Anda di halaman 1dari 6

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: KE- 5 : Kelima

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 22 Julai 2013 25 Julai 2013

TIDAK MENYIAPKAN KERJA RUMAH

MASALAH : Masalah yang wujud dalam minggu ini ialah murid gagal menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru. Saya didapati murid tidak berminat dalam menyiapkan kerja rumah kerana menghadapi beberapa masalah.

PERASAAN: Saya berasa amat kecewa dengan tabiat murid yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru .Apabila saya mendapti bahawa murid tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan saya berasa mnarah dan ingim mended mereka supaya masalah ini tidak wujud pada masa masa akan datang .Hal ini merumitkan saya dalam menilai murid samada mereka benar benar menguasai topik yang diajar atau pun tidak. Murid dengan sendirinya pun gagal mengimbas kembali apa yang diajar oleh guru pada kelas kelas yang lalu .Hal ini membebankan murid untuk membuat ulangkaji pelajaran dan membuat rujukan sewaktu penilaian band dijalankan. Walaupun, saya sudah banyak kali mendenda murid mengenai ketidaksiapan kerja rumah tetapi saya tidak dapat melihat sebarang perubahan dalam hal ini. Guru besar dan juga guru pembimbing yang membuat pemantauan juga seringkali menegur saya supaya membimbing murid dalam menyiapkan kerja rumah .

ANALISIS :

Masalah ini sentiasa melemahkan semangat saya . Saya juga berasa amat keliru dan bosan apabila menanda hasil kerja murid kerana hasil kerja yang tidak lengkap dengan sepenuhnya .Setelah saya membuat analisis keatas masalah yang ditimbul saya dapat difahamkan bahawa murid kurang berminat membuat latihan dan kerja rumah dirumah atas beberapa sebab-sebab tertentu. Murid juga tidak mempunyai tunjuk ajar atau bahan rujukan di rumah kerana kebanyakkan mereka tinggal di kawasan ladang. Lebih lebih lagi ibu bapa yang sibuk dengan urusan kerja harian mereka juga tidak menyemak hasil kerja murid di rumah. Tambahan pula , situasi di rumah juga tidak menyokong murid murid untuk membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran kerana keluasan dan kemudahan yang serba kekurangan seperti murid tidak mempunyai bilik khas untuk mengulangkaji , tiada meja kerusi yang khas untuk membuat kerja rumah.Murid murid ini terpaksa menggunakan ruang tetamu sebagi tempat untuk membuat kerja rumah . Keadaan rumah yang tidak kondusif tidak memberi semangat kepada murid murid untuk membaut kerja rumah dan sebagainya.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI :

Dalam menangani masalah ini guru - guru sekolah saya telah memberi beberapa cadangan kearah melatih murid dalam menghasilkan tulisan tangan yang yang kemas dan cara memotivasikan murid murid supaya mereka menyiapkan hasil kerja rumah yang diberikan .Guru besar sekolah saya menasihatkan saya agar meluangkan masa yang lebih dengan murid murid saya supaya mereka menyiapkan segala kerja yang diberikan itu di sekolah.Oleh itu saya terpaksa meluangkan masa yang lebih dengan anak murid saya sehingga waktu balik saya ke rumah adalah hampir 4.30 hingga 5.30 petang.Saya membimbing nak murid saya semaksimum yang boleh dan saya juga memberi latihan yang lebih kepada murid .Guru besar juga mencadangkan supaya memberi peneguhan atau pujian kepada murid di tapak perhimpunan .Saya mengaplikasikan idea ini dalam bentuk lain seperti menyediakan papan khas yang bertajuk Tokoh Harapan Tahun 3 . Dalam papan ini saya memaparkan gambar murid yang menerima pujian yang banyak . Selain itu, saya juga mengadakan program ulat buku dalam kelas saya . Murid yang berjaya membaca buku dalam kuantiti yang banyak akan menambahkan bahagian

badan ulatnya sehingga ia menjadi panjang . Dalam program ini murid yang berjaya memanjangkan ulatnya akan menerima hadiah.

PILIHAN CADANGAN :

Saya telah melakukan apa yang diajar oleh rakan saya dalam mengendalikan pengajaran saya.Setiap hari selasa dan jumaat saya telah meluangkan masa saya dengan anak murid saya. Saya menamakan program ini sebagi kelas Journey to Score .Kelas ini bermula pada waktu 2.00 pm sehingga 5.30 pm .Program ulat membaca yang saya kenalkan juga mendapat galakan yang sungguh menarik dari seluruh warga sekolah saya . Murid murid amat tertarik dengan program ulat buku ini.

PENILAIAN KEJAYAAN : Setelah saya peraktikan langkah langkah ini dalam kelas saya murid murid berasa lebih gemar melibatkan diri dalam kelas Journey to Score dan sentiasa peka dengan kepanjangan ulat mereka Saya juga praktikan murid-murid lebih selesa berada di sekolah berbanding di rumah . Pepatah sekolahku syurgaku memang memberi makna yang besar kapada murid dan juga diri saya sendiri.

TINDAKAN SUSULAN :

Saya meneruskan kaedah yang dipelajari daripada pengalaman saya itu untuk mengubah sikap murid yang minat dalam menyiapkan kerja rumah dan memanfaatkan keistimewaan yang terdapat di sekolah.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

_______________
En.S.Mathanakumar Guru pelatih

_____________

Anda mungkin juga menyukai