Anda di halaman 1dari 1

Penerangan logo IPG Lestari Bentuk: Burung Kelicap atau nama saintifiknya iaitu Nectariniidae dipilih kerana ia melambangkan

n ketekunan dan kejituan dalam usahanya untuk mencapai sesuatu matlamat. Burung kelicap yang boleh mengibas sayapnya dari 50 hingga 200 libasan sesaat melambangkan walaupun kecil tetapi ia tetap teguh dan kuat untuk menharungi cabaran yang dihadapinya. Selain itu, burung Kelicap juga boleh terbang dari pelbagai arah melambangkan fleksibiltinya untuk menyesuaikan diri di dalam arus perdana yang pesat mengalir dan berubah. Tulisan IPG yang berbentuk menaik seperti tangga atau bukit tersebut melambangkan untuk mencapai matlamat menjadikan IPG sebuah institusi perguruan yang bertaraf dunia, cabaran dan rintangan perlu diharungi terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi pada zaman modenisasi ini, perjuangan IPG hendaklah bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dan tanpa dilupakan kepentingan menjaga alam sekitar.

Warna: Kuning: pemilihan warna kuning ini dibahagian latar belakang melambangkan sinar matahari pada siang dan sinar bulan pada malam yang berperanan sebagai tenaga untuk menjana burung Kelicap tersebut dalam mencapai matlamatnya dengan menggunakan tenaga dari alam semulajadi. Hijau: pemilihan warna ini adalah untuk melambangkan alam sekitar. Warna hijau yang sinonim dengan warna daun pokok menjadi perlambangan yang utama tentang alam sekitar. Warna hijau pada burung Kelicap tersebut melambangkan ia membawa satu identiti alam sekitar dalam mencapai matlamat IPG. Biru: pemilihan warna biru pada tulisan IPG melambangkan warna langit yang signifikan dengan masa hadapan. IPG perlu waspada dengan cabaran pada masa hadapan yang tidak boleh dijangkakan kerana masa hadapan membawa pelbagai kemungkinan. Coklat: pemilihan warna coklat pada tulisan Lestari melambangkan warna tanah yang bererti realiti. IPG perlu memahami realiti cabaran semasa dan menjadikannya sebagai tapak untuk menuju kearah matlamat.

Anda mungkin juga menyukai