Anda di halaman 1dari 2

TAKBIR HARI RAYA

.

AMALAN SUNAT MENYAMBUT HARI RAYA

1. Banyakkan bertakbir.
2. Lafaz ucapan selamat pada hari raya dan maaf-bermaafan.
3. Mandi sunat pagi hari raya.
4. Makan sebelum solat Aidilfitri.
5. Memakai pakaian yang indah.
6. Berjalan kaki menuju ke tempat dikerjakan solat hari raya
7. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari
mengerjakan solat hari raya
8. Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau
musholla (tempat terbuka seperti padang)
9. Membayar zakat fitrah. Masanya adalah di antara selepas solat
Subuh hinggalah sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri.
10. Mengerjakan Solat Aidilfitri
11. Bergembira pada Hari Raya Aidilfitri
12. Menghidupkan amalan ziarah menziarahi.


CARA SEMBAHYANG HARI RAYA


1. Lafaz niat Eidul Fitri:

Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Eidul Fitri 2 rakaat makmum kerana Allah
Taala.

2. Takbiratul Ihram serta niat.
3. Sesudah selesai membaca doa iftitah , takbir iaitu


dan diselangi dengan tasbih diantara satu takbir dengan takbir yang lain. Tasbihnya
ialah:

4. Sesudah takbir 7 kali itu, jika makmum, tunggu dan dengarlah bacaan Al Fatihah
imamnya. Setelah selesai Al Fatihah imam, bacalah sendiri Al Fatihah masing-masing.
Sementara imam terus membaca surah tertentu. Lazimnya dibaca surah Al Alaa.

5. Rakaat kedua berlaku sesudah bagun dan sujud akhir rakaat pertama lantas terus
bertakbir sebanyak 5 kali dan diselangi dengan tasbih diantara satu takbir dengan
takbir yang lainnya. Kemudian diikuti Al Fatihah seperti pada rakaat pertama dan imam
membaca surah tertentu lazimnya surah al Ghosyiyah:

6. Sesudah dua rakaat, khatib membaca khutbah hari raya seperti syarat khutbah
Jumaat.

Anda mungkin juga menyukai