Anda di halaman 1dari 28

Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.

0


1












MANUAL PENGGUNA
SISTEM PERTUKARAN GURU SECARA ONLINE
eG-Tukar




MODUL PENDAFTARAN
&
MODUL PERMOHONAN
PERTUKARAN ANTARA DAERAH























Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


2


KANDUNGAN



TAJUK

1. Paparan utama eGtukar

OBJEKTIF
PERINGATAN
CARTA ALIR PERMOHONAN

1.0 Skrin Utama
1.1 Skrin Daftar Masuk
1.2 Skrin Lupa Kata Laluan
1.3 Skrin Tukar Kata Laluan




2. Paparan bagi Skrin Permohonan

2.0 Skrin Permohonan
2.1 Skrin Borang Permohonan
2.2 Skrin Borang Permohonan Yang Telah Diisi
2.3 Skrin Borang Permohonan - Pengemaskinian
2.4 Skrin Status Permohonan
2.6 Skrin Semakan Permohonan
2.8 Skrin Keluar Sistem


GLOSARI














Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


3

OBJEKTIF

Manual Pengguna ini bertujuan membantu guru-guru untuk membuat permohonan
pertukaran guru antara negeri secara atas talian.

Sistem boleh dicapai melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di
http://www.moe.gov.my/ atau di http://apps.emoe.gov.my/epgo/

Bagi memudahkan pengguna membuat rujukan, skrin setiap proses yang terlibat
dimasukkan ke dalam manual ini.

Setiap penerangan untuk setiap skrin di susun mengikut turutan peroses permohonan
seperti berikut :-

Pendaftaran Pengguna
Lupa Kata Laluan
Tukar Kata Laluan
Permohonan Baru
Simpan Sementara
Kemaskini Permohonan
Semakan Pemohon
Cetakan Borang

























Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


4


PERINGATAN

Permohonan yang telah dibuat, perlulah di cetak dan diserahkan kepada Pegawai
Pengesah iaitu Pengetua/Guru Besar atau wakil yang berkelayakan bagi proses
pengesahan.

Pemohon perlu memastikan cetakan yang dibuat mempunyai no permohonan di atas
paparan cetakan. Mana-mana permohonan yang tidak dicetak dan diserahkan kepada
Pengetua/Guru Besar, proses pengesahan tidak akan dibuat dan tidak dapat diproses oleh
Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian atau Jabatan.

Pemohon perlu memastikan maklumat-maklumat yang perlu disikan di dalam e-GTukar
adalah yang terkini didalam data EMIS

Bagi memastikan proses pendaftaran Berjaya, Maklumat Nama, No Kad Pengenalan,
dan Nombor Gaji adalah sama seperti di dalam data EMIS































Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


5
















































Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


6

Paparan Utama e-GTukar


























Paparan 1.0 Skrin Utama


1. Untuk membolehkan pemohon memohon pertukaran melalui e-GTukar,
pemohon perlulah membuat proses daftar masuk melalui sistem.

2. Klik Daftar Masuk atau Di sini pada Paparan 1.0 untuk membuat proses daftar
diri.












Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


7

Paparan Bagi Skrin Daftar Masuk
























Paparan 1.1 Skrin Daftar Masuk

3. Skrin bagi Daftar masuk adalah seperti Paparan 1.1.

4. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat di Paparan Daftar Masuk.
Maklumat Nama, No. Kad Pengenalan dan No. Gaji perlulah sama seperti
maklumat yang terdapat didalam data EMIS pengguna.

5. Pastikan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN/PASSWORD ditaip dalam huruf
besar atau huruf kecil atau campuran huruf dengan nombor. Perkara ini isu
sensitif.

ID PENGGUNA : Maklumat yang digunakan sebagai identiti diri
untuk memasuki sistem. Panjang yang diperlukan
adalah 6 hingga 16 aksara.

KATA LALUAN/ : Maklumat yang digunakan sebagai kunci untuk
PASSWORD memasuki sistem. Panjang yang diperlukan adalah
6 hingga 16 aksara.


Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


8

6. Sila lihat contoh dibawah.

ID PENGGUNA dan KATA LALUAN.

FAUDZIAH faudziah
FAUDZIAH87 faudziah35
FAUDZIAH_58 faudziah_58
FDZ_557 fdz_5557


7. Pastikan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN tidak kurang dari 6 aksara. Jika tidak
memenuhi syarat, sistem akan mengeluarkan mesej seperti berikut :

Kata Laluan Tidak Boleh Kurang Dari 6 Aksara.

8. Pengesahan Kata Laluan bermaksud pengguna dikehendaki memasukkan
semula KATA LALUAN yang sama dalam ruangan Pengesahan Kata Laluan.
Jika Pengesahan Kata Laluan adalah salah, maka sistem akan mengeluarkan
mesej seperti berikut :

Kata Laluan Dan Pengesahan Kata Laluan Tidak Sama.
Sila Cuba Lagi.

9. Sila pastikan maklumat Soalan Keselamatan, Jawapan dan Tarikh Lahir perlu
diisikan. Jika tidak diisi, maka sistem akan mengeluarkan mesej seperti berikut:

Sila Masukkan Jawapan Anda
Sila Masukkan Tarikh Lahir Anda

10. Pemohon dikehendaki memasukkan semua maklumat di atas dan menekan butang
Simpan.

a. Sekiranya maklumat pemohon tiada, sistem akan memaparkan mesej
seperti dibawah :-
Maklumat Tiada Dalam Rekod Kami.
Sila hubungi pegawai yang berkaitan untuk maklumat lanjut.

b. Sekiranya maklumat pemohon telah didaftarkan, sistem akan memaparkan
mesej seperti dibawah :-
Maklumat Telah Didaftar.
Sila ke Menu Laluan Masuk Untuk Masuk Sistem.

c. Sekiranya maklumat pemohon berjaya didaftarkan, sistem akan
memaparkan mesej seperti dibawah :-
Tahniah Pendaftaran Anda Berjaya.
Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


9

Paparan Bagi Skrin Terlupa Kata Laluan





















Paparan 1.2 Skrin Lupa Kata Laluan

11. Sekiranya Lupa Kata Laluan, klik Lupa Kata Laluan seperti di paparan 1.2

12. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat di Paparan Lupa Kata Laluan dan
menekan butang Hantar.

a. Sekiranya maklumat pemohon tidak tepat, sistem akan memaparkan mesej
seperti dibawah :-

Maklumat Tidak Tepat. Sila Hubungi Pentadbir Sistem di JPN


b. Sekiranya maklumat pemohon tepat, sistem akan memaparkan katalaluan
seperti dibawah :-

Password Anda Adalah : *********
Sila Log in Dengan ID Pengguna dan Kata Laluan pada
Skrin Daftar Masuk. Sila ke Menu Laluan Masuk Untuk Masuk Sistem.



Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


10

Paparan Bagi Skrin Tukar Kata Laluan






















Paparan 1.3 Skrin Tukar Kata Laluan

13. Klik pada Tukar Kata Laluan. Sistem akan memaparkan skrin seperti di paparan
1.3 untuk membuat proses tukar kata laluan.

14. Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat di Paparan Tukar Kata Laluan dan
menekan butang Hantar

a. Sekiranya katalaluan baru dan pengesahan katalaluan tidak sama, sistem
akan memaparkan mesej seperti dibawah :-

Kata Laluan Baru dan Pengesahan Kataluan Tidak Sama. Sila Cuba Lagi


b. Sekiranya maklumat pemohon tidak tepat, sistem akan memaparkan
katalaluan seperti dibawah :-

Harap Maaf Kata Laluan Salah... Cuba Lagi



Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


11

c. Sekiranya maklumat pemohon tepat, sistem akan memaparkan katalaluan
seperti dibawah :-

Pertukaran Kata Laluan Berjaya,
Sila Gunakan Kata Laluan Baru Bagi Laluan Masuk Sistem.


15. Untuk membuat proses permohonan, pemohon hendaklah memasukkan maklumat
pada laluan masuk iaitu ID Pengguna, Kata Laluan, No Kad Pengenalan, No Fail
JPN dan NoGaji. Kemudian tekan butang OK.


Paparan Bagi Skrin Permohonan























Paparan 2.0 Skrin Permohonan

16. Skrin utama pemohon adalah seperti di paparan 2.0 di mana sistem akan
memaparkan Nama Penuh Pemohon berserta No. Kad Pengenalan.




17. Sistem juga memaparkan menu pengguna di sebelah kiri iaitu :-

Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


12

a. PERMOHONAN - Membuat proses permohonan
b. SEMAKAN PEMOHON - Membuat semakan keputusan permohonan
c. CETAK BORANG - Membuat cetakan permohonan
d. KELUAR - Keluar ke Menu Utama Sistem

18. Pemohon dikehendaki membaca syarat-syarat yang dipaparkan dan menandakan
di setiap kotak sebelah kiri setiap perenggan , setiap kali selesai membaca dan
memahami kandungan perenggan tersebut.

19. Sekiranya pemohon klik pada menu SEMAKAN PEMOHON, sistem akan
mengeluarkan mesej seperti berikut :

Anda Belum Memohon Pertukaran Guru

20. Sekiranya pemohon klik pada menu CETAK BORANG, sistem akan
mengeluarkan mesej seperti berikut :

SILA HANTAR PERMOHONAN SEBELUM CETAKAN

21. Tekan butang Batal sekiranya ingin membatalkan proses permohonan dan klik
Menu KELUAR.

22. Tekan butang Masuk sekiranya ingin meneruskan proses permohonan
pertukaran.


* Pastikan semua kotak diklik seperti di Paparan 2.0. Sekiranya, salah satu kotak
tidak diisi, sistem akan mengeluarkan mesej seperti berikut

Sila Pilih Para 1

Sehingga

Sila Pilih Para 8









Paparan Bagi Skrin Pilihan Jenis Permohonan


Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


13

Sila masukkan / pilih
maklumat yang dikehendaki.

Paparan 2.1 Skrin Pilihan Jenis Permohonan

23. Skrin Pilihan Jenis Permohonan adalah seperti di paparan 2.1 di mana pemohon
perlu memilih butang Pertukaran Antara Daerah dan kemudian klik butang
SETERUSNYA.













Paparan Bagi Skrin Borang Permohonan

Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


14


Sila masukkan / pilih
maklumat yang dikehendaki.

Paparan 2.2 Skrin Borang Permohonan

24. Skrin Borang Permohonan adalah seperti di paparan 2.2 di mana pemohon
perlu mengisikan semua butiran yang dikehendaki termasuk PPD Dipohon, Pilihan
Sekolah Dipohon 1-3 dan persetujuan pertukaran selain dari yang tempat yang
dipohon.

25. Sistem akan memaparkan 7 kategori dalam Skrin Borang Permohonan.

A) MAKLUMAT SEKOLAH
B) MAKLUMAT DIRI PEMOHON
C) MAKLUMAT AKADEMIK DAN IKHTISAS
D) MAKLUMAT PERKHIDMATAN
E) MAKLUMAT SUAMI/ISTERI
F) SEBAB MOHON TUKAR
G) PENGAKUAN PEMOHON

a. Sekiranya borang ini tidak diisi oleh pemohon dan menekan butang Papar
Maklumat, maka mesej akan keluar seperti berikut:

Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


15

* Sila Masukkan Status Kahwin
* Sila Masukkan Poskod

b. Sila pilih Sekolah Yang Dipohon pada Paparan 2.2 namun sekiranya jenis
sekolah dipohon tiada dalam senarai pilihan, pemohon dikehendaki ke
menu utama (skrin 2.1) untuk memilih pertukaran antara bahagian.

A. MAKLUMAT SEKOLAH
c. Semua maklumat sekolah pemohon dipaparkan. Sekiranya tidak tepat, sila
hubungi PPD Negeri pemohon untuk membetulkan maklumat tersebut.

B. MAKLUMAT DIRI PEMOHON
d. Semua maklumat diri pemohon dipaparkan. Sekiranya tidak tepat, sila
hubungi PPD Negeri pemohon untuk membetulkan maklumat tersebut.

















C. MAKLUMAT AKADEMIK DAN IKHTISAS

d. Pada kategori C ( Maklumat Akademik Dan Ikhtisas ), sila pastikan
Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


16

maklumat yang dipaparkan adalah tepat. Sekiranya tidak tepat, sila
hubungi PPD / JPN Negeri pemohon untuk membetulkan maklumat
tersebut.

Jika Salah Hubungi PPD Negeri Anda


D. MAKLUMAT PERKHIDMATAN

e. Pada kategori D ( Maklumat Perkhidmatan ), sila isikan Tahun
Tamat Latihan Ikhtisas, Tarikh Penempatan dan Tarikh Mula
Bertugas mengikut format yang ditunjukkan dalam sistem.

f. Bagi ruangan Lama Bertugas Di Sekolah Sekarang Hingga Tarikh
Pertukaran, sistem akan mengira bulan secara automatik.

g. Bagi ruangan Tarikh Kursus Dalam Perkhidmatan Yang diikuti adalah
optional dimana pemohon boleh megisikan ruangan Tarikh Mula dan Tarikh
Tamat atau mengkosongkan ruangan tersebut sekiranya tiada tarikh kursus
dalam perkhidmatan.

Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


17

Sila klik button Tambah
sekiranya mengajar lebih dari
satu sekolah.


h. Sila isikan Pengalaman Mengajar Sebagai Guru Terlatih di ruangan yang
disediakan. Hanya lapan buah sekolah sahaja boleh diisikan pada ruangan
tersebut.

i. Pastikan Nama Sekolah, Alamat, Poskod, Negeri, Subjek Diajar,
Tingkatan dan Tarikh diisikan dengan betul. Sekiranya mempunyai lebih
daripada satu sekolah, sila klik butang Tambah.

j. Sekiranya tersilap mengisikan maklumat sekolah dan pemohon ingin
menghapuskan maklumat tersebut, klik kotak kecil yang terdapat
di ruangan Padam. Tunggu sehingga maklumat dipadamkan.







Bersambung
Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


18


E. MAKLUMAT SUAMI / ISTERI


























k. Pada kategori E ( Maklumat Suami/Isteri ), sila isikan semua maklumat yang
dikehendaki sekiranya status perkahwinanan pemohon adalah
BERKAHWIN. Selain daripada status ini, sila abaikan ruangan ini.

l. Sekiranya Suami atau Isteri adalah seorang guru dan ingin memohon tukar
bersama, sila lengkapkan maklumat seperti di dalam sistem.









Bersambung

Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


19

F. SEBAB MOHON TUKAR

Sila masukkan / pilih
maklumat yang dikehendaki.
Apabila selesai memasukkan
semua maklumat yang
dikehendaki, klik button
PAPAR MAKLUMAT.


m. Pada ruangan Sebab Mohon Tukar , sila pilih sebab mohon bertukar dan
sekiranya tidak terdapat dalam pilihan, sila nyatakan diruang yang telah
disediakan.

n. Setelah mengisi semua maklumat, sila baca pengakuan yang tertera di dalam
sistem dan kemudian klik di ruangan pengakuan.

o. Sekiranya pemohon mempunyai alamat rumah di daerah yang dipohon, sila
isikan pada ruangan Alamat Rumah dalam daerah dipohon.

26. Selepas diisi semua maklumat, Tekan butang PAPAR MAKLUMAT.

27. Butang RESET BORANG digunakan sekiranya mengisi semula maklumat dalam
borang permohonan.
28. Butang SIMPAN SEMENTARA digunakan sekiranya ingin menyimpan
sementara maklumat yang diisi tanpa menghantarnya. Sekiranya masukkan ID
Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


20

Pengguna dan Kata Laluan maklumat yang diisi sementara akan dipaparkan
semula.

29. Butang MENU UTAMA digunakan untuk kembali ke menu utama semula.

30. Butang BATAL PERMOHONAN digunakan untuk membatalkan permohonan
yang dibuat dan kembali semula ke Skrin Permohonan ( Paparan 2.1)


Paparan Bagi Skrin Borang Permohonan Yang Telah Diisi



31. Sistem akan memaparkan Skrin Borang Permohonan Yang Telah Diisi oleh
pemohon.

32. Sila semak semula semua butiran yang telah diisi di dalam borang permohonan.

33. Sekiranya semua maklumat mencukupi dan tiada perubahan atau pengemaskinian
maklumat, klik butang HANTAR BORANG.

34. Sekiranya pemohon ingin membatalkan permohonan, klik butang BATAL. Skrin
Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


21

akan bawa ke Paparan 1.0 (Skrin Utama).

35. Sekiranya pemohon ingin mengemaskini maklumat di dalam borang
permohonan, klik butang EDIT BORANG.


Paparan Bagi Skrin Borang Permohonan Yang Di Hantar





























36. Apabila butang HANTAR BORANG di tekan, satu pop-up akan dipaparkan kepada
pengguna , Sila tekan OK untuk menghantar permohonan.







Paparan Bagi Skrin Borang Permohonan Pengemaskinian Maklumat
Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


22




Paparan 2.5 Skrin Borang Permohonan Pengemaskinian Maklumat

37. Skrin paparan 2.3 akan memaparkan semua maklumat yang telah diisi oleh
pemohon.

38. Skrin ini akan membenarkan pemohon untuk mengemaskini maklumat yang telah
diisi atau menambahkan maklumat.

39. Di Ruangan Pengalaman Mengajar Sebagai Guru Terlatih, klik butang
KEMASKINI sekiranya pemohon ingin mengemaskini maklumat sekolah,
subjek diajar, tingkatan, tahun dan tarikh.

40. Sekiranya ada penambahan sekolah, klik butang TAMBAH.

41. Setelah selesai pengemaskinian maklumat, klik butang PAPAR MAKLUMAT.

42. Sila semak semula maklumat yang telah dikemaskini.

43. Klik butang HANTAR BORANG.
Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


23


44. Sistem akan mengeluarkan mesej seperti berikut :

* Adakah Anda Pasti Hendak Hantar Maklumat Pertukaran?

45. Sekiranya bersetuju, klik OK atau masih ada pengemaskinian, klik CANCEL.

46. Sistem akan bawa ke Paparan 2.4 iaitu Skrin Status Permohonan.

Paparan Bagi Skrin Status Permohonan
























Paparan 2.6 Skrin Status Permohonan

47. Paparan berikut akan dipaparkan apabila permohonan telah berjaya dihantar.





Paparan Bagi Skrin Kemaskini Permohonan

Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


24

Pemohon masih boleh
mengemaskini maklumat /
batal permohonan sebelum
Pengetua / Guru Besar
membuat tindakan.

Paparan 2.7 Skrin Pautan Kemaskini Permohonan

48. Pemohon boleh mengemaskini maklumat permohonan atau membatalkan permohonan
sebelum Pengetua/Guru Besar membuat tindakan.

49. Skrin akan menunjukkan paparan seperti berikut :

Permohonan Anda Telah kami Terima.
Sila Klik pada Semakan Permohonan Jika Anda Ingin Mengetahui Status Terkini.

Kemaskini Permohonan


50. Jika Pengetua / Guru Besar telah membuat pengesahan pengemaskinian maklumat tidak
dibenarkan. Paparan mesej berikut akan dipaparkan

Permohonan Anda Telah kami Terima.
Sila Klik pada Semakan Permohonan Jika Anda Ingin Mengetahui Status
Terkini.

Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


25

Kemaskini tidak dibenarkan kerana Pengawai Pengesah
telah membuat tindakan




Paparan 2.8 Skrin Semakan Status Permohonan

52. Skrin akan menunjukkan paparan 2.8 dimana pemohon boleh mengetahui status
permohonan yang terkini.

53. Sistem akan memaparkan nombor kad pengenalan beserta nama pemohon dan
status terkini. Contoh status adalah :

Permohonan anda belum mendapat pengesahan Guru Besar / Pengetua


Paparan Skrin Keluar Dari Sistem

Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


26



























54. Untuk keluar dari sistem, sila tekan butang KELUAR.

















Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


27



Paparan 2.9 Skrin Keluar Sistem





















GLOSARI
Manual Pengguna(Permohonan Antara Daerah)- Sistem Pertukaran Guru Secara Online (e-GTukar) ver 2.0


28


DAFTAR MASUK Digunakan pada laman login untuk
membenarkan pengguna mendaftarkan diri
sebelum memasuki aplikasi.

LALUAN MASUK Pautan Laluan Masuk ke sistem. Dimana
pengguna diperlukan mengisi maklumat Login
ID, Kata Laluan, Nombor Kad Pengenalan,
Nombor Fail JPN dan Nombor Gaji

ID PENGGUNA Maklumat yang digunakan sebagai identiti diri
untuk memasuki sistem. Panjang yang
diperlukan adalah 6 hingga 16 aksara.

KATA LALUAN/ Maklumat yang digunakan sebagai kunci
PASSWORD untuk memasuki sistem. Panjang yang
diperlukan adalah 6 hingga 16 aksara.

LUPA KATA LALUAN Pautan ini untuk ke skrin Lupa Kata Laluan.

TUKAR KATA LALUAN Pautan ini untuk ke skrin menukar Kata
Laluan pengguna.

PENGESAHAN Pautan ini ke skrin senarai pemohon yang perlu
disahkan oleh Pegawai Pengesah.

MAKLUMAT PERMOHONAN Maklumat terperinci pemohon akan
dipaparkan berdasarkan borang yang telah
diisi oleh Pemohon.

SEMAKAN PERMOHONAN Pautan ini ke skrin Maklumat Statistik
Permohonan dimana Pegawai atau Pemohon
boleh ketahui status permohonan atau
tindakan yang telah dibuat terhadap
pemohon.

PAPAR Pautan untuk ke skrin Status Tindakan bagi
setiap permohonan.

KELULUSAN Pautan ini ke skrin senarai pemohon yang
perlu mendapat kelulusan dari Pegawai
Pelulus.

CETAK BORANG Pautan dimana pemohon mencetak borang
permohonan yang telah di isi dan dihantar
ke sistem.

Anda mungkin juga menyukai