Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: KE- 6 : Keenam

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 29 Julai 2013 02 Ogos 2013

Masalah Murid Tidak Memberi Perhatian Semasa Pengajaran.

1. Masalah Saya mempunyai 3 orang murid dalam kelas Tahun 3.Murid-murid tersebut memberi masalah semasa pengajaran saya dalam kelas. Mereka suka bercakap dan membuat kerja sendiri semasa pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini menggangukan pengajaran saya dan pembelajaran murid-murid lain. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

2. Analisis Saya telah memberi amaran dan teguran pada murid yang tidak memberi perhatian semasa pengajaran saya dalam kelas. Malah saya juga membuat perancangan aktiviti kumpulan untuk mengalihkan perhatian murid pada pembelajaran pada hari tersebut. Pengajaran dan pembelajaran hari itu tidak dapat diikuti oleh murid-murid lain dengan sempurna. Dengan ini, saya terpaksa membuat pengulangan pengajaran dan pembelajaran untuk murid yang kurang faham dan tidak memberi perhatian. Saya juga terpaksa menahan murid ini selepas waktu persekolahan untuk mengulangi pengajaran saya demi mencapai sasaran yang dinyatakan dalam rekod pengajaran harian saya.

3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya patut menggunakan waktu pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan effektif walaupun bilangan murid yang ramai berbanding dengan kelas lain. b) Seorang guru tidak patut jemu dengan perbuatan atau perangai murid-muridnya. c) Saya patut melayari internet untuk mempelbagaikan aktiviti kumpulan supaya manarik minat murid dalam kelas. d) Saya akan menyediakan banyak aktivit berkumpulan dan pembelajaran secara permainan, murid tidak berasa bosan dan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar. e) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan

pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya telah mengatasi masalah ini dengan mengajar murid tersebut dengan pelajaran yang tidak dapat diikuti oleh murid tersebut. Saya dapat menjelaskan pelajaran saya dalam masa yang singkat. Walaupun mengambil masa yang singkat, saya berharap pelajar tersebut memahaminya dengan lebih berkesan dan memberi perhatian yang sepenuhnya.

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

_______________
En.S.Mathanakumar Guru pelatih

_____________

Anda mungkin juga menyukai