Anda di halaman 1dari 4

Bahasa merupakan medium yang penting untuk berhubung sesama manusia.

Tanpa bahasa, adalah mustahil bagi komunikasi dua hala berlaku. Bagi memastikan mesej yang hendak disampaikan dapat difahami oleh si penerima, bahasa yang digunakan hendaklah betul. Di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di kebanyakan sekolah dan institusi pengajian tinggi, serta menjadi bahasa pentadbiran negara dan bahasa perhubungan. Tetapi didapati para pelajar banyak menggunakan konsep tatabahasa yang tidak sesuai atau kurang tepat. A. Kesalahan dari segi kata 1. Kata ganti diri a. Kata beliau tidak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati, kanak-kanak dan haiwan. Contoh: Aiman dihukum. Beliau ponteng sekolah. (salah) Aiman dihukum. Dia ponteng sekolah. (betul) b. Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk haiwan dan benda. Contoh: Baju ini mahal. Dia diimport dari Perancis. (salah) Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Perancis.(betul) c. Kata kami bermaksud saya dan dia. Kita bermaksud anda dengan kami, anda dengan saya. Contoh: Kami mesti memenangi perlawanan ini, kata Ain kepada Aina. (salah) Kita mesti memenangi perlawanan ini, kata Ain kepada Aina. (betul) d. Kata mereka tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang. Contoh: Buku-buku ini tebal. Mereka Fikry baca. (salah) Buku-buku ini tebal. Buku-buku ini Fikry baca. (betul) e. Kata mereka tidak boleh diulang. Contoh: Mereka-mereka yang dilanda banjir berada dalam keadaan sihat. (salah) Mereka yang dilanda banjir berada dalam keadaan sihat. (betul) f. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan. Contoh: Kucing itu mati kerana ianya sakit. (salah) Kucing itu mati kerena ia / dia sakit. (betul) 2. Kata bilangan a. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan. Contoh: tiap orang (salah) tiap-tiap orang (betul) kedua orang tua (salah) kedua-dua orang tua (betul)

b. Kata bilangan tentu seperti satu dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk perhitungan. Contoh: dua setengah meter (salah) dua meter setengah (betul) 3. Penjodoh bilangan a. Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan, tetapi ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan. Contoh: setiap orang murid (salah) setiap murid (betul) segala ekor binatang (salah) segala binatang (betul) b. Penjodoh bilangan tidak diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak. Contoh: beberapa buah usul (salah) beberapa usul (betul) pelbagai bentuk teguran (salah) pelbagai teguran (betul) 4. Kata sendi a. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang. Contoh: Nurul datang daripada Lahad Datu. (salah) Nurul datang dari Lahad Datu. (betul) Fizie terima surat dari Elly. (salah0 Fizie terima surat daripada Elly. (betul) b. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak dan benda konkrit tertentu. Contoh: Di musim rambutan, Soleh mendapat banyak wang. (salah) Pada musim rambutan, Soleh mendapat banyak wang. (betul) Anne berkebun pada belakang rumah. (salah) Anne berkebun di belakang rumah. (betul) Buku cerita itu ada dengan Solehah. (salah) Buku cerita itu ada pada Solehah. (betul) Kata hubung a. Kata hubung selalu tidak digunakan dengan tepat akibat tidak memahami cara penggunannya. Contoh: Budak itu cantik kerana sombong. (salah) Budak itu cantuk tetapi sombong. (betul) Lia bangun tetapi memberikan jawapan. (salah) Lia bangun lalu memberikan jawapan. (betul) b. Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.

Contoh: Nora termenung bila menerima berita itu. (salah) Nora termenung apabila menerima berita itu. (betul) Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. (salah) Pandai-pandailah menjaga diri apabila berada di negeri orang. (betul) B. Penggunaan kata yang tidak tepat a. Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak. Apakah digunakan untuk mendapat jawapan mengenai nama haiwan, benda dan perbuatan. Contoh: Apakah benar kata-katamu itu? (salah) Adakah benar kata-katamu itu? (betul) b. Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan. Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan dan kemampuan. Contoh: Syaviellya tidak boleh pergi ke sekolah kerana demam. (salah) Syaviellya tidak dapat pergi ke sekolah kerana demam. (betul) c. Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat. Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa nama menjadi predikat. Contoh: Basikal ini bukan mahal. (salah) Basikal ini tidak mahal. (betul) d. Kata pedalaman bermaksud kawasan yang jauh, manakala kata pendalaman membawa maksud usaha mendalamkan. Contoh: Beberapa kawasan pendalaman di Sabah sukar dihubungi. (salah) Beberapa kawasan pedalaman di Sabah sukar dihubungi. (betul) Pedalaman dasar sungai Kinabatangan akan dijalankan. (salah) Pendalam dasar sungai Kinabatangan akan dijalankan. (betul)

RUMUSAN Penggunaan tatabahasa yang tidak betul menyukarkan pelajar berkomunikasi atau menulis dengan baik. Dalam pembelajaran tatabahasa, pelajar harus mempelajari tatabahasa dengan memikirkan bahawa pembelajaran paradigma, pola, rajah-rajah tertentu sebagai tujuan pembelajaran itu sendiri, maka itulah yang dikuasai oleh pelajar. Sekiranya mereka mempelajari segala rumusan tatabahasa, pola dan paradigm-paradigma tersebut dengan maksud untuk menyampaikan pemikiran dan mesej dengan memilih kata nama, kata kerja atau kata sifat tertentu, maka pelajar akan dapat mempelajari dan menggunakan tatabahasa dengan betul.Pembelajaran bahasa perlulah mencari satu sistem tatabahasa yang dapat menjelaskan

struktur bahasa supaya pelajar dapat menggunakan tatabahasa untuk menghasilkan ujaran sendiri. Selain daripada itu, pengetahuan mengenai tatabahasa biasanya menjadi asas di dalam logik. Pelajar yang dapat mengetahui tatabahasa akan dapat menyusun hujah-hujah di dalam bahasa yang rapi. Kefahaman tatabahasa juga membolehkan pelajar bertutur dengan lancer, terang dan mudah difahami. Kefahaman tatabahasa juga membolehkan pelajar dapat memahami dengan lebih jelas akan pengertian sesuatu perkataan atau ayat dengan menganalisis kedudukannya dan membolahkan pelajar menentukan sama ada sesuatu ayat itu betul atau tidak mengikut rumus tatabahasa.

Anda mungkin juga menyukai