Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: 5/12 : Kelima

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 24 Februari 28 Februari 2014 Tajuk Jurnal : Minggu kelima di SK Putrajaya Presint 8(2)

Pada hari Khamis yang lalu, saya telah dipantau oleh pensyarah bagi subjek minor Matematik bersama kelas 2 Zuhrah. Masalah Kawalan kelas semasa sesi pembelajaran dan pengajaran semasa dipantau oleh pensyarah agak baik berbanding dengan yang sebelumnya. Namun begitu, saya perlu mempertingkatkan lagi kawalan kelas kerana masih terdapat beberapa orang murid yang tidak memberikan fokus sepenuhnya semasa menjalankan aktiviti. Setelah melakukan beberapa aktiviti penulisan dan lisan, saya lihat terdapat segelintir murid daripada kelas tersebut masih lemah membina ayat matematik dengan baik walaupun saya telah memberikan contoh-contoh yang sesuai. Analisis masalah Setelah dianalisis masalah, saya perlu merancang strategi pengajaran dengan lebih baik bagi subjek Matematik. Saya dapati kemungkinan murid yang tidak memberikan fokus tidak begitu faham atau jelas dengan arahan yang diberikan. Selain itu, bagi kelas 2 Zuhrah, saya dapati murid-murid dari kelas tersebut kurang membuat latihan. Oleh itu, penguasaan mereka tidak begitu memberansangkan.

Cadangan Saya telah dicadangkan oleh pensyarah pembimbing Matematik supaya mencuba aktiviti yang lebih mencabar pada masa akan datang. Di samping itu, saya turut dicadangkan supaya memberikan arahan aktiviti dengan lebih jelas dan bahasa yang mudah difaham oleh murid. Bagi kelas 2 Zuhrah, saya bercadang untuk menjalankan aktiviti pengukuhan lembaran kerja tambahan supaya murid dapat memahami matematik dengan lebih baik.

Tindakan susulan Saya akan cuba mempelbagaikan stategi pengajaran Matematik pada masa akan datang agar murid-murid tidak berasa bosan. Di samping itu, saya akan memulakan aktiviti pengukuhan lembaran kerja tambahan bersama murid 2 Zuhrah dengan harapan murid -murid dapat membina kemahiran matematik dengan lebih baik dan tersusun. Catatan

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing : :

Tandatangan : Tandatangan : Nama Tarikh : Nama : Tarikh

Anda mungkin juga menyukai