Anda di halaman 1dari 19

TATACARA SOLAT

FIQH IMAM AHMAD AL HASSAN AL YAMANI UTUSAN DAN WASHI IMAM AL MAHDI(AJ)

OVERVIEW SOLAT FARDHU


FAJR Permulaan Azan dan Iqamah Dua surah, ruku' dan dua sujud ZUHUR Azan dan Iqamah Dua surah, ruku' dan dua sujud ASAR Azan dan Iqamah Dua surah, ruku' dan dua sujud MAGHRIB Azan dan Iqamah Dua surah, ruku' dan dua sujud ISHA Azan dan Iqamah Dua surah, ruku' dan dua sujud

Rakaat 1

Rakaat 2

Dua surah, Qunut, ruku', dua sujud, tashahud dan taslim

Dua surah, Qunut, ruku', dua sujud, tashahud

Dua surah, qunut, ruku', , dua sujud, tashahud

Dua surah, qunut, ruku', , dua sujud, tashahud

Dua surah, qunut, ruku' , dua sujud, tashahud

Rakaat 3

Tiada

Satu surah, ruku' dan dua sujud

Satu surah, ruku' , dua Satu surah, ruku' dan sujud, tashahud dan Satu surah, ruku' dan dua sujud taslim dua sujud

Rakaat 4

Tiada

Satu surah, ruku', qunut , dua sujud, tashahud dan taslim

Satu surah, ruku', qunut , dua sujud, tashahud dan taslim

Tiada

Satu surah, ruku', qunut , dua sujud, tashahud dan taslim

AZAN DAN IQAMAH


Mengikut fiqh Imam Ahmad(as), setiap solat fardhu wajib didahului dengan Azan serta Iqamah. Berikut adalah tatacara Azan: Allahu Akbar(4x) Allah Maha Besar

Asyhadu alla ila ha illallah(2x) Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah
Ayshadu anna Muhammadar Rasulullah(2x) Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah Asyhadu anna Aliyyan wal Aimmata min wildihi Hujjajullah(2x) Aku bersaksi bahawa Ali dan Imam-imam dari keturunannya adalah Hujjah Allah Asyhadu anna Al Mahdi wal Mahdiyyin min wildihi Hujjajullah(2x) Aku bersaksi bahawa Mahdi dan Mahdi-mahdi dari keturunannya adalah Hujjah Allah

AZAN DAN IQAMAH


Hayya alas Solah(2x) Laila haillallah(2x) Marilah menunaikan Solat Tiada Tuhan selain Allah Hayya alal Falah(2x) Mari menuju kejayaan Hayya alal khairil amal(2x) Mari menuju sebaik-baik amalan Allahu Akbar(2x) Allah Maha Besar

IQAMAH
Allahu Akbar(2x) Allah Maha Besar Asyhadu alla ila ha illallah(2x) Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah Ayshadu anna Muhammadar Rasulullah(2x) Aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah Asyhadu anna Aliyyan wal Aimmata min wildihi Hujjajullah(2x) Aku bersaksi bahawa Ali dan Imam-imam dari keturunannya adalah Hujjah Allah Asyhadu anna Al Mahdi wal Mahdiyyin min wildihi Hujjajullah(2x)

Aku bersaksi bahawa Mahdi dan Mahdi-mahdi dari keturunannya adalah Hujjah Allah Hayya alas Solah(2x) Marilah menunaikan Solat Hayya alal Falah(2x) Mari menuju kejayaan Hayya alal khairil amal(2x) Mari menuju sebaik-baik amalan Allahu Akbar(2x) Allah Maha Besar Laila haillallah(1x) Tiada Tuhan selain Allah

MUSTAHAB KETIKA AZAN


Memandang ke arah Turbah/ tempat sujud Perlahankan kelajuan bacaan Azan Selepas Azan dan sebelum Iqamah, lakukanlah samada solat sunat dua rakaat, duduk atau sujud(kecuali Maghrib) Untuk Maghrib, melangkah satu langkah ke hadapan, atau diam seketika.

MUSTAHAB IQAMAH DAN NOTA TAMBAHAN


Memandang ke arah turbah ketika Iqamah Melajukan tempo Iqamah Jika masa melaksanakan solat fardhu pendek, maka azan dan iqamah boleh ditinggalkan, jika hanya sempat untuk iqamah, maka azan boleh ditinggalkan. Jika anda berasa ragu tentang manamana sebutan azan atau iqamah, maka anda boleh mengulangi semula bermula dari sebutan yang diragukan. Jika ragu muncul setelah habis azan atau iqamah, maka abaikan. Jika anda menjama solat, azan dan iqamah wajib untuk solat pertama, namun untuk solat yang kedua, hanya iqamah sahaja yang wajib selagi anda tidak meninggalkan tempat solat. Namun masih mustahab untuk mengulangi azan. (Nota: Nantikan perbahasan fiqh berkaitan isu ini)

NIAT DAN TAKBIR


Berdirilah lurus, dengan tapak kaki juga lurus menghadap qiblat dan tanamkan niat dengan menamakan: (1) Nama solat (2) Jenis solat, fardhu atau Mustahab dan diniatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, Qurbatan Ilallah Fiqh Imam Ahmad(as) mewajibkan TUJUH takbir sebagai permulaan ke dalam solat. Tangan diangkat ke paras telinga, tapak tangan menghadap ke arah Qiblat, jari dirapatkan, sementara ibu jari diluruskan ke arah leher, seperti gambar di bawah. Sebutlah: Allahu Akbar. . Ulangi sebanyak ENAM kali lagi. Nota: Mengangkat tangan untuk setiap takbir di dalam solat adalah Sunnah. Ia sangat di galakkan dan merupakan amalan Aimmah(as) Takbir juga diucapkan dalam keadaan statik, bukan sambil bergerak.

Kembalikan semula tangan di sisi kanan dan kiri, rapatkan jari-jari kita, dan letakkan di betis, mata fokus kepada Turbah, mustahab mata terbuka dan tidak ditutup:

Setelah itu mulakanlah bacaan Al Fatihah: Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Segala puji hanya untuk Allah, tuhan sekalian alam yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani Raja hari pembalasan Hanya kepadaMu kami sembah dan memohon pertolongan Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.(mengikuti Ahlulbait) iaitu jalan orang-orang yang Kau beri nikmat(Ahlulbait) bukanlah jalan orang-orang Kau murkai dan orang-orang yang sesat.

Nota: Bacaan Bismillah mustahab dikuatkan(setiap kali), samada solat fardhu atau mustahab, solat bacaan kuat atau perlahan

SURAH KEDUA
Untuk rakaat pertama dan kedua, kita diwajibkan membaca mana-mana surah lain, dengan syarat ia adalah sebuah surah yang penuh, seperti Al Ikhlas, An Nas. Tidak dibenarkan membaca sekerat-sekerat surah contohnya, mengambil satu dua ayat dari Surah al Baqarah.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Katakanlah(wahai Muhammad) Allah itu Satu Hanya Allah sahaja yang kita perlukan Tidak beranak juga tidak diberanakkan Dan tiada apa yang menyerupaiNya

RUKU
Setelah selesai, ucaplah takbir, lalu terus ke posisi seperti di gambar sebelah. Buka jari jemari anda, dan letakkan di kepala lutut. Pandangan mata adalah lurus ke bawah, di antara kaki Bacalah zikir ruku, 1,3,5 atau dalam bilangan ganjil seperti berikut:
Allahu Akbar

Terus ke posisis sujud, di laman seterusnya

Maha Suci Tuhanku, yang maha Agung, dan segala kepujian untukNya. Setelah selesai, pulang semula ke posisi berdiri lurus dan ucapkan:
Didengari oleh Allah siapa yang memujiNya Kemudian angkatlah takbir, ucapkan

Allahu Akbar

Baca zikir untuk ruku apabila sudah di posisi

Berdiri tegak dan ucap

SUJUD
Seterusnya turun ke posisi sujud, pastikan tapak tangan berada di tanah terlebih dahulu sebelum kepala lutut. Jari jemari dirapatkan, lurus ke arah Qiblah. Material untuk sujud, perlulah tanah, batu atau hasil tanah yang tidak dibuat pakaian dan makanan. Perbahasannya boleh dibaca di sini. Bacalah zikir sujud, dengan bilangan ganjil, 1,3,5 dan seterusnya. Zikirnya adalah seperti berikut:

Maha suci Tuhan, yang Maha Tinggi dan pujian ke atasNya.

DUDUK ANTARA SUJUD TAWARUK


Setelah selesai zikir sujud, duduklah di posisi tawaruk seperti gambar disebelah, dan ucapkan takbir. Untuk cara-caranya berdasarkan hadis Aimmah(as), sila klik sini. Jari jemari tangan dirapatkan, diluruskan ke arah Qiblah, diletakkan di atas betis. Dalam posisi ini ini mustahab memohon keampunan, ucaplah: Aku memohon keampunan dari Allah dan kepadaNya aku bertaubat.
Setelah selesai, ucap takbir dan kembali ke posisi sujud seperti yang diajarkan dalam slide SUJUD sebelum ini

Sambung semula ke posisi sujud yang kedua

Mohon keampunan dalam posisi ini

RAKAAT KEDUA
Setelah selesai sujud, duduk sebentar di posisi tawaruk, angkat takbir, lalu bangun semula ke posisi berdiri lurus. Pastikan LUTUT DIANGKAT TERLEBIH DAHULU KEMUDIAN DIIKUTI KEDUA TANGAN YANG SEDANG MENAPAK. Semasa sedang bangun, mustahab mengucapkan:

ulangilah semula membaca Surah Al Fatihah dan Surah Kedua.

Dengan kekuatan Allah aku berdiri dan aku duduk. Setelah berdiri lurus, ulangilah semula membaca Surah Al Fatihah dan Surah Kedua. Allahu Akbar

Lutut diangkat terlebih dahulu dari tangan. Bacalah

QUNUT RAKAAT KEDUA


Setelah selesai membaca surah kedua, angkatlah tangan ke posisi doa seperti gambar disebelah, untuk membaca doa Qunut. Jari jemari diluruskan, mata memandang telapak tangan, yang berhadapan dengan muka, lalu bacalah apa sahaja doa atau pujian kepada Allah swt. Bacaan ini wajib di dalam bahasa Arab. Setelah selesai, ucapkanlah takbir, dan teruskan dengan tatacara ruku, duduk antara sujud, dan dua sujud seperti yang diajarkan di dalam slide sebelum ini.

TASYAHUD
Untuk rakaat kedua dan keempat SEMUA SOLAT FARDHU, serta rakaat ketiga untuk solat Maghrib, selepas sujud kedua, duduklah semula dalam posisi tawaruk, namun jangan terus bangun. Bacalah kesaksian berikut, setelah duduk dalam posisi tawaruk:

UNTUK RAKAAT 3 DAN 4


Hanya perlu membaca surah Al Fatihah, tanpa Surah Kedua Bacaan perlu disenyapkan, bukan dikuatkan. Tanpa mengira samada solat ini adalah solat yang dikuatkan bacaan atau diperlahankan, rakaat 3 dan 4 perlu dibaca secara perlahan.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, yang satu dan tiada sekutunya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan RasulNya. Ya Allah, sampaikankah solawat pada Muhammad dan keluarga Muhammad. Setelah selesai, bangunlah dan teruskan dengan rakaat seterusnya. Untuk solat Fajr, maka seterusnya adalah Taslim yang akan menjadi penutup solat, akan kita bincangkannya sebentar lagi.

TASLIM: PENUTUP UNTUK SOLAT


Taslim adalah pemberian salam, yang dibaca selepas Tasyahud untuk mengakhiri solat di setiap rakaat terakhir. Untuk solat Fajr, Taslim adalah selepas tasyahud rakaat kedua, Maghrib pada rakaat ketiga, Zuhur, Asr dan Isya pula semuanya di rakaat 4. Selepas membaca Tasyahud, sebutkanlah ayat berikut.. .. Sambil kepala ditoleh ke kanan. Ini adalah asasnya, insyaAllah, perbahasan perkara sunnah dan fiqh yang lain akan disertakan di dalam artikel yang lain. Setelah selesai, bertakbirlah sebanyak TIGA kali. Alhamdulillah, anda telah selesai melaksanakan kewajiban anda.
Dalam keadaan tawaruk di rakaat terakhir, bacalah Tashahud.

Kemudian berilah salam, sambil menoleh ke arah kanan

Takbir sebanyak tiga kali.

NOTA-NOTA TAMBAHAN
Suara Lelaki Dalam Solat
Lelaki wajib membaca secara kuat untuk rakaat 1&2 solat Maghrib, Isya dan Fajr. Untuk solat fardhu yang lain wajib di baca secara perlahan. Begitu juga untuk rakaat 3&4 untuk solat-solat di atas.

Ekstra Untuk Solat Fardhu


Azan dan iqamah boleh dibaca secara perlahan, namun mustahabnya secara kuat, sekurang-kurangnya orang berdekatan dengan beliau mampu mendengar.

Wanita Dalam Solat


Tidak wajib bagi wanita memperkuatkan bacaan di dalam solat. Wanita boleh memimpin wanita lain dalam solat, tetapi bukan berada di hadapan, tetapi sebaris dengan makmum wanita yang lain.

TAMAT
Semoga Allah swt menerima amal kita. Sebarang cadangan pembaharuan atau pembetulan, boleh diajukan ke pendokongyamani@gmail.com . Atau boleh komen di laman www.yamani.org

Anda mungkin juga menyukai