Anda di halaman 1dari 1

MOHD QHAIRIL ANWAR BIN AZHAR (PISMP 4.

14)

KEMAHIRAN MENDENGAR Definisi: Kemahiran mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum balas.

Kepentingan Kemahiran Mendengar: Tanpa kemahiran mendengar yang baik, sukar bagi murid menguasai kemahiran berbahasa yang lain. Selain itu, kemahiran mendengar melibatkan kemahiran menerima maklumat secara lisan.

Halangan: Terdapat beberapa halangan yang mengganggu penguasaan kemahiran mendengar antaranya ialah berpunca daripada gangguan fizikal murid. Selain itu, faktor jantina juga mempengaruhi penguasaan kemahiran mendengar. Hal ini kerana kanak-kanak perempuan lebih cepat menguasai kemahiran mendengar berbanding kanak-kanak lelaki. Status sosioekonomi juga dikaitkan sebagai halangan yang mengganggu penguasaan kemahiran mendengar kerana kanak-kanak yang berada dalam lingkungan persekitaran sosioekonomi yang baik lebih terdedah dengan pelbagai kemudahan yang membantu mereka untuk menguasai kemahiran mendengar dengan lebih pantas begitu juga sebaliknya. Di samping itu, gangguan bunyi, masalah mental, keliru dalam membezakan bunyi dan kelemahan dalam memahami apa yang didengar juga menyumbang kepada masalah penguasaan kemahiran mendengar.

Anda mungkin juga menyukai