Anda di halaman 1dari 6

Faham al-Quran dalam 10 bulan

KELAS bahasa Arab Al-Furqan sentiasa mendapat sambutan daripada para pencinta al-Quran.

TANGAN gadis itu kemas menggenggam pen sambil menulis satu demi satu makna ayat al-Quran yang cuba difahaminya. Kertas yang pada asalnya cuma dihias dengan beberapa potong ayat suci sudah dipenuhi dakwat hitam dengan coretan nota-nota kecil. Sesekali dia dillihat membisikkan sesuatu kepada si ibu yang duduk di sebelahnya. Gadis yang bernama Nur Hafizhah Mohamad Ghafa, 23, itu sudah lima bulan mengikuti kelas Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan di Masjid Putra, Putrajaya bersama ibu bapa dan adiknya. Dalam tempoh itu, dia sudah mula memahami ayat-ayat al-Quran biarpun penguasaan terhadap perkataan-perkataan bahasa Arab masih terhad. Ia dibantu dengan kelebihannya mengikuti kelas bahasa Arab sebagai bahasa ketiga di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor. Pelajar sarjana muda jurusan Sains Matematik tersebut meminati bahasa Arab kerana terdorong untuk menjadi contoh kepada adik-adiknya. "Sebenarnya, adik-adik saya mempelajari bahasa Arab sejak kecil dan saya mahu setanding dengan mereka satu hari nanti. Saya mengakui stigma yang mengatakan bahasa Arab sukar dikuasai adalah disebabkan tiada pendedahan awal.

"Tambahan pula, umat yang dekat dengan al-Quran adalah umat yang berjaya," itu pegangan Nur Hafizhah. Teknik pembelajaran menggunakan gambarajah yang diamalkan oleh tenaga pengajar AlFurqan membantu pelajar kelas tersebut mengenalpasti konteks kata ganti diri nama dalam sesuatu ayat. Sejak dahulu, bahasa Arab diajar dengan cara hafalan bertujuan untuk mencari kata ganti diri nama pada ayat. Ia sedikit sebanyak membuatkan masyarakat merasakan bahasa tersebut sukar untuk dikuasai.

Jantina Harapannya cuma satu, memahami dan mengenal maksud yang terkandung dalam alQuran apabila membaca kitab suci itu. Seterusnya mampu mengamalkan cara hidup yang dianjurkan oleh Islam.
Kini, bahasa Arab dituturkan oleh kira-kira 250 juta orang di Asia Barat dan utara Afrika. Uniknya, setiap perkataan atau ayat yang digunakan bergantung kepada jantina individu yang bercakap dengan an\da. Bahasa Arab amat mementingkan jantina, jangan tersilap menggunakan perkataan yang sepatutnya ditujukan kepada lelaki tetapi mengggunakannya terhadap wanita. Sementara itu, pekerja swasta, Zaiman Haifizi Ismail, 39, berkata, dia melihat kelas AlFurqan dikendalikan secara berstruktur. "Biasanya, selepas satu sesi kelas dijalankan akan ada pula sesi mendalami ayat mengikut patah perkataan. Pelajar diajar mengetahui ilmu nahu (tata bahasa) secara tertib dan ini memudahkan saya untuk memahami ilmu yang disampaikan.

SALAH seorang tenaga pengajar Al-Furqan yang mengajar bahasa Arab merupakan mereka yang mempunyai kefahaman mendalam tentang bahasa tersebut.

"Pada mulanya, saya mengikuti kelas ini kerana ingin mengetahui teknik yang digunakan. Ia ternyata berbeza dengan kelas yang pernah saya ikuti sebelum ini," ujarnya yang sanggup memandu dari Semenyih ke Putrajaya pada setiap hari Rabu bagi memahami ayat al-Quran. Minat Zaiman Haifizi terhadap bahasa Arab semakin mendalam kerana dia sudah mampu menghayati bacaan al-Quran biarpun belum sampai tahap menguasai bahasa tersebut sepenuhnya. Tambahnya, dia berminat untuk meneruskan aktiviti mengikuti kelas bahasa Arab (pertuturan) yang khusus untuk kegunaan harian pada masa akan datang bagi membolehkannya bertutur bahasa itu kelak. Selain itu, faktor utama yang mendorong Zaiman Haifizi mengikuti kelas tersebut adalah sebagai persediaan untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah.

Stigma masyarakat "Sebagai orang Islam, saya mahu meresapi bahasa al-Quran dan memahami apa yang dibaca. Ibadah tersebut akan jadi lebih bermakna," tutupnya.

Pengasasnya, Nasaruddin Hasim, 43, berkata, sistem yang diperkenalkannya menggunakan pendekatan harfiah yang bermaksud huruf demi huruf. Sistem tersebut merupakan kaedah terjemahan al-Quran ke dalam bahasa ibunda sebelum mendalami bahagian seterusnya iaitu tafsir. "Sebelum ini, ada stigma masyarakat yang berpendapat mempelajari al-Quran secara harfiah adalah sesat. Namun, apa yang diajar adalah bahasa Arab bukannya tafsir. "Pada mulanya, pakar ilmu penafsiran terkenal iaitu Ustaz Zahazan Mohamed pernah meragui sistem ini, namun selepas beliau mendengarnya, beliau faham dan menghargai usaha kami," katanya ketika ditemui di kediamannya di Shah Alam, Selangor. Bahasa Arab merupakan bahasa rasmi di 22 negara, bermula di Asia Barat sehingga ke benua Afrika Barat. Bahasa Arab rasmi dikenali sebagai bahasa Arab Klasik (Fu-sha) seperti yang ditulis dalam al-Quran. Bahasa al-Quran merupakan asas tatabahasa bagi bahasa Arab. Ia masih digunakan secara meluas oleh para ilmuwan Islam sehingga ke hari ini. Bagaimanapun, gaya bahasa tersebut lebih menjurus kepada bahasa penulisan berbanding bahasa pertuturan harian. Bahasa Arab moden pula dikatakan masih sama tetapi lebih mudah berbanding bahasa Arab klasik. Ia lebih difahami dan digunakan oleh penyampai televisyen, ahli politik, akhbar serta urusan pekerjaan. Dari sudut bahasa Arab pertuturan, terdapat pelbagai dialek yang digunakan. Tidak mustahil bagi seorang penutur bahasa Arab di Iraq tidak memahami bahasa Arab yang ditutur orang Algeria dan begitulah sebaliknya. Namun, kedua-dua bangsa mampu bertutur dalam bahasa Arab moden yang lazim. Wartawan terkenal dari Amerika Syarikat, Robert Lane Greene dalam tulisannya yang bertajuk, Saya sedang mencuba untuk belajar bahasa Arab, menceritakan kesukarannya sepanjang mengikuti kelas bahasa tersebut. "Apabila saya melangkah ke kelas bahasa Arab minggu lalu, guru saya, Karam bertanya apakah yang sedang saya lakukan. Saya jawab, 'Tamaam, hamdulillah' yang bermaksud, 'baik, syukur kepada Tuhan'. "Sebenarnya saya cuma berbohong. Mempelajari bahasa biasanya menyeronokkan tetapi bahasa Arab benar-benar membunuh saya," tulisnya.

Sistem tersebut menerangkan tentang dua kategori kata ganti nama (isim) yang berdampingan. Kategori pertama adalah istilah zat sifat dan kategori kedua pula adalah isim sandar menyandar. Apabila pelajar memahami konsep tersebut, tenaga pengajar di Al-Furqan memberikan contoh dalam bahasa Melayu supaya pelajar dapat mengenalpasti kategori kata ganti nama yang digunakan. "Jika sedari awal niat pelajar itu mengikuti kelas ini untuk memahami al-Quran, tidak timbul isu ilmu yang diperolehi lenyap begitu sahaja kerana selain ke kelas, mereka boleh melatih tahap penguasaan bahasa Arab itu dengan membaca al-Quran setiap hari.

NASARUDDIN menunjukkan diagram ringkas untuk memahami bahasa Arab dengan kaedah Al-Furqan.

"Dahulu memang saya mengadakan kelas lanjutan, tetapi masalah utama pelajar hanyalah pengetahuan kosa kata. Pihak kami sedang berusaha untuk menghasilkan terjemahan alQuran secara harfiah tidak lama lagi. Ia seolah-olah membawa pulang tenaga pengajar ke rumah pelajar itu sendiri," ujar bapa kepada empat orang anak itu.

Ribuan pelajar Tenaga pengajar Al-Furqan terdiri daripada graduan bahasa Arab dari dalam dan luar negara.
Al-Furqan memiliki lima orang tenaga pengajar yang dibahagikan mengikut beberapa zon. Antara lokasi kelas Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan diadakan ialah di Kota Bharu (Kelantan), Alor Star dan Sungai Petani (Kedah), Ipoh (Perak), Nilai (Negeri Sembilan), Melaka, Johor Bahru (Johor) serta Lembah Klang. Kaedah pembelajaran tersebut diperkenalkan sejak tahun 1998 dan memiliki ribuan pelajar di seluruh Malaysia. Ada antara bekas pelajar sistem berkenaan masih berhubung dengan Nasaruddin menerusi akaun facebook rasminya iaitu Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan. Kelas akan dijalankan selama 10 bulan dengan bayaran sebanyak RM150 sebulan. Ia dibuka kepada semua orang awam yang berminat tanpa batasan umur. "Bagi saya, jika seorang pelajar itu mampu hadir ke kelas sehingga bulan ke enam atau tujuh, itu menandakan dia sudah mula faham apa yang diajar. "Berdasarkan pengalaman, pelajar yang tidak berminat meneruskan kelas adalah disebabkan mereka tidak faham. Apabila pelajar semakin mahir, latihan seperti mendengar ayat al-Quran sambil memejamkan mata dilaksanakan bagi menguji kefahaman mereka," kata graduan institut bahasa di Kaherah, Mesir itu.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0304&pub=Kosmo&sec =Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2v0HOKORZ Hakcipta terpelihara

Anda mungkin juga menyukai