Anda di halaman 1dari 9

Yahudi Menyeludup Dalam Tafsir Quran, Syiah Menyelinap Dalam

Sirah

Tulisan Shaikh Soleh bin Abdullah al-Muhaisin,


Dekan Fakulti Dakwah dan Usuluddin, Universiti Islam Madinah.
www.tenteradajjal.blogspot.com

Sesungguhnya segala pujian untuk Allah. Kami memuji-Nya, meminta pertolongan daripada-
Nya, meminta keampunan-Nya, meminta petunjuk-Nya dan kami meminta perlindungan dengan
Allah daripada kejahatan diri kami dan amalan-amalan kami yang buruk.

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka dia terpimpin dan sesiapa yang disesatkan Allah
maka tiada yang dapat memimpinnya. Saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, tiada
sekutu bagi-Nya dan saya bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah.
Semoga Allah menselawati Baginda, kaum keluarga dan para sahabat Baginda.

Sesungguhnya sejarah mana-mana umat merupakan gambaran yang jelas bagi kehidupan, tradisi,
kepercayaan, ilmu dan kebudayaan mereka. Lembaran-lembaran sejarah mereka itulah yang
mengungkapkan cita-cita dan matlamat mereka. Sesungguhnya sejarah Islam adalah manifestasi
yang paling jelas tentang apa yang kita nyatakan tadi.

Sejarah Islam tidak dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa sama ada dari sudut kuantiti
ataupun kualiti. Dari sudut kuantiti, sejarah Islam lebih luas setakat yang diketahui oleh umat
manusia sehingga ke hari ini. Ini kerana ia memiliki sejarah khalifah-khalifah, gabenor-gabenor,
para ilmuwan, kadi-kadi dan panglima-panglima.

Semua itu dicatit dengan jelas dan amat teliti di samping merakamkan penaklukan-penaklukan
yang besar yang telah dilakukan oleh orang-orang Islam di timur dan barat yang sentiasa maju
dan terkehadapan dari semasa ke semasa. Selain itu, sejarah Islam meliputi ilmu-ilmu, sirah
kehidupan yang terpuji, sumbangan-sumbangan mereka yang berjasa dari kalangan umat ini.

Dari sudut kualiti, sejarah Islam berasaskan kepada periwayatan dan nukilan orang-orang yang
adil, thiqah lagi dipercayai cerita-cerita mereka sehingga tidak ada ruang untuk rekaan dan
pendustaan dan faktor ini tidak ada dalam sejarah mana-mana umat lain. Sejarah Islam telah
memberikan perhatian yang khusus terhadap periwayatan, dokumentasi dan hafalan. Para ulama
telah menekuni riwayat sejarah dan menganalisa dan mengkritiknya. Mereka saling berlumba-
lumba dalam hal ini dan menjadikan perpustakaan Islam sarat dengan kitab-kitab sejarah bagi
setiap zaman dan generasi umat ini.

Dalam pada itu, musuh-musuh Islam melupakan kekuatan dan kekuasaan Islam serta tersebarnya
Islam dengan pantas menyebabkan mereka terkejut dan hairan.

Oleh kerana mereka tidak mempunyai kekuatan untuk melawan Islam dengan pedang secara
terbuka, mereka memeilih beberapa cara dan kaedah untuk menghapuskan dan menghancurkan

1
Islam. Bid`ah Syi`ah adalah merupakan bid`ah pertama yang dibangunkan untuk matlamat ini
dan tipu daya pertama yang diaturkan di sebalik tabir ini. Inilah fitnah terbesar yang dirancang
untuk menentang Uthman bin `Affan iaitu khalifah ketiga dan salah seorang sepuluh sahabat
yang dijamin syurga.
Fitnah ini bermula dengan rekaan dan penyebaran berita-berita palsu atau diriwayatkan bukan
dengan caranya yang sahih supaya dapat menarik dan mengumpulkan orang-orang yang jahil dan
bodoh. Akibatnya berkesudahan dengan kesyahidan Uthman sebagaimana yang disebutkan
dengan terperinci di dalam kitab-kitab hadis dan sejarah.

Penjahat yang merancang dan melaksanakan fitnah ini ialah Abdullah bin Saba’, seorang
Yahudi. Kemudian setelah Uthman syahid, golongan Rafidhah mendapat peluang yang sesuai
untuk menimbulkan kekacauan yang berlaku kemudiannya. Perkara ini dibuat untuk mencipta
dan menyebarkan riwayat-riwayat palsu tentang keburukan sahabat dan perselisihan yang
berlaku di kalangan mereka lalu menggambarkan mereka dengan cara yang tidak benar.

Penulis di sini tidak bertujuan untuk mengkritik kekarutan dan kepalsuan yang ditaburkan oleh
Syi`ah di dalam kitab-kitab sejarah Islam kerana itu adalah natijah kebencian dan kejahatan
terhadap sahabat yang tersembunyi di dalam hati mereka. Begitu juga serangan terhadap
pemimpin-pemimpin Islam. Apatah lagi kitab-kitab Syi`ah bersepah dengan makian dan celaan
terhadap sahabat. Hakikat ini sememang terang-terang batil. Tidak halal kepada sesiapapun
untuk membaca kitab-kitab ini kecuali dengan maksud untuk melihat kebatilan itu dan
menyanggahnya seterusnya memberi peringatan kepada orang lain.

Penulis di sini bertujuan untuk mengkaji penularan kejahatan Syi`ah ke dalam kitab-kitab sejarah
Islam sama melalui perawi yang bermuka-muka dengan menzahirkan ketakwaan dan keadilan
tetapi menyembunyikan fahaman Rafidhah atau dengan cara berfahaman Syi`ah yang sederhana
yang periwayatannya itu diterima oleh kebanyakan ahli ilmu jika dia tidak taksub dan menyeru
kepada bid`ahnya.

Kadang-kadang ahli sejarah seperti Ibn Jarir meriwayatkan daripada perawi-perawi yang terkenal
dengan tasyayyu` tetapi beliau menyebutkan sanadnya supaya kedudukan perawi-perawi itu
diberi perhatian.

Ini tidaklah menyebabkan Ibn Jarir tercela selagi beliau tetap menukilkan berita-berita tersebut
dengan sanad-sanadnya dan menyerahkan kepada para pembaca yang tajam pemikiran menilai
dan menyaringnya. Di muqaddimah tarikhnya itu,[1] Ibn Jarir menulis:

“Hendaklah pembaca kitab kami ini mengetahui sesungguhnya pegangan saya bahawa setiap
perkara yang saya sebutkan dalam kitab ini adalah mengikut syarat yang saya beriltizam
dengannya iaitu meriwayatkan berita-berita sebagaimana ia telah diriwayatkan dan saya hanya
menyebutkannya sahaja.

Apa yang terkandung dalam kitab ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu. Antara
berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa benci atau pendengar merasa jelik.
Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu hakikat. Oleh
itu, hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripada kami, tetapi

2
ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepada kami. Dan kami hanya menyampaikan
seperti yang dibawakan kepada kami.”

Malangnya penulis yang datang selepas Ibn Jarir al-Tabari membuang sanad-sanad ini lalu
menghimpunkan kesemua riwayat demi untuk meringkaskan. Kemudian orang-orang kemudian
terutamanya penulis zaman ini menukilkan riwayat-riwayat ini dan menyandarkan kepada kitab-
kitab sejarah tanpa membezakan anatara yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang thiqah dan
perawi-perawi yang berfahaman Syi`ah, antara berita-berita yang jelas sahih kerana nukilan
perawi-perawi thiqah yang saling menyokong dan menguatkan dan berita-berita yang jelas
kebatilannya seperti keburukan sahabat dan fitnah yang berlaku di kalangan mereka yang
disepakati oleh ulama hadis tentang kebatilannya.

Keadaan semakin parah sejak akhir-akhir ini kerana kemunculan Saba’iyyah baru dengan rupa
lain dan golongan orientalis Yahudi dan Kristian. Mereka ini menemui riwayat-riwayat Syi`ah
yang bertaburan di dalam sejarah sebagai bahan-bahan yang segar untuk memburukkan sejarah
Islam yang gemilang.

Mereka mengabui mata orang ramai dengan mendakwa sebagai pengkaji yang teliti berasaskan
metode ilmiah. Sedangkan sebenarnya mereka adalah pembohong. Penyelidikan mereka tidak
lebih daripada mengambil beberapa riwayat Syi`ah lalu diolah dalam bentuk yang buruk dengan
melakukan tambahan dan pengurangan di sana sini mengikut matlamat mereka yang keji.
Akhirnya mereka akan berkata: “Sila rujuk Tarikh al-Tabari atau Tarikh Ibn al-Athir.”

Dalam pada itu ramai dari kalangan sejarawan dan professor sejarah hari ini yang terpedaya
dengan pembohongan dan pendustaan mereka. Sebenarnya adalah satu pengkhianatan terhadap
agama ini jika sejarah sendiri diambil daripada musuh-musuh Islam iaitu Yahudi dan Nasrani
yang lebih dikenali sebagai orientalis.

Dalam hal ini, penulis tidak lupa untuk menyebutkan usaha gigih yang dicurahkan oleh ulama
bagi membendung riwayat-riwayat batil itu sama ada dengan penulisan sejarah yang berasaskan
kepada riwayat yang diakui thiqah di samping mengakui dan menginsafi kemuliaan dan
ketinggian kedudukan para sahabat, atau juga penulisan yang khusus dengan riwayat-riwayat
tersebut atau kajian yang terselit dalam penulisan yang membincangkan topik tertentu.

Ini boleh didapati dengan banyak, sama ada sudah diterbitkan atau masih lagi dalam bentuk
manuskrip, dan, inilah yang paling banyak. Antara kitab yang ditulis dengan cara pertama dan
telah diterbitkan ialah al-Bidayah wa al-Nihayah tulisan Ibn Kathir, seorang tokoh yang tampil
menentang Syi`ah dengan kajian-kajian beliau yang ilmiah dan terperinci . Beliau amat kritis
dalam kritikannya. Di samping itu, beliau menonjolkan keutamaan dan kelebihan para sahabat
walaupun tidak disetujui oleh Syi`ah.

Contoh penulisan dalam bentuk kedua ialah kitab al-`Awasim min al-Qawasim karangan Abu
Bakar Ibn al-`Arabi dan contoh bagi bentuk ketiga seperti perbahasan-perbahasan yang
berselerakan di dalam kitab-kitab karangan Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Zahabi, Ibn Hajar
dan lain-lain. Usaha-usaha tersebut walaupun mempunyai beberapa pendekatan namun tetap

3
penting dan saling melengkapi. Itulah yang telah dilaksanakan oleh ulama salaf dan khalaf
dengan baiknya.

Apa yang tinggal sekarang ialah tugas para ilmuwan dan mereka yang peka kepada Islam di
zaman ini. Tanggungjawab mereka ialah meneruskan usaha ke arah perbersihan dan pemurnian
timbunan-timbunan riwayat tersebut. Alim ulama kita telah menjelaskan tentang pembohongan
dan pendustaan riwayat-riwayat Syi`ah dan tidak ada cara lain selain dari menghapuskan
kesemuanya itu dari lembaran sejarah.

Sesungguhnya jika orientalis, Yahudi atau Kristian atau anak didik mereka merasa senang dan
selesa untuk terus menggunakan riwayat-riwayat batil yang menggelapkan lembaran sejarah
Islam maka tidak harus sama sekali bagi orang Islam merestui kotoran yang terpalit pada sejarah
umat dan agamanya.

Adalah menjadi kewajipan institusi yang tertentu di dalam dunia Islam untuk mewujudkan
kuarantin-kuarantin ilmiah yang halus untuk menyingkirkan riwayat-riwayat yang ditimpa
wabak Syi`ah itu dan mengemukakan kepada sejarah Islam kita dengan rupa yang bercahaya dan
bersinar setelah membersihkan dan menghapuskannya dari virus-virus Syi`ah yang kotor.

Begitu juga wajib kepada institusi tersebut untuk mengadakan sekatan syara` terhadap setiap
orang yang bodoh yang lantang bersuara terhadap para sahabat. Ini juga merupakan usaha
membantu agama Allah dan rasul-Nya dan melaksanakan kewajipan terhadap para sahabat
sebagai generasi Islam yang terbaik, di dunia dan akhirat.

Serangan Ganas Yang Dilancarkan Syi`ah Ke Atas Sejarah Islam Berkisar Dua Perkara:

Perkara Pertama:

Mencaci, memalsukan dan mereka-reka cerita yang memburukkan sahabat Rasululullah s.a.w.
Tujuan mereka ialah menyerang Islam sendiri kerana sahabat itulah yang meriwayatkan Islam
dan merekalah umat yang terbaik selepas Rasulullah s.a.w. bahkan merekalah anak Adam yang
paling utama selepas para nabi.

Setelah mencacatkan kelebihan dan keutamaan para sahabat serta menjatuhkan para sahabat
bererti menjatuhkan Islam sendiri, Ibn Taymiyyah menulis: “Inilah prinsip asas Syi`ah Rafidhah
kerana orang yang mencipta fahaman Rafidhah itu seorang Yahudi yang berpura-pura memeluk
Islam tetapi sebenarnya seorang munafik. Dia telah menaburkan kepada orang-orang jahil racun-
racun yang mengancam asas Islam. Oleh kerana itu, Rafidhah merupakan pintu kemunafikan dan
zindik yang paling besar.”

Beliau menulis lagi: “Serangan terhadap kurun yang terbaik yang mendampingi Rasulullah s.a.w.
bererti serangan terhadap Baginda sendiri sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam Malik dan
para ulama yang lain.”

Kekarutan Syi`ah Rafidhah lebih tertumpu kepada sahabat yang paling utama iaitu Abu Bakar,

4
Umar dan Uthman , dan kemudiannya dengan berani mereka menyerang sahabat lain yang terdiri
dari kalangan mereka yang awal memeluk Islam dan sahabat-sahabat yang menyertai peperangan
Badar, Uhud, Bai`ah Ridwan malah mereka yang membela Rasulullah s.a.w. semasa senang dan
susah.

Rasulullah s.a.w. wafat dalam keadaan baginda reda terhadap sahabatnya seperti Talhah, al-
Zubair dan sahabat-sahabat yang dijamin syurga. Bukan setakat itu sahaja, mereka berani
mencerca isteri-isteri Rasulullah s.a.w. terutama `Aishah dan Hafshah dan akhirnya mereka
mengecam keseluruhan Bani Umayyah dengan kutukan dan makian.

Perkara Kedua

Melampau dalam menyanjung Ahli Bait dan mereka mengkhususkan Ali, Fatimah dan keturunan
mereka berdua. Lalu mereka mencipta dan meletakkan riwayat batil yang memuji Ahli Bait dan
mendewa-dewa mereka sehingga ke tahap menyifatkan mereka dengan perkara yang tidak layak
dengan mereka serta mengaitkan beberapa pendirian dan amalan yang tidak sesuai dengan
keutamaan dan ketinggian kedudukan mereka.

Beberapa Contoh Pendustaan Yang Dibawa Masuk Oleh Syi`Ah

Di sini, penulis akan menyebutkan beberapa riwayat yang disebarkan Syi`ah dalam sejarah dan
penulis akan menyebutkan kebatilannya serta mengemukakan riwayat yang sahih yang
menyanggahinya.

Syi`ah mendakwa Ali tidak membai`ah Uthman dan sebahagian mereka pula mendakwa Ali
membai`ah tetapi secara terpaksa. Bagi menyokong dakwaan itu, mereka mencipta sebilangan
berita yang palsu dan dusta. Sebelum pergi kepada riwayat palsu mereka itu dan sebelum
menyebut kesimpulan peristiwa bai`ah serta syura dengan sanad yang diriwayatkan oleh perawi-
perawi yang adil dan thiqah, penulis ingin mengemukakan beberapa perkara:

Tatkala Umar ditikam, beliau telah menjadikan khilafah selepas beliau sebagai syura yang terdiri
daripada sahabat-sahabat yang diredai oleh Rasulullah s.a.w iaitu Ali bin Abu Talib, Uthman bin
Affan, al-Zubair bin al-`Awwam, Talhah bin Ubaidillah, Sa`ad bin Abi Waqqas dan Abdul
Rahman bin `Auf. Beliau menyerahkan urusan khilafah kepada enam sahabat ini untuk melantik
salah seorang mereka sebagai khalifah.

Urusan tersebut dapat disempurnakan dengan pemilihan Uthman lalu beliau dibai`ah oleh ahli
Syura yang lain termasuklah Ali serta kesemua Muhajirin dan Ansar tanpa bantahan dan teragak-
agak. Peristiwa ini adalah sahih melalui beberapa sanad yang masyhur di dalam kitab-kitab
sejarah yang muktabar dan diriwayatkan di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim dan lain-lain.
Seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, di dalam sahihnya[2] daripada Amar bin
Maimun dan menyebutkan cerita tersebut dengan panjang lebarnya antaranya ialah: Para sahabat
berkata: Wahai Amirul mukminin, wasiatkanlah siapakah yang akan menggantikan. Umar
menjawab: Saya tidak dapati orang yang lebih layak dengan urusan ini selain daripada mereka
yang Rasulullah s.a.w. wafat dalam keadaan baginda reda terhadap mereka.” Lalu Umar

5
menamakan Ali, Uthman, al-Zubair, Talhah, Sa`ad dan Abdul Rahman. Umar berkata: Biarlah
Abdullah bin Umar menjadi saksi, tetapi dia tidak mempunyai apa-apa hak dalam jawatan ini
(seolah-olah ucapan takziah kepada anaknya).

Kemudian Imam al-Bukhari mengemukakan wasiat Umar kepada rakyatnya dan kisah
pengkebumiannya. Al-Bukhari menyebutkan lagi: Apabila selesai pengkebumian, enam orang
sahabat tersebut berkumpul. Abdul Rahman berkata: “Serahkan urusan kamu ini kepada tiga
orang sahaja.” Al-Zubair berkata: “Saya telah menyerahkan hak saya kepada Ali.” Talhah
berkata: “Saya telah menyerahkan hak saya kepada Uthman.” Sa`ad berkata: “Saya telah
menyerahkan hak saya kepada Abdul Rahman bin Auf.” Abdul Rahman berkata: “Siapa antara
kamu berdua yang menarik diri, saya akan menyerahkan jawatan ini kepadanya. Allah dan umat
Islam menyaksikan kita. Demi Allah, Dia akan memerhatikan yang terbaik di antara mereka.”
Kata-katanya itu menyebabkan Ali dan Uthman terdiam. Abdul Rahman berkata: “Apakah kamu
mahu menyerahkan urusan ini kepadaku? Allah menjadi saksi ke atasku bahawa aku tidak akan
cuai dalam memilih yang terbaik di antara kamu.” Ali dan Uthman berkata: “Baiklah kalau
begitu.” Abdul Rahman memegang tangan Ali sambil berkata: “Engkau mempunyai hubungan
kerabat dengan Rasulullah s.a.w. dan telah lama memeluk Islam sebagimana kamu maklum.
Allah menjadi saksi kepadamu, sekiranya aku melantikmu, engkau pasti akan berlaku adil. Kalau
aku lantik Uthman, pasti engkau mendengar dan mematuhinya.” Kemudian Abdul Rahman
membawa yang seorang lagi (Uthman) ke tempat sunyi lalu berkata seperti yang dikatakan
kepada yang tadi (Ali). Apabila dia telah berjanji begitu, diapun berkata: “Angkat tanganmu
wahai Uthman.” Lalu Abdul Rahman membai`ahkan Uthman dan Ali turut juga
membai`ahkannya. Setelah itu, orang-orang yang berada di kawasan itu masuk dan memberikan
bai`ah kepada Uthman.

Inilah yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari tentang bai`ah Uthman yang dilakukan oleh Ali
bersama-sama orang-orang Islam yang lain. Inilah berita yang sahih dalam kitab-kitab hadis
yang muktabar dan disebutkan juga oleh kebanyakan ahli sejarah yang dipercayai.

Namun begitu, Rafidhah menyebarkan beberapa kepalsuan bahawa Ali menangguh-nangguhkan


atau dia telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Abdul Rahman bin `Auf. Riwayat ini telah
disebutkan di dalam kitab-kitab sejarah antaranya ialah riwayat al-Tabari[3] dengan sanadnya
daripada Umar bin Maimun al-Audi dan beliau menyebutkan apa yang berlaku tentang syura dan
bai`ah. Antara yang disebutkan dalam riwayat itu ialah: “Ali berkata kepada Abdul Rahman:
Kamu akan merangkak buat selama-lamanya. Ini bukanlah kali pertama kamu semua berpakat
untuk menentangku…”

Sanad yang disebutkan oleh al-Tabari terdapat beberapa `illah (penyakit) dan tidak boleh
dijadikan hujah di sisi ulama hadis. Antara perawi sanad ini ialah Abu Mihknaf. Namanya ialah
Lut bin Yahya, seorang Syi`ah. Di dalam Mizan al-I`tidal, al-Zahabi menulis[4]:

“Dia seorang tukang cerita yang lemah dan tidak boleh dipercayai.”

Ibn `Adi mengatakan: “Dia merupakan Syi`ah yang hangus (tulen atau pekat), pembawa cerita-
cerita mereka (golongan Syi`ah).”

6
Kemudian al-Tabari meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada al-Miswar bin Makhramah
dan menyebutkan tentang syura dan bai`ah Uthman, katanya: Orang ramai mula membai`ah
Uthman dan Ali bertangguh. Lalu Abdul Rahman membacakan ayat: “Sesiapa yang melanggar
janjinya pasti akibat melanggar janji itu menimpa dirinya.” (al-Fath: 10). Ini membuatkan Ali
mula membelah barisan orang ramai sehingga beliau dapat memberi bai`ah seraya berkata: “Tipu
daya, memang tipu daya.”

Dalam sanad riwayat al-Tabari ini terdapat Abdul Aziz bin Abi Thabit. al-Zahabi menulis
berhubung dengannya, al-Bukhari berkata: “Hadisnya tidak boleh ditulis.” Al-Nasa’i dan lain-
lain berkata: “Dia adalah matruk (ditinggalkan). Uthman bin Sa`id berkata: Saya bertanya
kepada Yahya: “Bagaimana dengan keadaan Abi Thabit Abdul Aziz bin `Imran? Jawab Yahya:
“Dia tidak thiqah. Dia hanya memiliki syair walaupun berketurunan Abdul Rahman bin Auf.”

Hafiz Ibn Hajar menyebutkan di dalam Tahzib al-Tahzib[5]: “al-Husani bin Hibban menukilkan
daripada Yahya: “Saya melihatnya (Abdul Aziz) di Baghdad. Dia sering memaki orang ramai
dan menuduh-nuduh keturunan mereka. Hadisnya tidak mempunyai apa-apa nilai.”

Pada pendapat penulis, Ibn Jarir al-Tabari menukilkan riwayat daripada Abdul Aziz setelah
menyebutkan riwayat yang lalu. Mala petaka yang lain ialah beliau menafsirkan kata-kata Ali
dalam riwayat yang lalu yang menyebutkan: “tipu daya, tipu daya” sebagai penipuan dari pihak
Amar bin al-Ash dan menyebutkan bentuk penipuan yang kita tidak sanggup untuk
menyebutkannya kerana kejelikannya.

Riwayat-riwayat ini dan yang seumpamanya kebanyakannya ialah penyebaran jahat Syi`ah
Rafidhah terhadap sejarah. Penulis ingin mengingatkan bahawa kebanyakan penulis sejarah pada
zaman ini terpedaya lalu menyebutkannya tanpa sebarang kajian dan kepastian. Semoga Allah
membalas usaha baik Ibn Kathir. Beliau telah menyebutkan peristiwa Syura dan bai`ah Uthman
di dalam kitabnya, al-Bidayah wa al-Nihayah dengan panjang lebar dan beliau tidak
mempedulikan riwayat-riwayat yang karut itu. Bahkan setelah mengemukakan riwayat-riwayat
yang sahih beliau mengulas: “Berita yang dinukilkan oleh kebanyakan ahli sejarah seperti Ibn
Jarir al-Tabari dan penulis lain daripada perawi-perawi yang tidak dikenali bahawa Ali berkata
kepada Abdul Rahman: “Kamu telah memperdayakanku. Sesungguhnya kamu melantiknya
kerana dia adalah mertua kamu dan dia bermesyuarat dengan kamu setiap hari tentang
urusannya. Dan Ali terlewat memberi bai`ah sehingga Abdul Rahman membacakan sepotong
ayat al-Qur’an kepadanya: “Sesiapa yang melanggar janjinya pasti akibat melanggar janji itu
menimpa dirinya.” (al-Fath: 10). Dan riwayat-riwayat lain yang menyanggahi riwayat-riwayat
yang sabit di dalam kitab-kitab sahih. Kesemuanya itu adalah tertolak.

Wa Allah A`lam.

Malangnya ramai di kalangan ahli-ahli sejarah yang menukilkan riwayat-riwayat palsu itu tanpa
sebarang saringan dan tapisan seperti Ibn Kathir.

Riwayat-Riwayat Syi`Ah Rafidhah Tentang Peperangan Jamal.

7
Apabila kita cuba melihat peperangan Jamal, kita dapati Syi`ah Rafidhah telah menutup
sepenuhnya hakikat suasana peperangan tersebut kerana dilindungi oleh tutupan yang dibuat oleh
mereka. Oleh itu apabila anda memeriksa halaman kitab-kitab sejarah anda hanya mendapati
makian, cemuhan, celaan dan fitrah yang suci akan merasa kesal untuk mendengarnya. Namun di
sini, penulis akan menyebutkan fakta-fakta yang disebutkan oleh sejarah melalui riwayat-riwayat
yang sahih walaupun tidak disukai oleh Syi`ah dan penulis-penulis sejarah yang terpengaruh
dengan barat.

Hakikat Pertama

Riwayat-riwayat yang sahih menyebutkan bahawa tujuan sebenar Talhah, al-Zubair dan orang-
orang yang bersama mereka keluar ialah untuk membaiki keadaan dan menghapuskan orang-
orang yang melakukan kerosakan dengan membunuh Uthman. Mereka tidak keluar untuk
kepentingan kuasa atau mana-mana tujuan duniawi bahkan mereka sekali-kali tidak bermaksud
untuk memerangi Ali dan orang-orang Islam bersamanya. Hakikat ini telah dikemukakan oleh
Ibn Kathir. Beliau menulis: “Sesungguhnya Ali telah mengutuskan al-Qa`qa` sebagi utusan
untuk menemui Talhah dan al-Zubair mengajak mereka kepada kesatuan dan jamaah dan
menyatakan kepada mereka berdua betapa besarnya perpecahan dan perselisihan. Lalu al-Qa`qa`
menuju ke Basrah dan orang yang pertama ditemuinya ialah `Aishah. Beliau berkata: “Wahai
Ummu Mukminin, apakah yang mendorong ibu menjejakkan kaki di bumi ini?”. `Aishah
menjawab: “Wahai anakku, untuk mendamaikan antara manusia.” Kemudian al-Qa`qa` meminta
supaya `Aishah menjemput Talhah dan al-Zubair datang menemui `Aishah lalu mereka berdua
tiba. Al-Qa`qa` berkata: “Saya telah bertanya kepada Ummu Mukminin sebab mengapa beliau
menjejakkan kaki ke sini dan beliau menjawab untuk mendamaikan antara manusia.” Lalu
mereka berdua menyatakan: “Kamipun dengan tujuan yang sama.”

Jelas dari riwayat di atas Aishah, Talhah dan al-Zubair mengatakan bahawa mereka datang hanya
untuk mendamaikan antara manusia. Sesungguhnya mereka telah bercakap benar dan Syi`ah
telah berdusta. Ini dibuktikan dengan mereka telah berdamai dan Ibn Kathir telah menyebutkan
daripada Ali ketika beliau ditanya oleh Abu Salam al-Dala’i: “Adakah mereka itu (Mu`awiyah
dan orang-orang bersamanya) mempunyai hujah berkenaan tuntutan mereka terhadap darah ini
(darah Uthman) jika mereka benar-benar ikhlas kerana Allah dalam perkara ini? Ali menjawab:
“Ya.” Abu Salam bertanya lagi: “Adakah tuan mempunyai hujah mengapa tuan
menangguhkannya?” Ali menjawab: “Ya.” Apa yang dikatakan oleh Ali ini merupakan pegangan
Ahli Sunnah berkenaan peristiwa yang berlaku sesama sahabat. Ahli sunnah beriktiqad bahawa
masing-masing mereka itu mujtahid, jika benar mereka mendapat dua pahala tetapi jika tersilap
mereka mendapat satu sahaja.

Hakikat Kedua

Para sahabat telah bersetuju untuk tidak meneruskan perselisihan tersebut dan tidak terlintas
kepada mereka kecuali segala-galanya telah berakhir dan tidak ada sebarang peperangan. Namun
golongan Saba’iyyah yang melakukan pembunuhan khalifah Uthman tidak berpuas hati lalu
mereka mengatur satu pakatan untuk mencetuskan peperangan maka berlakulah peperangan
Jamal.

8
Ini telah dinyatakan oleh Ibn Kathir dan lain-lain bahawa al-Qa`qa` tatkala dihantar oleh Ali
untuk menemui Talhah, al-Zubair dan `Aishah dan menawarkan kepada mereka perdamaian.
Mereka menjawab: “Anda memang benar dan melakukan yang terbaik. Oleh itu, pulanglah, jika
Ali datang dan dia berpandangan seperti anda, keadaan akan menjadi baik.” Lalu al-Qa`qa`
pulang menemui Ali dan mencerita apa yang berlaku dan itu benar-benar mengkagumkan Ali.
Kemudian Ali menemui orang-orangnya supaya mereka sama-sama berdamai. Lalu mereka yang
benci, tetap membenci dan orang yang reda, tetap reda. `Aishah kemudiannya menulis surat
kepada kepada Ali menyatakan beliau datang untuk tujuan perdamaian, lalu pihak masing-
masing gembira. Kemudian Ali menulis kepada Talhah dan al-Zubair: “Jika pendirian kamu
berdua masih seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kamu berdua, maka tunggulah sehingga
kami datang dan membincangkan perkara ini. Lalu mereka berdua menjawab: “Sesungguhnya
kami masih lagi berpendirian seperti ketika al-Qa`qa` meninggalkan kami iaitu untuk berdamai.”
Hati dan jiwa kedua-dua belah pihak menjadi tenang dan reda lalu mereka berkumpul. Pada
waktu petang Ali menghantar Abdullah bin Abbas sebagai wakil dan pihak Talhah menghantar
Tulaihah al-Sajjad. Pada malam itu, mereka melalui malam yang paling baik dan indah tetapi
pembunuh-pembunuh Uthman melalui malam yang paling buruk bagi mereka dan mereka
merancang dan berpakat untuk mencetuskan peperangan pada waktu malam yang akhir. Lalu
mereka keluar sebelum fajar menyinsing.

Bilangan mereka itu hampir 2,000 orang. Masing-masing menuju kepada yang berdekatan
mereka dan melancarkan serangan dengan pedang-pedang. Maka setiap kumpulan bangkit
menuju ke pasukan masing-masing untuk menghalang mereka. Orang ramai terjaga dari tidur
dan mendapatkan senjata. Mereka berteriak: Ahli Kufah telah mendatangi dan menyerang kami
pada waktu malam. Mereka telah menipu kita.

Mereka menyangka ini adalah perbuatan orang-orang Ali. Lalu hal ini sampai kepengetahuan Ali
dan beliau bertanya: Apa yang telah terjadi kepada orang ramai? Mereka menjawab: Ahli Basrah
telah menyerang kami pada waktu malam. Lalu semua kumpulan mendapatkan senjata, memakai
baju besi dan menaiki kuda. Tidak siapapun di kalangan mereka yang menyedari perkara sebenar
yang terjadi. Dan ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku.

[1] Tarikh al-Tabari, jil. 1, hal. 8


[2] Sahih al-Bukhari, hal. 707 no: 3700
[3] Tarikh al-Tabari, jil 2 hal. 632
[4] Mizan al-I`tidal, jil. 6, hal. 632
[5] Taqrib al-Tahzib, jil. 6 hal. 150

Sumber : http://al-qayyim.net/

Anda mungkin juga menyukai