Anda di halaman 1dari 3

ANALISIS UPSR

Terdapat sekurang-kurangnya dua soalan berkaitan polisim / kata banyak makna yang akan dikemukakan dalam UPSR.

Soalan yang dikemukakan memerlukan murid memilih jawaban yang mempunyai maksud yang sama dan sesuai dari segi konteks ayat dengan perkataan yang bergaris.

Biasanya daripada empat ayat yang diberi , tiga ayat adalah betul penggunaannya.

PERKATAAN , MAKNA DAN AYAT CONTOH

PERKATAAN

MAKNA

AYAT CONTOH

1. Butiran tempat tinggal alamat 2. Tanda 3. Menunjukkan

1. Faisal menulis alamat rumahnya dengan cermat. 2. Ada segelintir orang yang percaya bahawa kehadiran burung gagak yang banyak membawa alamat buruk.

1. Pernah menjadi 2. Tanda, kesan bekas 3. Tempat mengisi sesuatu

1. Isikan kuih-muih ke dalam bekas biru itu. 2. Encik Asrul ialah bekas seorang guru.

1. Tumbuhan 2. Corak,lukisan bunga 3. Faedah 4. Kata simbolik untuk perempuan

1. Bunga tayar kereta ayah saya sudah haus. 2. Bank itu mengenakan kadar bunga yang rendah kepada semua peminjam wang. 3. Kami datang untuk memetik bunga di taman tuan, kata wakil rombongan pihak lelaki itu.

1. Sejuk dingin 2. Tidak meriah 3. Tidak ambil peduli , tidak mesra

1. Cuaca di luar rumah sungguh dingin sekali. 2. Sambutan penduduk kampung terhadap karnival kerjaya itu dingin sekali. 3. Hubungan mereka dingin setelah berlakunya pertengkaran sesama mereka.

1. Jatuh 2. Tewas, mati dalam gugur pertempuran 3. Lahir sebelum masanya 4. Kehilangan hak , buang

1. Batrisyia berasa bangga kerana ayahnya gugur sebagai seorang perajurit. 2. Banyak kes gugur direkodkan di hospital itu. 3. Banyak keistimewaannya dalam syarikat itu telah gugur kerana dikhianati rakan sekerja.

1. Tidak mentah lagi masak 2. Sudah cukup masak dan boleh dimakan 3. Berpengalaman , faham benar

1. Ibu mengait buah rambutan yang sudah masak itu. 2. Asyraf sudah masak benar dengan sikap rakannya itu.

terbit

1. Timbul , muncul 2. Lahir , bangkit ,keluar

1. Pemandangan kala matahari terbit di pantai itu amat memukau. 2. Novel terbaharu karya penulis itu sudah terbit di pasaran.

Anda mungkin juga menyukai