Anda di halaman 1dari 6

Siti Asdiah Masran (AEU110020) Huraikan gerakan tentangan terhadap Portugis pada tahun 1511 hingga 1641.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Pendahuluan Orang Melayu sudah lama berjuang, dan kuasa barat pertama ditentang ialah Portugis yang datang menyerang Melaka pada tahun 1511. Serangan-serangan orang Portugis berlaku pada 25 Julai 1511, pada masa ini orang Melaka dapat mempertahankan Melaka dari serangan orang Portugis apabila orang Portugis gagal menawan jambatan Melaka. Angkatan Melaka di bawah pimpinan oleh Sultan Ahmad, dan ayahanda baginda bekas Sultan Mahmud menentang pendaratan angkatan Portugis di kawasan berhampiran Bukit Melaka. Pada 10 Ogos 1511 orang Portugis menyerang Melaka lagi dan hanya pada 24 Ogos 1511 Melaka akhirnya dikalahkan oleh Portugis, dan Portugis menduduki Melaka. Walaupun kalah, Sultan, pembesar dan pengikut berundur ke tempat yang difikirkan selamat untuk merancang serangan balas. Isi Setelah Melaka jatuh ke tangan orang Portugis. Maka, Sultan Ahmad yang pada ketika itu memerintah Melaka telah berundur ke Bertam manakala Sultan Mahmud ke Kota Hampar. Kubu ini diserang oleh angkatan Portugis yang diperintahkan oleh Alfonso d' Albuquerque. Sultan Ahmad yang gagal mempertahankan kubu baginda,

berundur; dan seterusnya bergabung dengan angkatan ayahanda baginda di Batu Hampar. Dari sini kedua-duanya berundur lagi dan membina kubu pertahanan di Muar. Ketika bertapak di Muar ini Sultan Ahmad dan bekas Sultan Mahmud melancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka dan juga menghadang serangan Portugis ke atas kubu mereka di Muar. Kemudiannya Sultan Ahmad dan ayahanda baginda berundur ke Bintan. Semangat perjuangan tidak pemah luntur, mereka terus menghantar pasukan atau memimpin pasukan menentang Portugis di Melaka. Sultan Mahmud menghantar angkatan di bawah pimpinan Laksamana Hang Nadim menyerang Portugis di Melaka. Pada Julai 1512, Laksamana Hang Nadim mengetuai orang Melayu menyerang orang Portugis di Melaka tetapi orang Portugis dapat mempertahankan Melaka. Antara 1510 - 1518 - orang Melayu dibawah kepimpinan Sultan Mahmud telah menyerang Melaka beberapa kali, juga diketui oleh Laksamana Hang Nadim. Beberapa kali serangan telah dilakukan ke atas Melaka, ini menunjukkan bahawa orang Melayu tak akan duduk diam selagi Melaka berada di tangan orang Portugis. Namun, serangan demi serangan telah dilakukan, orang Portugis tidak dapat dihalau dari Melaka kerana mereka telah ada kota yang amat kukuh untuk ditembusi. 1519, Sultan Mahmud datang bersama angkatan ke Muar untuk melancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka. Orang Melayu telah menyekat makanan supaya tidak sampai ke Melaka dan memaksa Portugis mendapatkan bantuan dari Burma. Oleh kerana kehadiran Sultan Mahmud ini mengacam mereka, Portugis datang menyerang Sultan Mahmud di Muar. Pada tahun 1520 Sultan Mahmud menghadang kemaraan angkatan Portugis menyerang Muar. Sultan Mahmud dikalahkan, dan baginda berundur ke Bentan.

Seterusnya Sultan Mahmud menghantar pasukan di bawah pimpinan Tun Isap Berakah (Paduka Tuan), Sultan Abdul Jalil (Raja Nara Singa, menantu baginda), Raja Inderagiri menyerang Portugis di Melaka. Namun begitu, angkatan Sultan Mahmud telah dikalahkan. Angkatan Portugis terus menyerang kedudukan Sultan Mahmud di Bentan. Manakala Sultan Mahmud menghadang setiap serangan yang dilakukan oleh Portugis. Pad a tahun 1523 dan 1524 angkatan Portugis menyerang Bintan. Da1am pertempuran tahun 1523, angkatan Sultan Mahmud berjaya menenggelamkan tujuh buah kapal Portugis dan mengundurkan mereka ke Melaka. Begitu juga angkatan Portugis yang datang lagi menerang Bintan pada tahun 1524 dikalahkan oleh angkatan Sultan Mahmud. Seterusnya pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan yang melindungi Sultan Mahmud. Angkatan Sultan Mahmud berjuang dengan gigih, tetapi dikalahkan oleh Portugis. Sultan Mahmud berundur ke Kampar dan dinobatkan sebagai Raja Kampar. Seterusnya Sultan Mahmud mangkat di Kampar pada tahun 1528, dan dikenali sebagai Marhum Kampar. Sejak itu Raja Ali menjadi Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II. Pada tahun 1533 Sang Naya seorang rakyat Johor dan Melaka cuba menyerang Portugis dari dalam Melaka semasa orang Portugis pergi ke gereja. Tetapi rancangannya diketahui lalu ia dibunuh dengan cara menjatuhkannya dari menara bangunan. Perbuatan ini menyebabkan Sultan Johor pada masa itu marah. Wakil Portugis untuk menjelaskan kes pembunuhan itu telah dibunuh hingga menyebabkan

Portugis bertindak balas menyerang Sayung.

Johor dan memaksa sultannya berundur ke

Penyerangan ini menyebabkan orang Melayu marah dan menyerang kapal Portugis yang lalu di perairan Johor dan pada 1536 Portugis menyerang sayung dan telah menang dan ini memaksa Sultan untuk berdamai.

Pada Januari 1551, dengan bantuan Perak dan Pahang. Johor telah menyerang Portugis dengan 200 perahu dan 5000 askar. Mereka telah mengepung Melaka selama tiga bulan tetapi gagal setelah Portugis merancang menyerang Perak dan Pahang serta Johor dan ini mendesak ke tiga-tiga negeri berundur dan mempertahankan negeri mereka. Sejak itu Johor tidak lagi menghantar misi semasa Sultan Alauddin Riayat Shah II.

Pada tahun 1570/71 Sultan Umar yang berasal dari negeri Pahang dilantik menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Riayat Shah II den baginda melantik Tun Seri Lanang menjadi Bendahara Johor. Sultan Ali mendirikan kerajaan di Johor Lama. Semasa pemerintahan Sultan Ali terdapat beberapa siri serangan orang Johor ke atas Melaka termasuklah membantu Acheh menyerang Portugis (1577), pada masa ini hubungan Johor dengan Acheh adalah baik.

1587, Johor menyerang pihak Portugis secara besar-besaran melalui serangan tanah daratan dan laut tetapi gagal sewaktu angkatan pihak Portugis sampai dari Goa.

1597, Pihak Belanda membuat serangan pertama Belanda ke atas Kota Portugis Melaka dan menjadi lebih hebat menyerang setelah Sultan Abdullah telah membuat perjanjian dengan Belanda pada 17 Mei 1606.

1606: Pihak Belanda di bawah Laksamana Matelieff de Jonge bekerjasama dengan Sultan Johor untuk menguasai Melaka. Pertempuran berlaku pada 17 Ogos 1606,

namun percubaan selama tiga bulan itu gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa. Pada 24 Ogos 1606, Cornelis Matelief telah berundur. 1636: Kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di pelabuhan Pada 20 Mei 1640 Jeneral Antonio Van Diemen pergi ke Melaka dengan 4 buah kapal dan 332 askar dan pada Julai 1640 Sultan Abdul Jalil yang menjadi Sultan JohorPahang atas bantuan Belanda pada 1638 telah menghantar bantuan sebanyak 40 perahu dan 1500 askar yang diketui Laksamana Abdul Jamil. Angkatan ini telah berpecah tiga iaitu kepada pimpinan Jacob Cooper, William Caertekoe dan Laksamana Tun Abdul Jamil PadukaRaja Pihak Belanda (1641 - 1795) telah mengepung kota Melaka pada Ogos 1640 dan pada 14 Januari 1641 mereka telah dapat menembusi kota Melaka, menewaskan pihak Portugis serta menakluk Melaka dengan pembantuan Sultan Johor. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho, menyerah kalah kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe. Kesimpulan

Pemerintahan Portugis di Melaka selama 130 tahun yang bermula 1511 hingga 1641 merupakan satu jangka masa yang lama dan mereka telah mencetuskan semangatsemangat penentangan dalam kalangan orang Melayu. Sememangnya ketuanan Portugis seringkali diserang dan diancam sama ada dari dalam mahupun dari luar terutama sekali dari Johor, Acheh dan Belanda selain Pahang, Perak dan Naning dan rakyat Melaka sendiri.

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 merupakan saat bermulanya penentangan orang Melayu terhadap penjajahan kuasa luar. Selepas Belanda

mengalahkan Portugis dan menduduki Melaka pada tahun 1641, perjuangan

menentang penjajah oleh pemerintah dan rakyat tempatan berterusan seperti yang berlaku di Naning, Kuala Perak, Riau dan Kuala Selangor.

Anda mungkin juga menyukai