Anda di halaman 1dari 37

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA

MANUAL PENGGUNA
APLIKASI PENDAFTARAN PT3
[SUP]
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Adalah DIGALAKKAN bagi SUP membaca


keseluruhan

manual

pengguna

yang

disediakan ini sebelum memulakan proses


pendaftaran
pusat
pentaksiran
dan calon
Penafian. Hakcipta
Bahagian
Pengurusan
Maklumat, Kementerian
Pelajaran Malaysia
bagi

melancarkan

proses

pendaftaran

sekaligus mengelakkan kesilapan di dalam


mendaftar pusat dan calon.

Halaman | 2

ISI KANDUNGAN

1.0
2.0
3.0

PENGENALAN
PENGGUNAAN SISTEM
2.1
Pra Penggunaan Sistem
2.2
Senarai Menu
PROSES PENGGUNAAN SISTEM
3.1
MENU PROSES PUSAT
3.1.
Daftar Pusat
1
3.1.
3.2

Senarai Pusat

4
47
7
89
10 11

2
MENU PROSES CALON
3.2.
Daftar Calon
1
3.2.1.1

3.2.

Calon Sekolah Kerajaan


A. Calon Lengkap Dokumen
B. Calon Tiada Dokumen
3.2.1.2 Calon Sekolah Swasta
Tambah Calon

11 16
12 14
14 15
15 16
17 19

2
3.2.

Kemaskini Calon

20 21

3
3.2.

Senarai Calon Jana Angka Giliran

22 27

Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas

29 31

4
3.2.

Halaman | 3

4.0

6
3.3
MENU CETAKAN
3.4
MENU IMPORT / EKSPORT
3.5
MENU LAIN-LAIN
3.6
MENU BANTUAN
3.7
MENU UTAMA
KELUAR DARI SISTEM

31 32
33
34
34 35
36
36

1.0 PENGENALAN
Aplikasi Pendaftaran Calon PT3 Atas Talian dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan
Maklumat (BPM) untuk memudahkan Setiausaha Pentaksiran (SUP) mendaftar pusat
pentaksiran dan calon yang akan menduduki pentaksiran PT3. Ini adalah satu langkah yang
dilakukan oleh LP untuk menaiktaraf sistem Pendidikan Negara dengan mengaplikasikan
kemudahan teknologi siber di peringkat sekolah selaras dengan agenda PIPP Nasional.
Diharapkan dengan pembangunan dan kemudahan sistem aplikasi ini, proses pendaftaran
pusat pentaksiran dan calon PT3 dapat dilakukan dengan lebih efisien.
2.0 PENGGUNAAN SISTEM
2.1 PRA PENGGUNAAN SISTEM
Buka pelayan web Internet (dinasihatkan penggunakan pelayar web Mozila
Firefox 3.0 ke atas dengan saiz resolusi skrin 1024 x 768 piksel)
Taipkan alamat url seperti berikut:
http://apps2.moe.gov.my/pt3
Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 4

Klik pada butang Setiausaha Pentaksiran

Skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 5

Masukkan Nama Login dan Kata Laluan seperti yang diberikan oleh Lembaga
Pentaksiran melalui Surat Login untuk Aplikasi Pendaftaran PT3.
Klik butang Masuk dan skrin di bawah akan dipaparkan.

Untuk pengguna yang baru pertama kali mendaftar masuk (login) ke aplikasi ini,
proses pengemaskinian Kata Laluan perlu dilakukan.

Halaman | 6

Masukkan Kata Laluan Lama dan Kata Laluan Baru.


Maklumat seperti Nama SUP, No. Tel Pejabat, No. Tel Bimbit dan Emel wajib
dimasukkan. Jika tidak, ralat dikeluarkan dan maklumat tidak akan disimpan.
Klik butang SIMPAN dan mesej Maklumat Berjaya Dikemaskini dipaparkan.
2.2 SENARAI MENU
Bagi SUP menu-menu yang boleh dicapai di dalam aplikasi ini adalah seperti berikut:
Utama
Proses Pusat
o Daftar Pusat
o Senarai Pusat
Proses Calon
o Daftar Calon
o Tambah Calon
o Kemaskini Calon
o Senarai Calon (Jana Angka Giliran)
Cetakan
Import / Eksport
Lain-lain
o Tukar Katalaluan
Bantuan
o Manual Pengguna
o Pegawai Dihubungi
Keluar
3.0 PROSES PENGGUNAAN SISTEM
3.1 MENU PROSES PUSAT
Ini adalah menu di mana SUP akan mendaftar pusat pentaksiran pilihan. Untuk
melancarkan proses mendaftar pusat pentaksiran.
Terdapat dua (2) submenu untuk Proses Pusat iaitu Daftar Pusat dan Senarai Pusat.
Proses terperinci bagi kedua-dua submenu ini diterangkan di bawah:
3.1.1 Daftar Pusat
Untuk mendaftar pusat pentaksiran, masukkan No Pusat. Tekan butang
SEMAK.

Halaman | 7

Jika No Pusat belum diwujudkan, skrin di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 8

Klik

butang

DAFTAR.

Mesej

No

Pusat

Berjaya

didaftarkan

akan

dipaparkan.
Jika No Pusat telah wujud, ralat No. Pusat Telah Wujud seperti di bawah
akan dipaparkan.

SUP dibenarkan mengemaskini Nama Pusat sahaja. Nama Pusat tidak


boleh melebihi 40 aksara.
3.1.2 Senarai Pusat
Melalui menu ini, SUP boleh melihat senarai pusat pentaksiran yang telah
didaftarkan, Jenis calon, bil calon, status janaan angka giliran, status
pengesahan pendaftaran calon, mengemaskini Nama Pusat serta boleh
terus mendaftar calon untuk pusat pilihan.

Halaman | 9

SUP boleh menekan pautan Bil Calon (

) untuk terus melihat

Senarai Calon yang didaftarkan.

Untuk mengemaskini Nama Pusat, tekan ikon Kemaskini (

) dan

tekan butang KEMASKINI setelah mengemaskini Nama Pusat.

Halaman | 10

Untuk mendaftar calon untuk pusat pentaksiran, tekan butang Daftar


Calon. Paparan skrin di bawah akan terpapar.

Halaman | 11

3.2 MENU PROSES CALON


Terdapat lima (5) submenu untuk Proses Calon iaitu Daftar Calon APDM, Tambah
Calon, Selenggara Calon, Selenggara Mata Pelajaran, dan Borang Maklumat Calon
Berkeperluan Khas. Proses terperinci bagi submenu ini diterangkan di bawah:
3.2.1 Daftar Calon APDM
Bagi submenu ini, terdapat 2 perbezaan SKRIN dan PROSES mendaftar
calon iaitu Calon Lengkap Dokumen dan Calon Tidak Lengkap Dokumen.
3.2.1.1 Daftar Calon Lengkap Dokumen
Submenu ini akan memaparkan No. Pusat, No. Sekolah, Jenis
Sekolah (K, L, M, N, P, R, S, T), Nama Kelas APDM.
Pilih No. Pusat dan No. Sekolah yang hendak didaftarkan
calon.
Pilih Jenis

Sekolah

yang

hendak

didaftarkan

mengikut

kategori yang yang telah disenaraikan.


Petunjuk:
K- Calon Sekolah Menengah Kerajaan
L- Calon MRSM/Perantis Petronas
M- Calon Sekolah Agama Tadbiran Kerajaan Negeri
N- Calon Sekolah Swasta
P- Calon Persendirian
R- Calon Sekolah Agama Rakyat
S- Calon Sekolah Tidak Berdaftar Dengan KPM
T- Calon Sekolah Intergriti / Tunas Bakti / Seri Puteri /
Asrama Akhlak

Pilih Nama Kelas APDM yang telah didaftarkan. Paparan


skrin seperti di bawah. SUP perlu memilih nama Kelas APDM.

Halaman | 12

Masukkan No Kelas bagi menentukan kedudukan calon dan


tekan butang SENARAIKAN.

Skrin

akan memaparkan keseluruhan maklumat calon yang

mempunyai id pengenalan diri sama ada No Kad Pengenalan, No


Sijil Kelahiran atau No Pasport, Tarikh Lahir, Keterunan, Calon
Istimewa dan Daftar. Paparan skrin seperti di bawah .

Halaman | 13

Pilih calon yang hendak didaftarkan berdasarkan No Kelas yang


dimasukkan dengan memilih () pada ruang kotak Daftar.

Tekan

butang SIMPAN untuk mendaftar Calon .

Halaman | 14

Mesej Maklumat Calon PT3 telah berjaya disimpan akan


dipaparkan dan tekan

OK

Jika tidak, satu tetingkap kecil peringatan akan keluar.


PERINGATAN :
Jika pautan SETERUSNYA>> / <<SEBELUMNYA ditekan
sebelum menekan butang SIMPAN, calon yang telah dipilih tidak
akan didaftarkan.

Halaman | 15

Hanya Kod Calon Istimewa dibenarkan untuk dikemaskini.


Hanya 20 orang calon dipaparkan setiap paparan.

Pilih No Pusat yang hendak didaftarkan calon.


Masukkan No Kelas dan pilih Kod Calon Istimewa (jika berkaitan)
dan tekan butang DAFTAR.

Jika calon berjaya didaftarkan, mesej Maklumat Calon Berjaya


Disimpan akan dipaparkan.

3.2.2 Tambah Calon

Halaman | 16

Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP mendaftar calon secara


manual JIKA calon yang hendak didaftarkan TIADA pada submenu Daftar
Calon.
Pilih No Pusat dan No Sekolah yang hendak didaftarkan calon.
Masukkan No Kelas dan tekan butang TERUSKAN>>.

Skrin di bawah akan dipaparkan.

SUP perlu memasukkan sendiri No Kad Pengenalan (id pengenalan


diri sama ada No Kad Pengenalan, No Sijil Lahir atau No Pasport),

Nama Calon, Agama, Kod Calon Istimewa (jika berkaitan), Jantina,


Tarikh Lahir (dalam format ddmmyy) dan Keturunan.

Halaman | 17

Jika calon tidak mempunyai id pengenalan diri, tekan butang Jana No.

LP untuk menjana No LP.

Tekan butang DAFTAR untuk mendaftar calon.


Jika calon ditambah selepas SUP menjana angka giliran, ruang No.
Calon akan dipaparkan dan No Kelas tidak boleh dimasukkan. Lihat
skrin di bawah.

Jika calon berjaya didaftarkan, mesej Maklumat Calon telah berjaya


disimpan seperti di bawah akan dipaparkan.

Halaman | 18

JANGAN sesekali klik pada kotak Prevent this page from creating

additional dialogs di atas.


SUP hanya dibenarkan klik pada butang OK sahaja.

3.2.3 Kemaskini Calon


Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP Kemaskini maklumat calon
atau Hapus calon melalui carian id pengenalan diri atau angka giliran.
Masukkan id pengenalan diri atau angka giliran dan tekan butang CARIAN.

Halaman | 19

Jika

id

pengenalan

calon

atau

angka

giliran

wujud,

skrin

akan

memaparkan calon yang dicari. Jika ada lebih daripada seorang calon
yang berkongsi id yang sama, aplikasi akan menyenaraikan calon tersebut
dan SUP perlu membuat pilihan dengan menekan pautan pada Nama
Calon. Lihat rajah di bawah.

Jika Janaan Angka Giliran hanya dilakukan sebanyak tiga (3) kali sahaja
dan Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, hanya No Kelas dan Kod
Calon Istimewa boleh dikemaskini.
Jika Janaan Angka Giliran telah dilakukan sebanyak tiga (3) kali dan
Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, hanya Kod Calon Istimewa
boleh dikemaskini.

Jika calon didaftarkan melalui submenu TAMBAH CALON dan jika


Janaan Angka Giliran hanya dilakukan sebanyak dua (2) kali sahaja
serta Pengesahan Pendaftaran belum dilakukan, semua maklumat
calon boleh dikemaskini.
Jika Pengesahan Pendaftaran telah dilakukan, mana-mana maklumat
calon didaftarkan melalui menu Tambah Calon tidak boleh dikemaskini
lagi.
Tekan butang KEMASKINI untuk menyimpan maklumat calon yang telah
dikemaskini.
Tekan butang HAPUS untuk membuang calon daripada Senarai Calon yang
telah didaftarkan.

Halaman | 20

3.2.4 Selenggara Calon Jana Angka Giliran


Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP melihat senarai calon yang
telah didaftarkan bagi setiap pusat pentaksiran kawalannya dan menjana
angka giliran.
Melalui Senarai Calon ini juga SUP boleh mengemaskini maklumat calon yang
dibenarkan dan menghapus calon dengan menekan ikon yang disediakan.
***PENTING: Perlu diingatkan, SUP hanya dibenarkan menjana angka
giliran sebanyak TIGA (3) kali sahaja. Setelah pasti dengan senarai calon
yang didaftarkan dan angka giliran telah dijana, SUP MESTILAH menekan
butang PENDAFTARAN DISAHKAN. Hanya selepas butang PENDAFTARAN
DISAHKAN ini ditekan, calon yang didaftarkan akan disimpan di dalam
pangkalan data sebagai senarai calon yang sah untuk didaftarkan.
***SILA BACA DENGAN TELITI SEBELUM MENJANA ANGKA GILIRAN:
SUP masih dibenarkan untuk mengemaskini maklumat calon seperti No
Kelas dan Kod Calon Istimewa dan menghapus calon setelah angka giliran
dijana sebanyak dua (2) kali.
SUP HANYA dibenarkan untuk mengemaskini maklumat calon seperti Kod
Calon Istimewa sahaja dan menghapus calon setelah angka giliran dijana
sebanyak tiga (3) kali.
Sekiranya butang PENDAFTARAN DISAHKAN telah ditekan, SUP TIDAK
BOLEH

sama

sekali

mengemaskini

mana-mana

maklumat

calon,

menambah dan menghapus calon. Sila pastikan SUP benar-benar pasti


dengan senarai calon yang ingin didaftarkan.
JIKA SUP ada menambah calon selepas menjana angka giliran buat kali
pertama (1) atau kali kedua (2), SILA jana angka giliran sekali lagi
sebelum menekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN.
Pilih No Pusat, Jenis Calon, Nama Kelas APDM dan masukkan no kelas
untuk daftarkan calon.

Halaman | 21

Tekan butang SENARAIKAN.


Skrin di bawah akan dipaparkan.

Klik SIMPAN untuk teruskan dengan pendaftaran calon.


Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali
pertama (1).

Halaman | 22

Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan pendaftaran


calon SEKIRANYA SUP tidak ingin mengemaskini mana-mana maklumat
calon dan senarai calon telah dipastikan.
Mesej

di

bawah

akan

dipaparkan

setelah

butang

PENDAFTARAN

DISAHKAN ditekan.

Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali
kedua (2).

Halaman | 23

Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan pendaftaran


calon SEKIRANYA SUP tidak ingin mengemaskini mana-mana maklumat
calon dan senarai calon telah dipastikan.
Skrin di bawah akan dipaparkan setelah angka giliran dijana buat kali
ketiga (3).

Halaman | 24

Tekan butang PENDAFTARAN DISAHKAN untuk mengesahkan pendaftaran


calon SEKIRANYA SUP tidak ingin mengemaskini mana-mana maklumat
calon dan senarai calon telah dipastikan.
Setelah butang PENDAFTARAN DISAHKAN ditekan, senarai calon yang
telah didaftarkan akan disimpan di dalam pangkalan data sebagai calon
yang sah didaftarkan.
Skrin di bawah akan dipaparkan setelah butang PENDAFTARAN DISAHKAN
ditekan.

Halaman | 25

Sekiranya ada penambahan calon untuk didaftarkan selepas angka giliran


dijana pada kali pertama (1) atau kedua (2), DAN butang PENDAFTARAN
DISAHKAN terus ditekan TANPA menjana angka giliran SEKALI LAGI,
mesej ralat Masih terdapat calon yang tidak mempunyai angka giliran.
Sila Jana Angka Giliran akan dipaparkan.
Klik butang OK.
Tekan butang JANA ANGKA GILIRAN.
3.2.5 Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas (CBK)
Submenu ini disediakan bagi membolehkan SUP memasukkan keperluan khas
bagi setiap calon istimewa yang didaftarkan.
HANYA calon istimewa yang telah SAH didaftarkan akan dipaparkan pada
submenu ini.
Pilih No Pusat untuk dipaparkan.
Jenis Calon akan dipaparkan secara automatik.
Tekan butang CARIAN.

Halaman | 26

Butang
Skrin di bawah akan dipaparkan.

CARIAN

Halaman | 27

Halaman | 28

Masukkan setiap keperluan khas calon istimewa (jika berkaitan) pada


ruang yang disediakan.
Sila pilih kotak Tambah Masa, Kertas dan Pengecualian PEKA dan PAFA
(jika berkaitan). Kotak akan bertanda () setelah dipilih.
Calon yang beragama Islam tidak boleh dikecualikan daripada tidak
mengambil PAFA. Mesej di bawah akan dipaparkan jika SUP memilih kotak
Pengecualian PAFA bagi calon istimewa beragama Islam.

Setelah memasukkan semua keperluan khas calon istimewa, tekan butang


SIMPAN.
Mesej Maklumat Calon Istimewa telah disimpan akan dipaparkan. Klik
butang OK.
Aplikasi akan mengira jumlah setiap keperluan khas calon secara
automatik.
Skrin di bawah menunjukkan skrin Borang Maklumat CBK yang telah
dimasukkan keperluan dan telah dikira jumlah setiap keperluan.

Halaman | 29

Sekiranya ada keperluan khas calon istimewa yang perlu dikemaskini, pilih
kotak yang berkaitan dan tekan butang SIMPAN.

4.0CALON PINDAH KELUAR

Masukkan No. Kad pengenalan atau nama dan klik CARI.

Halaman | 30

Kemudian Klik Pilih nama calon, PINDAH KELUAR.

Paparan berikut akan dipaparkan sekiranya calon berjaya dipindah keluar

5.0 CALON PINDAH MASUK

Halaman | 31

Masukkan No. Kad pengenalan klik CARI- kemudian Klik Nama Calon Pindah
Masuk , kemudian klik pada PINDAH.

Bila Maklumat Calon pindah masuk telah berjaya dikemaskini, proses


ini telah berjaya.

6.0 MENU CETAKAN


Menu ini disediakan bagi membolehkan SUP mencetak dokumen standard yang
diperlukan pada setiap proses pendaftaran calon.
Terdapat 6 jenis cetakan yang disediakan iaitu:

Halaman | 32

Kenyataan Kemasukan
Rumusan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan
Senarai Kemasukan Mata Pelajaran
Rumusan Sekolah Mata Pelajaran
Senarai Calon Istimewa
Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas

SUP perlu memilih No Pusat dan No Sekolah pada SETIAP jenis cetakan. Paparan
di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan kepada cetakan.

Klik ikon Disket untuk simpan Surat Login pada komputer PPD.
Klik ikon Pencetak untuk cetak terus Surat Login melalui aplikasi.
Bagi cetakan Kenyataan Kemasukan:
Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas.
Tekan butang PAPAR.
Bagi cetakan Rumusan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan:
Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas.
Tekan butang PAPAR.
Bagi cetakan Senarai Kemasukan Mata Pelajaran:
Pilih sama ada Semua Calon / No Calon / No Kelas.
Tekan butang PAPAR.
Bagi cetakan Rumusan Sekolah Mata Pelajaran
Pilih No Pusat dan No Sekolah.
Tekan butang PAPAR
Bagi cetakan Senarai Calon Istimewa:
Pilih sama ada Semua Calon Istimewa / Kod Calon Istimewa
Tekan butang PAPAR.
Bagi cetakan Borang Maklumat Calon Berkeperluan Khas
Pilih No Pusat dan No Sekolah.
Tekan butang PAPAR
7.0 MENU IMPORT/EKSPORT
Menu ini disediakan bagi membolehkan SUP mengeksport dan menyimpan maklumat
calon dalam bentuk fail Excel (.xls) ke komputer sendiri.
Pilih No Pusat untuk dieksport data calon.
Jenis Calon dan Nama Pusat akan terus dipaparkan.
Tekan butang EKSPORT DATA CALON.

Halaman | 33

Skrin di bawah akan dipaparkan.

pendaftaranPT3.
xls

SUP mempunyai pilihan sama ada untuk terus membuka fail (Open With) atau
menyimpan fail (Save File) pada komputer.
Klik butang OK.
8.0 MENU LAIN-LAIN
Menu ini mempunyai satu submenu iaitu Tukar Katalaluan. Melalui submenu ini, SUP
boleh mengemaskini maklumat sekolah, maklumat peribadi dan katalaluan.
Skrin di bawah akan dipaparkan setelah submenu Tukar Katalaluan ditekan.

Halaman | 34

Tekan butang SIMPAN setelah maklumat di atas dikemaskini.


9.0 MENU BANTUAN
Terdapat tiga (3) submenu bagi menu Bantuan iaitu Manual Pengguna Pendaftaran,
Manual Pengguna Kemasukan Markah dan Pegawai Dihubungi.
9.1.0 Manual Pengguna Pendaftaran
Tekan submenu Manual Pengguna Pendaftaran untuk memaparkan dan
menyimpan manual ke komputer.
Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan
kepada Manual Pengguna Pendaftaran.

Klik ikon Disket untuk simpan dokumen pada komputer SUP.


Klik ikon Pencetak untuk cetak terus dokumen melalui aplikasi.
9.1.1 Manual Pengguna Kemasukan Markah
Tekan submenu Manual Pengguna Kemasukan Markah untuk memaparkan
dan menyimpan manual ke komputer.
Paparan di bawah akan muncul pada skrin apabila tetikus dihalakan
kepada Manual Pengguna Kemasukan Markah.

Klik ikon Disket untuk simpan dokumen pada komputer SUP.


Klik ikon Pencetak untuk cetak terus dokumen melalui aplikasi.
9.1.2 Pegawai Dihubungi
Tekan submenu Pegawai Dihubungi bagi menyenaraikan pegawai yang
bertanggungjawab membantu SUP di dalam proses pendaftaran pusat dan
calon pentaksiran sekiranya mengalami kesulitan.
Contoh skrin bagi submenu Pegawai Dihubungi:

Halaman | 35

9.1.3 MENU UTAMA


Menu ini akan memaparkan maklumat am pusat pentaksiran SUP.

9.1.4

KELUAR DARI SISTEM

Klik menu Keluar untuk keluar dari sistem.

Halaman | 36

Halaman | 37

Anda mungkin juga menyukai