Anda di halaman 1dari 10

POKOK EMAS COTEK 2.0 PENGENALAN 2.

1 Morfologi

Pokok emas cotok ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) . Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. Terbukti herba ini sangat baik untuk penjagaan kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya. 2.2 Sejarah Nama mas cotek adalah merupakan nama temaptan yang popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama 'sempit-sempit'. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai 'agoluran'. Di Indonesia, tumbuhan ini

dipanggil 'tabat barito' dan beberapa nama di darah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ianya dikenali sebagai ' Kangkalibang'. Walaupun sedemikian, nama mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan lebih dikenali jika berbanding dengan nama-nama tempatan yang lain. Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas(kuning) yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini.

2.3 Jenis Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltioidea.Secara tradisi, nama tempatan serta pengkelasan jenis mas cotek dilakukan mengikut spesis seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung terutamanya di Terengganu, speisis telinga beruk dan telinga gajah pula banyak dijumpai di Kelantan. Jenis Delima sudip boleh diperolehi di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung. Menurut pengamal perubatan tradisonal mas cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu Mas cotek jantan Mas cotek betina

Perbezaan daun Mas Cotek jantan dan betina Permukaan atas daun

Permukaan bawah daun

Urat daun

Perbezaan antara daun mas cotek jantan dan betina Mas Cotek Jantan kecil, tirus, nipis, ringan warna merah kurang jelas menyerupai urat betina Ciri-Ciri rupa bentuk daun bintik pada belakang daun urat di permukaan daun bentuk urat daun Mas Cotek Betina bujur, bulat, tebal warna hitam jelas menyerupai urat jantan

3.0 SEBATIAN SEMULAJADI DALAM MAS COTEK Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu :
Kandungan Flavonoid Kegunaan Anti-oksida yang kuat, yang mana membantu mengekalkan peredaran darah yang sihat, anti-radang, anti-rival, melindungi hati dan estrogen

Tannins

Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (cirit-birit) dan melindungi tisu rosak seperti exzema atau melecur

Triterpenoids

Membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu penyerapan nutrien

Phenols

Kurang serta menghilangkan bengkak dan anti-septik

Kajian menunjukkan bahawa mas cotek mengandungi lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh sistem tubuh badan manusia iaitu Flavonoid, Tannins, Triterpenoids, Proanthocyanins dan Phenols. Bahan-bahan ini disahkan berkemampuan

membantu minda dalam mengingat dan menumpukan perhatian serta merawat masalah kurang daya tumpuan. Juga mampu melancarkan keberkesanan Vitamin C didalam rangkaian Anti-Oksida, mengawal Nitrit Oksida dan peredaran darah, mengawal pengoksidanan LDL (kolestrol jahat) dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

4.0 KHASIAT MAS COTEK Seluruh pohon mas cotek dari pucuk ke akarnya termasuk batang dan buahnya mempunyai khasiat tersendiri, antaranya ialah : 1) Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bg wanita selepas bersalin 2) Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri 3) Membantu mengawal tekanan darah tinggi 4) Merawat penyakit paru-paru berair 5) Mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah demam dan selsema 6) Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mengekalkan keayuan dan awet muda 7) Mengurangkan tahap kolestrol dalam darah 8) Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan 9) Membantu masalah keputihan 10) Melancarkan peredaran haid 11) Mengeluarkan toksin dalam badan dan melancarkan peredaran darah 12) Merangsang pengeluaran hormone lelaki 13) Menambah tenaga dalaman bagi lelaki dan wanita Cara-cara merebus dan mengamalkannya: 1. Herba mas cotek hendaklah direbus sebanyak 6 liter air atau bersamaan dengan 4 x 1.5 liter air saiz botol air mineral sehingga mendidih atau selama 45 minit sehingga pati dari batang, daun, buah, ranting dan akarnya keluar. 2. Tapis air rebusan tadi dan batang daun hasil rebusan mas cotek tadi. Anda boleh menyimpan air rebusan mas cotek ke dalam peti ais (agar tahan lebih lama) atau di luar (habiskan sebelum 3 hari). 3. Amalkan meminum air rebusan mas cotek sekurang-kurangnya 5 6 gelas sehari dan amalkan sebagai minuman harian. 4. Tiada jangkaan had umur untuk mengamalkan air herba ini. 5. Minuman seisi keluarga ini sesuai untuk semua jenis jantina.

5.0 KAWASAN SUBUR HIDUP Mas Cotek merupakan sejenis tumbuhan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Herba ini merupakan tumbuhan yang hidup meliar.

6.0 KAEDAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN POKOK MAS COTEK

a) Membina taman botani Taman botani merupakan satu kawasan yang dibina sebagai tempat kajian saintifik untuk hidupan tumbuhan. Kebiasaannya taman botani akan ditanam dengan spesies-spesies tumbuhan tertentu yang jarang ditemui. Sebagai contoh hidupan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Pasak Bumi dan Mas cotek. Hasilnya spesies tumbuhan terancam akan terpelihara di samping memupuk rasa cinta pengunjung terhadap spesies ini. Baru-baru ini UMS sendiri telah membina sebuah Taman Botani di Likas, Sabah atas kesedaran untuk mendidik masyarakat mencintai flora. b) Kaedah perundangan Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya ialah Akta kualiti alam sekitar (1974). Akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar. Akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara alam sekitar terjamin. Penguatkuasaan sistem perundangan bukan sahaja mampu menyelamatkan hutan malah segala spesies tumbuhan lain yang terdapat di dalamnya. Tumbuhan renek seperti Mas Cotek dan Kacip Fatimah tidak terkecuali.

c) Kempen cintai tumbuhan herba Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk memelihara spesies terancam ialah dengan mengadakan kempen cintai tumbuhan herba. Walaupun agak janggal didengar kempen sebegini masih releven diadakan memandangkan tumbuhan herba seperti Mas Cotek, Stevia, Misai Kucing, Alang-Alang dan Cakar Ayam semakin

terancam. Kempen seeloknya diadakan di peringkat sekolah lagi. Ini kerana, pada peringkat ini mudah untuk membentuk jiwa anak-anak mencintai alam flora mahupun fauna. Tidak hanya mengharapkan kerajaan, pihak NGO juga harus bekerjasama bagi melaksanakan program sebegini. Kebaikannya semua dapat merasa.

Pokok Stevia

Pokok Misai Kucing

Pokok Alang-Alang

Pokok Cakar Ayam

d) Wartakan sebagai tanaman yang hampir pupus Mungkin ramai yang tidak tahu, pokok Mas Cotek juga mengalami kepupusan mendadak akibat daripada pembangunan dan pembalakan yang tidak terkawal. Terdapat beberapa spesies tumbuhan yang diwartakan kerajaan sebagai terancam, antaranya ialah gaharu, ramin dan podo. Salah satu daripada langkah terbaik ialah

dengan mewartakan pokok mas cotek sebagai tumbuhan terancam. Kaedah ini mampu memupuk kesedaran orang ramai akan kepentingan menjaga spesies ini. e) Penanaman semula Penanaman semula merupakan proses menanam semula pokok untuk menambah populasi spesies tersebut. Melalui kaedah ini, bilangan pokok tersebut akan bertambah dan susah pupus. Pada 2008, Jabatan Pertanian Putrajaya telah menganjurkan program ladang kontrak yang memerlukan para peserta menanam pokok-pokok mas cotek dalam bilangan yang besar. Walaupun bertujuan untuk dikomersialkan, ia merupakan satu langkah bijak untuk mengelakkan spesies herba ini daripada terus terancam.

Kebun Mas Cotek di Johor

f) Buat penyelidikan Pihak kerajaan dan NGO boleh bekerjasama dalam membuat kajian berkenaan spesies herba termasuk mas cotek. Kajian dan penyelidikan dibuat hendaklah merangkumi kaedah-kaedah penanaman herba, biogenetik, pengenalan, lokasi dan pasaran herba. Projek sebegini akan menggalakkan para petani melibatkan diri dengan aktiviti penanaman semula spesies ini lantas mengelakkkan berlaku kepupusan. Pihak berwajib juga boleh mengwar-warkan kepentingan pokok mas cotek supaya timbul kesedaran kepada orang awam untuk menanam dan memelihara spesies ini daripada terus terancam.

g) Penghutanan semula Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Melalui cara ini pokok mas cotek boleh dibiakkan bersama memandangkan tumbuhan herba ini memerlukan suasana yang redup untuk hidup. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen. Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.

Kesimpulannya aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan pelbagai spesies flora fauna tidak hanya tergantung di bahu Kerajaan semata-mata, bahkan pada semua rakyat.

Anda mungkin juga menyukai