangkap pantun yang paling umum ialah
memounyai 4 baris serangap. Pembentukan rangkap berdasarkan baris ini telah menjeniskan
pantun Melayu iaitu pantun 2 kerat (pameo atau pantun kilat), pantun 4 kerat, pantun 6 kerat,
pantun 8 kerat, dan seterusnya hingga pantun 16 belas kerat. Terdapat juga pantun yang wujud
9

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

secara berkait yang dinamakan pantun berkait (Zainal Abidin Bakar 1991), dan biasanya dalam
bentuk 4 kerat.

Setiap baris mengandungi kata dasar antara 4 hingga 5 patah perkataan, dengan jumlah
suku kata antara 8 hingga 12. Yang biasanya ialah lapan hingga sepuluh suku kata dalam sebaris.
Setiap stanza atau rangkap pantun mempunyai dua unit atau kuplet iaitu unit atau kuplet
pambayang atau sampiran (separuh jumlah baris bahagian pertama) dan unit atau kuplet
bermaksud (separuh jumlah baris bahagian kedua).

Mempunyai sskema rima hujung yang tetap iaitu a-b, a-b dengan sedikit variasi a-a, a-a;
a-b, a-b; dan sebagainya. Tetapi yang lumrahnya ialah a-b, a-b. Setiap rangkap pantun
merupakan satu keseluruhan, iaitu mengandungi satu fikiran yang berbulat dan lengkap yang
dapat dikesan melalui maksud pantun dalam rangkap tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat
juga pantun yang tidak lengkap jika hanya satu rangkap sahaja seperti pantun berkait.

10

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

JENIS-JENIS PANTUN

Menurut kajian dan penelitian yang dilakukan oleh Zainal Abidin Bakar (1991), pantun
dapat dijeniskan berdasarkan tiga aspek iaitu:

a. SUDUT KHALAYAK
Yang dimaksudkan dengan khalayak ialah penutur den pendengar pantun, yang biasanya
dibahagikan kepada tiga jenis khalayak iaitu: kanak-kanak, dewasa dan orang tua. Pantun
kanak-kanak biasanya mengandungi maksud nasihat terutamanya menyentuh tentang alam
pendidikan.
Pantun orang dewasa atau orang muda (daripada peringkat remaja hinggalah ke peringkat
sebelum berkahwin) ialah pantun yang mempunyai maksud atau tema kasih sayang antara teruna
dara, usik-mengusik, tema kepahlawanan, adat resam, budi, nasihat dan sebagainya.
Pantun orang tua pula biasanya ialah pantun yang mengandungi maksud nasihat, kias dan
ibarat, adat resam serta mengandungi nilai kemasyarakat dan kebudayaan.

b. SUDUT BENTUK
Bentuk pantun dapat dilihat daripada jumlah baris dalam setiap rangkapnya. Menurut Zainal
Abidin Bakar (1991), pantun dikenal pasti mempunyai empat kumpulan jika berdasarkan jumlah
baris dalam rangkapnya iaitu:

i. Pantun 2 baris atau 2 kerat, yang dikenal pasti sebagai pameo atau pantun kilat.
ii. Pantun 4 baris atau pantun 4 kerat; juga dikenali sebagai kuatren.
iii. Pantun yang lebih daripada 4 baris.
11

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

iv. Pantun berkait.


Menurut Zaba (1965), dari segi penciptaannya, dipercayai bahawa pada peringkat awal,
pantun hanya terdiri daripada dua baris dalam serangkap. Kemudian, pantun telah berkembang
menjadi pantun-pantun yang lebih banyak barisnya sehingga enam belas baris. Terdapat juga
pantun yang berbentuk secara berangkai-rangkai, yang dinamakan pantun berkait atau dikenali
juga pantun terikat. Pantun berkait antara satu rangkap dengan rangkap berikutnya sehingga
beberapa rangkap untuk membentuk satu wacana yang lebih lengkap.
Terdapat dua cara perkaitan dalam pambentukan pantun berkait ini, iaitu perkaitan antara
baris kedua unit pembayang dalam serangkap pantun adalah menjadi baris pertama unit
pembayang pada rangkap berikutnya, dan baris keempat maksud pantun dalam serangkap pantun
menjadi baris ketiga atau baris pertama unit maksud dalam serangkap pantun. Seperti juga
dengan jenis pertama, pembahagian pantun berdasarkan bentuknya, menurut Zainal Abidin
Bakar (1991:30), tidak begitu penting kerana yang dipentingkan dalam pantun ialah isi dan
keindahan pantun itu sendiri dalam perspektif masyarakat Melayu.

c. SUDUT TEMA

Menurut Zainal Abidin Bakar (1991), pantun juga boleh diklafikasikan kepada sebelas tema
iaitu:
i. Pntun adat dan resam manusia.
ii. Pantun agama dan kepercayaan.
iii. Pantun budi.
iv. Pantun jenaka dan permainan.
v. Pantun teka-teki.
vi. Pantun kepahlawanan.
vii. Pantun nasihat dan pendidikan.
viii. Pantun peribahasa dan perbilangan.
ix. Pantun kias dan ibarat.
12

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

x. Pantun kembara dan perantau.


xi. Pantun percintaan.

FUNGSI PANTUN

Dalam masyarakat Melayu, fungsi pantun ialah seperti yang berikut:


a. Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan, dan adat
istiadat.
b. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat, seperti sanjungan, pemujaan
dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi.
c. Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda, terutamanya pantun jenaka dan
pantun usik-mengusik serta pantun dalam permainan.
d. Sebagai alat pendidikan samada secara menyindir, kiasan atau berterus terang.
e. Sebagai alat menguji ketajaman akal dan kehalusan perasaan seperti pantun teka-teki, pantun
peribahasa dan pantun yang terdapat dalam puisi adat atau teromba.
f. Sebagai alat untuk mendapat gambaran masyarakat, terutamanya sebagai gambaran minda dan
pemikiran masyarakat Melayu, pandangan hidup, harapan, cita-cita, daya estetik dan perspektif
mereka seluruhnya. Oleh itu, banyak sarjana berpendapat bahawa untuk mengenal bangsa
Melayu, kenali pantun mereka.
Jenis-jenis pantun dinamakan dan diklasifikasikan berdasarkan isi atau maksudnya, tema
yang hendak disampaikan dan peranannya kepada masyarakat seperti yang berikut ;

Pantun cinta

Pantun kanak-kanak

Pantun nasihat, agama dan adat

13

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

Pantun puji-pujian atau sambutan

Pantun teka-teki

Pantun telatah masyarakat, seperti pantun budi, pantun nasib, pantun jenaka dan

Pantun sindiran.

14

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tarikh

: 17 April 2013

Masa

: 8.30 9.30 pagi

Tahun

: 6 Mutiara

Bilangan murid

: 39

Mata pelajaran

: Bahasa Melayu

Tema

: Kemasyarakatan

Tajuk

: Pantun Nasihat Kemasyarakatan (Berbalas pantun)

Pengetahuan sedia ada

: Semua murid pernah mendengar pantun nasihat dan pernah


membuat aktiviti berbalas pantun sebelum ini

Hasil pembelajaran

: Fokus Utama
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan lancer serta memahami perkara yang
dibaca.
Aras 1 (i) Membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan
sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan
seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan,
intonasi dan nada yang sesuai
Aras 2 (i) Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi.

Objektif

: Pada akhir pelajaran ini, murid dapat


1. Membaca teks pantun dengan sebutan dan intonasi yang
betul

15

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013
2. Menceritakan tentang maksud tersurat dan tersirat yang
terdapat dalam pantun.
3. Membina pantun dengan betul
Kemahiran bahasa

: Kemahiran membaca, kemahiran mendengar dan bertutur.

Sistem bahasa

: i. Sebutan dan intonasi Sebutan dan intonasi pantun bahasa


Melayu.

Ilmu

: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Moral

Nilai

: Toleransi , tolong-menolong, bantu-membantu, berani

Kemahiran Bernilai Tambah

: i. Kemahiran berfikir
-

Menjana idea

Menganalisis

ii. Kecerdasan Pelbagai


-

Bahan Bantu Mengajar

Verbal-Linguistik

: Buku teks m/s 29, teks pantun, pembesar suara,


komputer riba, bahan audio.

16

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

17

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

18

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

19

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

PENUTUP
Secara pragmatiknya, pantun mungkin mula dipopularkan sebagai lirik lagu. Mengikut
teori Fischer (1961) tentang asal-usul seni, puisi yang terawal adalah muncul dari keperluan
untuk membangkitkan semangat kolektif bagi memudahkan dan meringankan sesuatu kerja.
Keperluan kepada bentuk-bentuk puisi yang mudah dihafal, tekanan oleh kesepontanan
penciptaan mungkin melahirkan ungkapan-ungkapan bersukat dan berima seperti pantun, yang
kemudiannyadilagukanuntukmengendursituasitegangsemasabekerja.

Pandangan

ini

tidak

menafikan wujudnya juga, mungkin sebelum kedatangan pengaruh kebudayaan India, rumusrumus bahasa yang bersifat esoterik, disusun menjadi bentuk puisi yang apabila diucap diyakini
akan menjana tenaga magis yang dapat mensihir, mententeram dan menundukkan alam dan
makhluk-makhluknya. Bentuk-bentuk ujaran tersebut dapat memenuhi keperluan manusia pramoden untuk berdepan dengan makhluk-makhluk dan alam yang lebih berkuasa dari dirinya.
Apabila pengaruh India mula menjalar di bumi Melayu, ungkapan-ungkapan tersebut
diformalkan menjadi apa yang diistilahkan sebagai mantera yakni puisi Melayu yang
dipengaruhi oleh bentuk prosodi India mantara, manir atau matar. Dalam konsepnya yang baru
ini mantera muncul sebagai sebahagian daripada ritual agama Hindu dan menjadi ungkapanungkapan suci (lagu-lagu puja atau hymns) yang digunakan (terutama oleh Brahmins) untuk
memuja tuhan/dewa. Namun kegunaannya yang asal yakni sebagai magis bahasa lebih popular
di kalangan rakyat.
Orang melayu mencipta pantun untuk melahirkan perasaan mereka secaraberkesan tetapi
ringkas,kemas,tepat dan menggunakan bahasa yang indah-indah.Padazaman dahulu kala masyarakat melayu
belum lagi pandai menulis dan membaca.Hal inidemikian kerana, masyarakat Melayu pada waktu itu belum lagi
bertamadun. Keadaanini telah membuktikan bahawa orang melayu sebelum tahu menulis dan membaca
telahpandai mencipta dan berbalas-balas pantun antara satu sama lain.Keadaan inimembolehkan kita menganggap
pantun itu sebagai pusaka orang melayu sejak turun-temurun lagi yang menjadi identiti masyarakat melayu bak
20

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

kata pepatah tak kenalmakatak cinta.pantun tetap dipertahankan oleh orang melayu walaupun zaman telah
berubah

BIBLIORAFI
Hamilton, A.W. 1959. Malay Pantuns. Singapura: Eastern University Press.
Havelock,Eric A. 1963. The Preface to Plato. Cambridge, Mass.: Harvard University Press.
Hikayat Hang Tuah diselenggarakan oleh Kassim Ahmad. K.Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hikayat Awang Sulung Merah Muda , 1960. Diselenggarakan oleh R.O.Winstedt. K.Lumpur
Oxford University Press.
Noriah Taslim 1993. Teori dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. K.Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriah Taslim 2001.Mekanisme Kuasa dalam Mantera: Dewan Sastera//
Noriah Taslim (t.t.) Hikayat Seri Rama Versi Rakyat: Teks dan Proses Lisan. (akan terbit).
Ong, W.J. 1982. Orality and Literacy. The Technologizing of the Word. London and New York:
Methuen.
Overbeck, H. 1922. The Malay pantun JSBRAS, 85.
Lord, Albert 1960. The Singer of Tales. Harvard Studies in Comparative Literature, 24.
Cambridge, Mass.: Harvard University Press.

21

HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU


November 10, 2013

Luria, A.R. 1976. Cognitive Development: Its social and Cultural Foundations. Cambridge,
Mass. and London: Harvard University Press.
Maier, H.M.J. 1985. Fragments of Reading. Alblasserdam:Kanters.
Peabody, Berkley 1975. The Winged Word: A Study in the Technique of Ancient Greek Oral
Composition Albany, NY: State University of
New York Press.
Wilkinson, R.J. (peny.), 1923. Papers on Malay Subjects. K.Lumpur.
Wilkinson, R.J. and Winstedt, R.O. (peny.), 1961. Pantun Melayu. Singapura:
Malaya Publishing House.
Zaba, 1965. Ilmu Mengarang Melayu, K.Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainal Abidin Bakar (peny.), 1983. Kumpulan Pantun Melayu. K.Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.

22

Anda mungkin juga menyukai