Anda di halaman 1dari 43

MAY 2012

17
posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on Persediaan Penempatan Guru 10 comments

DOKUMEN-DOKUMEN UNTUK PENEMPATAN GURU


Salam. Tahniah kepada semua ISMP yang telah pun mendapat tahu mengenai penempatan masingmasing. * Ini adalah pesediaan tidak rasmi. Sila dapatkan yang rasmi melalui suarat penempatan ataupun arahan-arahan rasmi daripada JPN, Bahagian atau sektor masing-masing. Untuk pesediaan awal boleh rujuk maklumat di bawah ;

Untuk perhatian ; Gambar di atas adalah contoh Pelantikan Jawatan, bukan Pengesahan Jawatan. Gred DC41 ke DG41. Tetapi mulai Tahun 2012, bakal guru akan terus di lantik ke DG41. Tetapi untuk pengesahan jawatan akan memerlukan dokumen-dokumen ini juga nanti. Cikgu2 x perlu risau mengenai Medical Checkup, Akuan sumpah, penyata kewangan. Kerana nanti lapor diri akan di beritahu dan diberikan masa untuk berbuat perkara2 tersebut.

Contoh Tawaran Penempatan SBP (Bawah)

Contoh Senarai Semak Yang posting di Sarawak (Bawah)

Apa-apa pun, sebelum datang untuk melapor diri, ada beberapa perkara yang mesti kamu buat. Antaranya; Akaun KWSP Dapatkan slip yang ada nombor akaun KWSP korang untuk memudahkan urusan gaji nanti. Buat siap-siap sebab benda ni sekejap ja 5 min pon x sampai. Manalah tahu yang pertama kali sampai negeri tersebut ( bagi yang telah kerja). * Bagi yang tidak pernah bekerja, ada kawan beritahu pun boleh pergi ke pejabat KWSP

buk akauan. Hanya perlu bawa IC. Pun skeejap je x sampai 5 minit. * Lagi satu KWSP dah buat sistem online untuk memudakan kerja check penyata terkini, korang kene pergi pejabat KWSP ambil No. Pengaktifan, pastu g laman web KWSP untuk daftar online. * kalau tak settle ni, lambatlah urusan gaji sebab gaji akan dipotong sikit untuk simpanan KWSP selagi korang tak sah jawatan atau tak pilih skim pencen. Sekarang rate potongan adalah 11% dari gaji pokok. * Penyata KWSP boleh di minta di cawangan pejabat KWSP terdekat. Tetapi jika berdaftar I-Akaun, boleh print daripada internet (warna-warni) berbanding hitam putih di pejabat KWSP. hehe. Daftar I-Akaun
https://secure.kwsp.gov.my/index.php?tpl=p2_iakn_general&page=activate

Buku Bank - untuk gaji. - lebih baik korang bawa buku bank lebih dari satu (kalau ada akaun di bank-bank berlainan) sebab korang tak tahu bank apa yang paling dekat dengan korang kan? Lagipun senang in case ada problem nak daftar kemasukan gaji dengan bank yang korang prefer. better Maybank lebih baik. * Ada kawan cakap walaupun status bank kita aktif, kita kite pergi bank untuk PENGESAHAN No. Akaun Bank, dah dapat pengesahan photostat bawa nanti untuk urusan gaji (Bank Statement). * Kawan tu cakap juga kalau selain Maybank, gaji kita akan lambat sehari.

Dokumen-Dokumen Fotostat dan bawa original copy benda-benda di bawah ni: *Sahkan siap2 cari tok penghulu masing2 key.

-Salinan Kad Pengenalan -Salinan Surat Beranak -Salinan Sijil SPM / STPM/ SMU -Salinan Sijil Berhenti Sekolah -Salinan Ijazah ( KPLI sahaja) -Salinan Transkrip Ijazah / Keputusan peperiksaan Tahun Akhir (KPLI Sahaja) -Salinan Surat Pengiktirafan JPA (KPLI / IJAZAH LUAR NEGARA) -Salinan surat nikah dan surat pengesahan majikan suami / isteri *

-Salinan sijil- sijil penglibatan kokurikukum / bakat -Setiap salinan dokumen telah disahkan -gambar pasport statemet kwsp -Akaun Maybank dan bank lain(dapatkan bank statement) -IC ayah dan ibu dan surat beranak ( Tak Perlu la bawa original yg ni) - Salinan Sijil KISSM (Jika dah pergi) - Salinan Sijil BTN (Jika dah pergi)

- ini untuk fail peribadi korang dan urusan-urusan lain (temuduga pengesahan dan sebagainya)
* Buat salinan antara 5 hingga 10 set ( Ikut kemampuan bajet dan kemampuan ketua kampong korang nak sign untuk sahkan. Hehe) *Salinan perlu DISAHKAN oleh Saksi terlebih dahulu. SENARAI SAKSI HENDAKLAH terdiri daripada PEGAWAI- PEGAWAI KERAJAAN (pegawai-pegawai dari Badan SWASTA tidak dibenarkan) yang boleh mengesahkan butir-butir keterangan diri pelajar dan penjamin-penjamin berkenaan. Mereka terdiri daripada :(1)Penghulu Mukim - yang dilantik oleh KERAJAAN sahaja (2)Wakil Rakyat - Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Parlimen /Senator. (3)Pegawai-pegawai - Pegawai-pegawai kerajaan yang menjawat Jawatan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A seperti contoh berikut ) -Pegawai Tadbir I Penolong Pengarah -Jurutera -Akauntan -Hakim I Peguam -Doktor Hospital Kerajaan -Pengetua Sekolah Menengah -Pensyarah Universiti Tempatan -Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas -Lain-lain jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh KERAJAAN. * Salinan Fotostat Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti DI ATAS. Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.

Surat Penempatan -sebab dia sama seperti di atas.

-untuk pengesahan lantikan. -untuk gaji. -akan dapat bila lapor diri di JPN/ PPD atau pun selepas korang lapor diri di sekolah (pedalaman khasnya) KISSM dan BTN - untuk pengesahan jawatan (ini selepas pengesahan lantikan) - kalau belum pergi, boleh mendaftar untuk masuk kursus lepas dah lapor diri.

Yang posting ke Sabah dan Sarawak 1) Dokumen Perjalanan Terhad Imegresen (2keping gambar terbaru 3.5 cm x 5 cm, kad pengenalan, surat beranak asal, 2) 10 salinan ijazah, transkrip, diploma,sijil-sijil spm dan sijil2 koko,kad pengenalan, surat beranak, sijil2 akademik pmr,sijil koko, ke atas dan sijil2 penting. 3) Berat maksimum bagasi 20kg lebih tanggung sendiri 4) Akaun maybank dan bank lain(dapatkan bank statement) 5) Surat akuan sumpah 6) Statemet kwsp 7) Gambar pasport(8 keping) 3.5 cm x 5 cm 8) IC Ayah dan ibu dan surat beranak Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) ini penting untuk urusan keluar/masuk sebab bila korang datang sini untuk bekerja/belajar, kena ada DPT ni. Yalah, macam korang ni foreigner..hehe..Macam pasport, warna biru. Buat sahaja di pejabat imigresen dengan bayaran RM5 untuk lima tahun. Boleh juga guna pasport antarabangsa (merah). Tapi korang lagi banyak guna DPT ni daripada pasport merah tu kot?? Macam yang kerja di Lawas ni, ada dua-dua pasport sebabnya Lawas terletak di antara Brunei dan Sabah. Untuk ke Brunei aku perlukan pasport merah, dan untuk ke Sabah/ Semenanjung aku gunakan DPT. Guna yang merah pon okey jugak.

Penambaikkan daripada ; http://cheguabbas.blogspot.com/2012/01/persediaan-perkara-perkara-penting.html Sekian, Terima Kasih *Jika ada kekurangan dan penambaikkan sila komen. ___________________________________________________________________________ _
(1) PANDUAN BAGI GURU BARU POSTING ( GAJI/ELAUN/INSENTIF) http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-bagi-guru-baru-posting.html (2) PANDUAN AM UNTUK GURU http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-am-untuk-guru.html

(3) PANDUAN : TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-tambang-perjalanan-bagi.html (4) Maklumat Penempatan ISMP Batch Mei 2012 (BORANG, CARTA, ANALISA, FB GROUP IKUT NEGERI, NO.TELEFON JPN, BAHAGIAN, SEKTOR DAN PPD) http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/maklumat-penempatan-ismp-batch-mei-2012.html
- See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/dokumen-dokumen-untukpenempatan-guru.html#sthash.AeSCL3DV.dpuf

PANDUAN BAGI GURU BARU POSTING


( Sebarang maklumat di bawah adalah hasil analisa penulis. Kemungkinan terdapat kesilapan maklumat, boleh maklumkan dengan komen sebarang penambaikkan dan cadangan)

1. Lulus Temuduga oleh SPP anda akan diLANTIK jawatan DG41 (ada surat pengesahan Lantikan). Sistem terdahulu anda diLANTIK jawatan DC41 tetapi mulai tahun ini terus dilantik jawatan DG41. 2. Sebelum ini semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) dan pemegang ijazah akan masuk gred DC41 tak kira apa jenis Ijazah pun. Tangga gaji pada masa ini sama. Tetapi pemansuhan GST anda akan terus ke Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk gred DG41. Anda dapat lihat pada keputusan temuduga SPP menunjukkan gred jawatan anda ialah DG41.

3. Perbezaan DC41 dan DG41 (a) Sebelum ini lantikan ke PPPS DG41 perlu temuduga dengan SPP terlebih dahulu. Selepas temuduga akan dapat surat lantikan (kalau lulus) dan akan dinyatakan nama dan gred jawatan, tangga gaji dan selepas tu tempoh pengesahan jawatan adalah selama 1-3 tahun. Antara syarat nak confirm kena lulus KISSM dan dah lulus BTN. Masa temuduga SPP ini akan lihat borang penilaian prestasi kita di sekolah. Markah dan komen guru besar/pengetua ada dalam borang itu. (b) DC41 rugi dari segi senioriti. Contoh katakan kita posting tahun 2012. Tapi tidak lulus temuduga. Jadi kena atend temuduga baru, sepanjang masa kita bertugas sebelum temuduga kali pertama itu tidak dikira dari segi ganjaran. (b) DC41 Elaun Rumah tidak diberi (akan diberi kemdian dengan tunggakan). Berbanding DG41 kita layak menerima kenaikan tangga gaji dan semua elaun. 4. Dapat surat penempatan oleh KPM. Lapor diri. 5. Manakala temuduga bagi PENGESAHAN jawatan oleh SPP dimansuhkan berbanding sebelum ini mesti temuduga sekali lagi untuk PENGESAHAN jawatan. Untuk Pengesahan Jawatan beberapa perkara yang anda perlu tahu ialah ; Rujukan = PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 2 TAHUN 2010 SYARAT PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN Pegawai yang diperakukan untuk pengesahan dalam perkhidmatan hendaklah memenuhi syaratsyarat berikut: (a) telah menjalani tempoh percubaan antara satu hingga tiga tahun; (b) hadir dan lulus dengan jayanya Kursus Induksi; (c) lulus peperiksaan perkhidmatan seperti yang disyaratkan; dan (d) diperakukan oleh Ketua Jabatan. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI -Seseorang pegawai dalam percubaan hendaklah memenuhi semua syarat PDP bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatannya. - Apabila pegawai mendapati beliau layak untuk diperakukan PDP tetapi Ketua Jabatan gagal berbuat demikian, maka pegawai itu boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk disahkan dalam perkhidmatan mengikut peraturan 27(3) P.U. (A) 176/2005 dengan mengemukakan dokumen berikut dan satu salinan permohonan itu hendaklah dihantar kepada Ketua Jabatan: (a) borang PDP atas permohonan pegawai seperti LAMPIRAN A; (b) senarai tugas dan sumbangan pegawai di sekolah; (c) salinan Buku Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini; (d) salinan sijil Kursus Induksi; dan (e) salinan keputusan Peperiksaan Perkhidmatan. Rujukan : TATACARA PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN BERDASARKAN PERATURAN 27(3) PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN

PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2005 ______________________________________________________________________________________ _________ 6. Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) KISSM ni adalah kursus yang anda kena attend, dan ada penilaian akan dibuat semasa anda menjalani kursus ni. Kalau nak baca lebih lanjut tentang KISSM, korang kena check entri aku yang terdahulu tentang KISSM. Nak tahu apa maksud Kursus Induksi (KISSM) ? Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia dikenali sebagai KISSM. Kursus ni penting, dan wajib bagi semua pegawai baru yang bekerja dalam Perkhidmatan Awam sebelum mereka disahkan dalam jawatan. Tujuan utama Kursus Induksi (KISSM) ? Kursus ni diadakan untuk memastikan pegawai baru bekerja dapat memberikan perkhidmatan terbaik , cemerlang serta dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya kerja. 7. KWSP Atau Pencen? -Hanya selepas PENGESAHAN jawatan, baru boleh pilih skim KWSP atau Pencen. Sebelum itu KWSP akan dipotongAutomatik potong KWSP 11%. - Sebagai panduan pada akhir artikel akan diterangkan cara pengiraan kedua-dua SKIM ini.

_____________________________________________________________________________ ______ 8. Panduan Mengenai Sifir Gaji dan Elaun - Penetapan gaji permulaan bagi Skim Perkhidmatan PPP Siswazah Gred DG41 mengikut nilai taraf kelayakan seperti berikut:* Anda perlu berhubung baik dengan kerani sekolah yang menguruskan mengenai gaji dan elaun. Sekiranya kerani baik mereka akan bertanya dan maklumkan kepada anda borang-borang yang perlu diisi tetapi terdapat juga kerani yang diam dan menunggu anda sendiri ambil inisitif bertanya kepada mereka. (a) Anda perlu tahu anda dalam kategori P1T? . Lihat Jadual di bawah.

Jika konfius lihat kembali nilai Ijazah anda di ; http://pengiktirafan.jpa.gov.my

- Kekeliruan tangga gaji berdasarkan ISMP ; Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik & Vokasional ( Dalam skrol tiada ditulis Kepujian) Tetapi boleh lihat jika ianya setaraf dan terdapat surat /pekeliling maka anda masih layak dapat PIT4.

Contoh :
(b) Sifir Gaji terbaru SSM + (Penambaikkan 2012)

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2012


PERUBAHAN PENETAPAN GAJI PERMULAAN BERIKUTAN PELAKSANAAN JADUAL GAJI MINIM MAKSIMUM MENGGANTIKAN GAJI MATRIKS

(c) Jenis ELAUN 1) Imbuhan Tetap 2) Bayaran Insentif 3) Bayaran Balik Perbelanjaan. ___________________________________________________________________________ ________
- TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA

Sila Ke LInk di bawah untuk maklumat lanjut ;


http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-tambang-perjalanan-bagi.html

___________________________________________________________________________ ________ - ELAUN ( IMBUHAN TETAP) Bagi DG41 (a) Bantuan Sara Hidup/ Cost Of Living Allowance (COLA) Cost of living allowance (COLA). Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?
Rujukan : Pekeliling

Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2006 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2007 JPA(BGE)(S)63/145/1-2(47) bertarikh 19 Disember 2008 JPA(BGE)(S)63/145/1-2(48) bertarikh 19 Disember 2008 JPA(BGE)(S)63/145/1-2 (67) bertarikh 8 April 2009 JPA(S)63/57/2 Klt. 8 (97) bertarikh 8 Februari 2010 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2012 Syarat : Bantuan Sara Hidup diberi kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk menjaga kesejahteraan dan kebajikan mereka tertakluk syarat-syarat berikut: (i) Pegawai di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan. (ii) Pegawai lantikan tetap, sementara, sangkut, sambilan, kontrak dan guru sandaran. (iii) Pegawai yang diluluskan cuti belajar di dalam negeri sama ada cuti belajar bergaji penuh, separuh gaji dan yang mengikuti kursus. (iv) Pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti kursus/ cuti belajar jangka panjang mengikut lokasi institusi pengajiannya. (v) Dibayar mengikut tempat kerja pegawai (pejabat) atau institut pengajian bagi pegawai yang diluluskan cuti belajar. (vi) Rumah Kerajaan dalam lingkungan 25 kilometer dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar separuh daripada kelayakan pegawai; atau (vii) Rumah Kerajaan melebihi 25 kilometer dari tempat kerja (pejabat) dibayar atas kadar penuh.
Kadar :

Bil. 1. 2. 3.

Kawasan Kawasan A Kawasan B Kawasan Lain

Kadar Sebulan (RM) 300.00 250.00 150.00

* Kawasan A/B adalah berdasarkan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan seperti di Lampiran. Tarikh Kuat Kuasa : 1 April 2012

KAWASAN A Negeri Wilayah Persekutuan Pulau Pinang Selangor Johor KAWASAN B Negeri Johor Kedah Kelantan Melaka Negeri Sembilan Perak Pahang Perlis Terengganu Dewan Bandaraya/ Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran/ Perbadanan Kuala Lumpur dan Putrajaya Pulau Pinang dan Seberang Perai Ampang Jaya, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Selayang, Sepang, Shah Alam dan Subang Jaya Johor Bahru

Majlis Bandaraya/ Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor Bahru Tengah, Kluang, Kulai, Muar dan Pasir Gudang Alor Setar, Kulim, Langkawi dan Sungai Petani Kota Bahru Alor Gajah dan Bandar Melaka Nilai, Port Dickson dan Seremban Ipoh, Kuala Kangsar, Manjung, Taiping dan Teluk Intan Bentong, Kuantan dan Temerloh Kangar Kemaman, Kuala Terengganu dan Dungun

Pegawai a). b). c). Pegawai a). b). c). (pejabat); e). f). h). Pegawai Pegawai Pegawai Pegawai Pegawai

yang dalam tetap,

layak kumpulan sementara, yang TIDAK

menerima Pengurusan sangkut, dan cuti menerima Kumpulan dalam dibayar

BSH Profesional kontrak belajar BSH serta dan di adalah

adalah Kumpulan guru dalam seperti

seperti; Sokongan; dan negeri. berikut; Tertinggi; Tertinggi; Wilayah;

sambilan,

sandaran,

Pegawai yang Pegawai Pegawai Pegawai

diluluskan LAYAK dalam jawatan yang

Pengurusan Kumpulan Bayaran Pengurusan Insentif

memangku

d). Pegawai yang diperuntukan perumahan kerajaan dalam lingkungan 25 kilometer dari tempat kerja yang yang yang berkhidmat dipinjamkan diluluskan cuti diagensi ke yang diasingkan pegurusan atau syarikat satu saraannya; swasta; tahun.

badan belajar di

antarabangsa luar negara

g). Pegawai yang bercuti tanpa gaji genap satu bulan kalender tidak layak bagi bulan berkenaan; dan melebihi

(b) KADAR IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM (ITKA) Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA). Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara. ITKA bagi pegawai gred 41 dan 42 serta gred 45 adalah ditetapkan seperti berikut:

(a) Pegawai Gred 41 dan 42

KADAR SEBULAN (RM) SEMASA 300.00* 170.00 BARU 300.00

* Kadar ITKA RM300 sebulan diberi kepada anggota yang berkhidmat pada tahun ke 10 dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Tempoh perkhidmatan yang diambilkira tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji.

Tarikh Kuatkuasa Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2006. Rujukan : SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2005 PINDAAN IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM BAGI PEGAWAI GRED 41 DAN 42 SERTA GRED 45

(c) KADAR IMBUHAN TETAP PERUMAHAN (ITP) Kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 hingga Gred 44 di bawah Sistem Saraan Malaysia adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 1 berikut: Jadual 1: Kadar Baru Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 41 Hingga Gred 44 Gred 43 dan 44 41 dan 42 Kadar Baru (RM/ Sebulan) 400 250

TARIKH KUAT KUASA Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2008. Rujukan : SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 16 TAHUN 2007 PINDAAN KADAR IMBUHAN TETAP PERUMAHAN

___________________________________________________________________________ ________
CONTOH PENGIRAAN GAJI Jika Mengambil kira Gaji Basic (P1T4 ) + COLA (Luar Bandar Marang ) + ITKA + ITP RM2222.94 + RM150.00 + RM300.00 + RM250.00 = RM2922.94

___________________________________________________________________________ ________

ELAUN ( Bayaran Insentif)


Elaun-Elaun yang mungkin anda nikmati ;

Bayaran Insetif Subjek Pendidikan (BISP) Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, English For Sceince Teknology (EST) dan Teknologi Maklumat (IT).
(Pek. Perkhidmatan Bil. 3/2003 & Ruj. KP (PP)0053/7/ ( ) Bth: 8.7.2003 8.1 Bayaran ini diluluskan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris. 8.2 Pemberian Bayaran Insentif Subjek Pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat yang meliputi beberapa aspek seperti berikut :8.2.1 Syarat Kelayakan bagi PPP Siswazah dan PPP Lepasan Diploma 1) Syarat Kelayakan Opsyen i) Opsyen subjek Sains atau Matematik atau Bahasa Inggeris ATAU ii) Mengajar 3 tahun berturut-turut (Jadual Waktu Mengajar) Contoh : Jadual Waktu Mengajar Tahun 2002, 2003 dan 2004 BISP dibayar pada Tahun 2005 ATAU iii) Diperakukan oleh Guru Besar/ Pengetua (Format A serta Sijil Kursus kerna telah menghadiri kursus pengajaran dan pembelajaran matapelajaran berkaitan). 2) Syarat-syarat Kelayakan Mengajar Jadual Waktu Mengajar (Mengajar subjek Sains, Matematik dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris mengikut peruntukan waktu minima) 3) Syarat Penguasaan Bahasa Inggeris i) Opsyen bahasa Inggeris (Sijil Perguruan/Ijazah) ATAU ii) Sijil tamat Pendidikan Menengah atau tertiari dalam Bahasa Inggeris (MCE/HSC) ATAU iii) Kepujian Bahasa Inggeris (SPM/SPMV/) ATAU iv) Memiliki Sijil Kursus Bahasa Inggeris peringkat Antarabangsa atau dalam negeri atau lain-lain institusi berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran. Sijil tersebut diperakuai dan disahkan oleh Ketua Jabatan ATAU v) Hadir dan memperolehi Sijil Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Matematik dalam Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atau Institusi yang diiktiraf ATAU vi) Sijil Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (Etems)

8.2.2. Syarat kelayakan bagi Pengetua/Guru Besar dan semua Penolong Kanan 1. Syarat Kelayakan Opsyen Opsyen subjek Sains atau Matematik atau Bahasa Inggeris 2. Syarat kelayakan Mengajar Sama seperti para 8.2.1 3. Syarat Penguasaan Bahasa Inggeris Sama seperti para 8.2.1 8.2.3 Kadar dan Kriteria Pembayaran i) 5% daripada gaji pokok bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ii) 10% daripada gaji pokok bagi Peg. Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma. iii) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik secara tetap/Sementara/Kontrak (termasuk pegawai bertaraf kontrak dari luar negara) layak dibayar insentif ini. iv) Layak mendapat satu bayaran BISP sahaja samada Pengajaran subjek Sains atau Matematik dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Inggeris. 8.2.4 Pegawai Tidak Layak Menerima Bayaran Insentif Subjek Pendidikan i) Pegawai menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) ii) Pegawai bercuti tanpa gaji (termasuk cuti belajar tanpa gaji) iii) Pegawai bercuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gaji) iv) Berkursus dengan bergaji penuh melebihi 3 bulan v) Cuti haji, cuti bersalin dan cuti sakit melebihi 28 hari berturut-turut. 8.2.5 Dokumen Sokongan i) Sijil Perguruan / Diploma / Ijazah yang berkaitan ii) Lampiran B (Format Perakuan BISP) iii) Jadual Waktu Mengajar iv) Sijil Kursus yang berkaitan v) Sijil Etems vi) Format A (Format Perakuan)

Elaun Wilayah (EW) - layak bagi pegawai dari Sabah/Sarawak/Labuan. - Ibu bapa pegawai lahir di sana. - Ikut kadar 12.5% - 25%. (P.P.Bil.7/2007) - Surat beranak ibu/ bapa diperlukan - Jika suami dan isteri dari sana (salah seorangsaja layak) - Tidak layak BSH Syarat-syarat Kelayakan;
i) Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak yang dilantik dan atau ditempatkan di Semenanjung atau

ii) Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan atau ditempatkan berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak atau iii) Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) yang dilantik dan atau ditempatkan berkhidmat di Sarawak dan pegawai yang berasal dari Sarawak yang dilantik dan atau ditempatkan berkhidmat disabah (termasuk Labuan). Kadar Bayaran

Lingkungan Gaji (termasuk Elaun Pemangkuan) RM4839.66 dan ke atas RM4839.65 RM2852.84 RM2852.83 RM1427.07 RM1427.06 RM871.68 RM871.67 RM623.63 RM623.62 dan ke bawah
Pegawai yang berkelayakan untuk dibayar Elaun Wilayah i) Pegawai yang telah dilantik Tetap ii) Guru sandaran Terlatih Dokumen sokongan yang diperlukan i) Sijil Kelahiran Ibu atau Bapa Pegawai ii) Sijil Kelahiran Pegawai iii) Surat akuan Sumpah

Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima 12.5% 15% 17.5% 20% 22.5% 25%

(Bagi tujuan mengistiharkan wilayah yang dipilih samada mengikut wilayah asal ibu atau wilayah asal bapa)

Elaun Perumahan Wilayah (EPW)

PANDUAN PEMBERIAN ELAUN PERUMAHAN WILAYAH BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH Peraturan 1.1 Pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar Wilayah layak diberi Elaun Perumahan Wilayah (EPW). Takrif Pegawai Yang Bertukar Wilayah 2.1 pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Semenanjung; atau 2.2 pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak; atau

2.3 pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sarawak dan pegawai yang berasal dari Sarawak yang dilantik dan/atau ditempatkan berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan). Takrif Berasal 3.1 Berasal ditentukan berasaskan asal pegawai dengan memberi perhatian kepada asal ibu dan bapa pegawai, iaitu (i) Pegawai dan ibu bapa yang dilahirkan di Wilayah yang sama dianggap berasal dari Wilayah berkenaan; (ii) Pegawai yang ibu bapanya dilahirkan di Wilayah yang sama dianggap berasal dari Wilayah atau tempat lahir ibu bapanya; (iii) Pegawai yang ibu bapanya dilahirkan di Wilayah yang berbeza boleh memilih untuk menentukan Wilayah asalnya berdasarkan tempat lahir ibu atau bapanya; dan (iv) Jika terdapat kes-kes selain daripada (i), (ii) dan (iii) di atas bolehlah dikemukakan kepada JPA untuk dipertimbangkan. Pegawai Yang Tidak Layak 4.1 Pegawai yang bertukar Wilayah tidak layak EPW dalam keadaan berikut:(i) menduduki rumah kerajaan (termasuk menduduki rumah kerajaan yang diperuntukkan kepada suami atau isteri); (ii) pegawai yang membeli rumah dalam stesen dengan menggunakan kemudahan pinjaman perumahan kerajaan; (iii) pegawai bercuti tanpa gaji; dan (iv) pegawai berkursus melebihi 3 bulan.

(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11/2001) i) Elaun Perumahan Wilayah dibayar kepada Pegawai mulai dari tarikh pegawai melaporkan diri di Wilayah baru. ii). Penggantian kemudahan Kadar Sewa Rumah bagi Pegawai yang bertukar wilayah. Syarat-syarat Kelayakan i). Pegawai yang dibayar EPW tidak Layak Imbuhan Tetap Perumahan ii). Pegawai yang tidak menduduki rumah kerajaan boleh memilih sama ada menerima EPW atau ITP iii). Pegawai yang menduduki rumah kerajaan tidak layak EPW dan tidak layak ITP (rumah diperuntukan kepada pegawai secara perseorangan atau secara berkongsi). iv). Pegawai yang menduduki rumah kerajaan yang diperuntukan kepada suami atau isteri tidak layak EPW tetapi layak ITP v). Pegawai suami dan isteri tidak menduduki rumah kerajaan boleh dibayar ITP. Walau bagaimanapun salah seorang boleh memilih EPW. vi). Guru Sandaran Terlatih/Tidak Terlatih layak dibayar EPW. Pegawai tidak layak dibayar Elaun Perumahan

i). Pegawai yang bercuti tanpa gaji ii). Pegawai yang telah membeli rumah dalam stesen pegawai berkhidmat dengan pinjaman perumahan kerajaan iii). Pegawai yang menghadiri kursus melebihi 3 bulan iv). Pegawai yang bertukar wilayah yang dibenarkan menduduki hotel melebihi tempoh yang ditetapkan akan kehilangan secara proportionate EPW bagi tempoh tambahan yang beliau tinggal di hotel. Dokumen Sokongan Sama seperti kelayakan Elaun Wilayah.

Elaun Warden - Layak jika dilantik menjadi warden. - Jika tinggal dibangunan kerajaan (tidak layak ITP layak bayaran perumahan khas.) - Warden RM240.00 - Ketua Warden RM280.00 Jika pegawai duduk di kuaters (rumah sewa) kerajaan : ELAUN YANG LAYAK DIBAYAR 1. Elaun Warden 2. Elaun Wilayah 3. ITKA ELAUN YANG TIDAK LAYAK DIBAYAR 1. Elaun Perumahan Wilayah 2. BSH 3. BPK 50% (separuh dari ITP) KELAYAKAN ELAUN BAGI PEGAWAI YANG TINGGAL DI SEMENANJUNG : 1. Elaun Warden 2. ITKA 3. BPK 50% (separuh dari ITP) 4. BSH 50% (separuh)
(Pek. Perkhidmatan Bi. 3/1997) 9.1 Menerangkan tatacara perlantikan Warden Asrama di Sekolah-sekolah, Maktab-Maktab Perguruan dan Politeknik-Politeknik Peraturan-peraturan Lantikan Warden / Ketua Warden i) Bilangan Warden Asrama yang boleh dilantik oleh pihak Sekolah / Maktab / Politeknik adalah berasaskan bilangan murid yang tinggal diasrama. Tiap-tiap asrama mesti mempunyai sekurang-kurangnya seorang Warden. ii) Bilangan Warden Asrama yang layak dilantik adalah seperti berikut :Asrama murid biasa - Seorang Warden bagi setiap 50 orang murid Asrama murid cacat - Seorang Warden bagi setiap 20 orang murid iii) Sekiranya sesebuah asrama mempunyai 190 murid, warden yang layak dilantik secara rasmi adalah 3 orang. iv) Asrama yang mempunyai tidak kurang dari 5 orang warden maka salah seorang bolehlah dilantik sebagai Ketua Warden.

v) Warden Asrama atau Ketua Warden Asrama seboleh-bolehnya hendaklah tinggal di asrama atau dipersekitaran kawasan Sekolah/ Maktab/ Politeknik dimana boleh dihubungi jika berlaku kecemasan Pegawai Yang Layak Dilantik Sebagai Warden / Ketua Warden i) Perlantikan Warden Asrama diberi keutamaan kepada anggota akademik seperti Guru atau Pensayarah. ii) Jika tiada calon dari kalangan mereka, maka anggota bukan akademik boleh dicadangkan dengan syarat tidak menjejaskan perlaksanaan tugas mereka. Contoh : Pembantu Tadbir (Operasi/Perkeranian) dan Penyelia Asrama Kuasa Meluluskan Permohonan 1) Permohonan lantikan Warden / Ketua Warden Asrama bolehlah diluluskan oleh Ketua Jabatan masingmasing seperti berikut : i) Asrama bagi sekolah-sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Pendidikan Khas - Kuasa meluluskan ialah Pengarah bahagian Sekolah-sekolah ii) Asrama Politeknik dan Sekolah Teknik/Vokasional - Kuasa meluluskan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional iii) Sekolah-sekolah Harian Berasrama - Kuasa meluluskan ialah Pengarah Pendidikan Negeri Kadar Bayaran Elaun Warden i) Elaun Ketua Warden Asrama - RM280.00 sebulan ii) Elaun Warden Asrama - RM240.00 sebulan 9.2 Mendiami Rumah Warden / Bilik Warden Warden yang mendiami rumah-rumah Warden atau bilik-bilik Warden diasrama adalah tidak layak menerima Imbuhan Tetap Perumahan tetapi layak dibayar Bayaran Perumahan Khas.

Bayaran insentif mengajar kanak-kanak pendidikan khas (cacat penglihatan,pendengaran dan masalah pembelajaran) (BIMKC) - sepenuh masa guru pendidikan khas. - Ada sijil pendidikan khas/kursus 12 bulan/kursus 12 jam.Elaun Khas (Tidak Berpencen) Kepada PPP
Yang bertugas Sepenuh Masa Di Dalam Pendidikan Khas Kanak-Kanak Cacat Penglihatan Dan Cacat Pendengaran. (Pek. Perkhidmatan Bil. 1/1989) Pemberian elaun khas ini diluluskan kepada semua guru-guru pendidikan khas yang terlibat secara langsung dengan mengajar murid-murid cacat penglihatan dan cacat pendengaran secara sepenuh masa. Pegawai yang layak dibayar Elaun Khas i) Pengetua/ Guru Besar dan Penolong Kanan yang bertugas di sekolah-sekolah pendidikan khas.

ii) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mengajar di sekolah-sekolah pendidikan khas samada mempunyai sijil khas ataupun tidak iii) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mempunyai sijil khas yang mengajar sepenuh masa di kelas-kelas percantuman disekolah-sekolah harian iv) Pensyarah di Maktab Perguruan Ilmu Khas yang bertugas didalam bidang pendidikan khas. Pegawai Yang tidak Layak Dibayar Elaun Khas i). Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang bertugas dikementerian dan Jabatan pendidikan Negeri walaupun mempunyai Sijil Kelayakan. ii) Guru Sandaran Tidak Terlatih Kadar Bayaran Kadar Bayaran Insentif mengajar Kanak-kanak bermasalah ialah sebanyak RM100.00 sebulan. Dokumen Sokongan i. Sijil Perguruan/ Diploma Pendidikan Khas ii. Surat Pengesahan Daripada Pengetua/ Guru Besar Pegawai mengajar kelas Pendidikan khas. iii. Jadual Waktu Mengajar

Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) Kemudahan asas yang tidak sempurna (tiada bekalan air paip dan bekalan elektrik) dan kemudahan awam (tiada kemudahan awam, telefon dan kemudahan perubatan) - 10 % daripada gaji pokok Diarah secara bertulis berkhidmat dikawasan pedalaman Tinggal menetap dikawasan pedalaman Berkhidmat dalam tempoh 1 bulan kalendar atau lebih di kawasan pedalaman
(Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2000) 3.1 Kriteria untuk menentukan sesuatu kawasan terpencil mengikut keperihalan negeri masing-masing sebagai kawasan pedalaman adalah seperti berikut :i) Kemudahan Asas yang tidak sempurna (tiada bekalan air paip dan bekalan elektrik) ii) Kemudahan Awam yang tidak sempurna (tiada pengangkutan awam, telefon awam dan kemudahan perubatan) Syarat-Syarat Kelayakan 3.2. Anggota Perkhidmatan Awam (termasuk kontrak, anggota sambilan, anggota sangkut, anggota sementara dan anggota sandaran) yang telah diarahkan bertugas di kawasan pedalaman dan memenuhi semua syarat seperti berkut:i) Diarah secara bertulis untuk berkhidmat di kawasan pedalaman ii) Tinggal menetap di kawasan pedalaman iii) Berkhidmat selama tempoh satu bulan kalender atau lebih dikawasan pedalaman. Dokumen sokongan

i) Surat arahan pertukaran ii) Surat pengesahan daripada Pengetua atau Guru Besar. Kadar bayaran 3.3. Elaun Pedalaman dibayar atas kadar 10% daripada gaji bulanan anggota berkenaan.

Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) P = Pedalaman Tahap 1, 2 dan 3 P1-RM1500, P2-RM1000 dan P3-RM500

Bayaran Insentif Wilayah (BIW) Jika anda berasal dari Semenanjung dan ditempatkan di Sabah dan Sarawak, anda akan mendapat elaun ini dengan kiraan 17.5% dari gaji kasar anda. Rujukan : Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2000 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1997 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1996 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1987

Lingkungan Gaji (termasuk Elaun Pemangkuan) RM4340.60 dan ke atas RM4340.50 RM2534.40 RM2534.39 RM1283.70 RM1283.69 RM778.80 RM778.79 RM553.30 RM553.29 dan ke bawah

Peratusan Daripada Gaji Yang Diterima 12.5 15 17.5 20 22.5 25

Elaun Gangguan i) Elaun Gangguan adalah dibayar di atas kadar sebulan gaji hakiki pegawai. ii) Kadar yang layak akan ditentukan apabila pegawai berkenaan ditukarkan balik ke wilayah asalnya. Contoh : a) Pegawai yang berasal dari semenanjung bertukar ke Sabah atau Sarawak kemudian berpindah semula ke Semenanjung. b) Pegawai yang berasal dari Sabah atau Sarawak bertukar ke Semenanjung dan kemudian ditukarkan semula ke Sabah atau Sarawak. iii) Elaun gangguan juga boleh dibayar secara pendahuluan iaitu sebanyak 50% daripada gaji yang diterimanya ketika itu. Baki bayaran akan dibayar berasaskan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai sebelum pegawai bertukar ke wilayah asalnya. iv) Bagi pegawai suami isteri yang bertukar ke wilayah yang sama salah seorang daripada mereka dibenarkan untuk membuat tuntutan berdasarkan pegawai yang menerima gaji yang lebih tinggi.

Dokumen Sokongan i) Surat Arahan Pertukaran ii) Surat Pengesahan Daripada Pengetua atau Guru Besar samada pernah dibayar Elaun Gangguan 50% atau belum.

Bayaran Insentif Kritikal (BIK) Subjek Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan. Mempunyai kelulusan Ijazah Kejuruteraan. Mengajar 15 waktu seminggu subjek tersebut.

(Pek. Perkhidmatan Bi. 9/1991) Bayaran Elaun Kritikal diberi kepada anggota dalam Perkhidmatan Kritikal kecuali anggota dalam Kumpulan pengurusan tertinggi. Syarat-syarat kelayakan i) Pegawai yang bertugas di Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Bahagian Pendidikan Guru dan Lembaga Peperiksaan Malaysia yang mempunyai kelayakan serta mengajar atau menggunakan kelayakan tersebut dalam menjalankan tugas. ii) Pegawai-pegawai yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (berbagai bidang) atau iii) Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta pendidikan ( berbagai bidang kejuruteraan) atau iv) Mengajar matapelajaran kejuruteraan Pegawai tidak layak menerima Elaun Kritikal i) Bercuti tanpa gaji (termasuk cuti belajar tanpa gaji) - Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti tanpa gaji ii) Bercuti separuh gaji (termasuk cuti belajar separuh gaji) - Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti separuh gaji iii) Berkursus dengan bergaji penuh melebihi 3 bulan. - Bayaran diberhentikan bagi tempoh kursus iv) Bercuti rehat melebihi 28 hari berturut-turut - Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti tersebut v) Cuti Haji, Cuti bersalin dan cuti sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut - Bayaran diberhentikan bagi tempoh cuti tersebut
Kadar bayaran
i) PPP Siswazah Gred DG41 5% dari gaji Pokok

ii) PPP Lepasan Diploma DGA29 10% dari gaji Pokok Dokumen Sokongan i) Salinan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ii) Surat Pengesahan Dari Pengetua mengajar matapelajaran kejuruteraan. iii) Jadual Waktu Mengajar

Elaun Balik Kampung Rujukan = PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 22 TAHUN 2008 KEMUDAHAN TAMBANG MENGUNJUNGI WILAYAH ASAL BAGI PEGAWAI YANG BERTUKAR WILAYAH

Bayaran Perumahan Khas (Pek. Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2002) Diberi kepada pegawai yang diperuntukan Rumah Khas Jabatan, Rumah Khas Jawatan dan Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan. Syarat-syarat kelayakan i) Diberi kepada pegawai yang menduduki Rumah Khas Jabatan seperti Pengarah dan Pengetua. (Lampiran A) ii) Diberi kepada pegawai yang menduduki Rumah Khas Jawatan seperti Pengetua, Guru Besar dan Warden Asrama (Lampiran A) iii) Warden Asrama yang diperuntukan bilik Khas didalam kawasan sekolah/institusi Pendidikan. iv) Pegawai yang menduduki rumah yang diperuntukan tidak menyewakan rumah sendiri. Pegawai yang Tidak Layak Menerima Bayaran Perumahan Khas i) Pegawai yang diperuntukan rumah khas jawatan atau rumah khas jabatan tidak mendiami rumah tersebut. ii) Pegawai yang diperuntukan rumah biasa kerajaan. Kadar Bayaran Perumahan Khas Dibayar sebanyak 50% daripada kelayakan kadar Imbuhan Tetap Perumahan. Dokumen Sokongan i) Surat Perlantikan sebagai Pengetua/Guru Besar/warden ii) Perakuan kemasukan Rumah Khas Jawatan atau Rumah Khas Jabatan iii) Surat Pengesahan Dari Pengetua / Guru Besar iv) Surat pengesahan dari Ketua Jabatan memperakui pegawai tidak menyewakan ruma sendiri.

Elaun Pakaian Panas. Syarat-syarat kelayakan - Seseorang pegawai tetapi tidak termasuk pegawai yang berkhidmat di luar negeri yang tertakluk kepada arahan yang berasingan adalah layak menuntut Elaun Pakaian Panas. - Elaun ini hendaklah dituntut sebelum pegawai pergi ke luar negeri atau selewat-lewatnya tiga bulan selepas pulang dari luar negeri. - Pegawai dikehendaki bertugas di luar negeri yang beriklim sederhana sejuk atau sejuk sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 tahun. Kadar Bayaran

- Kadar tututan adalah sebanyak RM1500.00. Dokumen Sokongan - Surat Kelulusan menuntut elaun pakaian panas - Surat arahan menjalankan tugas

ELAUN ( Bayaran Balik Perbelanjaan) - elaun makan, elaun harian, elaun lojing, elaun pakaian panas, elaun pakaian istiadat,bayaran balik pasport,bayaran balik lesen memandu,bayaran balik letak kereta, dan berbagai lagi.

___________________________________________________________________________ ________
- Panduan Pengiraan KWSP atau PENCEN Ringkasan - KWSP (Potong bulan2 dari gaji, bila dah tamat perkhidmatan boleh ambil semua simpanan), - Pencen (Automatik KWSP tiada,bila tamat perkhidmatan dapat bayaran pencen setiap bulan) OPSYEN KWSP/SKIM PENCEN Pegawai perlu tandatangan borang opsyen. (Lampiran A) Pilihan adalah muktamad. Jika pilih KWSP - dapat caruman KWSP kesemuanya - dapat wang tunai gantian cuti rehat (GCR) FORMULA PENGIRAAN GCR : 1/30 X cuti rehat dikumpul x gaji akhir + imbuhan tetap Contoh : CRehat dikumpul = 120 hari gaji + imbuhan tetap = RM5736.63 1/30 x 120 hari x RM5736.63 = RM22,946.51 Jika memilih Skim Pencen - dapat Ganjaran Perkhidmatan (GP) - pencen Bulanan (PB) - wang tunai gantian cuti rehat - kemudahan rawatan perubatan FORMULA PENGIRAAN GP : 7.5% X Bulan Perkhidmatan X Gaji Akhir Contoh : tempoh perkhidmatan = 30 tahun gaji akhir DG44 = RM4936.63 7.5% X 30 tahun X RM4936.63 = RM133,289.01 FORMULA PENGIRAAN PB :

1/600 X Bulan Perkhidmatan x Gaji Akhir Contoh : tempoh perkhidmatan = 30 tahun gaji akhir DG44 = RM4936.63 1/600 x 360 bulan x RM4936.63 = RM2961.97 sebulan FORMULA PENGIRAAN GCR : 1/30 X cuti rehat dikumpul x gaji akhir + imbuhan tetap Contoh : CRehat dikumpul = 120 hari gaji + imbuhan tetap = RM5736.63 1/30 x 120 hari x RM5736.63 = RM22,946.51

___________________________________________________________________________ ________
Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihankelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

a kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana mana selain di sektor awam.
Kenaikan gaji setiap tahun. Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ad

1. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan. Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya. 2. Cuti tahunan mengikut kelayakan. Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat. 3. Cuti bersalin. Usah risau risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan! 4. Pinjaman perumahan. Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli banglo idaman anda. 5. Caruman KWSP atau pencen. Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

6. Bersara pada umur 58 tahun. Anda mengeluh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu? 7. Peluang kenaikan pangkat. Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni.. 8. Peluang melanjutkan pelajaran. Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan. 9. Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa. Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang disupport oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

Kemudahan Baru Dan Penambahbaikan Kemudahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Sehingga April 2012
BIL. NAMA Bantuan Mengurus Jenazah dan Bayaran Pengangkutan Jenazah RUJUKAN Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2010 KADAR (RM) KUAT KUASA

1.

RM3,000.00

15 Oktober 2010

2.

Cuti Bersalin

300 hari bergaji penuh sepanjang tempoh Pekeliling Perkhidmatan Bil. perkhidmatannya(Minimum 15 Oktober 2010 14 Tahun 2010 60 hari dan maksimum 90 hari setiap kali bersalin) Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan 1 November 2002

3.

Cuti Menghadiri Pekeliling Perkhidmatan Bil. Mesyuarat Persatuan 18 Tahun 2007. Ikhtisas Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Pekeliling Perkhidmatan Bil. Mereka Bertugas 29 Tahun 2009. Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar Negeri Cuti Tugas Khas Perubatan JPA(SARAAN)262/10-2 Jld. 3 (37) bertarikh 2 Julai 2009

4.

Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan

30 Disember 2009

5. 6.

14 hari setahun Kelas rumah yang

1 November 2002 29 September

Kediaman Rasmi JPA(SARAAN)(S)223/8/5-1(6)

Penjawat Tinggi Kerajaan 7. Kemudahan Alat Komunikasi Mudah Alih

bertarikh 29 September 2010 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2010

disediakan ialah Kelas A Kadar adalah mengikut gred/jawatan

2010

1 Ogos 2010

8.

Pemanjangan Kadar premium untuk Kemudahan insurans kesihatan akan Perlindungan ditentukan oleh syarikat Insurans Kesihatan JPA(S)187/20 Klt.7(39) penanggung insurans yang Kepada Pegawai bertarikh 30 November 2010 dilantik oleh Kerajaan Perkhidmatan berdasarkan tempat dan Awam Yang tempoh lawatan tersebut. Berkhidmat Di Luar Negara Pembekalan Baju Vest Bagi Penghantar Notis RM140.00 sehelai sebanyak Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 helai bagi setiap tempoh 4 Tahun 2011 3 tahun perkhidmatan Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan

30 November 2010

9.

1 April 2011

Peruntukan Bekalan Pekeliling Perbendaharaan 10. Bil. 6 Tahun 2011 Pakaian Seragam 11. Pinjaman Perumahan

1 Januari 2011

Pekeliling Perbendaharaan Kadar adalah mengikut gaji 1 Januari 2011 Bil. 5 Tahun 2011 bulanan hakiki (RM) Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan Seperti terkandung di dalam pekeliling perkhidmatan 1 November 2009

Rawatan Di Institut JPA(SARAAN)(S)264/15/16-4 12. Jantung Negara Sdn. Jld.8(60) bertarikh 21 April 2010 Bhd. (IJNSB) 13. Sijil Sakit Yang Dikeluarkan Oleh Hospital/ Klinik Di Singapura JPA(S)223/8/3 Klt. 15 (9) bertarikh 21 Oktober 2010

21 Oktober 2010

Bantuan Pakaian JPA SARAAN (S) 187/24-2 Untuk Pasangan 14. Jld.9 (55) bertarikh 6 April Pegawai Yang 2012 Bertaraf Diplomatik

1 Februari 2012

PANDUAN AM GURU
Sila ke link di bawah ini ; http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-am-untuk-guru.html Sekian, Terima kasih. Semoga bermanfaat.
- See more at: http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-bagi-guru-baruposting.html#sthash.7dXrVsQd.dpuf

LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

LAPORAN INI BERDASARKAN ISI KANDUNGAN DI BAWAH

ISI KANDUNGAN

BAB

KANDUNGAN Biodata Guru Baharu 1.1 Maklumat Diri 1.2 Pengalaman/Kemahiran 1.3 Lampiran : (i) Salinan Surat Penempatan/Lantikan (ii) Salinan Borang Pengesahan Melapor Diri (ii) Salinan Borang Maklumat Diri (iv) Salinan Sijil-Sijil Akademik dan Ikhtisas Profil Sekolah 2.1 Maklumat Asas Sekolah

M/S 1 38 1 2-3 4-5 6 7 8 - 17 18 38 18 19 20 21 22 23 24 25 26 - 38 39 43 39 39 39 39 39 41 42 43

1.0

2.0

2.2 Logo, Misi, Visi dan Piagam Sekolah 2.3 Carta Organisasi 2.4 Lampiran : (i) Pelan Sekolah (ii) Takwim Sekolah Senarai Jawatan Dan Bidang Tugas Guru Baharu 3.1 Jawatan Kurikulum 3.2 Jawatan Kokurikulum 3.3 Jawatan Hal Ehwal Murid (HEM) 3.4 Jawatan Pengurusan dan Pentadbiran 3.5 Tugas-Tugas Lain 3.6 Lampiran (i) Carta Organisasi Panitia Mata Pelajaran, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid (ii) Jadual Waktu Mengajar/ Jadual Aktiviti Laporan Fasa Orientasi 4.1 Laporan Harian/Mingguan (LAMPIRAN A) 4.2 Lampiran : (i) Bahan Edaran (ii) Pamphlet/Brosheur/Buku Program Laporan Aktiviti Pementoran 5.1 Laporan Aktiviti/Sesi Perjumpaan@Bimbingan/Program (LAMPIRAN C) 5.2 Laporan Kajian Tindakan (LAMPIRAN B)

3.0

4.0

44 124 44 - 124

5.0

125 158 125 142 143 158

5.3 Lampiran (i) Bahan Edaran (ii) Risalah/Buku Program Refleksi Dan Penilaian PPGB 6.1 Refleksi Umum ( pandangan, perasaan, harapan, dan lain-lain ) 6.2 Kekuatan/Kelemahan/Kekangan/Halangan/Isuisu Berbangkit 6.3 Cadangan 159 160 159 159 160

6.0

DOWNLOAD KESELURUHAN LAPORAN :

(1) MEDIAFIRE LINK (90.9 MB) http://www.mediafire.com/?578d3ffw2nbhw75 Selepas siap download ; Extract guna WINRAR (2) 4 Shared http://www.4shared.com/rar/Mi-ou6uT/LAPORAN_PPGB_FADZIL.html (3) DropBoxhttps://www.dropbox.com/s/e85trmvv7quaa9f/LAPORAN%20PPGB%20FADZIL.rar

____________________________________________________________________________ Sebagai tanda terima kasih anda boleh tekan LIKE di bawah ini ;

Sebarang pertanyaan sila komen ataupun terus bertanya ke Facebook peribadi atau Fan Page. _____________________________________________________________________________ Untuk mendapatkan panduan FORMAT Sila Download CD PPGB di link ini ; http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/program-pembangunan-guru-baharu-ppgb.html Terima Kasih.

SEP 2012

14
posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on Persediaan Penempatan Guru 1 comment

JALAN PENYELESAIAN ISU 10000 GURU MENGANGGUR - BERITA GEMBIRA 28 SEPTEMBER (UTUSAN)

RASAH 13 Sept. - Seramai 10,000 graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan lepasan Institut Perguruan (IPG) yang kini menganggur dijangka menerima berita gembira mengenai kedudukan mereka daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perdana Menteri dijangka membuat pengumuman mengenai nasib graduan itu pada pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September ini. Beliau berkata, pada masa ini terdapat 3,000 orang lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan 7,000 orang lulusan IPG yang kini menganggur kerana tidak mendapat tawaran untuk menjadi guru. "Kita berhadapan dengan masalah 10,000 graduan pendidikan yang tidak mendapat tawaran bekerja daripada Kementerian Pelajaran. "Kerajaan telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan berusaha mencari jalan penyelesaian. "Apa jalan penyelesaian itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan belanjawan tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Politeknik Nilai (PNS) di sini hari ini. Menurutnya, semua para graduan berkenaan diharap bersabar dan menunggu pengumuman yang akan menentukan masa depan mereka.

Ditanya sama ada mereka yang terlibat akan menerima berita gembira, Khaled berkata: "Mudahmudahan". PNS yang dirasmikan oleh Mohamed Khaled hari ini adalah institusi pendidikan pertama beroperasi di Kompleks Pendidikan Bandar Enstek dekat sini. Ia didirikan di kawasan 40 hektar melibatkan perbelanjaan keseluruhan RM248 juta yang mampu menampung sehingga 2,400 pelajar dalam tujuh program pengajian yang ditawarkan.

MAY 2012

17
posted by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on Persediaan Penempatan Guru 10 comments

DOKUMEN-DOKUMEN UNTUK PENEMPATAN GURU


Salam. Tahniah kepada semua ISMP yang telah pun mendapat tahu mengenai penempatan masingmasing. * Ini adalah pesediaan tidak rasmi. Sila dapatkan yang rasmi melalui suarat penempatan ataupun arahan-arahan rasmi daripada JPN, Bahagian atau sektor masing-masing. Untuk pesediaan awal boleh rujuk maklumat di bawah ;

Untuk perhatian ; Gambar di atas adalah contoh Pelantikan Jawatan, bukan Pengesahan Jawatan. Gred DC41 ke DG41. Tetapi mulai Tahun 2012, bakal guru akan terus di lantik ke DG41. Tetapi untuk pengesahan jawatan akan memerlukan dokumen-dokumen ini juga nanti. Cikgu2 x perlu risau mengenai Medical Checkup, Akuan sumpah, penyata kewangan. Kerana nanti lapor diri akan di beritahu dan diberikan masa untuk berbuat perkara2 tersebut.

Contoh Tawaran Penempatan SBP (Bawah)

Contoh Senarai Semak Yang posting di Sarawak (Bawah)

Apa-apa pun, sebelum datang untuk melapor diri, ada beberapa perkara yang mesti kamu buat. Antaranya; Akaun KWSP Dapatkan slip yang ada nombor akaun KWSP korang untuk memudahkan urusan gaji nanti. Buat siap-siap sebab benda ni sekejap ja 5 min pon x sampai. Manalah tahu yang pertama kali sampai negeri tersebut ( bagi yang telah kerja). * Bagi yang tidak pernah bekerja, ada kawan beritahu pun boleh pergi ke pejabat KWSP

buk akauan. Hanya perlu bawa IC. Pun skeejap je x sampai 5 minit. * Lagi satu KWSP dah buat sistem online untuk memudakan kerja check penyata terkini, korang kene pergi pejabat KWSP ambil No. Pengaktifan, pastu g laman web KWSP untuk daftar online. * kalau tak settle ni, lambatlah urusan gaji sebab gaji akan dipotong sikit untuk simpanan KWSP selagi korang tak sah jawatan atau tak pilih skim pencen. Sekarang rate potongan adalah 11% dari gaji pokok. * Penyata KWSP boleh di minta di cawangan pejabat KWSP terdekat. Tetapi jika berdaftar I-Akaun, boleh print daripada internet (warna-warni) berbanding hitam putih di pejabat KWSP. hehe. Daftar I-Akaun
https://secure.kwsp.gov.my/index.php?tpl=p2_iakn_general&page=activate

Buku Bank - untuk gaji. - lebih baik korang bawa buku bank lebih dari satu (kalau ada akaun di bank-bank berlainan) sebab korang tak tahu bank apa yang paling dekat dengan korang kan? Lagipun senang in case ada problem nak daftar kemasukan gaji dengan bank yang korang prefer. better Maybank lebih baik. * Ada kawan cakap walaupun status bank kita aktif, kita kite pergi bank untuk PENGESAHAN No. Akaun Bank, dah dapat pengesahan photostat bawa nanti untuk urusan gaji (Bank Statement). * Kawan tu cakap juga kalau selain Maybank, gaji kita akan lambat sehari.

Dokumen-Dokumen Fotostat dan bawa original copy benda-benda di bawah ni: *Sahkan siap2 cari tok penghulu masing2 key.

-Salinan Kad Pengenalan -Salinan Surat Beranak -Salinan Sijil SPM / STPM/ SMU -Salinan Sijil Berhenti Sekolah -Salinan Ijazah ( KPLI sahaja) -Salinan Transkrip Ijazah / Keputusan peperiksaan Tahun Akhir (KPLI Sahaja) -Salinan Surat Pengiktirafan JPA (KPLI / IJAZAH LUAR NEGARA) -Salinan surat nikah dan surat pengesahan majikan suami / isteri * -Salinan sijil- sijil penglibatan kokurikukum / bakat

-Setiap salinan dokumen telah disahkan -gambar pasport statemet kwsp -Akaun Maybank dan bank lain(dapatkan bank statement) -IC ayah dan ibu dan surat beranak ( Tak Perlu la bawa original yg ni) - Salinan Sijil KISSM (Jika dah pergi) - Salinan Sijil BTN (Jika dah pergi)

- ini untuk fail peribadi korang dan urusan-urusan lain (temuduga pengesahan dan sebagainya)
* Buat salinan antara 5 hingga 10 set ( Ikut kemampuan bajet dan kemampuan ketua kampong korang nak sign untuk sahkan. Hehe) *Salinan perlu DISAHKAN oleh Saksi terlebih dahulu. SENARAI SAKSI HENDAKLAH terdiri daripada PEGAWAI- PEGAWAI KERAJAAN (pegawai-pegawai dari Badan SWASTA tidak dibenarkan) yang boleh mengesahkan butir-butir keterangan diri pelajar dan penjamin-penjamin berkenaan. Mereka terdiri daripada :(1)Penghulu Mukim - yang dilantik oleh KERAJAAN sahaja (2)Wakil Rakyat - Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Parlimen /Senator. (3)Pegawai-pegawai - Pegawai-pegawai kerajaan yang menjawat Jawatan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A seperti contoh berikut ) -Pegawai Tadbir I Penolong Pengarah -Jurutera -Akauntan -Hakim I Peguam -Doktor Hospital Kerajaan -Pengetua Sekolah Menengah -Pensyarah Universiti Tempatan -Pegawai Polis berpangkat ASP ke atas -Lain-lain jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik oleh KERAJAAN. * Salinan Fotostat Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti DI ATAS. Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.

Surat Penempatan -sebab dia sama seperti di atas. -untuk pengesahan lantikan. -untuk gaji. -akan dapat bila lapor diri di JPN/ PPD atau pun selepas korang lapor diri di sekolah (pedalaman

khasnya) KISSM dan BTN - untuk pengesahan jawatan (ini selepas pengesahan lantikan) - kalau belum pergi, boleh mendaftar untuk masuk kursus lepas dah lapor diri.

Yang posting ke Sabah dan Sarawak 1) Dokumen Perjalanan Terhad Imegresen (2keping gambar terbaru 3.5 cm x 5 cm, kad pengenalan, surat beranak asal, 2) 10 salinan ijazah, transkrip, diploma,sijil-sijil spm dan sijil2 koko,kad pengenalan, surat beranak, sijil2 akademik pmr,sijil koko, ke atas dan sijil2 penting. 3) Berat maksimum bagasi 20kg lebih tanggung sendiri 4) Akaun maybank dan bank lain(dapatkan bank statement) 5) Surat akuan sumpah 6) Statemet kwsp 7) Gambar pasport(8 keping) 3.5 cm x 5 cm 8) IC Ayah dan ibu dan surat beranak Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) ini penting untuk urusan keluar/masuk sebab bila korang datang sini untuk bekerja/belajar, kena ada DPT ni. Yalah, macam korang ni foreigner..hehe..Macam pasport, warna biru. Buat sahaja di pejabat imigresen dengan bayaran RM5 untuk lima tahun. Boleh juga guna pasport antarabangsa (merah). Tapi korang lagi banyak guna DPT ni daripada pasport merah tu kot?? Macam yang kerja di Lawas ni, ada dua-dua pasport sebabnya Lawas terletak di antara Brunei dan Sabah. Untuk ke Brunei aku perlukan pasport merah, dan untuk ke Sabah/ Semenanjung aku gunakan DPT. Guna yang merah pon okey jugak.

Penambaikkan daripada ; http://cheguabbas.blogspot.com/2012/01/persediaan-perkara-perkara-penting.html Sekian, Terima Kasih *Jika ada kekurangan dan penambaikkan sila komen. ___________________________________________________________________________ _
(1) PANDUAN BAGI GURU BARU POSTING ( GAJI/ELAUN/INSENTIF) http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-bagi-guru-baru-posting.html (2) PANDUAN AM UNTUK GURU http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-am-untuk-guru.html (3) PANDUAN : TAMBANG PERJALANAN BAGI PENEMPATAN SELEPAS LANTIKAN PERTAMA http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/panduan-tambang-perjalanan-bagi.html

(4) Maklumat Penempatan ISMP Batch Mei 2012 (BORANG, CARTA, ANALISA, FB GROUP IKUT NEGERI, NO.TELEFON JPN, BAHAGIAN, SEKTOR DAN PPD) http://fadzilmahasiswa.blogspot.com/2012/05/maklumat-penempatan-ismp-batch-mei-2012.html

Anda mungkin juga menyukai