Anda di halaman 1dari 7

How to use the booklet:

1. Print
2. Cut out each page.
3. Staple on top (the black column) to
bind it.
4. Make a hole on top.
5. Use an employee tag stripe to hook
on the hole so you can hang
around your neck

1 2

Urutan Ibadah Haji/Umrah


Perkara-perkara yang dilarang sewaktu
dalam ihram
IHRAM DAN NIAT 1. Memotong, mencukur atau mencabut rambut.
1. Sampai di Miqat, Mandi. 2. Memotong kuku.
2. Sapukan wangian (bagi lelaki) jika ada. 3. Memakai wangi-wangian.
3. Berihram di Miqaat. Nota: (Tidak ada solat sunat 4. Memburu binatang.
ihram.). 5. Perhubungan suami isteri.
4. Berniat ihram. 6. Meminang.
Untuk yang melakukan Umrah (dan juga yang haji 7. Berkahwin.
Tamattuk): 8. Mencabut tanaman di tanah haram.

(labbaikallaahumma bi-umrah) 5. Sekiranya takut tidak dapat sempurnakan


Maksud: Aku sambut panggilan Mu ya Allah untuk haj/umrah, sebutkan:
melaksanakan umrah

Haj Ifrad:
(allaahumma mahillee haithu habastanee)
Maksud: Ya Allah, tempat tahallulku ialah di mana
(labbaikallaahumma bi-hajjah) Engkau hentikan aku
Maksud: Aku sambut panggilan Mu ya Allah untuk
melaksanakan haj 6. Selepas itu, laungkan talbiah dengan kuat
sehingga sampai di Mekah (bagi yang haji ifrad
Haj Qirran: dan qiraan, talbiah diteruskan sehingga selesai
melontar Jumrah Al-Aqabah).

(labbaikallaahumma bi-hajjah wa umrah)


Maksud: Aku sambut panggilan Mu ya Allah untuk
melaksanakan umrah dan haj

IHRAM DAN NIAT IHRAM DAN NIAT


3 4

(labbaikallaahumma labbaika labbaika laa shareeka TAWAF


laka labbaika-innal hamda wan na'mata laka wal 1. Tawaf mengelilingi Ka’bah sebanyak 7 pusingan.
mulka-la shareeka laka)
Maksud: Aku sambut panggilan Mu ya Allah, aku
sambut panggilan Mu. Aku sambut panggilan Mu, tiada
sekutu bagi Mu. Aku sambut panggilan Mu.
Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan adalah
milik Mu. Tiada sekutu bagi Mu.

7. Tiba di Mekah, hentikan talbiah (bagi yang


melakukan umrah dan haji tamattuk. Yang ifrad
dan qirran teruskan talbiah hingga selesai
melontar Jumrah al-Aqabah).
8. Doa memasuki masjid (masuk dengan kaki kanan).

2. Mula dari al-Hajar al-Aswad (dan disudahi di al-


Hajar al-Aswad juga).
3. Menguncup atau menyentuh (dgn tangan/tongkat)
(allallhumma salli `alaa muhammadin wa sallim - al-Hajar al-Aswad sekiranya mampu. Sekiranya
allaahumma aftah lee abwaaba rahmatika) tidak, memadai melambai seraya menyebut takbir:
Maksud: Dengan nama Allah dan salam ke atas
Rasulullah. Ya Allah, bukalah untukku pintu-pintu
rahmat Mu.

9. Kerjakan umrah (melakukan tawaf, solat 2 (Allah hu akbar)


rakaat di Maqam Ibrahim, Sa’i dan Tahlul). Nota: Takbir boleh ditambah bismillah sebagaimana
10. Bagi yang haji Ifrad dan Qiraan, tawaf ini adalah diriwayatkan dari ibn Umar (tetapi tidak dari Nabi
tawaf sunat yang dinamakan tawaf Qudum. Ia S.A.W.)
boleh ditinggalkan sekiranya kesuntukan masa.
11. Bagi yang buat umrah (termasuk haji tamattuk) 4. Untuk lelaki, pada tiga pusingan pertama, lakukan
tawaf ini adalah wajib, sebagai rukun umrah. ramal (sekiranya mampu), yakni berlari anak.
Empat pusingan seterusnya berjalan seperti biasa.
IHRAM DAN NIAT
TAWAF
5 6

5. Untuk lelaki, sewaktu tawaf, nampakkan bahu 10. Tunaikan solat dua rakaat di belakang Maqam
kanan (al-idtibaa) dengan meletakkan kain ihram Ibrahim jika boleh. Jika tidak, tunaikan di mana-
dibahu kanan di bawah ketiak. mana tempat lain di dalam al-Masjid al-Haram.
6. Dalam setiap pusingan, baca apa sahaja zikir dan 11. Rakaat pertama (selepas al-Fatihah) baca surah al-
doa yang dikehendaki. Kafirun dan rakaat kedua (selepas al-Fatihah) baca
7. Apabila sampai ke al-Rukun al-Yamani, sentuhnya surah al-Ikhlas.
tanpa mengucup tangan yang menyentuhnya. Jika 12. Minum air Zamzam dan tuangkan sedikit di atas
tidak dapat sentuh, tidak perlu lambai. kepala.
8. Diantara al-Rukun al-Yamani dan al-Hajar al- 13. Pergi semula ke al-Hajar al-Aswad dan kucup atau
Aswad, bacakan doa: sentuhnya dengan tangan/tongkat dan kucupnya
atau lambai dengan tangan kanan sambir bertakbir
menyebut:

(Rabbanaa aatinaa fid-dunyaa hasanatan wa feel (Allah hu akbar)


aakhirati hasanatan wa qinaa 'adhaaban naar)
Maksud: Wahai tuhan kami, berilah kami kebaikan di 14. Selepas itu, pergi ke Safar dan naik ke atasnya
dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami untuk memulakan Sa’i.
dari seksaan api neraka.

Nota: Tidak ada doa khusus sewaktu tawaf


kecuali doa antara rukun al-Rukun al-Yamani
dan al-Hajar al-Aswad

9. Setelah selesap 7 pusingan, sebutkan

(Wattakhidhoo min-maqaami ibraaheema musalla)


Maksud: Mak jadikanlah maqam (tempat berdiri)
Ibrahim itu sebagai tempat untuk solat.

TAWAF TAWAF
7 8

SA’I 4. Kemudian sebut doa berikut:


1. Di atas safa, mulakan dengan menyebut:

(Innas-safaa wal marwata min sha'aa'irillaahi faman


hajjal baita 'awi`tamara falaa janaaha 'alaihi an
yattawwafa bihimaa wa man tatawwa'a khiran
fa'innallaaha shaakirun 'aleemun)
(Allaahu akbar allaahu akbar allaahu akbar - laa illaaha
Maksud: Sesungguhnya al-Safa dan al-Marwah itu
illallahu wahdau laa shareekalahu - lahul mul ku wa
adalah tanda kebesaran Allah, maka siapa yang
lahul hamdu - yuheeu wa yumeetu wa huwa 'alaa kulli
mengerjakan haji atau umrah, tiada keberatan baginya
shai'in qadeer - laa ilaaha illallahu wahdahu laa
untuk melakukan sa’I antara kedua-duanya.
shareekalahu - anjaza wa'dahu wa nasara ' abdahu wa
hazamal ahzaaba wahdahu)
2. Kemudian sebut:
Maksud: Tiada tuhan yang berhak disembah selain
Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, hanya
bagiNya segala kerajaan, hanya baginya segala
(Nabda'u bimaa bada'allaahu bihi) kepujian, dan Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu.
Maksud: Kami mulakan dengan apa yang Allah Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah yang
mulakan Esa yang telah menepati janjiNya dan memenangkan
hambanya serta menghancurkan golongan kafir tanpa
3. Di atas bukit al-Safa, menghadap kiblat dan dibantu sesiapapun.
mengangkat tangan, bacalah:
5. Seterusnya boleh berdoa meminta apa sahaja
dengan mengangkat kedua tangan.
6. Ulangi 4 dan 5 sebanyak tiga kali.
7. Kemudian turunlah dan lakukan sa’i sebanyak
(Allah hu akbar, Allah hu akbar, Allah hu akbar)
tujuh pusingan (antara al-Safa dan al-Marwah
dikira satu pusingan, begitu jugar antara al-
Marwah ke al-Safa).

SA’I SA’I
9 10

AMALAN HAJI
8. Untuk lelaki, berlari anak di antara dua tanda hijau
dan berjalan berjalan seperti biasa sebelum dan
8 Dzulhijjah
sesudah tanda tersebut. 1. Mandi dan berpakaian ihram.
9. Terdapat riwayat dari salaf mereka membaca doa: 2. Berniat Haji bagi yang haji tamattuk.

Haj Tamattuk:

(Rabbighfir warham innaka antal a'azzul akram)


Maksud: Wahai Tuhanku, ampuni daku dan (labbaikallaahumma bi-hajjah)
rahmatilah daku, sesungguhnya, Engkau yang Maha Maksud: Aku sambut panggilan Mu ya Allah untuk
Kuasa dan Maha Mulia melaksanakan haj

10. Apabila sampai di al-Marwah, ulangi sebagaimana 3. Sekiranya takut tidak dapat sempurnakan haj,
dilakukan di atas al-Safa yakni dari 3 hingga 8. sebutkan:

Nota: Tidak ada doa khusus sewaktu sa’i

11. Bila selesai sa’i yang berakhir di al-Marwah,


bertahlul. Bagi lelaki, cukurlah kepada dengan licin (allaahumma mahillee haithu habastanee)
(lebih afdhal) atau pendekkan rambut secara rata. Maksud: Ya Allah, tempat tahallulku ialah di mana
Bagi wanita, cukup dengan menggunting Engkau hentikan aku
sebahagian rambut.
12. Dengan demikian, selesailah umrah dan 4. Berangkat ke Mina untuk bermalam.
dibenarkan membuat perkara-perkara yang halal 5. Bertalbiah sebagaimana talbiah umrah hingga
yang dilarang dalam ihram. selesai melontar Jumrah Al-Aqabah.
6. Solat 5 waktu di Mina, iaitu Zuhr 8 Zulhijjah hingga
Nota: Bagi yang melakukan haji Ifrad, tidak Subuh pada 9 Zulhijjah.
bertahlul. Kekal dalam Ihram. 7. Disunatkan Qasar solat yang 4 rakaat tanpa jama.
Bagi yang mengerjakan haji ifrad dan qiraan, sa’i
ini dikira sa’i haji. Sekiranya sudah dilakukan, tidak
perlu sa’i lagi pada tanggal 10 Dzulhijjah.

SA’I
HAJI – 8 Dzulhijjah
11 12

9 Dzulhijjah 10 Dzulhijjah
1. Selepas matahari terbit, berangkat dari mina ke 1. Solat subuh di Muzdalifah.
Arafah untuk Wukuf (berhenti) di Arafah sampai 2. Sesudah solat subuh, sebelum terbit matahari,
matahari terbenam. pergilah ke Mash'ar al-Haraam (satu bukit kecil di
2. Solat Zuhr dan Asar di Arafah secara Jama-Qassar Muzdalifah), naik ke atas bukit tersebut,
taqdim dengan satu azan dan dua iqamah. menghadap kiblat dan berdoa. Disunatkan
3. Duduk menghadap kiblat dan berdoa dengan mengangkat kedua tangan sewaktu berdoa.
bersungguh-sungguh. Waktu ini adalah waktu 3. Selepas cahaya siang sudah nampak (sebelum
yang paling mustajab untuk berdoa. matahari naik), berangkat kembali ke Mina untuk
4. Doa yang terbaik untuk dibaca disamping doa-doa melontar Jumratul Aqabah, menyemblih haiwan
yang lain ialah: qurban lalu mencukur atau memotong rambut.
4. Melontar Jumratul Aqabah hendaklah selepas
matahari naik. Batu-batu kecil sebesar ruas jari
kecil untuk melontar boleh di kutip di Muzdalifah
atau di Mina.
5. Melontar dengan 7 batu kecil, sebutir demi sebutir.
(Laa ilaha illallaahu wahdahu laa shareeka lahu lahul Setiap kali melontar dengan mengangkat tangan
mulk wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli shay'in kanan deraya membaca takbir:
qadeer)
Maksud: Tiada tuhan melainkan Allah sendiriNya.
Tida ada sekutu bagiNya. KepunyaanNyalah semua (Allah hu akbar)
kerajaan dan kepunyaanNya segala pujian, dan Dia
amat berkuasa pada setiap sesuatu. 6. Peringatan: pastikan batu itu masuk ke dalam
kawasan tembuk jumrah sahaja dan tidak
5. Setelah terbenamnya matahari pada 9 Zulhijjah, semestinya terkena tiang jumrah.
berangkat ke Mudzalifah untuk bermalam disitu 7. Disunnahkan berdiri dengan Mekah disebelah kiri
hingga Fajar. dan Mina disebelah kanan sewaktu melontar.
6. Solat Maghrib dan Isha secara jama-qasar ta’khir, 8. Selepas selesai melontar, hentikan talbiah.
satu azan dan dua iqamah. 9. Berangkat ke Mekah untuk Tawaf Ifadhah
7. Wajib untuk bermalam di situ kecuali untuk (termasuk solat di Makam Ibrahim dan
mereka yang uzur atau sakit dibenarkan untuk minum air zam zam sebagaimana dalam
meninggalkan Muzdalifah menuju ke Mina selepas umrah), Sa’i (bagi yang haji tamattuk dan juga
tengah malam (hadith Jabir). yang tidak sempat sa’i bagi yang qirran dan ifrad),
menyembelih binatang korban (bagi yang
tamattuk dan qirran) dan bertahlul. Aktiviti ini
tidak perlu dilakukan menurut urutan yang khusus.
10. Tawaf Ifadhah tidak ada berlari-lari anak (ramal)
untuk tiga pusingan pertama.
11. Bagi yang sudah bertahlul, terangkatlah larangan
dalam ihram.
HAJI – 9 Dzulhijjah 12. Setelah selesai, kembali ke mina.

HAJI – 10 Dzulhijjah
13 14

11, 12 dan 13 Dzulhijjah Penamat

1. Melontar Jumratul Ula (Sughra), Wustha dan 1. Pekerjaan yang terakhir, sama ada untuk Al Nafrul
Aqabah. awal atau Al Nafrul Tsaanii ialah melakukan tawaf
wida (yang tidak ada berlari-lari ramal).
2. Bagi yang tidak sempat membuat tawaf Ifadhah,
boleh digabungkan tawaf Ifadhah dengan tawaf
wida, dengan syarat ia hendaklah diniatkan
dengan niat tawaf Ifadhah.
3. Bagi yang bukan ahli Mekah, hendaklah segera
keluar dari Mekah setelah selesai tawaf wida.
4. Selesai Haji.

Doa Keluar dari Masjid:

2. Melontar hendaklah dilakukan selepas waktu zuhr (Allaahuma salli 'alla muhammadin wa sallim -
(tergelincirnya matahari). allaahumma innee 'as'aluka min fadhlika)
3. Setiap kali melontar dengan 7 biji batu dan Maksud: Selawat dan salam keatas Muhammad. Ya
ucapkan Allah, Bukalah pintu-pintu rahmat Mu.

(Allah hu akbar)

4. Selepas melontar Jumrahtul Ula dan Wusta, SEMOGA MENDAPAT HAJI YANG MABRUR
disunatkan untuk berundur dengan Jumrah di
sebelah kiri seraya berdoa sambil menghadap
kiblat.
5. Pada jumrahtul Aqabah tidak perlu berdoa kerana
tidak ada contoh dari Nabi. S.A.W.
6. Melontar Jumratul Ula (Sughra), Wustha dan
Aqabah diulangi pada 12 dan 13 Dzulhijjah.
7. Dibolehkan untuk pulang selepas melontar pada
12 Dzulhijjah. Ini dinamakan Al Nafrul Awwal
(perpisahan pertama). Bagi yang berkeinginan
untuk Al Nafrul Awwal, hendaklah keluar dari Mina
sebelum waktu Maghrib.
8. Bagi yang melengkapi 3 hari melontar, ia
dinamakan Al-Nafrul Thaanii (perpisahan kedua).

HAJI – 11, 12, 13 Dzulhijjah


HAJI – Penamat

Anda mungkin juga menyukai