Anda di halaman 1dari 5

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: KE- 4 : Kedua

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 15 Julai 2013 19 Julai 2013

TULISAN YANG HILANG BENTUK ASALNYA ( TULISAN CAKAR AYAM )

MASALAH :

Masalah yang wujud dalam minggu ini ialah tulisan murid yang tidak mengikut bentuk asal ( berbentuk cakar ayam ) . Masalah ini harus dikaji daan mencari jalan penyelesaian

PERASAAN:

Saya berasa amat kecewa dengan hasil tugasan murid yang tidak begitu kemas dan teratur.Tulisan murid yang tidak begitu kemas menunjukkan buku kerja murid kelihatan comot.Saya tidak dapat mengesan aktiviti atau latihan yang saya beri kepada murid. Murid dengan sendirinya pun gagal mengesan apa yang mereka tulis.Hal ini membebankan murid untuk membuat ulangkaji pelajaran dan membuat rujukan sewaktu penilaian band dijalankan. Walaupun, saya sudah banyak kali diperingkatkan kekemasan tulisan kepada murid tiadak sebarang perubahan yang dapat saya lihat. Guru besar dan juga guru pembimbing yang membuat pemantauan juga seringkali menegur saya supaya melatih murid untuk menulis tulisan yang mengikut asalnya. Hal ini memudaratkan mereka untuk memeriksa latihan yang saya berikan kepada murid.

ANALISIS : Masalah ini sentiasa melemahkan semangat saya . Saya juga berasa amat keliru dan bosan apabila menanda hasil kerja murid kerana tulisan murid agak mengelirukan kefahaman saya.Setelah saya membuat analisis keatas masalah yang ditimbul saya dapat difahamkan bahawa murid kurang didedakan dengan proses menulis.Murid juga tidak mempunyai

kesabaran untuk meluangkan masa yang cukup untuk menghasilkan tulisan yang kemas dan teratur. Sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan guru juga tidak memberi peluang kepada murid ini untuk menulis dan melakar di atas papan putih di bilik darjah.Dalam siasatan saya dengan murid murid ini ,saya dapat mengetahui guru-guru yang masuk ke kelas ini jarang sekali memberi peluang kepada mereka untuk menulis di kertas mahjung, kad manila , papan putih dan menggunakan instrument warna dalam menghiasi hasil kerja mereka. Menurut kefahaman dan pengetahuan saya guru guru yang mengajar kelas ini beranggapan bahawa murid murid ini masih dalam peringkat kecil dan akan membazirkan bahan-bahan lukisan . Kefahaman ini memberi inisiatif kepada saya untuk melakukan perubahan dan penyelesaian masalah ini.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI :

Dalam menangani masalah ini para guru saya telah memberi beberapa cadangan kepada saya lalu kearah melatih dalam menghasilkan tulisan tangan yang mengikut bentuk asal. Rakan guru saya bernama Cik.S. Manimla menasihatkan saya lebihkan penggunaan bahan bbm hasil tangan yang berwarna-warni, amalkan konsep peta minda , kepingan kad warna dan sebagainya.Sebagai contoh, semasa saya melaksanakan aras bacaan ,saya meminta murid melakarkan peta minda di atas kertas mahjung dengan menggunakan alat tulis yang berwarna warni.Peta minda yang saya cadangkan kepada murid adalah berasaskan konsep iThinking process skills.Rakan saya juga menasihatkan agar meluangkan masa untuk persembahan murid di kelas semasa p&p.

Beliau mencadangkan supaya jangan bergantung kepada persembahan multi-media sahaja kerana aluan ini melemahkan daya fikiran kreativti murid.

PILIHAN CADANGAN :

Saya telah melakukan apa yang diajar oleh rakan saya dalam mengendalikan pengajaran saya.Setiap kali saya menyediakan aktiviti kumpulan saya memberi peluang yang lebih kepada murid untuk munulis, melakar di papan putih , kad manila dan papan lukisan berwarna dan sebagainya untuk melakar peta minda.Kaedah ini membantu murid menguasai setiap jenis peta minda.Kad bacaan yang berwarna warni merangsangkan murid untuk meniru mekanisme tulisan yang asal dan ia membantu murid untuk mengubah gaya tulisannya.

PENILAIAN KEJAYAAN : Setelah saya peraktikan langkah langkah ini dalam aktiviti kumpulan murid lebih gemar melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Saya juga praktikan murid-murid lebih suka menggunakan pen-pen berwarna dalam menyediakan bahan .Saya juga memberi teks untuk meniru tulisan dalam buklu nota 3 baris.Saya menjalankan program ini pada setiap hari khamis selepas waktu persekolahan .Setelah murid siap meniru teks yang diberi saya akan membandingkan tulisan murid dengan murid-murid lain di kelas.Pada hari kelima setelah saya mengamalkan langkah langkah ini hasil tulisan murid dapat diubah dan kini ada sedikit

perubahan yang memuaskan hati saya berbanding dengan tulisan murid sebelum ini.

TINDAKAN SUSULAN :

Saya meneruskan kaedah yang dipelajari daripada pengalaman saya itu untuk mengubah sikap murid yang minat dalam melakarkan tulisan dalam bentuk asalnya .Kini ,saya tidak lagi berasa keliru dalam memahami tulisan murid dan boleh membaca apa yang ditulis oleh murid-murid.

Disediakan oleh : _______________ ( )

Disemak oleh : _____________ ( )

Anda mungkin juga menyukai