Anda di halaman 1dari 5

A.

Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (Kerja Kumpulan) (20%) -Laporan -Refleksi program : kertas kerja, pelaksanaan dan pengendalian program : hasil temu bual, pemerhatian dan pemungutan data (kritikan, cadangan, sumbangsaran)

B. Penulisan Akademik (Kerja Individu) (50%) -Sejauhmanakah teori-teori Kaunseling Kanak-Kanak dapat membantu guru-guru sekolah di Malaysia untuk memperkembangkan potensi murid-murid

Teori Psikoanalitik Terapi Eklektik Teori Berpusat Klien

Teori Analisis Transaksional

Teori-Teori Kaunseling

Teori Gestalt

Terapi Realiti Terapi RasionalEmotif (RET)

Terapi Tingkah Laku

Berdasarkan pembacaan buku teks Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-Kanak Edisi Kemas Kini terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd, terdapat lapan teori kaunseling yang dapat membantu guru-guru di sekolah di Malaysia pada hari ini untuk memperkembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan objektif utama Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial. Lapan teori yang dimaksudkan ialah Teori Psikoanaliktik, Teori Berpusat Klien, Teori Gestalt, Terapi Tingkahlaku, Terapi Rasional-Emotif (RET), Terapi Realiti, Teori Analisis Transaksional dan Teori Eklektik. Persoalannya, sejauhmanakah teori-teori ini membantu guru-guru untuk memperkembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu? Justeru itu, penulisan ini akan menceritakan pengaplikasian teori-teori kaunseling tersebut di sekolah melalui aktiviti-aktiviti, teknik-teknik, kaedah pengajaran dan pendekatan beserta dengan fakta-fakta kes pendidikan di Malaysia pada hari ini agar kita dapat melihat sendiri sejauhmana teori-teori ini sebenarnya membantu guru-guru mendorong perkembangan potensi murid-murid. Bermula dengan Teori Psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Freud, saya berpendapat teori ini menekankan prosedur untuk merawat individu yang terganggu jiwanya berdasarkan pemerhatian dan pemahaman proses mental dan emosi. Pendekatan yang boleh digunakan oleh guru adalah terapi terarah dengan menggunakan format temu duga yang meliputi teknik seperti interpretasi, analisis mimpi, pemindahan, ingat kembali dan teknik projektif. Pemindahan yang merupakan bahagian istimewa perhubungan yang berlaku apabila klien mengingat kembali sikap-sikap pada asalnya terdapat dalam perhubungan ibu bapa dan kanak-kanak dan mengarah sikap-sikap ini terhadap kaunselor. Bahagian istimewa inilah yang menyebabkan semua guru sukar untuk mengaplikasikan teori ini kerana memerlukan latihan yag bertahun-tahun untuk memahami klien. Rawatan ini kurang relevan sebagai kaunselor dan lebih sesuai bagi doktor-doktor. Sebagai contoh situasi, kes seorang murid memukul guru disiplin pada 15 April 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Meradong, Sarawak yang menjadi bualan guru-guru pada ketika itu. Murid tersebut selalu melihat ibunya dipukul oleh ayahnya di rumah. Apabila berada di sekolah, dia telah menunjukkan tingkahlaku memberontak dengan melanggar peraturan sekolah. Guru disiplin pada ketika itu menyedari akan tindakannya dan cuba untuk melakukan terapi terarah dengan membuat pemindahan membayangkan guru disiplin tersebut ialah ayah murid. Murid dibenarkan untuk menunjukkan perasaan sebenarnya kepada ayahnya (guru disiplin). Tindakan murid tersebut memukul guru disiplin menunjukkan perasaan marahnya kepada ayahnya yang selalu memukul ibunya. Namun,

penyelesaikan kes tersebut tidak dinyatakan atas sebab-sebab tertentu. Maka dengan ini, saya berpendapat, penyelesaian terapi terarah, temuduga dan pemindahan agak sukar dilakukan oleh guru di sekolah. Teori psikoanalitik ini mungkin boleh membantu guru-guru di Malaysia untuk mengenalpasti punca masalah namun bukan alternatif terbaik untuk menyelesaikan masalah. Teori yang kedua ialah Teori Berpusat Klien yang dipelopori oleh Carl Rogers pada tahun 1930. Teori ini membuat andaian bahawa manusia adalah rasional, baik dan bertanggungjawab. Manusia mmepunyai keupayaan untuk membina, bekerjasama, boleh dipercayai, realistik dan sanggup bersosial. Teori ini percaya bahawa masalah-masalah yang timbul kerana wujudnya konflik antara konsep kendiri dengan pengalamanpengalaman hidup. Teknik-teknik utama teori ini adalah mewujudkan suatu perhubungan empatik antara kaunselor dengan klien yang membolehkannya mengalami perasaan ketulenan, penerimaan, spontan da perasaan di sini dan ketika ini. Antara teknik lain adalah refleksi perasaan, sikap mendengar klien, menggalakkan klien menyatakan masalah, perhubungan kaunseling dipenuhi dengan kemesraan, kefahaman dan kepermisifan, kaunselor meletakkan tanggungjawab kepada klien untuk membuat tindakan dan bertoleransi. Sebagai contoh, kes seorang murid membawa pisau ke sekolah yang berlaku pada 17 Julai 2011 di Sekolah Kebangsaan Nangoh, Telupid. Ibu murid telah datang ke sekolah kerana percaya bahawa murid tersebut telah diminta membawa pisau ke sekolah seperti yang diarahkan oleh gurunya. Namun setelah disiasat, murid tersebut sebenarnya takut dibuli oleh rakan-rakannnya lalu menggunakan nama seorang cikgu untuk membawa pisau ke sekolah sebagai alat mempertahankan diri. Lantaran itu, sebagai guru kaunseling di sekolah berkenaan, guru boleh berjumpa dengan murid dan cuba untuk mencari lagi punca masalah yang menjadikan dia boleh membuat keputusan membawa pisau ke sekolah. Berkemungkinan dia pernah dibuli dengan teruk dan sebagainya. Oleh itu, guru boleh menggunakan teknik teori berpusatkan klien dengan mewujudkan suatu hubungan empatik dengan klien. Guru harus mendengar setiap luahan klien dan meletakkan tanggungjawab kepada klien untuk bertindak. Dalam kes ini, salah seorang guru telah menyelidik hal ini dan didapati murid tersebut marah kerana setiap hari tiga orang murid yang membulinya akan meminta duit darinya, jika tidak dia akan dibelasah di dalam tandas. Saya berpendapat teori ini dapat digunakan oleh guru di sekolah untuk membantu memperkembangkan potensi murid kerana tekniknya mudah dan guru hanya perlu mendengar dan memberi respon daripada masalah murid. Ini juga akan memperbaiki sikap hormat murid kepada guru dan dapat memperbaiki hubungan guru-murid.

Teori yang ketiga ialah Terapi Tingkah Laku yang dikaitkan dengan Bandura, Beck, Wolpe dan Lazarus. Menurut ahli-ahli terapi, pemikiran dan perasaan adalah sukar untuk diukur. Oleh itu, tumpuan seharusnya diberikan kepada tingkah laku. Tingkah laku dipelajari daripada faktor-faktor situasi dan bukan dari dalam diri organisma. Semua tingkah laku boleh dipelajari dan boleh dihapuskan. Tingkahlaku dibentuk oleh konsekuennya (gerak balas) dan tingkah laku yang diteguhkan akan berulang. Peneguhan hendaklah diadakan sebaik sahaja tingkah laku itu berlaku. Antara teknik yang boleh diaplikasi dalam teori ini adalah pembelajaran tiruan (modeling), pembelajaran kognitif, desensitisasi dan pelaziman operan. Satu contoh situasi yang pernah berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Yan, Kedah pada tahun 2007 yang juga merupakan sahabat baik kepada seorang pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia 2007 iaitu saudara Azali Azlan yang mendapat 20A1 1A2. Rakan pelajar tersebut merupakan seorang yang aktif pada mulanya yang mana aktif berdebat, bersukan dan juga akademik. Namun pada Jun 2007, sikap menjauhkan diri dari rakanrakan mula ditunjukkan dan akhirnya guru-guru mendapat tahu bahawa ibubapanya telah bercerai yang menyebabkan dia menjadi sedih dan hilang semangat belajar. Dalam hal ini, guru boleh menggunakan teknik pembelajaran tiruan yang mengajar tingkahlaku yang wajar bagi rakan Azali Azlan. Guru juga boleh membuat desensitisasi iaitu menenangkan klien daripada situasi tegang. Tidak lupa juga pelaziman operan iaitu tingkahlaku yang diingini diberi peneguhan secara serta-merta. Berdasarkan pilihan-pilihan tindakan guru ini, saya berpendapat teori terapi tingkah laku boleh dijalankan oleh guru di sekolah. Saya yakin sepenuhnya teori ini dapat dijalankan kerana ia melibatkan tingkahlaku klien yang boleh diukur. Teori yang keempat ialah teori Terapi Rasional-Emotif (RET). Terapi Rasional-Emotif (RET) dikembangkan oleh Albert Ellis dalam tahun 1950-an. Terapi ini berdasarkan kepercayaan bahawa manusia boleh mengubah cara berfikir supaya membetulkan fikiran yang tidak rasional. Kini RET lebih dikenali sebagai REBT (Rasional-Emotive Behaviour Therapy). Menurut Ellis, manusia dilahirkan ke dalam dunia yang tidak rasional. Manusia menjadi semakin tidak rasional apabila menerapkan idea-idea yang tidak rasional ke dalam sistem kepercayaan mereka. Ellis mengemukakan teori A-B-C, di mana A ialah activating experience (peristiwa yang menggerakkan), B ialah belief system (sistem kepercayaan), C ialah consequence (akibat). Idea-idea yang tidak rasional haruslah diganti dengan idea-idea yang rasional agar kita dapat mengubah cara berfikir supaya dapat mengubah fikiran yang tidak rasional.

Satu fakta kes dapat kita garapkan untuk dijadikan ukuran bagi guru-guru di Malaysia iaitu kes seorang murid memukul guru disiplin pada 15 April 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Meradong, Sarawak yang menjadi bualan guru-guru pada ketika itu. Murid tersebut selalu melihat ibunya dipukul oleh ayahnya di rumah. Apabila berada di sekolah, dia telah menunjukkan tingkahlaku memberontak dengan melanggar peraturan sekolah. Guru disiplin pada ketika itu menyedari akan tindakannya dan cuba untuk menolong murid berkenaan. Dalam hal ini, A ialah murid selalu melihat ibunya dipukul oleh ayahnya. B ialah murid melepaskan marah dengan memukul guru disiplin. C ialah

-Kepentingan kemahiran-kemahiran asas kaunseling

C. Penulisan Reflektif (Individu) (30%) i. pengalaman melaksanakan tugasan (temubual, pemerhatian) ii. cabaran dan masalah yang dihadapi dan tindakan yang diambil iii. huraikan pengalaman yang dapat meningkatkan kefahaman tentang aspek teori-teori perkembangan kanak-kanak, teori-teori pembelajaran dan peranan bimbingan dan kaunseling pada seseorang guru

RUJUKAN LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai