Anda di halaman 1dari 27

abatan Imigresen Malaysia MAID Online

MANUAL PENGGUNA

SISTEM MAID ONLINE

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat i


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN ........................................................................................................ II


A-1 LATAR BELAKANG ....................................................................................... 1
A-1-1 PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING SECARA ONLINE ........1
A-1-2 MEDAN DAN DEFINISI...........................................................................2
A-1-3 SUB-MODUL ............................................................................................4
A-1-3-1 WUJUD ID MAJIKAN ................................................................................. 5
A-1-3-2 MAKLUMAT MAJIKAN .............................................................................. 8
A-1-3-3 MAKLUMAT PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) ................................... 11
A-1-3-4 PENGESAHAN CAP JARI ....................................................................... 15
A-1-3-5 FOMEMA.................................................................................................. 16
A-1-3-6 KELULUSAN PERMOHONAN ................................................................. 17
A-1-3-7 BAYARAN ................................................................................................ 17
A-1-3-8 CETAK PLKS ........................................................................................... 20
A-1-3-9 RALAT NOTIFIKASI BERKENAAN PRA ................................................ 21
A-1-3-10 RALAT NOTIFIKASI BERKENAAN MAJIKAN ....................................... 24

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat ii


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

A-1 LATAR BELAKANG

Tujuan penyediaan manual pengguna ini adalah untuk membantu pengguna sistem untuk
memahami proses kerja bagi setiap modul di dalam sistem ini. Dokumentasi ini akan
menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana sistem ini berfungsi dan memberi gambaran
kepada pengguna bagaimana untuk menggunakan sistem ini.

A-1-1 Permohonan Pembantu Rumah Asing Secara Online

Sistem Maid Online (SMO) ialah bertujuan untuk memudahkan majikan membuat permohonan
Pembantu Rumah Asing secara atas talian. Kaedah pengambilan Pembantu Rumah Asing
adalah dari 9 negara sumber yang dibenarkan. Sistem hanya membenarkan pengambilan
Pembantu Rumah Asing yang pertama sahaja. Pengambilan Pembantu Rumah kedua dan ke
atas perlu melalui saluran seperti biasa.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 1


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

A-1-2 MEDAN DAN DEFINISI


Medan dan ikon yang terdapat di dalam sistem adalah seperti berikut:

Medan Keterangan
Medan Medan ini membolehkan pengguna memasukkan informasi atau maklumat
Kemasukkan berpandukan label bagi sesuatu medan. Contoh penggunaan:

Medan Mandotari Medan yang yang diwarnakan di dalam sistem dan dinyatakan simbol (*) di dalam
pengguna sistem ini adalah medan wajib di mana medan tersebut perlu di isi oleh
pengguna.

Tarikh Medan ini membolehkan pengguna memasukkan tarikh. Contoh penggunaan:

Masukkan tarikh mengikut format hh/bb/tttt dan tekan butang tab pada papan
kekunci dan sistem akan mengubah dalam format seperti di bawah:

Bagi memasukkan tarikh, pengguna juga mempunyai pilihan lain iaitu melalui
paparan calendar. Contoh penggunaan:

Klik disini

Apabila pengguna klik kepada butang sebelah kanan tersebut, kalendar dipaparkan
seperti di bawah:

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 2


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

Medan Keterangan
Kotak Semak Medan ini membolehkan pengguna untuk membuat pilihan samada untuk
‘enabling’ atau ‘deselect’ untuk disabling. Pilihan boleh dilakukan dengan
pengguna klik pada kotak yang disediakan. Pengguna boleh memilih lebih
daripada satu baris. Contoh penggunaan:

Senarai Paparan Medan ini membolehkan pengguna untuk memilih pilihan dari senarai yang
dipaparkan. Contoh penggunaan:

Data grid Medan ini setelah proses carian nombor permohonan dilakukan. Keputusan carian
membolehkan pengguna untuk memilih senarai yang dipaparkan dalam grid
tersebut untuk dipaparkan pada skrin utama. Contoh penggunaan:

Thumbnail Majikan boleh memuat turun dokumen dengan klik pada Icon Folder.

Icon Choose File User klik boleh mencari dokumen atau gambar yang hendak dimuat naik dengan
klik pada butang Choose File.

Butang Hapus Butang hapus digunakan untuk membuang file yang tidak dikehendaki semula
majikan boleh memuat naik dokumen yang baru.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 3


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

A-1-3 SUB-MODUL

TURUTAN SUB-MODUL
A-1-3-1 WUJUD ID MAJIKAN

A-1-3-2 MAKLUMAT MAJIKAN

A-1-3-3 MAKLUMAT PRA

A-1-3-4 PENGESAHAN CAP JARI

A-1-3-5 FOMEMA

A-1-3-6 KELULUSAN PERMOHONAN

A-1-3-7 BAYARAN

A-1-3-8 CETAK PLKS

A-1-3-9 RALAT NOTIFIKASI BERKENAAN PRA

A-1-3-10 RALAT NOTIFIKASI BERKENAAN MAJIKAN

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 4


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

A-1-3-1 WUJUD ID MAJIKAN

Transaksi wujud id majikan ialah bertujuan untuk mewujudkan id pengguna yang baru untuk
majikan melakukan process MAID

Langkah Tindakan

Majikan I ) Klik pada Pendaftaran Baru

II) Majikan perlu memasukkan no kad pengenalan, memilih jenis dokumen,


nama majikan dan emel yang tepat.

Sistem

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 5


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

Majikan Sistem akan membuat semakan ke atas majikan:


Jika terdapa kesalahan system akan paparkan ralat tersebut

i. Samada majikan telah wujud

ii. Majikan dalam senarai syak

iii. Majikan dalam senarai hitam

III) Majikan perlu memasukkan emel yg tepat untuk menerima ID Pengguna


dan Kata Laluan. Mesej pengesahan emel akan keluarkan untuk majikan
menyemak semula emel.

IV) Pergi ke menu log masuk untuk log masuk SMO menggunakan ID Pengguna
dan kata laluan yang dapat melalui emel.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 6


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

Paparan menu log masuk dan pendaftaran baru

V) Di Tetapan Pengguna, majikan boleh menukar Kata Laluan seperti yang


dikehendaki.

VI) Lupa kata laluan boleh dibuat dengan memasukkan semula No Kad
Pengenalan di laman lupa kata laluan di menu log masuk

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 7


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

A-1-3-2 MAKLUMAT MAJIKAN

Transaksi kemaskini maklumat majikan adalah untuk pihak imigresen untuk menyimpan
maklumat mengenai majikan yang ingin mengambil Pembantu Rumah Asing secara online.

Langkah Tindakan
Majikan Klik pada Menu Maklumat Majikan

Bagi mengemas kini maklumat majikan, majikan perlu masukkan


i. Maklumat Majikan
ii. Maklumat Pasangan Majikan
iii. Maklumat Pendapatan Bulanan
iv. Maklumat lokasi Bekerja Pembantu Rumah Asing
v. Muat Naik Gambar Majikan serta pasangan

Sistem I) Maklumat Majikan


Semakan maklumat majikan adalah melalui integrasi MyIdentity (JPN).

Majikan Majikan Perlu memilih warganegara Pembantu Rumah Asing yang ingin diambil
bekerja mengikut jumlah pendapatan majikan. Selain itu juga pengguna perlu memilih
sebab pengambilan PRA.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 8


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

Majikan II) Maklumat Pasangan Majikan


Bagi majikan yang sudah berumah tangga, majikan perlu memasukkan maklumat
pasangan majikan.

Sistem III) Maklumat Pendapatan Bulanan


Jumlah pendapatan bulanan merupakan jumlah pendapatan majikan dan pendapatan
pasangan majikan (sekiranya ada). Jumlah pendapatan akan dijana secara automatik
oleh system.

IV) Maklumat Lokasi Bekerja Pembantu Rumah Asing


Majikan Majikan perlu mengisi lokasi tempat Pembantu Rumah Asing untuk bekerja.

Klik kemaskini untuk mengemaskini maklumat majikan didalam sistem. Kemaskini


data berjaya membolehkan majikan meneruskan ke urus niaga seterusnya iaitu muat
naik gambar majikan.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 9


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

Majikan V) Muat Naik Gambar Majikan


Majikan perlu memuat naik gambar majikan dan pasangan majikan berdasarkan ciri-ciri
yang terdapat di nota yang berwarna kuning.

Pilih gambar yang perlu dimuat naik menerusi butang Choose File. Tekan butang muat
naik untuk memuat naik gambar

Tekan butang [Kembali] setelah selesai memuat naik gambar.


Butang hapus digunakan untuk memuat naik gambar yang lain.

Di bahagian maklumat majikan, butang Hantar akan muncul setelah memuat naik
gambar. Klik butang hantar untuk meneruskan ke bhgn Maklumat Permohonan PRA

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 10


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

A-1-3-3 MAKLUMAT PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)

Transaksi Pendaftaran Baru Permohonan Pembantu Rumah akan diaktifkan sebaik sahaja
maklumat majikan Berjaya dikemaskini.

Langkah Tindakan
Majikan Klik pada Pendaftaran Baru di Maklumat Permohonan Pembantu Rumah Asing.

Klik pendaftaran baru untuk mula mengisi maklumat PRA

Bagi mengemas kini maklumat majikan, majikan perlu masukkan


i. Maklumat Pembantu Rumah Asing
ii. Maklumat Pas
iii. Maklumat Lokasi Bekerja
iv. Cetak Pengesahan Cap Jari PRA
v. Cetak Pengesahan FOMEMA
vi. Muat naik gambar PRA
vii. Muat Naik Dokumen
viii. Perakuan Majikan
ix. Status Permohonan Pembantu Rumah Asing

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 11


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

i) Maklumat Pembantu Rumah Asing


Majikan perlu mengisi maklumat pekerja asing dengan lengkap.

Majikan

ii) Maklumat PAS


Maklumat PAS diisi secara automatik oleh sistem berdasarkan maklumat Pas Lawatan
Sosial PRA atau Pas Khas yang masih aktif.

Papar notifikasi dibawah menunjukkan jika calon PRA tidak mempunyai Maklumat Pas.
Majikan perlu memasukkan maklumat pas secara manual. Pengesahan maklumat pas
Sistem
hanya boleh dibuat di pejabat imigresen berhampiran.
(Sila rujuk sector [ A-1-3-9] di muka surat 21 untuk penerangan yang lebih lanjut)

Papar notifikasi dibawah menunjukkan jika calon PRA tinggal lebih masa (OVERSTAY).
Majikan perlu cetak Slip Penguatkuasa ke Bahagian Penguatkuasa.
(Sila rujuk sector [ A-1-3-9] di muka surat 21 untuk penerangan yang lebih lanjut)

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 12


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

iii) Lokasi Bekerja


Lokasi bekerja diisi secara automatik ketika majikan mengisi maklumat majikan.

Sistem

Klik simpan untuk teruskan proses.

iv) Pengesahan Cap Jari PRA


Jika PRA mempunyai rekod cap jari didalam sistem, majikan boleh teruskan ke
pengesahan kesihatan FOMEMA.
Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen Negeri berhampiran untuk mengambil jari
Sistem / jika tiada rekod cap jari PRA. User akan menerima pop up window seperti berikut.
Majikan

Sila rujuk (A-1-3-4 PENGESAHAN CAP JARI)

v) Pengesahan FOMEMA PRA (refer pada segmen A-1-3-5 FOMEMA)


Majikan perlu masuk ke laman web FOMEMA – https://portal.fomema.my untuk pendaftaran
Sistem / majikan dan pembantu rumah bagi proses pemeriksaan kesihatan ke atas calon pembantu
Majikan rumah.

vi) Muat Naik Gambar PRA


Majikan boleh memuat naik gambar PRA di tab MUAT NAIK GAMBAR

Majikan Majikan boleh memilih gambar malalui “CHOOSE FILE” dan muat naik gambar tersebut. Klik
hapus untuk memuat naik gambar yang berlainan.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 13


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

vii) Muat Naik Dokumen


Majikan Setelah proses pemeriksaan Fomema selesai (rujuk A-1-3-5: FOMEMA) dan status kesihatan
pembantu rumah adalah FIT, majikan dibolehkan dan perlu memuat naik kesemua dokumen
sokongan yang dipaparkan di bahagian Muat Naik Dokumen.
Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah berdasarkan status perkahwinan majikan dan
sebab pengambilan pembantu rumah yang telah dikemaskini sebelumnya.

Dokumen yang dimuat naik hendaklah mengikut dokumen yang diperlukan berdasarkan
syarat-syarat yang disertakan. Butang hapus boleh digunakan untuk menggantikan balik
Majikan
dokumen yang dimuat naik.

viii) Perakuan Majikan dan Hantar Permohonan

Majikan Majikan perlu membaca dan mematuhi arahan tersebut sebelum tick kedua-dua kotak tersebut.
Majikan hanya boleh menghantar permohonan setelah lengkap maklumat dan membuat
perakuan.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 14


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

ix) Hantar permohonan Maid Online


Majikan Klik butang hantar untuk menghatar segala maklumat untuk membuat permohonan
Maid Online.
a) Mesej dibawah menunjukkan bahawa tiada isu untuk permohonan dan hanya
menunggu kelulusan dari Pegawai Imigresen.

x) Status Permohonan Pembantu Rumah


Semakan status permohonan boleh dibuat di menu Status Permohonan. Kelulusan
permohonan akan dilakukan oleh Pegawai Imigresen Negeri (berdasarkan lokasi
bekerja Pembantu Rumah) dan majikan akan menerima notifikasi melalui emel
mengenai status kelulusan.

A-1-3-4 PENGESAHAN CAP JARI


Sistem akan membuat semakan ke atas calon Pembantu Rumah Asing sama ada mempunyai maklumat
biometrik (cap jari) atau tidak semasa maklumat pembantu rumah dimasukkan.
Sekiranya tiada, majikan perlu cetak dan bawa slip arahan Pengambilan Cap Jari ke Pejabat Imigresen
Negeri berdekatan untuk proses pengambilan cap jari. Cetakan surat boleh dicetak di butang “Cetak
Slip Pengambilan Cap Jari” di laman maklumat pembantu rumah asing.

*Pembantu rumah yang mempunyai maklumat cap jari tidak perlu melakukan proses pengambilan
cap jari. Majikan hanya perlu cetak slip pemeriksaan kesihatan FOMEMA.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 15


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

A-1-3-5 FOMEMA

Majikan perlu mendaftar di laman web FOMEMA untuk proses pemeriksaan kesihatan ke
atas calon Pembantu Rumah Asing.

https://portal.fomema.my

Bagi PRA yang masih lagi tidak mempunya rekod kesihatan FOMEMA. Majikan perlu
mencetak slip FOMEMA untuk PRA membuat pemeriksaan kesihatan di klinik berhampiran.

Ralat berikut akan jika PRA tiada maklumat fomema

Contoh Slip FOMEMA

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 16


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

Bagi PRA yang tergolong dalam permohonan baru sebagai PRA. Majikan perlu membawa
PRA bersama dokumen yang berkenaan ke Jabatan Imigresen yang berdekatan untuk
pengesahan dokumen.

Setelah majikan menerima notifikasi dari pihak Fomema, majikan boleh kembali login ke
https://maid-online.imi.gov.my/maid untuk proses muat naik dokumen dan hantar permohonan
(rujuk vii) Muat Naik Dokumen.

A-1-3-6 KELULUSAN PERMOHONAN

Pegawai Imigresen akan membuat kelulusan permohonan setelah memeriksa kesemua


maklumat dan dokumen yang telah dihantar oleh majikan. Status permohonan akan diemel
kepada majikan berdasarkan emel yang telah didaftarkan. Sekiranya permohonan diluluskan,
maklumat bayaran berserta surat kelulusan dan kontrak kerja akan dilampiran bersama melalui
emel. Surat kelulusan dan Kontrak kerja perlu dilengkapkan dan dibawa semasa proses
pengambilan pelekat PLKS.

A-1-3-7 BAYARAN

Proses pembayaran hanya boleh dibuat setelah permohonan diluluskan. Pembayaran perlu
dilakukan secara Online di https://maid-online.imi.gov.my/maid di menu Status Permohonan
dan perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan. Permohonan akan terbatal
secara automatik sekiranya gagal membuat bayaran dalam tempoh tersebut. Bayaran hanya
menerima transaksi secara debit.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 17


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

Langkah Tindakan

I) Klik pada Status Permohonan Pembantu Rumah Asing.

Majikan

II) Klik Bayar di sini untuk meneruskan ke proses pembayaran. Sistem akan
Majikan
memaparkan maklumat pembayaran yang perlu dibuat oleh majikan.

Majikan boleh memilih bank untuk membuat transaksi bayaran di skrin yang
Majikan berikutnya. Selain itu, majikan perlu mengisi emel untuk melancarkan transaksi
bayaran. Resit bayaran PLKS dan Resit wang cagaran akan dihantar ke email
tersebut.

Sistem

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 18


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

Majikan akan disambungkan ke laman web bank yang telah dipilih berdasarkan
pilihan bank yang dipilih. Proses pembayaran disambung di laman web pihak
ketiga.

Sistem

Status pembayaran akan dipaparkan dan majikan boleh mencetak resit PLKS
dan resit Wang Cagaran di menu Status Permohonan. Majikan menerima
pengesahan bayaran melalui emel.

Nota penting:
Sepanjang prosess pembayaran, majikan perlu bersabar dalam menunggu proses
pembayaran dilaksanakan. Majikan perlu menunggu sehingga transaksi berjaya
dan pulang ke halaman sebelumnya. Gangguan semasa process pembayaran
dilakukan boleh menyebabkan ralat dalam process permohonan.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 19


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

Selepas membuat bayaran, majikan akan diberi 2 jenis resit iaitu resit rasmi dan
resit rasmi wang cagaran. Majikan perlu membawar resit ke jabatan imigresen
terdekat untuk mencetak pelekat untuk calon PRA untuk membolehkan PRA
bekerja bersama majikannya.

a) Contoh Resit Rasmi

b) Contoh resit rasmi untuk wang cagaran

A-1-3-8 CETAK PLKS

Majikan perlu ke Pejabat Imigresen Negeri untuk proses cetakan pelekat PLKS tahun pertama.
Majikan perlu membawa passport asal pembantu rumah, kontrak kerja yang telah diisi dengan
lengkap dan polisi insuran pembantu rumah untuk pengesahan oleh pegawai Imigresen.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 20


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

A-1-3-9 RALAT NOTIFIKASI BERKENAAN PRA

Mesej notifikasi akan muncul jika terdapat ralat berkaitan biodata PRA mahupun maklumat
pas. Majikan perlu mengikut langkah-langkah yang terdapat didalam mesej tersebut.

1) Umur calon PRA tidak menepati had umur 21 - 45 tahun.

Salah satu syarat PRA yang perlu diikuti adalah PRA hendaklah berumur diantara 21-45
tahun. Majikan tidak boleh meneruskan permohonan maid online.

2) Calon PRA tersenarai di dalam rekod SENARAI HITAM


Calon PRA tidak terdiri daripada senarai hitam. Majikan tidak boleh meneruskan permohonan.

3) Calon PRA tersenarai di dalam rekod SENARAI SYAK


Calon PRA tidak terdiri daripada senarai hitam. Majikan tidak boleh meneruskan permohonan.

4) Calon PRA mempunyai rekod sejarah FOMEMA unfit.


Majikan tidak dapat meneruskan transaksi kerana PRA mempunyai rekod unfit di FOMEMA.

5) Calon PRA mempunyai pas selain Pas Lawatan Sosial yang masih aktif.
Calon PRA tidak boleh meneruskan process Maid Online kerana PRA mempunya pas selain Pas
Lawatan Sosial yang aktif. Sistem akan sahkan status pas melalui nombor dokumen/passport.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 21


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

6) Calon PRA mempunyai permohonan terdahulu yang masih aktif.


Majikan tidak dapat meneruskan permohonan bersama PRA kerana terdapat permohonan yang
masih aktif. (permohonan tergantung berstatus Baru, Lulus, Bayar, Lulus Cetak Semula)

7) Tiada maklumat pas bagi calon PRA, teruskan transaksi dengan mengisi semua maklumat.
Sistem tidak mempunyai maklumat pas mengenai pas. Majikan perlu mengisi maklumat pas
secara manual. Selain itu juga majikan perlu mencetak Slip tiada maklumat pas dan merujuk
kepada jabatan imigresen terdekat.

Slip Tiada Maklumat pas


perlu dibawa untuk
Pengesahan Maklumat Pas

8) Calon PRA telah tinggal lebih masa (overstay 01/01/2017 – 31/12/2017)


Bagi kes PRA tinggal lebih masa (OVERSTAY), Majikan perlu bawa Slip Pembantu Rumah Asing
Tinggal Lebih Masa ke Bahagian Penguatkuasa JIM Negeri untuk pengesahan Maklumat Pas

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 22


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

9) Calon PRA mempunyai Pas Lawatan Sosial dan Pas Khas yang telah tamat tempoh
(overstay SELAIN 01/01/2017 – 31/12/2017)

10) Tarikh tamat passport kurang 15 bulan dari tarikh semasa.


Tarikh tamat dokumen bagi PRA hendaklah tidak kurang 15 bulan dari tarikh semasa.

11) Majikan beragama Islam hanya boleh menggaji calon PRA beragama Islam sahaja.
Salah satu syarat pengambilan PRA adalah, majikan yang beragama islam hanya boleh
mengambil PRA yang beragama islam sahaja.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 23


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

A-1-3-10 RALAT NOTIFIKASI BERKENAAN MAJIKAN

Mesej notifikasi akan muncul jika terdapat ralat berkaitan biodata majikan. Majikan perlu
mengikut langkah-langkah yang terdapat didalam mesej tersebut.

A) PENDAFTARAN PENGGUNA
1) Majikan tersenarai dalam Senarai Hitam
Majikan yang tersenarai hitam tidak dapat meneruskan pengambilan PRA melalui
sistem. Majikan perlu merujuk kepada Jabatan Imigresen yang berdekatan.

2) Majikan tiada maklumat di myIdentity


Maklumat majikan tiada di MyIdentity. Majikan perlu merujuk balik ke Jabatan
Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

3) Pendaftaran untuk kali ke-2 (Majikan telah berdaftar SMO)


Majikan sudah mempunyai akaun Sistem Maid Online. Sila periksa email untuk
maklumat pendaftaran.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 24


abatan Imigresen Malaysia MAID Online

B) DAFTAR MAKLUMAT MAJIKAN


1) Jumlah pendapatan tidak memenuhi syarat minima
Jumlah pendapatan isi rumah hendaklah mengikuti syarat-syarat minima pengambilan
PRA. Warganegara PRA yang berbeza memberi jumlah pendapatan yang berbeza.

2) Pasangan majikan mempunyai PRA aktif


Permohonan PRA melalui Sistem Maid Online hanya dibenarkan untuk pengambilan PRA
yang pertama.

3) Saiz gambar tidak mengikut syarat


Spesifikasi saiz gambar yang dimuat naik adalah besar, majikan perlu memuat naik
gambar yang baharu mengikut spesifikasi di nota kuning.

Manual Pengguna Sistem Maid Online Muka Surat 25

Anda mungkin juga menyukai