Anda di halaman 1dari 1

Cara Perlaksanaan

Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat


Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan
Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh
Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha
pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang
subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan
kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut
diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya
disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat
tersebut.
Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara
menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang
sunat
yang
lain
iaitu
dua
rakaat
satu
salam.
Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:

Anda mungkin juga menyukai