Anda di halaman 1dari 4

Minggu ke-4

( 19.07.2010 23.07.2010 )

CATATAN MASALAH
Masalah yang saya dapat dikesan dalam kalangan murid-murid ialah mereka
menghadapi masalah darisegi sebutan huruf Bahasa Tamil.
PERASAAN SAYA TERHADAP MASALAH INI
Saya berasa amat kecewa dan sedih terhadap sikap muridmurid yang tidak
mengambil tahu bagaimana sebut huruf-huruf tertentu dalam Bahasa Tamil. Mereka
ambil perkara ini sebagai remeh temeh sahaja. Hal ini menyebabkan mereka tidak
peduli cara sebutan huruf-huruf tertentu dalam Bahasa Tamil.

ANALISA MASALAH
Masalah ini berlaku disebabkan murid-murid tahap satu seperti darjah 1dan 2
sentiasa berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Mereka tidak
memberi keutamaan kepada Bahasa Tamil. Subjek Bahasa Tamil merupakan bahasa
komunikasi dan tidak wajib kepada semua murid India. Hal ini menyebabkan mereka
tidak memberi penekanan kepada cara-cara sebutan huruf-huruf Bahasa Tamil semasa
berkomunikasi

CADANGAN / TINDAKAN SAYA UNTUK MENGATASI MASALAH


Saya mengambil tindakan seperti menyebut banyak kali huruf-huruf tersebut dan
memberikan kosa kata yang mempunyai huruf-huruf tersebut. Saya juga sentiasa
bertanya kepada murid-murid yang saya mengajarnya dengan meminta mereka
menyebut huruf-huruf

Bahasa Tamil tersebut. Sepanjang minggu ini saya meminta

murid-murid darjah 2 datang ke kelas Bahasa Tamil semasa waktu rehat setelah siap
makan untuk mengajar mereka cara-cara sebutan huruf-huruf Bahasa Tamil.

TEMPOH PENYELESAIAN
Masa yang diperlukan untuk menangani masalah ini ialah selama satu minggu.
Tindakan saya selama satu minggu ini dapat memberi hasil yang baik dan murid-murid
yang mengikuti kelas Bahasa Tamil dapat menyebut huruf-huruf Bahasa Tamil dengan
intonasi yang betul. Saya berasa amat gembira kerana langkah ataupun teknik yang
saya pilih untuk menyelesaikan masalah ini berakhir dengan jayanya.

CARA MEMENUHI KEJAYAAN


Bagi mencapai kejayaan ini, saya sendiri mengambil inisiatif untuk mancari bukubuku yang mudah menyebut huruf-huruf Bahasa Tamil. Saya juga berbincang dengan
guru pembimbing Bahasa Tamil untuk mengatasi masalah ini. Beliau juga membantu
kepada saya dengan pelbagai cara untuk mengatasi masalah ini dengan baik. Justeru,
saya telah pun berjaya dalam mengatasi masalah sebutan ataupun intonasi yang betul
semasa murid-murid menyebut huruf-huruf Bahasa Tamil. Saya sangat gembira dengan
hasil yang saya perolehi.

4
( 19.07.2010 23.07.2010 )

1. .
.
. ,
, , .
2. .

. ,
. ,
.
3. .

.
. ,
,
.
4. .
,
.
.

5. / .

.
.

Anda mungkin juga menyukai