Anda di halaman 1dari 21

Arah Tuju Bangsa Melayu

selepas PRU 12
8 Mac, 2008

Musbri Bin Mohamed


Pengarah Urusan
Yayasan PEKIDA Malaysia
( 457496V)

1
Secara relatif maka di peringkat dunia adalah satu fakta
bahawa Umno hakikatnya sebuah parti siasah yang
masih berjaya.

Dulu, kini dan selamanya.

Adakah UMNO akan kekal buat selama-lamanya.


"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "Negara Cina, bulan,
matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghozali
menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka
berikan itu adalah benar. Tapi yang paling benar
adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara
sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-
hari yang akan datang dengan perbuatan yang
sesuai dengan ajaran Agama.

2
Umno perlu terus
mengambil sikap
berpandangan jauh dalam
proses pembaharuan dan
perubahan untuk
memastikan ia sentiasa
relevan kepada aspirasi
rumpun Melayu.

3
Perlembagaan UMNO ; Fasal 2

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita


kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat agama,
bangsa dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara,


Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan.

3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama


rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan


mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta
memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan
rakyat Malaysia amnya.

4
Generasi Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah
Badawi hari ini adalah generasi terakhir yang
menyaksikan perjuangan Umno memperoleh
kemerdekaan dengan mata kepala mereka sendiri.
Generasi beliau berusia tujuh tahun ketika Umno
ditubuhkan dan 18 tahun ketika negara mencapai
kemerdekaan.

5
Umno perlu menjadi parti yang mendukung aspirasi
golongan menengah Melayu, yang prihatin dengan
masalah mereka, yang relevan dengan mereka serta
berupaya menangkap imaginasi mereka.

6
Generasi yang lahir pada 1970-an. Mereka lahir selepas DEB tamat
dan digantikan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) serta Dasar
Pembangunan Wawasan (DPW).

Sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan, tragedi 13 Mei dan


usaha awal mengisi kemerdekaan bagi generasi ini adalah sesuatu
yang hanya mereka baca dalam buku teks, baca di internet, belajar
di bilik kuliah, dengar daripada cerita orang tua dan saksikan
di muzium serta memorial.

Mereka tidak terimbau dengan jasa Umno kerana bagi mereka


kejayaan yang mereka capai tiada kaitan dengan Umno, sebaliknya
hasil kerja keras dan ilmu pengetahuan mereka sendiri. Bagi mereka,
dunia adalah pentas untuk terokai tassawur mereka tidak terhad
kepada sempadan negara bangsa mereka sendiri.

Untuk menangkap imaginasi mereka, Umno perlu menjadi parti yang


bukan saja dapat dan aspirasi mereka, malah mampu memberi
harapan kepada mereka.

7
Bagaimana pula dengan
pandangan yang
mengatakan Umno kini tidak
lagi memperjuangkan nasib
orang Melayu sejak
Bumiputera lain dibenarkan
menyertai parti itu.

Anak muda berlagu sayang


Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu

8
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Julai 1997
bersetuju supaya bendera Malaysia diberi
nama ‘Jalur Gemilang’.

Perisytiharan ‘Jalur Gemilang’ sebagai nama


bendera Malaysia dibuat oleh Tun Dr Mahathir
Mohamed di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
ketika upacara Di Ambang Merdeka sempena
Perayaan Hari Kebangsaan pada 30 Ogos 1997,
jam 11.58 malam.

9
Secara ringkasnya, perkataan ‘Jalur’
dalam nama ‘Jalur Gemilang’
melambangkan jalur pada bendera
menggambarkan satu laluan lurus,
hala tuju serta arah sama diikuti oleh
rakyat negara ini, manakala ‘Gemilang’
melambangkan keadaan bercahaya,
terang benderang dan cemerlang.

Oleh itu, ‘Jalur Gemilang’ adalah


lambang aspirasi rakyat Malaysia
dalam mengharungi kemajuan dengan
penuh gigih, taat dan bersatu padu
bagi membina sebuah negara
cemerlang, gemilang dan terbilang.

10
Orang Melayu berjuang untuk menegak agama,
bangsa dan tanah air dan penjajah tahu apa
yang orang Melayu mahu dari kemerdekaan.
Apa yang diberi oleh penjajah adalah
Perlembagaan yang dibekalkan di dalamnya
peruntukan-peruntukan pampasan yang tidak
terhingga nilainya bagi mengganti rugi
kedudukan orang Melayu yang telah sanggup
melepas ketuanan mutlak ke atas negeri-negeri
Tanah Melayu.

11
Oleh kerana penjajah Inggeris mahu menjamin
supaya warisan bangsa Melayu (agama,
bangsa, tanah air) tidak hilang dan supaya
orang Melayu dapat hidup bermaruah di tanah
air sendiri maka hak-hak istimewa
dimaktubkan dalam Perlembagaan.

12
Pemimpin-pemimpin Negara yang mahu membina Negara
majnuk harus menerap pengertian yang positif terhadap
peruntukan Perlembagaan. Selain dari menjadi ibu kepada
undang-undang negara Perlembagaan negara kita adalah juga
khazanah yang menyimpan warisan bangsa Melayu. Anak-
anak Malaya dan anak-anak Malaysia harus dari dulu lagi
diajar sejarah Malaysia yang betul. Adalah bukannya perkara
yang sukar untuk meletak satu bab yang berkesan tinggi dalam
buku sejarah sekolah rendah tentang penjajahan alam Melayu
dan kemerdekaan. Sejarah moden merakamkan dengan jelas
bahawa Inggeris telah datang ke kepulauan Melayu dan satu
lepas satu mereka membuat perjanjian dengan Raja Melayu
di Semenanjung Tanah Melayu yang juga menguasai
pulau-pulau di selat yang kemudian digelar negeri-negeri Selat.

13
Pemimpin berjaya dalam banyak hal memajukan Negara tetapi
gagal dalam perkara membimbing rakyat supaya faham
Perlembagaan. Perlembagaan tidak diajar di sekolah supaya
semua faham. Hari ini ada rakyat terpelajar yang sesat dengan
berbangga menjadi rakyat keturunan ketiga dari pendatang asing
dan oleh itu tidak harus didiskriminasi. Mereka gunakan istilah
diskriminasi dalam erti kata negatif bagi menyatakan orang
Melayu tidak patut dilayan lebih dari mereka. Mereka itu nyata
sesat dalam ilmu sejarah kerana tidak dapat lihat kepada sifat
warisan Melayu dalam hak-hak istimewa orang Melayu yang
kedudukannya berbeza dengan kedudukan dato nenek mereka
sebelum merdeka. Kita simpati dengan mereka yang mahu
kesamarataan. Orang Melayu juga mahu kepada kesamarataan
tetapi pusaka tetap pusaka dan tidak boleh disamaratakan oleh
sebarangan pihak.

14
Tidak mahu menerima hak istimewa orang
Melayu adalah pendirian sesat. Tidak mahu
menerima hak istimewa orang Melayu adalah
perbuatan tidak adil kerana perbuatan seperti itu
samalah dengan tidak mahu akui gantirugi yang
sah, jelas, terhurmat, dan terbuka yang diakui
semua apabila dokumen Perlembagaan dan
Perisytiharan Kemerdekaan diterima oleh semua
kaum dengan riang ria pada 31 Ogos 1957.

15
Apakah ekonomi bangsa Melayu yang diperjuangkan
oleh Umno sejak lebih 50 tahun kebelakangan ini
sudah hebat, kukuh dan ampuh sehingga sudah tiba
masanya untuk kita membuka pintu pagar bagi
mencetuskan suasana FREE FOR ALL tanpa kuota,
tanpa peruntukkan khas, tanpa apa-apa lagi
perlindungan dan bantuan?

Renungkan fakta hari ini pada 1.1.2008 di Malaysia


iaitu 10 orang terkaya di Malaysia yang memegang
nilai terkumpul 32 % ekuiti negara yang ada 26 juta
penduduk ; cuma 2 orang daripada 10 individu
tersebut adalah Melayu.

16
Pemimpin Melayu perlu ada 3 ciri utama :-
2. Ilmu
3. Berani; dan
4. Akhlak

17
Ilmu

Gejala kurang berfikir dan gemar mengikut


emosi amat membahayakan masa depan
bangsa Melayu. Ia adalah ibu kepada segala
gejala negatif lain yang sedang meracuni
bangsa kita hari ini. Gejala ini menyebabkan
orang Melayu gemar mendapat nikmat dan
kesenangan yang cepat tanpa mahu melalui
Melayu
kerja kuat dan usaha gigih.
Glokal

18
Berani

Kuda Trojan

Projek 3 s iaitu Sabah, Sarawak


& Singapura

Punca air

Global Warming

19
Akhlak
Akhlak yang baik akan lahir melalui
akidah dan syariat yang berpandukan
Al-Quran dan Hadis.

20
Kegagalan Umno menangani aspirasi produk DEB kerana
mengambil mudah bahawa mereka yang sudah makan budi
dengan Umno secara automatik akan memberikan sokongan.
Tanggapan ini hampir menyebabkan musibah ketika krisis
politik 1998 dan Pilihan Raya Umum 1999.

Umno ketika itu mendapati parti berhadapan antara lainnya


kumpulan anak muda terpelajar produk DEB yang bukan saja
tidak berasa terhutang budi kepada Umno, malah tidak teruja
dengan Umno.

Kini riaknya seolah telah berulang pada tahun 2008 melalui


keputusan PRU 12 pada Sabtu lalu.

Biduk lalu, kiambang bertaut.

Hanya matlamat agama, bangsa


dan tanahair akan merapatkan
orang Melayu iaitu Barisan Kita.

21

Anda mungkin juga menyukai