Anda di halaman 1dari 5

1

UCAPAN PENGUMUMAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En. Morshen Affendi,
Ketua Pergerakan Pemuda PBB Repok.

Assalamualaikum w.b.t. , salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Burung merpati / terbang di awan
Hinggap sebentar / di pohon meranti
Kami mengucapkan selamat datang
Ke majlis penutupan Kursus Ini


Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu
jemputan, peserta-peserta kursus, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis
Penutupan Kursus Kemahiran Asas Kesukarelaan MyCorps 2014
Peringkat Negeri Sarawak (Bahagian Sarikei).


Sebagai pembuka acara, majlis menjemput hadirin sekalian berdiri untuk
bersama-sama menyanyikan lagu negaraku dan ibu pertiwiku.

Terima kasih diucapkan kepada hadirin sekalian yang telah bersama-sama
menyanyikan lagu negaraku dan ibu pertiwiku itu tadi.

Semua hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan duduk.












BACAAN DOA
Kalau pergi Tanjung Keramat
Singgah sebentar rumah cik Samad
Bersama kita memohon rahmat
Moga majlis mendapat berkat


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah / Lagi Maha Penyayang dengan
limpah kurnianya,

marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena majlis
penutupan pada pagi ini.

Dengan ini / majlis mempersilakan saudara Abdul Qhadir bin Abdul Ghani /
untuk memimpin bacaan doa.







2

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Abdul
Qhadir bin Abdul Ghani / di atas bacaan doa itu tadi.






SENARAI PROTOKOL


1. Yang Berbahagia Encik Morshen Affendi
Ketua Pergerakan Pemuda PBB Repok

2. Yang Berusaha En Bonnie Manau anak Micheal Amerikan


3. Yang Berusaha En Kamaruzzaman bin Hj Ayob
Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan


4. En Mat Azalan bin Budin, En Azizi bin Zakaria
Penolong Pengarah BTPN Negeri Sembilan

5. Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan dan PKG Negeri
Sembilan

6. Para peserta kursus, hadirin dan hadirat sekalian



























3




UCAPAN ALU-ALUAN

Ke Pekan Kuala membeli bingka
Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah nan indah

Kuntum Melati tumbuh melata
Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Ucapan oleh Ketua Peserta

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Seterusnya majlis menjemput ketua peserta kursus kemahiran asas
kesukarelaan mycorps iaitu saudara Yoseph Ronnie untuk
menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Yoseph Ronnie di atas ucapan
itu tadi.

MONTAJ KURSUS

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sepanjang kursus ini dijalankan dari tarikh 16 sehingga 19 Jun 2014,
para peserta telah melakukan pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti amal
di Wisma Persekutuan pada 18 Jun 2014 pada hari Rabu semalam.
Dengan itu, pihak majlis akan mempersembahkan satu montaj tentang
akitiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut. Para hadirin sekalian
dipersilakan menikmati montaj ini.


Ucapan Penutupan Rasmi oleh Y. Bhg En. Morshen Affendi Ketua
Pergerakan Pemuda PBB Repok.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Seterusnya, majlis menjemput Y. Bhg En. Morshen Affendi Ketua
Pergerakan Pemuda PBB Repok untuk menyampaikan ucapan
penutupan rasmi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.















































4


Terima kasih diucapkan kepada En. Morshen Affendi di atas ucapan dia
tadi.


PENYAMPAIAN SIJIL

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Seterusnya, majlis kita akan diteruskna lagi dengan upacara
penyampaian sijil.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Y. Bhg En. Morshen
Affendi, diiringi <blank> dan <blank> untuk menyampaikan sijil
penyertaan kepada peserta. Semua peserta diminta bersedia untuk naik
ke pentas bagi menerima sijil masing-masing.

Penyampaian sijil dimulakan dengan:





PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Y. Berbahagia En. Morshen Affend
di atas penyampain sijil kepada para peserta Kursus Kemahiran Asas
Kesukarelaan MyCorps 2014.

Seterusnya, bagi menyempurnakan majlis, majlis mempersilakan Y. Berusaha
<blank> menyampaikan cenderamata kepada Y. Bhg En. Morshen Affendi.
Majlis mempersilakan.

Sebelum hadirin sekalian bersurai, satu sesi bergambar yang melibatkan
semua peserta kursus akan dibuat. Para peserta kursus sila tinggal di dewan.
Sementara itu, majlis dengan sukacitanya menjemput tetamu kehormat untuk
menikmati jamuan di dewan makan.









JAMUAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih dirakamkan kepada Y.
Bhg En. Morshen Affendi kerana sudi menghadiri majlis penutupan rasmi
Kursus Kemahiran Asas Kesukarelaan MyCorps 2014 Peringkat Negeri
Sarawak(Bahagian Sarikei).


BERSURAI



5

Anda mungkin juga menyukai