Anda di halaman 1dari 10

MEKAH

APA ITU UMRAH

Umrah(‘Haji Kecil’) dari segi:


 Bahasa - ziarah.
 Syara’ - Menziarahi Baitullah al-Haram pada bila-bila masa untuk
melaksanakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.

Hukum mengerjakan umrah - Wajib

5 RUKUN UMRAH

Lafaz niat: “Sahaja aku menunaikan umrah dan berihram dengannya kerana Allah
NIAT Taala”.
IHRAM

Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali pusingan bermula dari sudut Hajarul Aswad.
Terdapat beberapa syarat sah tawaf seperti menutup aurat, suci daripada hadas
besar dan kecil, mengekalkan niat tawaf, cukup tujuh pusingan dengan yakin dan
TAWAF sebagainya.

Berjalan ulang-alik atau berlari-lari anak di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah
sebanyak 7 kali.
SA'IE

Hendaklah kita memotong sekurang-kurangnya tiga helai rambut.


Disunatkan kepada jemaaah lelaki untuk bercukur.
TAHALLUL

Mengerjakan rukun-rukun umrah mengikut susunan bermula daripada niat, tawaf,


sa’ie, bercukur atau bergunting.
TERTIB
WAJIB UMRAH
Mempunyai dua perkara:

1. Berniat ihram di Miqat 


2. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram.

Terdapat 13 larangan ihram yang wajib kita ketahui antaranya dilarang membunuh
binatang, dilarang merosakkan tanam-tanaman, dilarang memotong kuku dan lain-lain
lagi.
Secara ringkasnya, wajib umrah ialah perkara yang wajib dilakukan semasa
menunaikan umrah. Sekiranya tidak dilaksanakan dengan sengaja, sah umrah akan
tetapi berdosa. Sekiranya tidak sengaja, ianya tidak berdosa akan tetapi wajib untuk
membayar dam mengikut kadar yang ditetapkan.

PERJALANAN KE MEKAH

Selepas selesai berniat di miqat, Perjalanan dari Madinah ke Kota Makkah dianggarkan
memakan masa 6-7jam perjalanan. Memandangkan perjalanan yang Panjang, jemaah
memperbanyakkan talbiyah sebagai tidak mensia-siakan masa yang ada.

َ ‫ َل َّب ْي َك اَل‬،‫لَ َّب ْي َك ٱل ٰ َّل ُه َّم َل َّب ْي َك‬


َ ‫ ِإنَّ ٱ ْل َح ْمدَ َوٱل ِّن ْع َم َة َل َك َوٱ ْل ُم ْل َك اَل‬،‫ش ِري َك َل َك َل َّب ْي َك‬
‫ش ِري َك َل َك‬
Lab-baiy-Kal-la-hum-ma lab-baiyk, Lab-baiyk laa sya-riy-ka la-ka
lab-baiyk, In-nal ham-da wan-ni’-ma-ta la-ka wal-mulk, laa sya-riy-ka
lak.

Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah. Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah dan tiada sekutu apapun
bagi-Mu. Sesungguhnya puji, nikmat, dan kekuasaan hanya bagi-Mu tanpa sekutu apapun
bagi-Mu
TIBA DI TANAH HARAM MEKAH

Bertalbiyah dan meneruskan perjalanan ke pintu King Abdul Aziz dimana ianya


merupakan pintu paling dekat dengan kedudukan Rukun Yamani. Sampai di pintu
masuk, membuka selipar yang dipakai dan memasukkannya ke dalam bag. Semasa
hendak memulakan tawaf, bahu sebelah kanan dibuka dan tidak ditutupi dengan kain
ihram (jemaah lelaki).

TAWAF UMRAH

Tawaf umrah dengan 7 putaran, dimulai dari Hajar Aswad dan berakhir di Hajar Aswad.
Disunnahkan untuk berlari-lari kecil pada 3 putaran pertama dan berjalan biasa pada 4
putaran terakhir.

Ketika berada di antara Rukun Yamani dan Hajar Aswad, disunnahkan membaca,

َ ‫س َن ًة َوقِ َنا َع َذ‬


ِ ‫اب ال َّن‬
‫ار‬ َ ‫س َن ًة َوفِي اَآْلخ َِر ِة َح‬
َ ‫َر َّب َنا َآ ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬

“Robbana aatina fid dunya hasanah, wa fil aakhiroti hasanah wa qina


‘adzaban naar”
(Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta
selamatkanlah kami dari seksaan api neraka). (Al Baqarah: 201)

Tidak ada zikir atau bacaan tertentu pada waktu tawaf, selain yang disebutkan seperti di atas.
Dan seseorang yang sedang tawaf boleh membaca Al Qur’an atau do’a dan zikir yang dia
sukai. Setelah selesai melakukan tawaf, tutuplah kedua bahu, lalu menuju ke makam
Ibrahim sambil membaca,

َ ‫َوا َّت ِخ ُذوا مِنْ َم َق ِام ِإ ْب َراهِي َم ُم‬


‫صلًّى‬

“Wattakhodzu mim maqoomi ibroohiima musholla”


(Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat) (Al Baqarah: 125).

Solat sunat tawaf dua raka’at di belakang Maqam Ibrahim,


1. rakaat pertama setelah membaca surah Al Fatihah, baca surah Al Kaafirun
2. raka’at kedua setelah membaca Al Fatihah, membaca surat Al Ikhlas.
Setelah selesai menunaikan solat sunat, kita disunnahkan minum air zam-zam yang
berada tidak jauh dari situ. Seperti biasa, minumlah air zam-zam dengan penuh adab dan
cara yang betul supaya perbuatan kita itu tidak sia-sia sekadar menghilangkan dahaga
sahaja. Ini kerana air zam-zam itu sendiri mempunyai banyak kelebihan dan boleh
merawat pelbagai penyakit.

SAI'E UMRAH

Sai'e ini adalah perbuatan tujuh kali perjalanan ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa’
dan berakhir di Bukit Marwah. Setelah telah mendekati Safa, terus membaca,

ِ ‫اِئر هَّللا‬ َ ْ‫الص َفا َوا ْل َم ْر َو َة مِن‬


ِ ‫ش َع‬ َّ َّ‫ِإن‬

“Innash safaa wal marwata min sya’airillah”


(Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah) (Al Baqarah: 158).

Menaiki bukit Safa, lalu menghadap ke arah Ka’bah hingga melihatnya (jika hal itu
memungkinkan kita) , kemudian membaca:

‫هللاُ َأ ْك َب ُر هللاُ َأ ْك َب ُر هللاُ َأ ْك َب ُر‬


‫ش ْى ٍء َقدِي ٌر‬
َ ِّ ‫ِيت َوه َُو َع َلى ُكل‬ َ َ‫الَ ِإ َل َه ِإالَّ هَّللا ُ َو ْحدَ هُ ال‬
Pُ ‫ش ِري َك َل ُه َل ُه ا ْل ُم ْل ُك َو َل ُه ا ْل َح ْم ُد ُي ْح ِيى َو ُيم‬
َ ‫ر َع ْب َدهُ َوه ََز َم اَأل ْح َز‬Pَ ‫ص‬
ُ‫اب َو ْح َده‬ َ ‫الَ ِإ َل َه ِإالَّ هَّللا ُ َو ْح َدهُ َأ ْن َج َز َو ْع َدهُ َو َن‬

“Allah Mahabesar, Allah Mahabesar, Allah Mahabesar. (3x)

Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata, tidak ada
sekutu bagi-Nya. Milik-Nya lah segala kerajaan dan segala pujian untuk-Nya. Dia yang
menghidupkan dan yang mematikan. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.

Tiada sembahan yang berhak disembah kecuali hanya Allah semata-mata . Dialah yang
telah melaksanakan janji-Nya, menolong hamba-Nya dan mengalahkan tentera sekutu
dengan sendirian.”

Bacaan ini diulang tiga kali dan berdoa di antara pengulangan-pengulangan itu dengan
do’a apa saja yang dikehendaki. Lalu turun dari Safa dan berjalan menuju ke Marwah.

Bagi jemaah lelaki, disunnahkan berlari-lari anak dengan cepat dan sungguh-


sungguh di antara dua tanda lampu hijau yang berada di Mas’a (tempat sai’e), lalu
berjalan biasa menuju Marwah dan menaikinya.
Setibanya di Marwah, kerjakanlah apa-apa yang dikerjakan di Safa, iaitu menghadap
kiblat, bertakbir, membaca zikir dan berdo’a dengan do’a apa saja yang dikehendaki,
perjalanan (dari Safa ke Marwah) dihitung satu kiraan.

Kemudian turunlah, lalu menuju ke Safa dengan berjalan di tempat yang ditentukan
untuk berjalan dan berlari bagi lelaki di tempat yang ditentukan untuk berlari, lalu naik ke
Safa dan lakukan seperti semula, dengan demikian sudah dikira dua kali larian.

Lakukanlah hal ini sampai tujuh kali dengan berakhir di Marwah. Ketika sai’e, tidak ada
zikir-zikir tertentu, maka boleh berzikir, berdo’a, atau membaca bacaan-bacaan yang
dikehendaki.
BERDOA DI MULTAZAM 

Merupakan salah satu tempat mustajab doa di Mekah selain Raudhah di Madinah.
  Multazam adalah bagian dinding Kakbah di antara Hajar Aswad hingga pintu Kakbah,
panjangnya 5 meter dan selalu ramai dipenuhi para jemaah.
Inilah tempat yang paling diburu jamaah haji dan umrah setelah mengerjakan tawaf. Saat
sekeliling Ka’bah dipenuhi jemaah, tak mudah untuk mencapai Multazam. Setiap orang
berlumba-lumba mencapai Multazam kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Antara
rukun Hajar Aswad dan pintu Ka’bah terdapat Multazam. Tidak seorang pun hamba Allah
SWT yang berdoa di tempat ini, kecuali dikabulkan doanya.”

Multazam adalah bagian dinding Kakbah di antara Hajar Aswad hingga pintu Kakbah

Specialnya tempat ini, Rasulullah SAW sempat mendekapkan wajah dan dadanya di
Multazam sambil memanjatkan doa. Kisah itu tercantum dalam hadis yang diriwayatkan
Abu Daud dan Ibnu Majah.

Berada di Multazam sungguh terasa sangat nikmat. Multazam bagai magnet yang menarik
setiap jamaah yang telah menyelesaikan tawaf untuk mendekatinya. Rasanya tak nak
sedikitpun berjauhan dari tempat yang mustajab ini. Tapi, disebabkan oleh gelombang
jemaah yang berlumba-lumba mendekati Multazam membuat saya harus rela
melepaskan dan meninggalkan tempat itu.  Peluang memanjat meletakkan kedua kaki di
atas bahagian kaabah, meletakkan dada kiri dan pipi kiri di Kaabah adalah satu
pengalaman yang cukup berharga dalam hidup saya. Hanya Allah yang tahu macamana
perasaan saya ketika ini
 dalam kitab Fadhaaillul Makkah, Hasan bin Yasar Al Bashri mengatakan, terdapat 15 tempat
yang dinyatakan mustajab untuk berdoa yakni:
1. Di dalam Kakbah;
2. Ketika berada dekat dengan Hajar Aswad;
3. Berada di dekat Rukun Yamani;
4. Doa ketika dekat dengan Hijir Ismail;
5. Ketika berada di belakang Makam Ibrahim;
6. Ketika berada di Multazam;
7. Saat berada di pintu sumur Zamzam;
8. Di Sofa;
9. Di Marwa;
10. Di antara Sofa dan Marwa;
11. Di antara Rukun Hajar Aswad dan Makam Ibrahim;
12. Di Mina;
13. Di Arafah;
14. Di Masjidil Haram;
15. Di Masjid Nabawi.
MADINAH
Ziarah Dalam
Ziarah dalam adalah menziarahi 

1. Masjid Nabawi, 
2. makam Nabi Muhammad S.A.W, 
3. makam sahabat iaitu Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.

Sampaikan salam kepada Rasulullah S.A.W dan para sahabat ketika menziarahi makam dan
ketika di Raudah, banyakkan berdoa di taman syurga itu. Untuk mengenali Raudah, pastikan
anda sudah memijak permaidani berwarna hijau muda. Sejurus berada di situ, berdoa dan
jika keadaan tidak sesak, bolehlah menunaikan bersolat sunat dua rakaat.
  Raudah adalah tempat di antara mimbar dengan makam Nabi Muhammad S.A.W.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Di antara rumahku dan mimbarku ialah
raudah (taman) dari taman-taman syurga dan mimbarku di atas telaga (kautsar) ku.

Untuk jemaah wanita, laluan masuk ke Raudah adalah dari pintu 25. Tempoh masa untuk ke
Raudah bagi jemaah wanita terbahagi kepada tiga sesi :

 jam 7 pagi hingga 11 pagi,


 1 tengah hari hingga 3 petang
 9 malam hingga 11 malam.

Ziarah Luar
Merangkumi beberapa lokasi di luar Masjid Nabawi iaitu 

1. Masjid Quba : Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari
Makkah ke Madinah. Sabda Nabi Muhammad S.A.W bermaksud: “Sesiapa yang pergi
ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat
di dalam masjid berkenaan, ganjarannya satu pahala umrah.”

2. Masjid Qiblatain : Pernah dikenali sebagai masjid Bani Salamah. Namanya ditukar
kepada masjid Qiblatain kerana turunnya ayat yang memerintahkan agar Nabi
Muhammad S.A.W menghadap ke Kaabah ketika bersolat. Sebelum itu, Rasulullah
SAW dan sahabat bersolat menghadap ke Baitul Muqaddis.

3. Jabal Uhud : Satu-satunya bukit di dunia ini yang akan ada di dalam syurga kelak.
Perang Uhud tercetus pada tahun 625 Masihi dengan jumlah Islam 700 orang
manakala kafir Quraisy 3,000. Kekalahan pada peperangan itu turut mengorbankan 70
tentera Islam dan Rasulullah mengalami kecederaan serta patah gigi geraham.

4. Perkuburan Baqi’ : tanah perkuburan penduduk Madinah dan mereka yang


meninggal dunia di Madinah. Isteri-isteri dan anak cucu Nabi Muhammad S.A.W
disemadikan di situ. Dianggarkan 10,000 sahabat bersemadi di tanah perkuburan
berkenaan. Jemaah wanita dikatakan tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan
perkuburan ini.

5. Ladang Tamar : destinasi popular untuk jemaah berbelanja tamar, kekacang dan
manisan. Tapi dinasihatkan untuk jemaah bandingkan harga barangan disini dengan
kedai yang berada berhampiran dengan hotel jemaah di madinah, ini kerana biasanya
disini ladang tamar harganya jauh lebih mahal berbanding di kedai kawasan hotel
tempat penginapan kita.

Ziarah Wida’

ziarah wida' ( ziarah selamat tinggal) kepada Rasulullah SAW dan kedua sahabat baginda.

Doa Ziarah Wida'

  "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir.
Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan,
kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati,
kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada
hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha
Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya.
Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian
utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

Doa Nabi Yunus


ٰ ‫ت م َن‬
‫الظّلِ ِمي َْن‬ َ ‫ۚ آَّل اِ ٰلهَ اِآَّل اَ ْن‬
ِ ُ ‫ك اِنِّ ْي ُك ْن‬
َ َ‫ت ُسب ْٰحن‬
lā ilāha illā anta sub-ḥānaka innī kuntu minaẓ-ẓālimīn

Tidak ada tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-
orang yang zalim.

Anda mungkin juga menyukai