Anda di halaman 1dari 1

PIPR-20 UNIT PRAKTIKUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / ejadian Tajuk Jurnal 1. Masalah / Peristiwa

: : : :

Ke-3 3 17 April 2013 Masalah Komunikasi

Hari ini (17 April 2013), saya telah menghadapi masalah komunikasi dengan seorang murid pemulihan Tahun 1 dalam mata pelajaran Matematik yang bernama Anny. Apabila saya memberi arahan kepada Anny untuk mengira atau menyebut bilangan benda dalam bahasa Cina, dia tidak dapat mengikuti dan mengangguk kepala sambil menyatakan sesuatu yang berlainan daripada arahan saya. Maka, pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar dan murid tidak dapat menguasai kemahiran yang diajar dengan baik. Akhirnya, objektif pembelajaran yang telah ditetapkan tidak dapat tercapai sepenuhnya. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana Anny telah membiasakan diri dengan dialek Fuzhou. Hal ini adalah hasil perbincangan dengan guru pemulihan dan melalui komunikasi dengan Anny. Dengan itu, dapat diketahuilah bahawa Anny sentiasa berada di dalam persekitaran yang kebanyakkannya menggunakan bahasa Fuzhou untuk berinteraksi, maka dia tidak dapat membiasakan diri dengan arahan saya dalam bahasa Cina. 3. Cadangan Tindakan Susulan a. Saya perlu menggunakan bahasa Malaysia untuk berkomunikasi dengannya dan diperbanyakkan lagi bahasa badan seperti isyarat tangan. b. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Komunikasi merupakan salah satu unsur yang penting dalam memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan awal lagi, maka objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai