Anda di halaman 1dari 5

Orang-Orang Iran dalam Kerajaan Iraq.

Isnin, February 12, 2007

Baghdad, Iraq (2/12/2007)- Salah satu pemain kunci di Iraq hari ini ialah Iran. Sangat penting
untuk mengetahui bagaimana Iran beroperasi di Iraq hari ini. Iran bekerja melalui pembantu-
pembantunya di Iraq , terutamanya yang berasal dari Iran, sama ada yang dibayar gaji secara
langsung oleh Tehran gaji atau yang mempunyai hubungan dengan polis rahsia Iran, badan-
badan perisikan, atau dalam perkhidmatan ketenteraan. Dengan wujudnya agensi-agensi yang
sangat besar, yang dibiayai oleh kerajaan Iran dan sejumlah kecil parti-parti dan pasukan
militia di Iraq yang dilengkapi senjata oleh Iran, mereka berperanan melakukan aktiviti bagi
pihak Iran di Iraq.

1) Siapakah Orang-Orang Iran di Iraq?

Di sini beberapa nama tokoh penting menjadi pembantu Iran di Iraq:

a) "Jawad Al-Maliki" atau "Nuri Al-Maliki" (nama asalnya "Nuri Kamil Al-Ali") Perdana Menteri
terikini Iraq, merupakan anggota parti yang disokong oleh Iran - Parti Dawa, seperti Perdana
Menteri yang sebelumnya, Ibrahim Jaafari Ashayqar. Dia berasal dari desa Jalaajil, di daerah
Tawayreej (Al-Hindiya), yang merupakan antara bandar-bandar di Hilla (Babel) dan Karabala.
penulis dan sejarawan Iraq, Asir Abdel-Rahman berkata dalam bukunya yang terbaru, ( "The
Democra-Sektarianisme Iraq") melaporkan bahawa Nuri berasal daripada suku Graydhat (nama
asalnya Bani-Quraydha – salah satu suku Yahudi yang menentang Nabi s.a.w di Madinah ).
Sebahagian anggota suku ini, termasuklah penulis lagu yang terkenal Sholih Al-Kuwait (yang
menulis lagu rakyat yang terkenal "Khadiri Chai Khadiri") yang mana kemudiannya telah
melarikan diri ke Israel, juga penyiar berita terkenal - Rushdi Abdel-Sahib. Nuri tinggal di Iran
dan Syria 1979-2003. Laporan perisikan yang dipetik dalam banyak sumber media melaporkan
bahawa Maliki adalah ketua "Jihad", satu operasi Dawa semasa di Syria, merujuk kepada
serangan pengganas di Iraq dan negara-negara Teluk Arab sepanjang tempoh terkenal, dan
operasi yang paling terkenal yang melibatkan beliau ialah operasi serangan bom kereta
terhadap keluarga Diraja Kuwait pada tahun 1980-an.

b) Ibrahim "Jaafari" (nama terakhir yang sebenarnya "Ashayqar"), perdana menteri Iraq yang
sebelumnya, berasal dari Pakistan. Datuknya berhijrah dari Pakistan. Ayah Ibrahim telah
diberikan kerakyatan Iraq, meskipun Ibrahim terus mengekalkan kerakyatan Pakistan untuk
dirinya sendiri dan anak-anaknya. Saudara perempuan Ibrahim yang lain, tinggal di wilayah
Babel, masih belum mempunyai kerakyatan Iraq dan laporan terbaru tahun lalu dia masih

1
menjadi orang asing di Iraq. Ibrahim merupakan jurucakap paarti yang yang disokong Iran -
Parti Dawa.

c) Abdel-Aziz "Al-Hakeem" (nama akhir yang sebenarnya "al-Tabatabaee"), ketua pertubuhan


(parti) yang disokong "Majlis Tertinggi Revolusi Islam di Iraq" (SCIRI) dan pasukan askar Syiah -
miltia Badar. Mahdi datuknya berhijrah dari Iran ke Tabataba bandar Najaf . Bapa Abdel-Aziz,
bernama Muhsin menjadi seorang pemimpin agama di Najaf, tetapi masih mengekalkan
kerakyatan Iran. Abdel-Aziz sendiri dilaporkan masih mempunyai kerakyatan Iran, dan anak
lelakinya Ammar, yang merupakan jurucakap SCIRI, dilaporkan dikehendaki menyertai dalam
‘kerahan wajib’ dalam Tentera Darat Iran. Dua tahun lalu, Ammar telah menulis surat kepada
mantan Presiden Iran, Mohamad Khatami untuk memberinya keizinan khusus untuk
dikecualikan daripada latihan ketenteraan Iran. Tidak seperti kebanyakan warga Iraq, Aziz
secara terbuka merujuk Teluk Arab, sebagai "Teluk Parsi" seperti yang dilakukan oleh orang-
orang Iran.

d)"Bayan Jabr" (nama asli "Baqir Solagh Shishtazali"), Menteri Kewangan terkini dan bekas
Menteri Dalam Negeri di bawah pentadbiran "Jaafari”. Beliau berketurunan Iran Turki – Azeri
(Azerbaijan). Bapanya berhijrah ke Iraq dan tinggal di daerah Kadhimiya dalam wilayah
Baghdad. Solagh adalah anggota parti yang disokong oleh Iran "Majlis Tertinggi Revolusi Islam
di Iraq" (SCIRI). Pasukan militia badr – menjadi dominan dalam pasukan keselamatan
Kementerian Dalam Negeri sewaktu beliau menjadi Menteri Dalam Negeri.

e)"Mawafiq Al-Rubayee" (nama asalnya "Kareem Shahpoor"), Penasihat Keselamatan Iraq


terkini, berasal dari Iran - bandar Shahpoor. Dia adalah salah seorang daripada ribuan orang
Iran melarikan diri ke Iraq pada tahun 1979.

f) Hussein Shahristani, Menteri Minyak Iraq ketika ini, adalah anggota pakatan bersekutu Syiah -
UIA. Ayahnya adalah orang Iran dan berasal daripada wilayah Shahristan. Beberapa ahli
keluarga Hussein masih tidak bercakap dengan bahasa Arab. Dia adalah seorang saintis nuklear
di Iraq yang melarikan diri ke Iran sebelum perang Iran-Iraq (1980-1988). Dia dituduh oleh
bekas Menteri Pertahanan Iraq Hazem Shaalan pada tahun 2005 bekerja secara haram dalam
program nuklear Iran.

g)Ali "Al-Dabbagh" (nama akhir sebenarnya"Bayajoon"), jurucakap rasmi Perdana Menteri


"Maliki" dan mantan jurucakap kepada ulama Iran, Ali Sistani (marja Shiah di Najaf yang beasal
dari Iran) dan merupakan anggota Syiah bersekutu. Datuknya berhijrah ke Iraq, dan menetap di
Najaf.

h)Ayatollah al-Uzma Sayyid Ali al-Sistani, adalah salah seorang ulama tertinggi dalam barisan
marja’ agama Syiah di Najaf. Dia berasal daripada wilayah Sistan, Iran yang bersempadan
dengan Pakistan. Mantan Perdana Menteri Jaafari menawarkan kerakyatan Iraq kepadanya,

2
tapi Sistani menolak itu dengan berkata "aku lahir sebagai Iran dan akan mati sebagai orang
Iran." Sistani masih tidak fasih berbahasa Arab dan menggunakan penterjemah. Beliau menolak
untuk melakukan wawancara TV dan radio untuk mengelak muncul ke khalayak Iraq sebagai
bukan orang Iraq.

2) Perubahan Besar dalam Pakatan Iran di Iraq 2004-2005

Ada menjadi perubahan besar dalam Pakatan Bersekutu di Iraq pada akhir 2004 dan awal 2005.
Salah satu yang terbesar ialah pakatan Dawa-Sadr. Para Parti Dawa adalah parti fundamental
agama (Syiah) paling lama, yang disokong oleh Iran, dipimpin oleh Perdana Menteri "Maliki."
Dawa merupakan parti yang kecil, hanya sekitar 400 anggota ahli, tetapi terdiri daripada ramai
golongan yang berpendidikan tinggi (doktor, peguam, dll).

Para Parti Dawa melakukan persepakatan dengan Moqtada Sadr, pemimpin kepuakan muda
yang memimpin pemberontakan jangka masa pendek pada tahun 2004. Sadr, yang
memanfaatkan kedudukan dan kepopularan ayahnya dan bapa saudaranya telah menuntut
untuk memimpin pasukan militan "gerakan Sadrist – Tentera Mehdi" yang mendakwa mewakili
bagi masyarakat bawahan Syiah yang miskin. Sadr mula terkenal akibat daripada
pemberontakan singkat yang dipimpinnya pada musim panas 2004, dan menubuhkan militan
"Tentera Mahdi" militia, yang terdiri daripada penganggur miskin penjahat muda yang telah
membina reputasi untuk melakukan kekejaman. Mereka terkenal kerana membunuh Syiah
yang menjadi Sunni, namun baru-baru ini menjadi terkenal kerana membunuh Sunni biasa.

The Dawa memandang gerakan Sadrists sebagai grassroot mereka, sementara Sadrists melihat
parti Dawa sebagai kepimpinan mereka. Kedua mantan perdana menteri Jaafari dan Sadr
dijemput ke Teheran pada tahun 2004 dan dilaporkan telah menerima jutaan dolar untuk
melakukan aktiviti Iran di Iraq. Pertemuan itu adalah mengenai sikap Sadr yang sangat vokal
(pada tahun 2003 dan 2004) dan kritikan dunia terhadap Iran yang melakukan campur tangan di
Iraq dan gerakan Syiah Iraq. Tapi jelas setiap orang mempunyai harga diri. Tentera Mahdi (juga
dikenali sebagai JAM oleh tentera Amerika) kini dikendalikan dan diarahkan oleh Pengawal
Revolusi Iran, divisyen Quds Force, dan diarahkan oleh komandan senior Iran, Qasim Sulaymani.

Pakatan baru Sadr-Dawa hampir sama seperti kepada proksi tradisional Iran, "Majlis Tertinggi
Revolusi Islam di Iraq" (SCIRI) dan Milisi Badar yang dipimpin oleh Abdel-Aziz "Hakeem"
Tabatabi. kumpulan Hakeem, yang terkenal kerana menyeksa dan membantai Sunni, telah

3
kehilangan popularitasnya di kalangan sebahagian besar warga Iraq kerana tindakannya
bekerjasama dengan tentera Amerika. Mereka baru sahaja kehilangan sokongan (walaupun
mereka masih dibiayai oleh Tehran), kerana sebelumnya mereka bekerjasama dengan AS, kini
mereka memainkan peranan yang kedua penting selepas Dawa-Sadrists.

Ini seakan mirip dengan teman wanita pertama yang kehilangan sokongan dengan teman
lelakinya yang memilih beberapa gadis baru yang lebih cantik, dia cuba untuk mendapatkan
teman lelakinya kembali. Itu sebabnya Hakeem mencadangkan rundingan US-Iran dilakukan,
untuk membuktikan kepada Iran bahawa mereka masih berguna kepada Tehran. Iran
menyokong kuat calon parti Dawa (e, g, Jaafari atau Maliki) untuk menjadi Perdana Menteri.
Perikatan Syiah Dawa-Sadrists, dan SCIRI hampir-hampir memilih Jaafari, namun perikatan
hanya memiliki 47% daripada kerusi Parlimen (beberapa mitos menyatakan sebagai "Majoriti
Syi'ah"). Perdana Menteri memerlukan 67% suara di parlimen untuk membentuk kerajaan.
Majoriti Parlimen menentang Jaafari, itu sebabnya mereka terpaksa memilih Maliki.

Selepas serangan kubah emas di Samarra pada Februari, militia maut tentera Mahdi
pimpinan Sadr terus mengamuk dan mengebom dan membakar kira-kira 150 masjid-masjid
Sunni di seluruh Baghdad dan wilayah Selatan, membunuh puluhan pemimpin agama Sunni
(imam), dan mengumpul ribuan jiran-jiran Sunni dan membunuh mereka. Perkara ini telah
berlaku semenjak di bawah kerajaan Jaafari (bersama dengan Skuad berani militia Badar
yang beroperasi dalam Kementerian Dalam Negeri), Arab Sunni sama sekali sebulat suara
menentang pimpinannya. Skuad berani mati ini meneruskan keganasan mereka di bawah
pimpinan Maliki. Setiap hari, rata-rata 150 mayat Sunni muncul di jalan atau di bilik mayat
diseksa sehingga mati oleh militia tentera Mahdi atau militia Badar.

Wujud khabar angin di Washington dan Baghdad bahawa Maliki diberikan hanya sehingga akhir
April 2007 untuk membersihkan dan menghentikan tindakannya melindungi pembunuhan
sektarian. Naib Presiden Adel Abdel al-Mehdi (nama diubah dari nama sebenarnya "Muntafaji")
- dari parti blok SCIRI, mungkin akan dipilih sebagai perdana menteri sebagai alternatif. Dia
adalah bekas pengikut Baath pada tahun 1960-an dan 1970-an seperti Ayad Allawi dan bekerja
di Kedutaan Besar Iraq di Paris di bawah kerajaan Baath (Saddam). Dia kemudian berhenti dan
menjadi seorang Komunis pada 1970-an. Kemudian pada tahun 1980-an ia menjadi tokoh
agama dan bergabung dengan kumpulan Hakeem (SCIRI).

Tida ada banyak, terutamanya kerana ketegangan dengan Iran, penguasaan para pemimpin
pengendali boneka ini terus meningkat.

Selepas tentera AS memulakan operasi keselamatan di Baghdad pada Februari, 2007, Sadr dan
ribuan militia tentera Mahdi nya melarikan diri ke Iran, untuk bersembunyi daripada

4
kemungkinan ditangkap. Hal ini akan membuka pintu untuk menyegarkan unsur-unsur Iran
yang baru untuk mengambil alih kegiatan militia di Iraq.

Sumber : Details of Iran's Surrogates in Iraq dalam http://news-iraqi.blogspot.com/2007/02/irans-men-


in-iraq-who-are-they.html

http://tenteradajjal.blogspot.com/2008/11/mengenali-kuncu-kuncu-iran-di-iraq.html

Anda mungkin juga menyukai