Anda di halaman 1dari 47

PENGENALAN M10 P10

SETIAP RUMAH WAJIB ADA GAJET BIBIK KOREA INI!


Ebook maniacmeals​ ini dibuat bertujuan untuk membantu anda cara menggunakan
gajet didapur. Bukan itu saja kami menyediakan pelbagai menu serta cara-cara
mengunakan fungsi multicooker yang betul. Kemampuan multicooker cuckoo mampu
memasak, memanggang, menumis,merebus ,membakar dan juga menggukus. Selain
itu ia mengekalkan khasiat makanan dalam masakan. Menjimatkan masa dan tenaga
memasak seperti masak pulut, sup dan sebagainya.Tidak memerlukan kudrat yang
banyak seperti berdiri dan mengacau masakan.Dapur juga tidak bersepah dan tidak
penat untuk mengemas.Apa yang bagus multicooker cuckoo boleh mandi sendiri
dengan menekan butang auto clean membantu menghapuskan bau masakan yang
tertinggal dan menghapuskan bakteria yang boleh merosakkan makanan. Multicooker
cuckoo juga mendapat pengiktirafan ​BOOK OF RECORD​ selama 2 tahun. Dan
mendapat ​TITLE RICE SPECIALIST​. Dan satu lagi jika kita masak sesuatu jenis
masakan, memang macam-macam fungsi boleh guna,sebaiknya guna fungsi yang
betul, untuk jenis masakan dan menjadikan masakan lebih sedap.
KELEBIHAN FUNGSI MULTICOOKER M10

Fungsi Multi cooker CUCKOO


M10
GLUTINOUS RICE​ - Untuk memasak nasi putih ataupun pulut tak kira beras apa jenama ikut
sukatan yang telah diberikan dalam inerpot. Tak kira masak nasi ayam, nasi tomato apa2
pelbagai nasi perlu guna fungsi glutinous rice.​ Caranya: pilih fungsi glutinous rice
---->pressure cooker

GLUTINOUS RICE TURBO​- untuk masak nasi dengan cepat contoh nak makan cepat boleh
masak nasi dalam fungsi turbo. Masak nasi dalam fungsi turbo tidak memerlukan masa yang
lama. Memasak dalam 15 minit dah boleh menikmati makanan. ​Caranya: pilih fungsi
glutinous rice turbo ---->pressure cooker

SHUSI RICE​- shusi adalah makanan Korea tetapi di malaysia juga rakyat malaysia sudah boleh
menerima makanan ini. Dengan metthod untuk beras shusi menjadikan beras itu dimasak
dengan kaedah yang betul. ​Caranya: pilih fungsi shusi rice ---->pressure cooker

GABARICE​- Ialah nasi bercambah. Apa itu nasi bercambah? GabaRice ini secara ringkasnya
adalah dari beras perang (Brown Rice) yang kita boleh convert jadi GabaRice iaitu dipanggil
Beras Perang Bercambah.Di Korea mereka mengamalkan gabarice untuk menjaga kesihatan
terutama pesakit kencing manis dan darah tinggi,begitu juga bagi mereka inginkan diet yang
seimbang. Gabarice sangat sesuai untuk mereka menjaga kesihatan, tetapi masak gabarice
amat rumit kerana penyediaan yang mengambil masa 20 jam untuk menjadikan nasigaba.
Tetapi dengan menggunakan multicooker cuckoo telah memendekkan masa cambah beras
menjadi singkat selama 6 jam purata untuk memasak.Untutk masak Beras Perang jadi
GabaRice. Lagi lama kita masak gabarice ini lagi sedap dan nutrisi lagi tinggi. ​Caranya: pilih
fungsi gaba --->pilih set---> pilih selection untuk masa 2, 4, atau 6 jam ---> pilih pressure
cooker

MIXED RICE​- mixed rice ini kalau di Korea mereka makan nasi bersama campuran kekacang,
masak menjadi lebih lama kerana nak melembutkan kacang campuran tadi. Tetapi di malaysia
makanan campuran kekacang tidak ramai diminati dan kurang popular. Sebenarnya di Malaysia
ada cuma tidak ramai yang tahu. Cth nasi kacang dhal, nasi kacang hijau, nasi kacang merah,
nasi kacang hijau dan nasi parpu. Jika ingin mencuba masakan dalam fungsi mixed rice masa
menjadi lebih lama.fungsi mixed rice juga boleh memasak nasi himpit tradisional. Contoh beras
2 cawan sukatan air juga 2 cawan pastikan guna beras yang berkanji untuk dapatkan hasil nasi
himpit tradisional.​Caranya: pilih fungsi mixed rice ---->pressure cooker
NUTRIRICE​- Rice ini jenis masak nasi yang campur dengan ginseng, ada bubuh kekacang
seperti walnuts, cashewnut, chestnut, ada bubuh gingko, aneka cendawan dsbnya.​Caranya:
pilih fungsi nutririce ---->pressure cooker

RINCE RICE​- Rince rice ialah beras yang tak perlu dibasuh. Beras ini hanya orang diKorea dan
Jepun saja makan. Di malaysia agak sukar jumpa. Jika ada hanya pasaraya terpilih
saja.​Caranya: pilih fungsi rincerice ---->pressure cooker

NURUNGJI​- Nurungji dari segi bahasa Korea ialah ​KERAK NASI​. Di Malaysia orang kita tidak
makan kerak nasi jadi fungsi nurungji tidak digunakan untuk memasak kerak nasi tetapi diolah
oleh saya menjadikan fungsi nurungji ini untuk menggoreng dan memasak kek. Contoh seperti
masak sambal, menumis, mengeringkan sambal, mengeringkan rendang sesuai kerana
nurungji ini berikan effect garing.Satu lagi Kelebihan fungsi nurungji ini selain buat kerak nasi
atau menumis kita boleh bakar ayam atau kek dan roti seumpama rasa dibakar walaupun M10
tiada fungsi ketuhar. Jadi utk menu-menu yang jenis sambal, asam pedas, jenis yang
menggunakan rempah yg by, dan guna cili kisar perlu guna fungsi nurungji jika guna M10. Bagi
P10 pula pilih fungsi oven dulu sebelum tukar ke fungsi multicook utk peringkat kedua iaitu
masak. Ingat untuk memasak cara ini contohnya asam pedas atau kari tidak perlu air yang
banyak kerana fungsi multicook ini akan membuatkan masakan kita berkuah dari air ayam,ikan
atau daging itu sendiri. ​Caranya: pilih fungsi nurungji ---->pressure cooker---->selesai
menumis pilih --->cancel----> pilih fungsi multicook

PORRIDGE​- masak dalam fungsi porridge atau orang melayu panggil bubur. Masak bubur
dalam multicooker amat mudah. Tak perlu risau air kering atau bubur hangus sebab dalam
fungsi porridge ini ada smart features smart algoridhem yang boleh kesan masakan. Sukatan
juga telah di tentukan jangan ditambah sukatan akan menyebabkan melimpah ruangan inerpot
tersebut. Porridge/Bubur ini boleh masak pelbagai jenis bubur contoh seperti masak bubur mac
donald,abalone porridge,chicken porridge atau contoh bubur kacang merah boleh guna fungsi
ini. Kacang merah perlu rebus lama berbanding kacang hijau. ​Caranya: pilih fungsi
porridge---->pressure cooker

CHIKEN SUP​- Fungsi chicken sup ini boleh memasak contoh Ginseng Chicken Sup atau yang
jenis suka ​MERENEH​ sup ayam atau sup daging dan sup tulang boleh ambil fungsi chicken sup
ni.Jika guna fungsi ini tempoh masak chicken sup menjadi lama. 1 jam 30 minit. Jika masak sup
tulang dalam fungsi mereneh tulang daging itu akan menjadi lagi sedap kerana air tulang lembu
tadi dah keluar semasa mereneh. Tapi rasa memang sedap. Kalau tak nak tunggu lama boleh
juga masak sup ayam, sup ikan atau sup daging atau sup tulang guna fungsi multicook set
masa 40 hingga 50 minit. Pilihan. ​Caranya:untuk reneh pilih fungsi chiken sup ---->pressure
cooker. Jika memilih memasak sup guna multicook caranya pilih fungsi multi cook--->set
masa---> pilih fungsi menu untuk tentukan masa ---> pressure cooker
MULTICOOK​ - Fungsi multicook ini boleh masak lain-lain masakan seperti nak menggukus,
masak sayur, gulai, sambal, rendang atau nak menumis dan sebagainya.Multi cooker cuckoo
ada PresetTimer. Apa itu preset timer?

Maksudnya kita boleh schedule kan masakan kita bila kita nak dia masak. ini sangat bagus utk
ibu2 yang bekerja atau kita nak keluar ada urusan. Contoh kita nak masak sup ayam. Pukul
7.00 pagi kita masukkan semua bahan2 sup, sayur, masukkan ayam yang sejuk beku (ayam
tak perlu nak kita defrost, humban dalam periuk ) kemudian kita pilih pukul 4.00 petang dia nak
masak. Jadi pukul 4pm nanti multi cooker akan terus masak. Balik rumah jam 5.00 petang...
buka periuk sup dah tersedia utk dimakan. kalau ibu-ibu masa bulan puasa sangat membantu.
Sebelum tidur pun boleh masukkan semua bahan2 masakan. Set masa pukul 3 am masak.
Bangun pukul 4 am dah boleh siap dihidang.​Caranya: pilih fungsi multicook ---->set--->pilih
selection untuk masa --->pressure cooker

AUTO CLEAN ​-Multicooker Cuckoo ada fungsi Auto Clean Sterilisation. untuk nyah bau dan
nyah bakteria selepas kita masak. Contoh lepas kita masak sambal sardin Kemudian nak
masak kek. Tak nak bau sardin melekat pada kek kita ... Auto clean kan dia dulu.
Caranya..Masukkan air sampai Line No. 2 sahaja ---> Tutup periuk & lock lid
(handle).--->Pilih fungsi Auto Clean.--->Tekan butang SET.---> Tekan butang PRESSURE
COOK.​ Tempoh auto clean adalah 25 minit.Nyah bakteria membawa maksud makanan tidak
akan tercemar, sebab tiada bakteria yang tertinggal selepas di auto clean kan.Untuk auto clean
ini sebaiknya 2 minggu sekali.
KELEBIHAN FUNGSI MULTICOOKER P10

Fungsi Multi cooker CUCKOO


P10
WHITE RICE- ​Untuk memasak nasi putih atau pun pulut tak kira beras apa jenama ikut sukatan
yang telah diberikan dalam inerpot . Menjadikan nasi atau pulut menjadi lebih sedap dan
lembut. Tak kira masak nasi nasi ayam, nasi tomato apa2 pelbagai nasi perlu guna modeWhite
rice.​Caranya: pilih fungsi white rice ---->pressure cooker

WHITE TURBO RICE-​ Untuk masak nasi dengan cepat contoh nak makan cepat boleh masak
nasi dalam modeturbo. Masak nasi dalam modeturbo tidak memerlukan masa yang lama.
Memasak dalam 15 minit sudah boleh menikmati makanan. ​Caranya: pilih fungsi white rice
turbo ---->pressure cooker

GABARICE ​- Ialah nasi bercambah. Apa itu nasi bercambah? GabaRice ini secara ringkasnya
adalah dari beras perang (Brown Rice) yang kita boleh convert jadi GabaRice iaitu dipanggil
Beras Perang Bercambah.Di Korea mereka mengamalkan Gabarice untuk menjaga kesihatan
terutama pesakit kencing manis dan darah tinggi begitu juga bagi mereka inginkan diet yang
seimbang. Gabarice sangat sesuai untuk mereka menjaga kesihatan tetapi masak gabarice
amat rumit kerana penyediaan yang mengambil masa 20 jam untuk menjadikan gabarice.
Tetapi dengan menggunakan multicooker cuckoo telah memendekkan masa untuk cambah
beras menjadi singkat 6 jam purata untuk memasak..Saya sarankan guna 6 jam lebih bagus
untuk kesihatan. Lagi lama kita masak gabarice ini lagi sedap dan nutrisi lagi tinggi. ​Caranya:
pilih fungsi gaba --->pilih set---> pilih selection untuk masa 2, 4, atau 6 jam ---> pilih
pressure cooker

SHUSI RICE- ​Shusi adalah makanan Korea tetapi di malaysia juga rakyat malaysia sudah
boleh menerima makanan ini. Dengan metthod untuk beras shusi menjadikan beras itu dimasak
dengan kaedah yang betul serta memudahkan sukatan air dan beras tanpa beras itu menjadi
lembik dan keras. ​Caranya: pilih fungsi shusirice ---->pressure cooker
MULTICOOK- ​Fungsi multicook ini boleh masak lain-lain masakan seperti nak menggukus,
masak sayur, gulai, sambal, rendang atau nak menumis dan sebagainya.Multi cooker cuckoo
ada PresetTimer. Apa itu preset timer?

Maksudnya kita boleh schedule kan masakan kita bila kita nak dia masak. ini sangat bagus utk
ibu2 yang bekerja atau kita nak keluar ada urusan. Contoh kita nak masak sup ayam. Pukul
7.00 pagi kita masukkan semua bahan2 sup, sayur, masukkan ayam yang sejuk beku (ayam
tak perlu nak kita defrost, humban dalam periuk ) kemudian kita pilih pukul 4.00 petang dia nak
masak. Jadi pukul 4pm nanti multi cooker akan terus masak. Balik rumah jam 5.00 petang...
buka periuk sup dah tersedia utk dimakan. kalau ibu-ibu masa bulan puasa sangat membantu.
Sebelum tidur pun boleh masukkan semua bahan2 masakan. Set masa pukul 3 am masak.
Bangun pukul 4 am dah boleh siap dihidang.​Caranya: pilih fungsi multicook ---->set--->pilih
selection untuk masa --->pressure cooker

PORRIDGE- ​ masak dalam fungsi porridge atau orang melayu panggil bubur. Masak bubur
dalam multicooker amat mudah. Tak perlu risau air kering atau bubur hangus sebab dalam
fungsi porridge ini ada smart features smart algoridhem yang boleh kesan masakan. Sukatan
juga telah di tentukan jangan ditambah sukatan akan menyebabkan melimpah ruangan inerpot
tersebut. Porridge/Bubur ini boleh masak pelbagai jenis bubur contoh seperti masak bubur mac
donald,abalone porridge,chicken porridge atau contoh bubur kacang merah boleh guna fungsi
ini. Kacang merah perlu rebus lama berbanding kacang hijau. ​Caranya: pilih fungsi
porridge---->pressure cooker

BABY FOOD ​- Baby Food cth mcm sweet pumpkin soup, sweet potato & apple porridge,
steamed rice & tofu with vegetable, soft rice with tuna & vegetable. Masak dengan mudah untuk
bayi cepat hancur dan nutrisi dalam masakan terjaga.​Caranya: pilih fungsi baby food --->set
time ---> pressure cooker
FERMENT BREAD ​- Lagi satu kaedah mempecepatkan proses kembangkan roti hanya perlu
memilih fungsi ferment bread dan boleh pilih set masa mengembang. Kebiasaannya untuk
kembangkan roti secara manual ambil masa 40 minit sehingga sejam. Tetapi dengan kaedah
yang mudah ini hanya dalam masa 25 minit sehingga 35 minit,dah buat dough roti kembang
dengan cantik. ​Caranya: pilih fungsi ferment bread ---->set masa --->pressure cooker

OVEN ​-Satu lagi keistimewaan multi cooker cuckoo ini membantu memudahkan tugas ibu-ibu
didapur. Dengan adanya fungsi oven ini membolehkan kita memanggang, membakar dan
mengeringkan air tumisan spt sambal, rendang dan lain lain lagi. ​Caranya: pilih fungsi
oven----> set masa --->pressure cooker

AUTO CLEAN ​-Multicooker Cuckoo ada fungsi Auto Clean Sterilisation. untuk nyah bau dan
nyah bakteria selepas kita masak. Contoh lepas kita masak sambal sardin Kemudian nak
masak kek. Tak nak bau sardin melekat pada kek kita ... Auto clean kan dia dulu.
Caranya..Masukkan air sampai Line No. 2 sahaja ---> Tutup periuk & kunci
(handle).--->Pilih fungsi Auto Clean.--->Tekan butang SET.---> Tekan butang PRESSURE
COOK.​ Tempoh auto clean adalah 25 minit.Nyah bakteria membawa maksud makanan tidak
akan tercemar, sebab tiada bakteria yang tertinggal selepas di auto clean kan.
Untuk auto clean ini sebaiknya 2 minggu sekali.
TEKNIK MASAKAN MULTICOOKER
KENAPA PERLU GUNA FUNGSI YANG DISEDIAKAN?

1.Fungsi-fungsi yang ada didalam M10 dan P10 seperti fungsi selection boleh
digunakan untuk tetapkan masa memasak.Jika tidak betul caranya masakan nasi atau
lauk akan lembik atau keras, lauk akan menjadi terlebih masak atau tidak betul-betul
masak.

2. Jika masak nasi dagang ada 2 pilihan fungsi pertama menggunakan fungsi gabarice.
Selepas nasi masak masukkan bahan dihiris kemudian pilih fungsi rehaet.Pilihan kedua
menggunakan kaedah lama tetapi waktu masa yang singkat. Masak menggunakan
fungsi glutinous rice, selepas memasak tukar fungsi kepada multicook 15 hingga 25
minit untuk kukus.

3.Masak pulut dalam M10 ada dua kaedah. Pertama boleh masak menggunakan fungsi
glutinous rice. Cara kedua pula boleh kukus.Masak beras pulut dahulu dalam fungsi
glutinous rice, selepas masak tukar kepada fungsi multicook untuk cara
mengukus.Dengan cara pilihan kedua ini lebih sedap dan lembut yang berbeza. Jika
menggunakan P10 pilih fungsi white rice selepas masak tukar fungsi multicook untuk
mengukus.

4. Cara menumis dalam P10 ada dua kaedah pertama fungsi oven dan kedua fungsi
multicook. Untuk masak cepat guna fungsi oven. Untuk M10 ada dua kaedah nurungji
dan multicook. pertama pilih fungsi nurungji, tetapi nurungji tidak menunjukkan masa ia
masak bergantung pada masakan. Kedua pilih fungsi multicook.

5. Untuk keringkan sambal, rendang dan masakan yang hendak dikurangkan airnya
boleh memilih fungsi nurungji untuk M10 dan Oven untuk P10.

6. Pilihan fungsi cancel jika terlupa masukkan bahan atau tidak mahu teruskan
memasak kerana sudah cukup masak, boleh tekan sahaja fungsi cancel. Atau hendak
tukar fungsi masakan juga boleh boleh gunakan fungsi cancel.

7. Penutup pada M10 dan P10 boleh masak keadaan terbuka dan tertutup. Jika hendak
memasak dalam keadaan terbuka kunci tombol pada M10 dan P10 harus dalam fungsi
tutup/kunci.
24 RESEPI

Resepi by azira mus


1- RESEPI PULUT KUNING
1 KG PULUT
1 KOTAK SANTAN SAWIT
5 SUDU MAKAN KUNYIT
AIR IKUT SUKATAN
SEDIKIT GARAM IKUT SUKA

CARA
1. Rendam pulut bersama kunyit selama sejam untuk jadikan pulut berwarna kuning
2. Lepas rendam basuh manja manja sampai hilang serdak kunyit
3. Masukkan beras pulut dan santan sekotak dalam m10 , masukkan air sampai paras 4 masakan
dalam 15 minit dalam fungsi glutnarice dan tekan pressurecook.
4. Selepas habis 15minit tukarkan ke mod multicook.(cara mengukus)
5. Siap utk hidangan.

● Menu ini sangat berkhasiat dan nutrisi terjaga. Sedap dan pantas. Masak didalam M10 ini tidak
risau kurang air kukusan. Rasa pulut ini ​DIJAMIN​ sedap masak dalam M10. Tak perlu tunggu 2
jam untuk pulut lembut. Cara masak menggunakan kaedah ini lebih sedap dan lembut.Jika
masak pulut yang sedikit juga fungsi yang sama dan ikut sukatan yang ditetapkan.contohnya 2
cawan beras pulut, 1 cawan santan, 1 cawan air.
Resepi by aziramus

2- RESEPI SUP IKAN KERISI

1 KG DAGING @ 1 EKOR AYAM


2 INCI HALIA DIHIRIS
1 SUP BUNJUT
2 BIJI TOMATO
4 SEKAWAN
2 BATANG DAUN SUP
GARAM SECUKUP RASA
PERISA NAK LETAK BOLEH TIDAK LETAK PUN BOLEH.
CARA-CARA
1. Masukkan daging/ ayam
2. Masukkan 4 sekawan, sup bunjut dan hirisan halia
3. Masukkan air ikut suka tiada masalah.
4. Masak dalam keadaan reneh guna multi cook M10 dalam fungsi chiken soup. Biarkan ia
masak dengan mesra.
5. Selepas masakan tadi sempurna masukkan tomato dan daun sup. Selesai menu sup
kita boleh hidang untuk keluarga.
Memasak menggunakan kaedah mereneh lebih sedap tetapi ikut citarasa masing-masing.
Resepi by aziramus

3- RESEPI ROTI MANIS M10


BAHAN BAHAN
BAHAN A
=========
500GM HIGH PROTIN/TPG ROTI
1 SUDU KECIL GARAM
50 GM GULA KASTOR
2 SUDU BESAR TEPUNG SUSU
1 BIJI TELUR
1 SUDU KECIL PELEMBUT ROTI

BAHAN B
========
240ML AIR SEJUK
1 PAKET YIS SERBUK

BAHAN C
========
60 GM BUTTER
cara cara

1. Masukkan semua bahan A kacau sebati


2. Masukkan pula bahan B dan gaul sebati. Air masuk sikit2 jika uli pakai tangan. Uli sehingga
tak lekat ditangan.
3. Akhir sekali masukkan butter uli sehingga elastik boleh tarik panjang dan tidak putus
maksudnya dough kita dah jadi lembut.
4. Selepas dough naik dua kali ganda bulat-bulatkan dalam 50gm dan susun dalam tray atau
terus masuk dalam inerpot P10. Susun jangan rapat jarakkan sikit sebab nak bagi dough
kembang.
5. Selepas susun dough dalam P10 set ke fungsi ferment bread untuk kembangkan roti kali
kedua dalam masa 35 minit.
6. Selepas habis masa ferment bread tadi buka tengok dough tadi dah kembang dua kali ganda
tukar fungsi oven pula.Pilih fungsi oven set masa dalam 50 minit sehingga masak.
Resepi by aziramus
4- RESEPI SATEY PARJO
BAHAN - BAHAN
1 EKOR AYAM AMBIL DADA SAHAJA
2 SUDU KETUMBAR
1 SUDU JINTAN PUTIH
1 INCI HALIA
1 INCI LENGKUAS
6 BATANG SERAI
6 BIJI BAWANG BESAR
10 ULAS BAWANG PUTIH
3 SENDUK GULA
1 SUDU KUNYIT IKUT SUKA
1 SUDU KECIL GARAM
Cara-cara

1. Dada ayam dipotong dadu. Ambil dada ayam sahaja. Kalau nak guna seekor boleh
tambah bahan-bahan di atas.
2. Bawang merah, bawang putih, jintan, ketumbar, serai, halia dan lengkuas blend halus
supaya bahan tadi diserap kedalam isi dada ayam.
3. Dalam bekas lain masukkan isi dada ayam yang telah dipotong dadu dan gaul bersama
rempah yang sudah diblender tadi. Masukkan gula dan kunyit dan sedikit garam. Gaul
sebati
4. Perap ayam dalam 2 jam atau 5 jam supaya perap satey lebih sedap. Lepas perap
cucuk dengan lidi kemas-kemas.
5. Masa untuk membakar guna multicooker P10. Pilih fungsi oven set masa 30 minit. Masa
memasak boleh pilih keadaan penutup terbuka atau tertutup boleh guna dua pilihan.
Jika memilih penutup terbuka pastikan tombol bulat ditegakkan dalam simbol kunci. Jika
pilih tutup cara masih sama.
6. Air perap ayam tadi jangan dibuang kerana nak guna untuk lembapkan ayam tadi. Air
perap ayam ditambah dengan minyak. Sebelum bakar celopkan satey ayam yang sudah
ditambah minyak kemudian masukkan kedalam P10 untuk membakar.
7. Selamat mencuba. Resepi ini memang resepi kami turun temurun. Semoga sesiapa
yang gunakan resepi ini doakan kami semoga diberikan kesihatan yang lebih baik dan
rezeki melimpah ruah. Aamiin..
Resepi by aziramus
5- RESEPI SIAKAP TOMYAM
BAHAN BAHAN
1 EKOR IKAN SIAKAP
1 SUDU PES TOMYAM
1 BIJI BAWANG BESAR DIHIRIS
2 BIJI CILI API DIHIRIS
2 BATANG SERAI DITITIK DAN DIHIRIS
3 BIJI TOMATO
5 BATANG BENDI
1 BIJI LIMAU NIPIS IKUT NAK MASAM BOLEH TAMBAH
1 CAWAN AIR
GARAM
GULA
cara cara

1. Basuh bersih ikan siakap


2. Masukkan ikan siakap dalam P10.
3. Masukkan bawang besar, serai, 2 biji tomato, perahan air limau.
4. Masukkan garam, gula atau perisa
5. Masak dalam mode multicook 15 minit.
6. Setelah masak masukkan bendi, 1 biji tomato dan cili api. Guna mode reheat 3 minit.
Resepi by aziramus
6- CHIFFON LABU
BAHAN BAHAN
(A)
5 BIJI TELUR KUNING
3 SUDU BESAR GULA KASTOR
(B)
1/2 CAWAN MINYAK
1/4 CAWAN FRESH MILK
1 CAWAN LABU
2 SUDU BESAR SANTAN
1/2 TSP SERBUK KAYU MANIS
1/4 TSP NUTMEG POWDER(TERPULANG)
(C)
5 BIJI TELUR PUTIH
2/3 CAWAN GULA CASTOR
SEDIKIT GARAM
(D)
1 CAWAN 4 SUDU BESAR TEPUNG KEK
1 SUDU BESAR BAKING POWDER
* AYAK 3X
cara cara
1. Masukkan bahan A, B, dan D mix semua
2..Mix bahan C sampai kembang bertanduk. Maksudnya putih telur kita dah kembang dan tidak
jatuh.
3. Masukkan bahan C yang sudah mix kedalam bahan A, B dan D. Adukkan pelan-pelan
sehingga habis.
4. Masukkan kedalam M10 pilih mode Nurung ji sehingga masak. Anggaran 45 minit 2x
setengah nurung ji.
Resepi by aziramus
7- Kuih Koleh Kacang
Bahan-bahan
1 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
2 sb gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam
Cara-cara
1.Masak 1 cawan santan sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang
terhasil dan biarkan dalam 2 sudu besar lebihan minyaknya dalam kuali.
2.Pilih fungsi multicook 15 minit. Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga
gula larut, Sejuk dan ketepikan seketika.
3.Dalam bekas lain satukan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu
bekas dan kacau hingga sebati. Setelah sebati masukkan dalam M10
4.Masukkan adunan tadi ke dalam M10 dan guna fungsi multicook set masa 30 minit pertama
jika belum pekat lagi boleh tambah masa,masukkan dalam yang berisi lebihan minyak kelapa
tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti.
5.Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam
loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi.

Taburkan dengan tahi minyak dan sejukan sebelum boleh dipotong.


8- ​RESEPI PAIS IKAN MABONG
BAHAN
IKAN MAMBONG IKUT SUKA NK GUNA BERAPA
CILI API IKUT SUKA NAK LETAK PEDAS BANYAK MANA
10 BIJI BAWANG MERAH
7 BIJI BAWANG PUTIH
6 TANGKAI SERAI
ASAM JAWA
GARAM
PERISA JIKA NAK LETAK
DAUN PISANG DILAYORKAN
LIDI
cara cara
1. Blend semua bahan kecuali asam jawa
2. Masak cili yang dah blend tadi dalam m10 fungsi nurungji tanpa minyak sampai kering sedikit
tapi jangan kering sangat agak-agak lembab saja.
3 jangan lupa letak air asam, garam dan perisa.
4. Lepas masak cili tutup api terus masukkan bahan tadi dalam ikan gaul sebati
5. Ambil ikan letak dlm daun pisang kemudian balut dan ikat dengan lidi.
6. Siap bungkus masuk dalam10 buat fungsi multicook selama 15 minit. Jangan lupa letak air
dulu sampai paras 2 kemudian letakkan tray m10.
7. Siap masak boleh makan dengan nasi panas.
Resepi by aziramus

9- AYAM MASAK MERAH TERPERANGKAP DALAM PKP


BAHAN BAHAN
5 BIJI BAWANG MERAH KECIL(hiris)
4 ULAS BAWANG PUTIH(hiris)
1 INCI HALIA(hiris)
3 SUDU CILI MERAH KISAR
5 SUDU SOS CILI
AYAM YANG SUDAH DIGORENG IKUT SUKA.
GARAM
PERISA
4 SEKAWAN
MINYAK
Cara cara
1. Panaskan minyak terus masukkan 4 sekawan tumis sekejap. Masak guna mode NURUNG JI.
2. Masukkan bawang merah, putih dan halia yang sudah dihiris. Tumis sampai layu.
3. Masukkan cili yang dah dikisar dan tambah air jika nak ada kuahnya.
4. Masukkan sos cili dan masak sehingga likat.
5. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dalam masak merah.
Resepi by azira mus
10- JAPANESE COTTON CAKE
BAHAN A
200 GM CREAM CHEESE
48 GM UNSALTED BUTTER
20 GM GULA KASTOR
80 GM SUSU
50 GM TEPUNG KEK
5 BIJI TELUR KUNING
15 GM TEPUNG JAGUNG

BAHAN B
5 BIJI TELUR PUTIH
80 GM GULA KASTOR
PANASKAN OVEN 160°C
Cara cara
1. Cairkan cheese cream dan butter menggunakan double boiler
2. Masukkan gula dan susu. Pukul sebati
3. Alihkan adunan ke tepi dan kacau - kacau untuk turunkan sedikit suhu.
4. Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji. Kacau sebati.
5. Masukkan tepung kek dan tepung jagung. Kacau sebati
6. Dalam bekas lain pukul putih telur dengan gula. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul
sehingga kental
7. Masukkan putih telur yang dah kental dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
8. Tuang adunan dalam loyang. Bakar dalam m10 guna fungsi nurung ji 2x atau sehingga
masak.Dalam 1 jam 30 minit. Pakai loyang saiz 8 inci
Resepi by azira mus

11- KEK MARBLE RED VELVET


BAHAN
1 SUDU BESAR OVERLATE
5 BIJI TELUR A
50ML SUSU CAIR
1 SUDU KECIL ESEN VANILA
150GM BUTTER DICAIRKAN
180GM GULA CASTER
220GM TEPUNG GANDUM/KEK
1 SUDU RED VELVET PASTE
Cara cara
1. Masukkan telur, overlate, susu, esen vanila, gula dan tepung. Putar perlahan bagi sebati
pastu putar laju bagi kembang sampai warna bertukar putih
2. Lps kembang masukkan butter yang dah cair kacau guna senduk tak perlu mix kang bantat
semua
3. Dah putar semua dah cantik kembang masih kekal ambil sedikit mix dgn paste red velvet.
4. Tuang dlm m10 pastu letak corak red velvet dlm tu. Nmpk la cantik.
5. Bakar 2 kali nurungji atau sehingga masak.
Resepi by aziramus
12- ​Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambil isi dan kisar kalau ada multicooker M10 rebus sampai tulang lembut
dalam 50 minit lps tu baki isinya bersama tulang. Jika ikan besar lebihkan masa masak.
1/2 kg santan pekat
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
BAHAN UNTUK KISAR
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai - ketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4 keping asam keping
Garam ,Gula secukup rasa.
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak.
Masukkan garam dan gula.
Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air
panas.

Ulam ​Kacang panjang,Daun kesum,Timun batang,Bawang besar,Bunga kantan


Resepi by aziramus

13- RESEPI PUDING JAGUNG GEDIKS

BAHAN
2 CAWAN TEPUNG KASTAD
1 1/2 CAWAN GULA
1 CAWAN SUSU CAIR
3 CAWAN SANTAN
1 TIN JAGUNG KRIMER
4 CAWAN AIR

Cara cara
Masukkan bahan ikut step jangan hantam kromo nanti tak jadi dan berketul.
1. Masukkan air
2. Masukkan susu cair
3. Masukkan santan
4. Masukkan gula
5. Masukkan tepung kastad
Selepas masukkan semua bahan ikut aturan tadi kacau dulu bagi sebati.
Sudah sebati tetap masa M10 fungsi multicook dalam 45 hingga 50 minit.Dah masak keluar
buble atau likat pekat kira dah masak.Keluarkan masukkan dalam loyang dan sejukkan kastad.
Resepi by aziramus
14- TAT NENAS GEBU

BAHAN
2 1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN TEPUNG JAGUNG
2 BIJI KUNING TELUR
2 SUDU BESAR GULA KASTOR
200 GM BUTTER
1/2 TSP BUTTER OIL
Cara-cara
1. Masukkan semua bahan kering. Kacau hingga sebati
2. Masukkan butter sikit2 uli bersama bahan kering tadi. Uli sehingga tidak lekat ditangan.
3. Jika dough lembik masukkan tepung sikit sahaja. Kalau keras tambah marjerin dlm 50 hingga
60 gm
4. Uli sampai lembut dan tidak lekat ditangan. Biarkan seketika atau boleh masukkan dalam peti
untuk keras kan sementara supaya dough akan menjadi lebih gebu dan sedap.bila dough dah
kental baru tekankan guna acuan tart.
Resepi by aziramus
15- ​TALAM SERI MUKA M10
BAHAN
400 GM PULUT
400 ML SANTAN CAIR
1/2 TSP GARAM
Masak dalam periuk m10 dalam mode glunarice. Setelah masak kacau2 bagi sebati dan
multicook dalam 15 minit.pastikan pulut betul-betul lembut dan masak. Jika tidak lembut lagi
bolh keluarkan kukus guna fungsi multicook dalam 15 minit. (ini pilihan) selepas masak
tekan-tekan pulut tadi supaya kepala kastad tidak masuk kedalam pulut.
BAHAN HIJAU
=======
300 ML SANTAN
400 ML JUS PANDAN DARI AIR DAUN PANDAN (1 CEKAK DAUN PANDAN)
4 BIJI TELUR GRED B
100 GM TEPUNG GANDUM
50 GM TEPUNG KASTAD
200 GM GULA NAK MANIS TAMBAH LAGI.

Lebur semua bahan tadi masak diatas api kecil,masak sedikit likat terus padam api dan kacau
sebati. Masukkan dalam m10 masak dalam mode multicook 40 minit.
Resepi by aziramus
16- ​SAMBAL GORENG PAUTAN KASIH
BAHAN
CILI API SEGENGGAM
5 BIJI BAWANG BESAR
7 ULAS BAWANG PUTIH
GARAM SECUKUP RASA
IKAN BILIS IKUT SUKA NAK BANYAK ATAU SIKIT

Cara cara
1. Kisar semua bahan diatas kecuali ikan bilis.

2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.

3. Minyak goreng ikan bilis tadi jangan dibuang tapi tambah sedikit lagi utk buat tumisan.

4. Tumis semua bahan yang sudah blend tadi masak sehingga terbit minyak kemudian kecilkan
api biarkan masak dengan perlahan supaya cili tadi masak sama rata tidak hangus.

5. Dah nmpk perubahan pada cili tadi boleh masukkan ikan bilis goreng dan kacau sekejap.
Resepi by aziramus
17- ​AYAM BAKAR KAK MAH PINKY ORIGINAL RESEPI
BAHAN SOS
20 TANGKAI CILI KERING
10 BIJI BAWANG YANG SEDANG
8 ULAS BAWANG PUTIH
1 SUDU BESAR SOS TIRAM
2 SUDU BESAR SOS CILI
1 SUDU BESAR KICAP
2 SUDU BESAR KERISIK
Cara-cara
1. Blend bawang merah, bawang putih dan cili hingga halus.
2. Tumis bahan yang dah blend sampai kering dalam m10 mode nurungji dalam 15 minit.
3. Masukkan kicap, sos cili, tiram dan kerisik.
4. Masak sampai pekat dalam m10 mode nurungji 10 minit.
5. Sudah masak ketepikan.
PERAPAN AYAM
3 BIJI KUNYIT HIDUP
2 INCI HALIA
GARAM

Tumbuk halia dan kunyit hingga lumat.


Cara-cara
1. Selepas ayam dibasuh perap ayam dengan bahan tadi dalam 1 hingga 2 jam bagi rasa
mesra.
2. Lepas 2 jam perap ayam boleh panggang ayam separuh masak. Jangan sampai masak
sebab kita nak celup dalam sos utk bakar pula. Selepas masak yang pertama celopkan dalam
sos dan masak semula sehingga garing dalam fungsi nurungji 15 minit sehingga masak.
Resepi by aziramus
18- ​AYAM PANGGANG MAK ENON

BAHAN
1 EKOR AYAM
2 PAKET PERENCAH NASI GORENG
2 SUDU KICAP MANIS
cara - cara
1. Basuh ayam sampai bersih dan toskan airnya.

2. Gaul 2 paket perencah nasi goreng dan kicap pada ayam luar dan dalam.

3. Perap selama 30 minit jika guna multicooker. Kalau nak masak atas dapur atau oven perap
lebih masa dalam 1 jam atau lebih. Ikut kerajinan korang.

4. Setelah ayam tadi perap masukkan dalam multicooker m10 dan guna fungsi nurungji 15
minit. Kemudian terbalikkan sambung balik fungsi yang sama nurungji dalam 10 minit. Ok siap
sudah ayam panggang mak enon.Jika ayam itu besar lebihkan masa memasak. Atau cara
masak kedua multicook yang pertama 15 minit lepas itu tekan fungsi cancel baru guna fungsi
nurungji 15 hingga 20 minit sehingga air kering sedikit .jangan lama-lama nanti ayam hancur.
Resepi by aziramus
19- ​SOS ALE ALE
BAHAN
10 BIJI CILI API (kalau tak pedas boleh tambah)
6 ULAS BAWANG PUTIH
1 SUDU SOS TIRAM
2 SUDU SOS IKAN
SEDIKIT GARAM
2 1/2 SUDU GULA
DAUN KETUMBAR DIHIRIS
1BIJI LIMAU NIPIS
cara-cara
1. Tumbuk bawang putih dan cili api sehingga halus dan masukkan kedalam mangkuk.

2. Dalam mangkuk tadi yang berisi bahan yang dah tumbuk masukkan sos tiram, gula, sos ikan,
daun ketumbar, perah limau nipis dan garam.

3. Kacau sebati sehingga gula larut.Boleh mkn dengan apa2 jenis menu yang berpanggang.
Resepi by aziramus

20- ​TOPPING BASE PIZZA SOS/SPEGGETI


BAHAN BAHAN
40 GM BUTTER
3 ULAS BAWANG PUTIH DICINCANG
1 TIN SOS TOMATO PURI (400GM)
3 BIJI TOMATO KISAR
5 SUDU BESAR CILI SOS
1 SUDU KECIL GARAM
1 SUDU KECIL BLACK PAPER
3 SUDU KECIL GULA
4 SUDU BESAR MIX HERBS
Cara cara
1. Cairkan butter dan tumis bawang putih
2. Masukkan pes tomato, tomato fresh dan cili sos.
3. Masak sampai kering sedikit
4. Masukkan black paper, garam, mix herbs.
5. Yang ini pilihan kalau nak letak dalam spegeti boleh letak daging atau ayam cincang kalau
nak letak pada pizza tak perlu letak ayam atau daging cincang.
6. Masak sehingga pekat sedikit dah siap..
Kaedah m10 step 1 sehingga step 4 mode nu rung ji.
Jika nak masukkan ayam atau daging tukar kepada fungsi multicook 15 minit. Dah masak tukar
ke fungsi nurungji semula.masak sehingga pekat ikut kegunaan.base pes ni boleh guna untuk
pizza atau speggeti.
Resepi by aziramus
21- ​RESEPI KOCI LABU M10
Bahan bahan
300gm labu yang siap dikukus dan lenyek
2 cawan tepung pulut
1 sudu kecil garam
Daun pisang.
80

Cara-caranya
Gaul dan uli semua bahan diatas sehingga tidak melekat ditangan.Adunan akan sedikit lembik
jangan risau memang itu kejadiannya. Apabila masak kuih koci akan lembut bila dimakan.
INTI KELAPA
========
1 biji kelapa parut putih
3 cawan
2 gula kabung
1 cawan gula merah dicairkan
5 helai daun pandan
1 sudu kecil tepung gandum
1 sudu kecil garam
Sedikit gula pasir

Cara-cara
1. Masak gula merah,air,daun pandan,gula kabung dan gula pasir guna multicook 15 minit
sehingga didih atau gula semua larut..
2. Selepas didih masukkan kelapa parut masak sehingga likat sedikit. Tukar fungsi ke
nurungji.
3. Bila kelapa tadi dah nampak likat sedikit masukkan tepung gandum untuk bagi pekat .
jangan masak sampai kering dan jangan ada air. Cukup nampak lembap gula.
Resepi by aziramus
22- ​RESEPI PASTA BERLADO
BAHAN
DAGING CINCANG
7 ULAS BAWANG PUTIH DICINCANG
3 SUDU BESAR TOMATO PURI
5 SUDU BESAR SOS CILI
DAUN PASLI
DAUN OREGANO
BEBOLA AYAM
3 TANGKAI CILI API NAK LAGI PEDAS TAMBAH SENDIRI
3 SUDU MINYAK
1 SUDU BESAR LADA HITAM
Cara-cara
1. Masukkan minyak dan bawang guna mode nu rung ji tumis sampai naik bau.
2. Masukkan daging cincang masak sampai daging kecut. Jangan risau jika ada air daging kita
nak guna sebab nak rasa asli.
3. Masukkan sos cili, tomato puri, black paper dan ayam ball. Gaul rata.
4. Masukkan pasta yang dah kita rebus tadi. Gaul rata cancelkan mode nu rung ji.
5. Tutup lid pilih mode multicook 10 minit sebab kita nak nampak basah dan lembap sedikit.
Resepi by aziramus
23- ​RESEPI ASAM PEDAS PARI JOHOR M10
5 KETUL IKAN PARI YANG SUDAH DIPOTONG
SEGENGGAM CILI KERING
15 BIJI BAWANG MERAH KECIL
7 ULAS BAWANG PUTIH
2 INCI HALIA
1SUDU SERBUK KUNYIT
ASAM JAWA IKUT TEKAK NAK MASAM BANYAK MANA
AIR
GARAM
PERISA
DAUN KESOM
cara cara
1. Blend cili kering, bawang merah kecil, bawang putih, halia dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dalam M10 dan masukkan semua bahan yang dah siap dikisar tadi. Tumis
sampai terbit minyak. Guna fungsi nurungji. Pilihan nak tutup penutup atau tidak. Saya suka
tutup supaya cili tak berterbangan.
3. Lepas cili garing masukkan air asam, air dan ikan oh lupa masukkan daun kesom sekali.
Tukar fungsi multicook pulak. Tadi dah buat nurungji kan jadi kita tekan cancel pastu tukar ke
multicook 25 minit
Resepi by aziramus
24- ​SAMBAL TUTOK
BAHAN
15 TANGKAI CILI API
4 BIJI BAWANG MERAH
IKAN BILIS SEGENGGAM
cara cara
1. Goreng dahulu ikan bilis sekejap garing sedikit jangan garing semua kang tak jadi tutok.

2. Lps goreng ikan bilis lebur semua cili dan bawang merah.

3. Goreng sekejap asal semua nmpk layu.angkat dan toskan. .

4. Tumbuk semua bahan yang dah goreng tadi.

5. Nak makan jangan lupa perah asam limau kasturi.


Nama sebenar Azira Bte Mustafha.Berasal dari Muar Johor. Dibesarkan di
Kajang.Habis belajar teruskan minat didalam kulinari. Bermula dari tahun 2005 mula
menceburi bidang bakery,Kini sudah 15 tahun di dalam bidang kulinari. Alhamdulillah
dengan ilmu yang ada ini dapat membantu anda supaya memasak dengan lebih sedap
untuk keluarga.Doakan supaya kesihatan semakin cemerlang dan semoga dapat
keluarkan lagi pelbagai resepi.

Terima kasih pada anda yang mengikuti rahsia-rahsia resepi dan teknik
membuat kek dan roti. Nantikan lain-lain resepi dari azira mus.Jika anda
ada kesulitan boleh terus hubungi saya Azira mus di talian ​60183912711
atau boleh terus whatsapp Azira.

Anda mungkin juga menyukai