Anda di halaman 1dari 3

POKOK KETAPANG

POKOK KETAPANG (Terminalia catappa) merupakan sejenis tumbuhan lazimnya liar tumbuh
dikawasan tepi laut, tepi sungai dan sebagainya dikawasan tropika termasuk di Malaysia. Nama
botani pokok ini merupakan yang paling saya ingat semasa mula belajar di Universiti dulu selain
daripada nama botani Melastoma malabatricum.... senduduk lah tu. Pokok ketapang digunakan
sebagai tanaman landskap oleh kebanyakan majlis daerah dan kerajaan tempatan sebagai pokok
yang sesuai ditanam dikawasan taman bunga, tepi jalan dan dikawasan bangunan. Pokok yang
sederhana besar atau kadang-kadang besar ini mampu tumbuh setinggi 25-35 meter dengan batang
pokok yang juga besar. Kawasan letak kereta juga sering ditanam dengan pokok ini kerana ianya
ketapang mempunyai kanopi lebar dan sesuai menjadi perlindungan dari panas matahari. Artikel
malam sabtu ini saya tulis mengenai pokok ketapang dan teknologi yang berkaitan dengan
tumbuhan ini.



Pokok ketapang merupakan tumbuhan yang tahan lasak dimana ianya mampu tumbuh dikawasan
pelbagai jenis tanah dari tanah berpasir, tanah pantai , tanah gambut dan tanah bermasaalah
asalkan kawasan tersebut tidak mudah untuk ditenggelami air. Pokok ketapang mudah ditanam
dengan biji dari buah yang matang dimana pokoknya mudah tumbuh dalam keadaan hujan yang
mencukupi. Buah ketapang yang terapung-apung dilaut pun jika diletak diatas tanah mudah tumbuh.
Kesan air laut tidak ada pada biji dan mampu tumbuh. Lazimnya benih disemai dalam polibeg oleh
pekerja majlis dareah sebelum ditanam di sepanjang jalan raya atau taman-taman. Pokok ini tidak
mempunyai masaalah serangan musuh dan penyakit. Hanya tupai yang suka mengopek kulit pokok
ketapang dan menjilat2 bahagian lembut pada batang pokok. Namun begitu, daun muda pokok
ketapang disukai oleh serangga , kumbang dan ulat makan daun. Terdapat juga serangan Lalat Buah
pada buah ketapang.



Buah Ketapang adalah jenis buah 'DRUPE' iaitu berbentuk bujur memanjang berukuran sekitar 3.5 -
7.0 cm panjang serta 2-5 cm lebar. Buah muda yang saya lihat selalunya hijau dan kemudian akan
berwarna kuning atau kemerahan apabila telah masak. Buah ini mempunyai lapisan kulit yang tebal
(3-6 mm tebal) dan banyak mengandungi jus serta ada lapisan dalam yang keras. Seolah-olah ada
lapisan sel batu yang keras dan berserabut dengan pelbagai bentuk, saiz dan pelbagai warna. Siapa
diantara pembaca yang pernah makan isi buah ketapang ?...mungkin anda akan setuju dengan saya
yang rasa isinya pahit manis dan kurang sesuai dimakan. Bunga ketapang berada dalam jambak yang
kecil berwarna putih kehijauan (Lihat foto) dan banyak komponen adalah bunga jantan. Jambak
bunga keluar dari ketiak daun dengan ukuran 8 - 16 cm panjang.



Kajian di makmal mendapati kulit kayu pokok ketapang mengandungi Tanin yang tinggi (11-23%).
Bahagian buah juga mengandungi Tanin sebanyak 6-20% begiitu juga dengan bahagian akar, daun
dan kulit pokok. Kajian makmal juga mendapati daun ketapang mengandungi 12 jenis tanin yang
boleh di proses melalui Hidrolisis. Kandungan Asid Galik, Asid Clagik, Korinlagen serta Asid Carbicylic
Brevifolin juga terdapat pada bahagian daun. Kulit Pokok pula mengandungi Katecin, Epikateen, Asid
gilik, Asid Elagik dan Leucosianidin. Biji buah ketapang kaya dengan minyak (54%), Asid Palmitik
(52%) dan Protin (27%). Isi biji kering pula mengandungi 25% protin, 6% Gula dan 16 jenis kumpulan
Asid Amino.



Pokok Ketapang selain daripada untuk dijadikan pokok hiasan dan landskap untuk apa agaknya?...
Dalam membuat rujukan pada buku O.H. Chooi saya mendapati ada orang yang makan biji buah
ketapang setelah biji tersebut dipanggang dulu. Ada maklumat menyatakan minyak dari biji
ketapang boleh dijadikan minyak masak. Buah ketapang yang masak juga boleh dimakan oleh
sesiapa yang suka. Bahagian paling berguna dari pokok ketapang adalah batang kayunya yang keras
dimana boleh dibuat perabot, perahu, bahan binaan dan juga bahan bakar yang baik. Bagaimana
pun saya dapat lihat yang kayu ketapang tidak boleh diletak atas tanah kerana sangat disukai oleh
anai-anai (termites). Walau pun daun, kulit kayu dan akar ada yang digunakan untuk proses
menyamak dan mewarna, ianya jarang kita dilihat di Malaysia tetapi diaplikasikan di India dan Sri
Lanka. Terdapat sejenis ulat sutera (Indian Silt Worm) yang makan daun ketapang untuk
penternakannya.



Khasiat dari tumbuhan pokok Ketatang jarang-jarang di bincangkan. Mana ada orang yang minat
hendak mengkaji khasiat pokok ketapang yang ditanam disepanjang jalan?. Paling asas adalah
kegunaan bahagian akar pokok yang direbus dan airnya diminum untuk untuk rawatan deman
panas, masaalah hati , masaalah hempedu, cirit birit dan disenteri. Air ini juga boleh disapu pada
kudis, bisul atau sakit puting payu dara bagi ibu yang menyusukan anak. Biji ketapang yang dimakan
boleh melawaskan buang air besar dan merangsang air susu tetapi AWAS!, kalau makan terlalu
banyak akan akibatkan cirit birit pula. Ada petua pula agar sesiapa yang makan biji ketapang
bersama sarang lebah akan mampu menghilangkan bau busuk kentut dan elakkan najis berdarah.
Satu khasiat dari buah ketapang adalah apabila direbus dan diminum akan merawat demam panas,
cirit birit dan juga masaalah asma (semput).


DAUN Ketapang merupakan bahagian paling berkhasiat. Daun ketapang boleh dijadikan ubat pupuk
rawatan sakit tulang (Rheutisme) dan jika daun2 dihancurkan dan dimasukkan dalam air mandian
akan menghilangkan masaalah ruam. Air rebusan daun juga bertindak sebagai tonik yang mampu
menghentikan masaalah cirit. Ia juga didakwa mampu menghentikan masaalah batuk berdarah dan
juga mengatasi masaalah cacing dalam perut dan usus kita (daun merah). Paling penting adalah
daun ketapang yang hendak digunakan mestikan bersih, tidak berpenyakit dan bukan yang ditanam
ditengah-tengh lebuhraya yang banyak asap atau ada logam berat. Penyakit kulit juga boleh dirawat
dengan menghancurkan daun ketapang, dicampur dengan minyak biji ketapang dan sapukan pada
tempat sakit kulit. Daun ketang yang dipanaskan dan diletakkan pada bahagian sendi yang sakit
mampu mengurangkan masaalah tersebut termasuk juga masaalah rheutismae. Mungkin fakta
diatas adalah panduan sahaja...TAK CUBA TAK TAU...Wasallam.

Anda mungkin juga menyukai