Anda di halaman 1dari 1

Dalil waktu bermulanya puasa adalah sebagaimana firman Allah dalam surah al-

Baqarah ayat 187 yang bermaksud:


dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih
(cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu (waktu) fajar,
kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga waktu malam (maghrib).
Berdasarkan kepada dalil tersebut maka jelaslah bahawa waktu puasa itu
bermula apabila masuknya waktu Subuh. Hal ini telah pun disepakati oleh
Ijma Ulama. Adapun waktu imsak yang diamalkan bermula kira-kira 10 minit
sebelum masuknya waktu subuh atau kira-kira tempoh membaca 50 ayat al-Quran
yang sederhana panjang.Imsak adalah perkataan bahasa Arab yang
bermaksud menahan daripada sesuatu.
Waktu imsak ini adalah sebaik-baik waktu bagi seseorang itu berhenti
makan/minum ketika bersahur bagi membolehkannya bersiap-siap untuk
menantikan masuknya waktu subuh dan juga sebagai waktu ihtiati (berjaga-
jaga/berwaspada) agar tidak tergopoh-gapah bersahur hingga masuknya waktu
subuh. Bersahur ketika hampir waktu imsak ini juga adalah lebih afdhal kerana ia
amalan Rasulullah SAW sebagaimana maksud hadis daripada Zaid bin
Thabit iaitu:
kami sahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri solat. Saya bertanya
berapa lama jarak antara kedua-duanya itu?, baginda bersabda 50 ayat al-
Quran (HR Bukhari).
Jadi jelaslah apa itu waktu imsak dan waktu bermulanya puasa
(subuh).Kesimpulannya, mereka yang makan/minum selepas waktu
imsak tidaklah membatalkan puasanya selagi mana tidak sampai
masuknya waktu subuhtetapi bersahur ketika hampir waktu imsak
(tidak terlalu cepat atau lambat) adalah yang digalakkan kerana ia
sunnah Rasulullah SAW dan merupakan adab bersahur yang sangat
baik. Meninggalkan sunnah Rasulullah SAW dengan sengaja tanpa alasan
munasabah adalah makruh dan tidak terpuji. Demi menjaga kesempurnaan ibadah
puasa kita dan lebih beradab dalam melaksanakan perintah Allah maka adalah baik
jika kita mengikut panduan yang diberi.
Sesungguhnya Allah Taala lebih mengetahui.

Anda mungkin juga menyukai