Anda di halaman 1dari 39

KAUNSELING ITU RAHSIA

Barang siapa yang mengetahui keburukan saudaranya kemudian menutupinya, pada hari kiamat, Allah akan menutupi dosanya. (Hadis Riwayat At-Thabrani)

HAK SEORANG MUSLIM

Adalah menjadi tanggungjawab dan hak seorang muslim untuk menolong, menegur dan membimbing saudaranya yang lain. Hak dan tanggungjawab ini telah digariskan oleh Hujahtul Islam, Iman AlGhazali di mana adalah menjadi hak sebagai seorang muslim untuk memberi nasihat kepada setiap muslim dan cuba bersungguh-sungguh untuk mengembirakan hatinya.

Malah perkara ini turut ditekankan dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling kasih mengasihi dan saling sayang menyayangi laksana sebatang tubuh, bila salah satu anggota badannya mengadu sakit, seluruh anggota lain sama-sama merasa demamnya dan berjaga malam.

Begitu juga dengan sebuah hadis lain yang sering disebutkan iaitu;

Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya sepertimana ia mencintai dirinya sendiri.

Seterusnya Baginda Rasullah s.a.w bersabda, yang bermaksud:

Barang siapa menyejukkan mata seseorang mukmin (menghilangkan kesusahannya), nescaya Allah akan menyejukkan matanya di hari kiamat

Baginda seterusnya bersabda bahawa:


Barang siapa menghilangkan diri seseorang mukmin yang sedang dalam kesusahan, atau menolong seseorang mukmin yang teraniaya, nescaya ia akan diampunkan dosanya.

Prinsip Dan Amalan Kaunseling

Prinsip dan amalan kaunseling yang berteraskan kepada kebaikan dan tidak bertentangan dengan syariah adalah merupakan tiang dan tapak agama. Ini kerana Islam memang menganjurkan umatnya dalam membimbing dan memberi bimbingan serta ia anggap sebagai amalan yang mulia.

Sebagai seorang muslim, pendekatan secara kaunseling boleh dijadikan satu landasan bagi mencari manfaat dan meninggalkan segala perkara yang dilarang atau membawa keburukan kepada diri seseorang. Lantaran itu, ia dapat menyelesaikan masalah individu dan seterusnya menghidari ia daripada melakukan kerosakan.

Pendekatan dan Strategi Rawatan

Dalam Islam telah digariskan dengan jelas bahawa sebarang permohonan dan pertolongan hanya ditujukan kepada Allah s.w.t dan menjadi tanggungjawab manusia untuk meminta perlindungan dariNya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Hanya Engkaulah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (Al-Fatihah:5)

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Wahai sekian orang yang beriman, mintalah pertolongan untuk menghadapi (susah payah) dalam menyempurnakan sesuatu dengan bersabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai orang-orang yang sabar. (Al- Baqarah:153)

Dalam membantu seseorang individu yang bermasalah, Nabi Muhammad s.a.w sebenarnya telah menunjuk beberapa teknik dan kaedah sebagai panduan apabila kita ingin memberi pertolongan. Baginda juga telah menggunakan pendekatan secara kognitif dan tingkah laku apabila berjumpa dengan individu yang sedang menghadapi kesusahan.

Malah diriwayatkan oleh Ibn Majah di Dalam sunahnya iaitu: Jika kamu menjenguk orang sakit, maka hilangkanlah kesedihannya dalam perkara ajal: sebab hal itu tidak berguna hal ini akan menghibur hatinya

Dalam hadis ini disebutkan salah satu rawatan yang sangat penting iaitu: - menghibur dan menguatkan hati si sakit dengan perkataan yang menyenangkan, sehingga akan memancarlah kekuatan jiwa dari dalam tubuh pesakit yang akan membantu menolak dan meringankan penyakit atau masalahnya.

Mengembira dan membesarkan hati klien itu sangat besar sekali manfaatnya dalam menyelesai dan meringankan masalah. Perkara ini dapat kita saksikan apabila ramai di antara pesakit di rumah sakit timbul semangat dan kekuatannya dan berubah wajahnya ketika ditemani oleh orang-orang yang mencintai dan menghormatinya; memandang dan bercakapcakap dengan mereka.

Pendekatan ini sering diamalkan oleh Rasulullah s.a.w apabila beliau mengunjungi orang sakit. Baginda s.a.w akan menanyakan tentang apa yang dirasakannya, atau apa yang diinginkannya. Dan Baginda s.a.w kemudian meletakkan tangannya di dahi pesakit, dan kadang-kadang Baginda s.a.w meletakkan tangannya di dada pesakit, lalu mendoakannya, serta memberitahu apa-apa yang manfaat dalam sakitnya itu. Baginda s.a.w sering pula mengatakan kepada pesakit; Tidak apa-apa. Insya Allah cepat sembuh.

Diriwatkan oleh Muslim di dalam kitab Sahihnya, hadis dari Uthman bin Abil Ash r.a:

Bahawasanya ia telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w akan penyakit yang telah dideritainya sejak ia masuk Islam, lalu Nabi s.a.w bersabda: Letakkan tanganmu pada bahagian yang sakit dan katakan: Bismillah tiga kali, setelah itu baca doa ini tujuh kali: Aku berlindung dengan keperkasaan Allah dan kekuasaan-Nya dari kejahatan penyakitku yang derita dan khuatiri (bimbang)

Bebanan Sesuatu Masalah

Ada ketikanya penderitaan dan bebanan masalah yang amat sangat yang dialami oleh seseorang boleh membawa keinsafan serta menimbulkan kesedaran bahawa ianya satu pembalasan terhadap perbuatan salah yang dilakukan sebelum ini. Bagi ahli psikologi, perasaan penderitaan terhadap sesuatu masalah itu menjadi topik yang penting dan perlu dilihat secara menyeluruh serta mencari jawapan bagaimana untuk mengawal dan mengurangkan perasaan tersebut.

Mereka mendapat bahawa rawatan boleh dilakukan melalui pendekatan yang melibatkan minda dan fizikal. Pendekatan rawatan secara psikologi terhadap keduadua aspek tersebut didapati berkesan dan dapat mengurangkan kesakitan serta merawat pesakit yang tidak boleh dirawat melalui penggunaan ubatan atau dadah. Perkara ini sememangnya diamalkan oleh Rasulullah s.a.w apabila beliau berada bersama dengan sahabatsahabat yang menghadapi masalah.

Perkara ini ditekankan dalam surah AlRad 13:28 bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram

Ini menunjukkan Islam mengalakkan umatnya sentiasa mengingati tuhan sama ada mereka berada dalam kesenangan atau kesusahan. Seruan untuk memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah merupakan satu self affirmation untuk meningkatkan keyakinan dan ketabahan kepada seseorang individu apabila menghadapi masalah.

Amalan saling tolong-menolong, nasihatmenasihati, tegur-menegur merupakan salah satu yang dituntut di dalam Islam. Tambahan pula, kejadian manusia itu sememangnya berkeadaan resah-gelisah. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Balad : 4 yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohani) (Al-Balad :4)

Justeru itu, kaunseling di dalam Islam memang telah diamalkan dan dipraktikkan oleh Baginda s.a.w. Hanya yang membezakannya ialah dari segi matlamat di mana di dalam banyak hal kaunseling di dalam kaunseling di dalam Islam adalah berteraskan kepada soal aqidah dan syariah yang ditetapkan.

Setiap Masalah Ada Penyelesaiannya

Di dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling, Islam telah menetapkan bahawa setiap sesuatu yang dihadapi ada hikmah penyelesaiannya. Ini menunjukkan bahawa setiap masalah yang dihadapi boleh diselesaikan dan dicari penyelesaiannya.

Perkara ini telah dinyatakan dalam firmanNya, Surah An-Insyiraah, 5 iaitu: Oleh itu maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertakan dengan kemudahan

Seterusnya Allah juga berfirman dalam surah AlBaqarah, 286; Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya

Berdasarkan kedua-dua ayat diatas, jelas menunjukkan bahawa sekiranya seseorang kaunselor menggunakan teknik, kaedah dan pendekatan yang betul ia mampu untuk membantu seseorang individu untk menghadapi masalah dengan izin Allah.

Peranan Kaunselor Muslim


Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya telah kami terangkan semuanya di dalam Al-Quran ini, supaya mereka dapat pelajaran (Surah Al-Isra:41)

Berdasarkan ayat di atas, dapatlah dirumuskan bahawa setiap kaunselor muslim haruslah bersedia untuk menimba seberapa banyak ilmu dengan menggunakan Al-Quran sebagai panduan bagi menjaring dan menapis guna ilmuilmu yang telah diterjemah oleh para saujana Islam mahupun Barat.

Bagi membolehkan seseorang kaunselor muslim itu berperanan dengan baik dan berkesan, terdapat tiga perkara yang perlu dipertimbangkan:

Redha dan Rasional - Kaunselor muslim haruslah memainkan peranan penting untuk membawa klien ke arah mencari keredhaan Allah. - Klien harus didorong supaya menginsafi bahawa setiap perkara atau masalah yang dihadapi adalah satu ujian Allah ke atas dirinya. Ini dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya:

Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan saja mengatakan: kami telah beriman lalu mereka tidak diuji? Kami telah menguji manusia-manusia sebelum mereka dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta. (Surah Al-Ankabut:2-3)

Ini bermakna, manusia tidak akan dapat lari dari menghadapi masalah. Kebanyakkan manusia akan merasakan bahawa masalah yang dihadapinya itu hanya membebankan diri. Tanpa melihat kepada hikmah di sebalik masalah itu yang menyebabkan manusia makin tertekan dan hilang rasa redha dengan ujian Allah.

Ini selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.: Manusia memusuhi apa yang mereka tidak tahu

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab seorang kaunselor muslim untuk menyakinkan klien bahawa apa yang dihadapinya itu adalah ujian Allah dan setiap ujian itu mampu dihadapi dengan redha dan takwa kepada Allah.

Doa dan Sokongan


Rasulullah s.a.w bersabda: (dipetik dari bimbingan muminin, Iman Al-Ghazali)

Bila seseorang mendoakan diri sahabatnya, sedangkan ia tidak bersamanya, maka Malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga.

Ini bermakna, hubungan kaunselor dan klien tidak akan terhenti di bilik kaunseling sahaja. Adalah menjadi keharusan kepada kaunselor muslim untuk mendoakan kesejahteraan kliennya.

Pegangan dan Pengertian

- Perlu ditekankan bahawa, seorang kaunselor muslim haruslah menyakinkan klien bahawa apa jua teknik dan cara yang digunakan dalam sesi kaunseling hanya berkesan dengan izin Allah.
- Penyelesaian masalah adalah bergantung kepada ketentuan Allah dan kaunseling itu hanyalah sebagai medium dalam mencari penyelesaian.

- Selain itu, kaunselor juga harus menekankan kepada klien bahawa kaunseling itu tidak akan memberi apa jua kesan tanpa usaha dirinya sendiri dan dengan izin Allah.

- Ini secara tidak langsung, diharapkan akan dapat membantu meningkatkan ketakwaan, keredhaan dan kepercayaan klien bahawa apa yang dihadapinya adalah ujian Allah ke atas dirinya.

Q&A

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai