Anda di halaman 1dari 2

(AF) Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Hj. Muhammad Hasif b.

Abdul Ghalib, Pengetua


SMK Seksyen 2, Bandar Bukit Mahkota, En. Abdul Haris Anuar, Penolong kanan Akademik, En.
Loganathan, Penolong Kanan HEM, guru-guru serta pelajar yang saya hormati sekalian. (AF)
Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan ceramah yang bertajuk "Penyalahgunaan
dadah dan keburukannya terhadap pembangunan negara" sempena minggu antidadah yang telah
diadakan baru-baru ini.

Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,
(AR) Penyalahgunaan dadah ini telah menimbulkan pelbagai gejala sosial dalam kalangan
masyarakat. (AR) Hal ini juga menjadi punca berlakunya kemunduran pembangunan negara dan
juga keruntuhan akhlak dalam kalangan belia di seluruh pelosok negara. (AR) Dadah ini
dikategorikan sebagai najis merupakan bahan kimia yang bukan sahaja mampu memudaratkan
kesihatan fizikal, malahan kesihatan mental seseorang individu jika disalahgunakan tanpa
preskripsi pakar perubatan.

Dadah sememangnya tidak menjadi asing lagi dalam kalangan anggota masyarakat sehingga
masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia giat diperdebatkan oleh golongan
cendekiawan dan pihak berkuasa kini. Namun begitu, tidak semua dadah berbahaya kepada
kesihatan kita. Contohnya, aspirin yang berperanan untuk melegakan kesakitan yang dialami
oleh para pesakit sering digunakan di pusat-pusat kesihatan dan hospital di seantero dunia
kerana ubat ini tidak akan menjejaskan kesihatan serta tidak meninggalkan kesan terhadap
kesihatan fizikal dan juga mental. Tegasnya, dalam hal ini, dadah penting sebagai ubat atau
bahan untuk melegakan pesakit.

Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian,
Pada hakikatnya, kebanyakan dadah akan memudaratkan dan menyebabkan perkembangan
mental kita terbantut serta menyebabkan seseorang bertindak secara tidak rasional seperti
keganasan yang memuncak secara membuta tuli dan juga hilang pertimbangan. Contoh-contoh
dadah yang saya nyatakan tadi termasuklah heroin, morfin, kokain dan sebagainya. Hal inilah
yang menyebabkan pihak kerajaan mengharamkan individu menyalahgunakannya. Tegasnya,
sesiapa yang didapati mengedar dadah jenis ini, mereka akan dijatuhi hukuman gantung sampai
mati.

Seterusnya, sindiket penyeludupan dadah di negara kita semakin menjadi-jadi sehinggakan ramai
orang terjerumus ke lembah dadah terutamanya golongan belia. Hal ini demikian kerana mereka
kurang diberi perhatian oleh ibu bapa mereka yang leka dibawa arus permodenan. Sebagai
contoh, bilangan pusat serenti di negara kita sentiasa bertambah penghuninya dari semasa ke
semasa. Selain penagih tegar, penagih baharu juga menampakkan pertambahannya.

Hadirin dan hadirat sekalian,
Fenomena yang menyedihkan ini akan menjejaskan pembangunan negara. Hal ini dikatakan
demikian kerana gejala ini akan menyebabkan negara kita akan mengalami masalah kekurangan
tenaga pekerja yang berkemahiran. Sebagai contoh, oleh sebab banyak golongan remaja yang
terbabit dengan gejala penyalahgunaan dadah, banyak pekerja kilang didominasikan oleh
pendatang asing. Secara keseluruhannya, sekiranya masalah penyalahgunaan dadah dalam
kalangan belia masih tidak dititikberatkan, nescaya negara kita akan gagal menyahut cabaran
bagi merealisasikan impian negara ke arah Wawasan 2020.

Akhir kata , golongan belia seharusnya membuat persiapan yang sepenuhnya serta menerapkan
semangat kental ke dalam jiwa mereka kerana rakyat sejagat menaruh harapan tinggi terhadap
mereka yang merupakan tonggak ke arah kecemerlangan negara dan melahirkan negara yang
bertaraf metropolis. Ingatlah, "Negara Maju tanpa Dadah"

Anda mungkin juga menyukai