Anda di halaman 1dari 9

HOME

Follow me!
nota pelajar PISMP
Nice kan? senang la korang nak buat esaimen..juz wanna share..so, kalau blog ni
membantu, follow la..and if u need anything, juz leave a note..i'll respon A.S.A
.P!!
HOME
click ni ye!
TOTAL PAGEVIEWS
Sparkline 637250
PENGENALAN SIKIT!
My Photo
MAT KING
VIEW MY COMPLETE PROFILE
POPULAR POSTS
CONTOH KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG 2012
KERTAS KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG 2012 Pendahuluan Sekolah akan mengadakan pro
gram gotong royong 2012 .Murid bersama-sama guru...
Adat Resam Kaum Sikh
Aspek 1 : Adat Resam Kaum Sikh Adat resam merupakan satu perkara atau isu pentin
g apabila kita ingin mengambarkan mengenai sesuatu kau...
KKBI Bola Baling, Kemahiran Asas Bola Baling
PENGENALAN Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Per
mainan ini telah diubah suai daripada permainan-permai...
Pengenalan TGFU, Perkembangan TGFU, Contoh Aplikasi Permainan TGFU
ISI KANDUNGAN TAJUK
MUKA SURAT ...
a) Memberikan definisi bagi moral, akhlak dan etika dengan memberi contoh untuk
membezakan tiga istilah ini.
a) Memberikan definisi bagi moral, akhlak dan etika dengan memberi conto
h untuk membezakan tiga istilah ini. Moral Moral pada...
CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENDIDIKAN MORAL
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHARU, BUKIT MERTAJAM 14000 PULAU PINANG PEPERIKSAAN
AKHIR TAHUN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6 NAMA ...
Asas Sosiologi Pendidikan
Asas Sosiologi Pendidikan 1.0 Pengenalan Sosiologi adalah pengetahuan i
lmu tentang sifat masyarakat dan perkembangan masyar...
Lontar Peluru
LONTAR PELURU Sejarah Lontar peluru merupakan salah satu acara padang dalam kejo
hanan olahraga. Peluru diperbuat daripada besi ...
Pergerakan Asas Lokomotor Dan Bukan Lokomotor Dengan Menggunakan Alatan
ISI KANDUNGAN Tajuk Halaman 1. Pengenalan 2. Matlamat ...
Kerja Kursus PJ Olahraga-Lari Pecut
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ...
MEH USHA SINI!
Mat Confident
Samsung Wave 723 2nd For Sale - samsung wave 723 for sale.. mau jual, tukar lain
.. condition baik, tak ada masalah.. boleh check kalau tak pecaya.. nak jual mur
ah.. sapa cepat, dia dapat....
1 year ago
The King's Territory!
Rokok dan Gula -
2 years ago
..Seram Sunyi..
Allahyarham Ahmad Syamil bin Basri...sahabat sejati dunia akhirat... - tanggal
14 Oktober 2010..tarikh yang tak mungkin aku lupakan seumur hidupku..tarikh yang
menyentap kekuatan yang ada dalam diri ni...tarikh yang membuat s...
3 years ago
Powered by Blogger.
Pengujian dan Penilaian
7:02 PM Mat King No comments
Tujuan-tujuan pengujian & penilaian
PENGENALAN
Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam
dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, se
setengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan merek
a mengukur prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik
darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung is
tilah berkenaan. Akan tetapi secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mem
punyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.
Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira se
mua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya
dapat membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Dan apa yang in
gin diterangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-tujuan pengujia
n dan penilaian itu sendiri.
DEFINISI
Antara ketiga-tiga istilah (pengujian, pengukuran dan penilaian) berkenaan, peng
ujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus.
Pengujian
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk meme
rhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan
bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bern
ombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kece
rdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran s
eperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introver
t bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti ya
ng dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dala
m Raminah Haji Sabran (1991) yang menegaskan bahawa:
Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan o
leh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperole
hi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (R
aminah 1991:2)
Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran
yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian
menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.
Secara ringkas Pengujian ialah : Satu prosedur yang sistematik bagi mengukur per
ubahan tingkah laku. Tujuan ialah menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pem
belajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis.
Penilaian
Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan banyak cara, St
ufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineati
ng, obtaining, and providing useful information for judging decision alternative
s. Definisi ini menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.
Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistemat
ik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu ob
jektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membol
ehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengaj
aran dan pembelajaran.
Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan
mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar. Dalam keadaa
n ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar
melalui ujian yang dijalankan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa
sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatk
an pertimbangan nilai semata-mata.
Secara ringkasnya Penilaian ialah : Satu proses membuat pertimbangan dalam menta
fsir hasil pengukuran. Bertujuan memberikan maklumat tentang pencapaian murid, o
bjektif pelajaran, kaedah mengajar dan kurikulum.
Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang be
rkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang t
epat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru
dalam membangunkan instrumen pengujian dan penilaian amat penting malah sama p
entingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin k
eberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
TUJUAN-TUJUAN PENGUJIAN DAN PENILAIAN
Secara khusus, dalam konteks pembelajaran di kelas, penilaian dilakukan untuk me
ngetahui kemajuan dan hasil belajar peserta didik, mendiagnosa kesulitan belajar
, memberikan umpan balik/perbaikan proses belajar mengajar, dan penentuan kenaik
an kelas. Melalui penilaian dapat diperoleh informasi yang tepat tentang penyele
nggaraan pembelajaran dan keberhasilan belajar peserta didik, guru, serta proses
pembelajaran itu sendiri. Berdasarkan informasi itu, dapat dibuat keputusan ten
tang pembelajaran, kesulitan peserta didik dan upaya bimbingan yang diperlukan s
erta keberadaan kurikukulum itu sendiri. Selain itu tujuan-tujuan lainnya ialah
:
Sebagai penggerak / motivasi
Ujian juga memainkan peranan sebagai penggerak bagi murid-murid. Dengan adanya u
jian, murid-murid cenderung untuk memberi perhatian kapada pelajaran yang disamp
aikan oleh guru. Sebahagian besar murid akan hanya mula mengulang kaji bahan-bah
an pelajaran lampau apabila diberitahu akan diadakan ujian. Begitu juga keadaan
murid-murid di kelas yang akan menempuh peperiksaan mendesak mereka belajar bers
ungguh-sungguh untuk lulus peperiksaan. Pengujian yang berdasarkan objektif-obje
ktif pendidikan dapat memaksa guru dan murid berusaha mencapai terhadap objektif
-objektif itu.
Juga memberi kesedaran kepada kanak-kanak bahawa manusia perlu hidup dalam keada
an berharmoni dengan alam sekitarnya dan membina serta memupuk kemahiran murid-m
urid untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dari semasa ke semasa.
setereusnya untuk merangsangkan murid supaya terus memperbaiki pembelajarannya m
elalui tunjuk ajar dan bimbingan guru secara berterusan di bawah aktiviti PKBS (
penilaian kemajuan berasaskan sekolah).
Sebagai alat mencari punca kelemahan
Pengujian diagnostik dapat mengesan punca kelemahan murid dalam pembelajaran. Ma
klumat pengujian ini membolehkan guru menyediakan program pemulihan.
Untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid supaya tindakan susul
an yang sesuai dapat dijalankan untuk membantu mereka mengatasi kelemahan yang t
elah dikenal pasti. Dan seterusnya untuk memperbaiki pembelajaran murid dengan m
engubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan maklumat yang depero
lehi dari PKBS.
Ianya juga dapat mengenalpasti kelemahan dan kekuatan kurikulum, dan seterusnya
mengubahsuainya mengikut maklumat dan objektif yang ditentukan.
Bagi mendapatkan maklumbalas (feedback)
Meninjau setakat mana objektif pelajaran telah dicapai oleh murid. Menentukan ke
majuan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Memahami daya penyerapan murid d
alam pembelajaran. Memberi penjelasan kepada guru sama ada pengajarannya berkesa
n atau tidak. Memberi gambaran kepada guru supaya mengambil tindakan untuk mempe
rbaiki pengajaran selanjutnya.
Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat
memberikan maklum balas kepada guru berhubung tahap penguasaan pelajar terhad
ap sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masal
ah yang timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu g
uru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah terse
but sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada
sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat
mengenal pasti murid yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid
yang lemah yang memerlukan aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan
sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperl
uan murid atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya.
Bagi murid-murid pula, hasil ujian mungkin merupakan suatu perangsang bagi merek
a sekiranya keputusan yang diterima adalah baik. Prestasi mereka yang baik seter
usnya akan mendorong mereka belajar dengan lebih tekun lagi. Sebaliknya, keputus
an yang kurang baik mungkin akan mencabar murid berkenaan untuk berusaha dengan
lebih kuat. Setengah-setengah ibu bapa, setelah mendapat maklum balas tentang ha
sil ujian anak-anak mereka akan berikhtiar untuk mendapatkan bimbingan tambahan
bagi anak-anak mereka.
Menilai prestasi / pencapaian / kemajuan murid-murid.
Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan pada peringkat akhir sesi pengaj
aran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan
murid-murid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain penilaian yang d
ijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian yang dij
alankan pada akhir sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya pada akhi
r tahun sesi persekolahan atau kepada pelajar Tahun 6 (PSR), Tingkatan 3 (PMB) d
an Tingkatan 5 (O Level) adalah bertujuan untuk menentukan gred yang memperlihatkan
tahap pencapaian secara keseluruhan yang telah murid-murid atau pelajar-pelaja
r kuasai. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan memfokuskan
kepada pemberian anugerah atau pengiktirafan (hadiah Brunei shell) kepada pelaj
ar hasil daripada pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.
Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut
gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal. Guru akan
dapat membezakan murid-murid yang cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan ke
seluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.
Untuk mengenalpasti pengetahuan pembelajaran lampau pelajar-pelajar
Penilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan pengajaran dan pembela
jaran. Sebelum guru memulakan pengajarannya dalam bilik darjah, perlu baginya
mengadakan penilaian dan menguji murid-muridnya bagi meninjau sejauh manakah m
urid-muridnya telah menguasai sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan aspek-as
pek yang akan dipelajari. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan meng
ajar kepada penutur bukan asli bahasa Melayu, guru perlu mengetahui aspek kema
hiran manakah yang telah dikuasai oleh pelajar dari aspek tatabahasa, perbendaha
raan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting bagi guru membuat keputusan dala
m menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.
Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelaj
aran yang berlangsung pula akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka ma
sa tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan gur
u mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar. Adakah murid mempunyai masalah
dalam mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar sebelumnya d
i dalam bilik darjah? Sekiranya menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek
atau kemahiran yang menimbulkan masalah kepada murid-murid dan mengenal pasti
punca masalah tersebut berlaku.
Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru bagi menyediakan latihan yang khusus
atau pemerhatian yang lebih kepada murid-murid berkenaan supaya masalah yang dih
adapi dapat diatasi, seterusnya guru akan merancang isi pelajaran serta mengguna
kan pendekatan atau kaedah yang sejajar dengan pengetahuan sedia ada murid. Deng
an cara ini aktiviti serta isi pelajaran yang disediakan dapat menampung keperlu
an murid berkenaan.. Tanpa penilaian dan pengujian yang dijalankan, murid-murid
yang menghadapi masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggal
an dari arus perdana persekolahan.
Bagi pensijilan atau pengkelasan
Murid-murid di peringkat PSR, PMB dan peringkat O akan menerima sijil-sijil yang ber
kenaan setelah lulus peperiksaan-peperiksaan tersebut. Dalam situasi sekolah, ad
alah jelas satu lagi peranan pengujian ialah untuk pensijilan. Gred-gred pada si
jil-sijil tersebut bergantung kepada pencapaian murid-murid dalam peperiksaan te
rsebut.
Selain daripada sekolah, ujian-ujian yang dijalankan dimaktab, politeknik dan un
iversiti juga memainkan peranan pensijilan. Para pelajar serta siswa-siswi akan
dianugerahkan diploma atau ijazah kerana telah lulus ujian-ujian tertentu. Diplo
ma dan ijazah juga merupakan satu bentuk sijil yang diberi sijil kepada mereka y
ang berjaya dalam peperiksaan mengikut prestasinya.
Bagi membuat ramalan
Untuk meramalkan kejayaan murid pada masa akan dating atau sebagai alat prediksi
. Penilaian bertujuan untuk mendapatkan informasi yang dapat memprediksi bagaima
na kerja peserta didik pada jenjang pendidikan berikutnya atau dalam pekerjaan y
ang sesuai.
Ujian seperti ini biasanya dijalankan oleh pihak berkuasa semasa memilih calon-c
alon bagi sesuatu kursus atau latihan atau ujian yang bertujuan membuat ramalan
seperti Ujian Kelayakan Latihan Perguruan, ujian yang dijalankan oleh pihak poli
teknik setempat, ujian kelayakan yang dijalankan oleh Jabatan Penerbangan Awam u
ntuk memilih para jurutera (penerbangan) pelatih, ujian yang dijalankan oleh Ang
katan Tentera semasa memilih para pelatih juruteknik dan sebagainya.
Di dalam bilik darjah, guru mungkin menjalankan ujian prognostik untuk membuat r
amalan tentang kecenderungan dan kebolehan murid.Contoh dari penilaian ini adala
h ujian bakat skolastik atau ujian potensi akademik. Hasil daripada ujian progno
stik akan digunakan oleh guru dalam perancangan kaedah, bahan-bahan pengajaran
dan alat-alat bantu mengajar.
Bagi membuat klasifikasi
Sebagai grading, penilaian ditujukan untuk menentukan atau membezakan kedudukan
hasil kerja peserta didik dibandingkan dengan peserta didik lain. Kerana itu, fu
ngsi penilaian untuk grading ini cenderung membandingkan anak dengan anak yang l
ain sehingga lebih mengacu kepada penilaian acuan norma (norm-referenced assessm
ent), prestasi yang paling baik dikumpulkan dalam Kumpulan A, prestasi yang sede
rhana baik dalam Kumpulan B dan Kumpulan C dan yang lemah dalam Kumpulan D atau
untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu misalnya, keputus
an pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan da
lam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.. Pengump
ulan seperti ini akan membantu guru menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan
pemulihan.
Oleh itu guru boleh menggunakan kriteria kebolehan untuk membahagikan murid-muri
d mengikut prestasi masing-masing.
Pemilihan
Keputusan penilaian sering digunakan sebagai asas dan panduan untuk memilih muri
d-murid ke jurusan-jurusan pendidikan yang sesuai dan sebagai asas untuk murid m
emilih pekerjaan kelak mengikut jurusan pendidikan yang telah dipilihnya atau me
ngikut kepandaiannya.
Juga sebagai alat seleksi, penilaian ditujukan untuk memisahkan antara peserta d
idik yang masuk dalam kategori tertentu dan yang tidak. Peserta didik yang boleh
masuk sekolah tertentu atau yang tidak boleh. Dalam hal ini, fungsi penilaian u
ntuk menentukan seseorang dapat masuk atau tidak di sekolah tertentu.
Di samping itu, guru juga dapat menentukan adakah semua murid dapat dipilih s
erta dikelompokkan dalam satu kumpulan yang besar berasaskan tahap penguasaan y
ang berbeza atau di kelompokan dalam kumpulan yang sama. Dalam suasana penguasaa
n yang berbeza, wajar bagi guru menempatkan murid mengikut tahap penguasaan ma
sing-masing dan menumpukan pengajaran mengikut keperluan murid yang berbeza-beza
. Keadaan ini menunjukkan tujuan penilaian dan pengujian yang dijalankan adalah
untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut tahap penguasaan sesuatu kemahir
an.
Penyelidikan
Dalam satu-satu penyelidikan, maklumat diperlukan daripada berbagai-bagai sumbe
r. Dalam penyelidikan yang berkaitan dengan pendidikan, maklumat dapat diperoleh
dari ujian, pemerhatian, penggunaan soal selidik, biografi dan sebagainya. Kepu
tusan pelbagai jenis ujian seperti ujian tara, ujian kepantasan, ujian daya dan
ujian perlakuan sentiasa digunakan oleh para penyelidik dalam menjalankan kajian
-kajian mereka.
KESIMPULAN
Dari tujuan penilaian yang telah disenaraikan tadi, tujuan untuk melihat tingkat
penguasaan kompetensi, bimbingan, dan diagnostik merupakan peranan utama dalam
penilaian.
Sesuai dengan tujuan tersebut, penilaian menuntut guru agar secara langsung atau
tak langsung mampu melaksanakan penilaian dalam keseluruhan proses pembelajaran
. Untuk menilai sejauhmana siswa telah menguasai beragam kompetensi, tentu saja
berbagai jenis penilaian perlu diberikan sesuai dengan kompetensi yang akan dini
lai, seperti unjuk kerja (performance), penugasan (projek), hasil karya (produk)
, kumpulan hasil kerja siswa (portofolio), dan penilaian bertulis (paper and pen
cil test). Jadi, tujuan penilaian adalah memberikan masukan informasi secara kom
prehensif tentang hasil belajar peserta didik, baik dilihat ketika saat kegiatan
pembelajaran berlangsung mahupun dilihat dari hasil akhirnya, dengan menggunaka
n berbagai cara penilaian sesuai dengan kompetensi yang diharapkan dapat dicapai
peserta didik.
Bibliografi
? Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md.Din & Moham
ad Haron. (1992). Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pus
taka.
? Ee Ah Meng. Pedagogi III. 1998. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.
? Fred Percival, Henry Ellington. 1994. Penterjemah Noran Fauziah Yaacub. Buku
Penduan : Teknologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Percetakan Dewan Bahasa d
an Pustaka.
? Lee Shok Mee. (1990). Pedagogi 4 (A) : Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidik
an. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
? Mok Soon Sang. (1997). Pedagogi Dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan Dan Pendi
dikan Inklusif. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
? Mok Soon Sang Dan Lee Shok Mee. (1988). Latihan Mengajar : Untuk Maktab Pergu
ruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
? Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapan
nya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Email This

BlogThis!

Share to Twitter

Share to Facebook

Newer Post Older Post Home
0 comments:
Post a Comment

Categories
Badminton (8)
Bahasa Melayu (BM) (4)
Basic Math (MT) (3)
Bola Jaring (6)
Bola Keranjang (2)
Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia (PN) (10)
HOKI (6)
Hubungan Etnik WAJ (12)
ISL ELP (BI) (8)
ISL Kecergasan (PJ) (7)
ISL Permainan Kanak-Kanak (PJ) (5)
Kaedah Pengajaran (1)
Kerja Kursus(KKBI/KKP)-Sem 1 PISMP (5)
KKBI Sem 3 (1)
Masalah Pembelajaran (4)
Naota Permainan Padang (PJ) (4)
Nota Budaya dan Pembelajaran (EDU) (8)
Nota Pendidikan Jasmani(PJ) (10)
Nota Pendidikan Moral (23)
Nota Pergerakan Asas (PJ) (2)
Nota PJM 3112 (1)
Nota Subjek Bahasa Inggeris (BI/ENGLISH) (1)
Nota TGFU(PJ) (2)
olahraga (PJ) (25)
Pedagogi dan Kurikulum PJ (3)
Pendidikan Kesihatan (PKE) (9)
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) (3)
RPH (1)
Tamadun Islam(TITAS) (1)
Nuffnang Ads
Submit
KLIK NI YE!
Nuffnang Ads
NEED ANYTHING?
ARCHIVES
2012 (110)
? October (80)
May (30)
KKBI Hubungan Etnik WAJ semester 3 PISMP
b) Berikan sekurang-kurangnya enam ciri-cir...
a) Memberikan definisi bagi moral, akhlak ...
TEORI KEPERIBADIAN MULIA
TEORI KEMORALAN SOSIAL
TEORI DEONTOLOGIKAL (EKSISTENSIALISME DAN PRINSIP ...
EGOISME
UTILITARIANISME
TEORI TELEOLOGIKAL
CIRI-CIRI MAHASISWA YANG BERMORAL
Nota Full Pendidikan Moral
Perbezaan Akhlak, Moral dan Etika
Pengertian Akhlak
Prinsip Kewajiban
Teori Kebaikan Dalam Etika
Sejarah Kedatangan Sikh di Malaysia
Penilaian Pendidikan Moral
SEJARAH OLAHRAGA DI MALAYSIA
KKBI/KKP Lontar Peluru - full
KKBI/KKP Lompat Tinggi - Full
KKBI/KKP Lompat Jauh - FULL
(KKBI/KKP) Lari Pecut - lengkap
(KKBI/KKP) Lari Jarak Sederhana
(KKBI/KKP) Lari Berganti-Ganti
Adat Resam Kaum Sikh
Nota Ringkas Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan...
Pemetaan Pendidikan Jasmani
Perkahwinan Dalam Agama Sikh
Pengujian dan Penilaian
Ujian Formatif dan Sumatif
? 2011 (18)
? 2010 (40)
FOLLOWERS

Copyright ? 2011 nota pelajar PISMP | Powered by Blogger

Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Them
es | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India

Anda mungkin juga menyukai